Daisypath Anniversary tickers
CafeMom Tickers

Dugaan Ramadan (ver 2)-payung sebelum hujan

Assalam readers,
Sempena penghujung Ramadan ini, aku memohon mana-mana readers yang membaca post ku kali ini agar kiranya dapatlah meluangkan sedikit masa mendoakan kesihatan adikku dari penyakit SLE nya.
Dalam masa 3 minggu di hospital, SLEnya telah menyerang buah pinggang(bocor), limpa(bernanah), jantung(berair), paru-paru(diserang kuman, sehingga 3 hari di ICU), dan kini beliau seperti berhalusinasi dan berdelusi (doktor sedang memantau bahagian kepalanya, risau jika SLE menyerang otak, semalam kepalanya telah discan), kami harap biarlah SLE nya inactive, huhu
Di kesempatan ini juga aku ingin berpesan, jika anda mampu bahagikanlah sedikit wang pendapatan anda untuk insurans kesihatan diri anda. Bagi kes adikku, seawal dia mula bekerja dahulu aku telah berpesan padanya, ambillah insurans. Biarlah ibu bapa kita dulu tidak menyediakannya untuk kita, jadi bila kita dah bekerja, bahagikan sedikit pendapatan untuