Daisypath Anniversary tickers
CafeMom Tickers

QR Code for thelifestoryteller

sekarang blog ni dah ada QR codenya sendiri..
lalalala


korang boleh scan dan baca di dalam handphone korang
peace!!!!

overreacted



Bila baca pages kat atas ni, dalam buku "Bercinta Sampai Ke Syurga" bab 'Bahagiakan Dirimu Dengan Satu Isteri' teringat kepada beberapa kisah pasal 'perempuan overreacted-PO'

Kenapa PO? sebab perkara ini biasanya dialami oleh perempuan, maksudnya, mereka yang dikategorikan sebagai PO ni selalunya perempuan yang bila dia berhubung/berkomunikasi/berdekatan dengan lelaki dia akan menjadi seseorang yang lain, ataupun tindakannya/lenggok percakapannya berubah, menjadi apa yang selalu kita katakan sebagai gedik. ataupun mengelenyor(kata orang perak)

Mungkin ada diantara kenalan korang yang berperngai PO ni, kadang-kadang terdetik jugak di hati kita "aihh die ni tadi cakap dengan aku elok je, tetibe mamat ni datang merenyih gedik semacam je..????"
tak pun, hati kita terdetik "dengan aku nak tak nak je die senyum, tapi bile depan mamat tu kemain lebarrrrrrrrr senyum nye"

Sebenarnye aku bukan nak memburukkan kaum sendiri tapi rasanya perkara ni semakin menjadi-jadi, kita tau naluri perempuan ni suke nak manja-manja, tapi kemon la bertempat and plus perangai tu jangan lah dengan kaum sendiri lain, dengan kaum lelaki jadi watak lain pulak.

Kita tak cakap kalau benda ni tak jadi, ok contoh-contoh yang penah aku alami dan kawan-kawan alami, untuk kes-kes kehidupan harian kita, macam kakak opis aku ni, dia alami lebih kurang sama macam Abu Saif & Ummu Saif alami, Masa tu dia kata die keluar dengan husband die, then terserempak la dengan pekerja kilang(perempuan) tempat kerja husband die, perempuan ni, boleh tegur husband die siap salam cium tangan lagi, tapi buat dono je kat kakak ni. Kalau jadi macam ni, sape tak sakit hati kan..huhu

Zaman sekarang yang serba canggih ni pulak, komunikasi bukan secara berdepan je, ada pulak medium yang canggih-canggih, chatting, whatsapp, sms, mms, fb, twitter, etc jadi bila ada medium-medium ni,
 PO ni pun semakin aktif menjalankan aktiviti 'overreacted' mereka..sudah-sudahlah tu mengacau lelaki, memang dalam hal jodoh kita kene berusaha, tapi jangan la sampai di cop 'overreacted' habis semua lelaki nak kacau. 

Ada jugak kes PO ni dikalangan perempuan dah berkahwin. Pelik kan, nak menggedik ape lagi la, tak rasa berdosa ke dengan suami, cakap dengan lenggok bahasa yang manja-manja dengan lelaki lain..huhu nauzubillah..

Ustaz masa aku kursus kahwin ada cakap, "perempuan memang kena jual mahal"
Jadi, renung-renungkan...



Published with Blogger-droid v2.0.4

sabar dan +ve

Things to ponder before i go to sleep..

Banyak benda yang kita tak sabar bila diuji..huhu

"Minggu lepas stress,

Minggu ni dapat gud news pasal rumah,

Minggu ni kena kerja hari sabtu,means sehari je dpt cuti,

Tapi semalam lawyer call mintak datang sign borang,

Jadinya isnin kena cuti,

Tuhan Maha Adil.."

Semua yang terjadi ada hikmahnya..

Published with Blogger-droid v2.0.4

kenapa isteri suka berbelanja?


ini jawapan UAI jadi hehehehe memang lumrah kami begitu...
nak wat guane kan..;)

alhamdulillah


At the end of the day,i received this good news,
Alhamdullahirabbilalamin, first step settled..we can move in to our house soon..:)

Published with Blogger-droid v2.0.4

buat kerja lambat, buat kerja cepat

Sejak dari awal kerja aku memang tak suka bawak balik kerja ke rumah (sebab tak nak campur adukkan hal kerja dengan personal life) jadi sebanyak mana pun kerja, aku cuba habiskan kat office jugak kalau tak habis esok datang kerja sambung la buat ape susah, lagipun kerja ni bukan macam time belajar dulu, bukan ada final exam pun, yang nak pulun sangat. Selalunya bila musim final exam je la yang terbawak balik kerja ke rumah sebab nak habiskan marking paper kan.

Tapi aku selalu pelik dengan ada satu golongan manusia ni jenis pekerja yang suka stay back, orang semua dah balik, dia still lagi kat office, sabtu ahad datang kerja. Ada tau orang macam ni, bagi diorang bekerja adalah hobi..

Lantaklah kalau korang nak jadikan kerja tu hobi, tapi yang menjadi persoalan sekarang ni, even though diorang ni dah kerja lebih masa, tapi kerja diorang tetap tak habis-habis, siap boleh mintak hasil kerja kita ni pulak, aku ni yang sabtu ahad balik jumpa family, malam pun aku goyang kaki, baring-baring tengok tv sambil on-line pun boleh siap kerja...
huhu bukan la nak masuk bakul angkat sendiri kan, tapi tu la hakikatnya, aku geram sekarang ni!!!!


happy birthday sayang

Hubby's first birthday celebration after marriage, hopefully he enjoy it even though we did it one day earlier, konon-konon isteri planned for 2 celebrations on my family side and on in-law's side, sebab tu buat on my family side one day earlier.


But when the day come to celebrate with in-law, banyak pulak dugaan si birthday boy, dengan servis kereta yang dah berabis duit, and charger handphone pun dan-dan tu rosak, so plan for celebration on in-law's side hanyalah dengan makan maggi sambil tengok MANIA..hahaha 
hilang teringin nak rasa hubby masakkan maggi..ngeee 

birthday present for hubby




I decided to give him this laptop bag bcoz his old laptop bag is quite uzur, ade dah koyak sikit here and there plus that is also his school bag, he bring it everywhere he go, kononnya isteri yang understanding ni peka la kan dengan keperluan suami tu, i just bought it online sebab pikir time bila pulak nak mencelah nak beli hadiah, all the time we go out together.
After doing lots of survey for the best bag. I finally choose this bag, but when this bag arrived, alamak terbesar la pulak, kurang sesuai untuk dipakai setiap hari, may be one day bila hubby dah kerja boleh pakai kot, bila dah kerja ade office sendiri, tak de la nak usung beg merata kan, or tak pun buat beg baby, isi baju,diapers,segala peralatan baby,hahaha

Published with Blogger-droid v2.0.4

vegetable vs meat

which one do you prefer????


hahaha..
kalau contoh macam di atas ni, 
i prefer to be what am i right now, a meat eater, a dessert ♥er...;)

anak kampung-zero feat jozan

Terminat sudah~ ngeeee

Published with Blogger-droid v2.0.4

reasons of feeling down

Mesti orang dok tertanya-tanya sebab apa la yang aku dok depress sangat ni kan..hmm,ape lagi kalau bukan masalah ekonomi yang masih tak stabil-stabil ni,kadang-kadang kita da plan elok dah monthly expenses kita tapi bila jadi something yang diluar jangkaan sesak jugak nak bernafas huhu.antara sebab-seba aku depressed awal tahun ni:

- hal pembelian rumah yang lambat nak settle, memang la boleh dapat fully loan, tapi mesti kena bayar jugak dulu sikit pun, duit downpayment dah keluar,so sesak gak la, nak menunggu tabung simpanan kami penuh balik ni..

- last minute dipanggil berkursus, so semua kenderaan jabatan tak de,kena la gi naik kereta sendiri, kursus 2 hari, penginapan tak de, kene la ulang alik, lebam wallet, memang la boleh claim, tapi bukan dapat la la tu jugak kan,kena dahulukam duit sendiri

- husband pun banyak kena dahulukan duit dia utk thesis, pun claim lambat gak nak dapat, hadoii..

- kena saman huhu duit lagi..benda susah nak elak bila jadi pengguna highway tegar ni..

- servis kete, tetibe semua pun da kene tukar,aiseh,rim bengkok la, tayar kena tukar la, adoi,budget lari la,dari budget ratus2 je, dah jadi ribu..huhu kalau boleh gi keje jalan kaki lain la..

tu la antara sebab-sebabnya.. kadang-kadang kita rasa duit bukan sebab untuk kita happy, tapi sekarang ni semua pun nak pakai duit, moga-moga cepat la urusan kami(claim & hal rumah) tu settle..huhu

Published with Blogger-droid v2.0.4

chocolate lava by domino



A good companion whenever u're down,huhu feels like want to eat it again..

Published with Blogger-droid v2.0.4

feeling down

Early of 2012 didn't give me anything goods in life, 
everything just turn into so-so or not so happy..huhuhu...
I'm totally feeling down...



Ya Allah, please give me some strength + happiness 

kain pelikat, kain batik

sementara menunggu turn bertugas konvo petang ni, 
kita menambah pengetahuan la sat kan..
tadi tengah belek-belek website kat internet terjumpe pasal ni 




Agak cool kan, tapi kenapa tak diwar-warkan secara meluas ke seluruh Malaysia, sarong tu cool..kalau buat kat seluruh Malaysia hahaha, boleh tengok macam-macam ragam orang pakai sarong..

Bersempena Majlis Konvo Politeknik pada hari ni and lepas baca artikel ni, nak cerita sikit pasal kain sarong ni...Ni bukan pasal diri sendiri, tapi pasal orang lain...Kita jadi tukang cerita je...

Ok ceritanya macam ni,Masa suami kawan aku konvo dulu, of course setiap graduate akan dapat 2 pas untuk close relative masuk ke dalam dewan tengok istiadat tu kan, so suami die ni bagi la pass tu pada Mak Ayah dia...

Perkara yang dia risau sangat terjadi dan dia memang jangka akan jadi, betul-betul terjadi pada pagi istiadat konvo tu, dimana ayah dia tak dibenarkan masuk.

Kenapa????

Sebab ayah dia pakai kain sarong, tak pakai seluar mengikut kod etika pakaian, ye lah kita semua tahu masa istiadat konvo tak boleh pakai jeans, pakaian kena kemas, bla bla bla tu baru konvo biasa kalau yang menyampaikan tu Sultan/Agong tu lagi payah, macam-macam prosedur kene ikut...

Masa kejadian tu memang pegawai yang bertugas tu dah pening la and plus kene tahan telinga jugak dengan ayah dia ni, orang tua kan garang, ikut suka dia je kalau dia nak marah orang, yang jadi pegawai ni hormat kan orang tua and kene jadi profesional..setelah lama berbincang akhirnya ayah dia ni dibenarkan jugak masuk..huhu

Kisah pakai sarong ni macam-macam cerita la kan, yang pernah dialami sendiri ialah bila ada sorang kawan tu, ayah dia sendiri memang pegi mana-mana pakai sarong, nak naik bas pun pakai sarong, huhuhu mula-mula berkawan kenal family dia tu macam pelik jugak, tapi lama-lama dah imune..

Tapi bila di fikir-fikir balik, tak ada salahnya pakai sarong, sama je konsepnya macam perempuan pakai kain/skirt kan, cuma negara kita ni yang tak menjadikan pemakaian kain sarong tu sebagai amalan, jadi lama-lama orang pun dah tak reti nak pakai kemas-kemas, bila dah pakai tak kemas tu yang kita dah set dalam mind pakai kain sarong ni nampak selekeh...
termasuk la diri sendiri yang tak reti pakai kain batik..kui3..tapi encik hubby bagus, pandai pakai kain pelikat, die pakai kemas je..hehehe



bread pudding (with custard sauce) - the recipe

From the entry of : bread pudding (with custard sauce)


Bahan (i)
500 ml fresh milk
8 keping roti


Bahan (ii)
2 s/b gula halus
2 s/b butter
2 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanilla
1 s/b tepung jagung


Bahan (iii) - (custard sauce)
1 tin susu cair
2 s/b tepungkastad
2 s/b gula


Bahan tambahan
kismis hitam

  1. Koyak-koyakkan roti, kemudian rendam dalam susu segar selama 1/2 jam.
  2. Kacau dan gaul rata bahan (ii). 
  3. Tuangkan ke dalam loyang bersama dengan bahan (i) yang telah direndam. Taburkan kismis hitam.
  4. Bakar dalam suhu 180'C selama 30 minit or sehingga masak (biarkan kejap sebelum disejukkan dalam fridge.
  5. Gaulkan bahan sos kastad dan masakkan diatas api yang sederhana sebentar.
  6. Tuang sos di atas puding bila nak makan..siap

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme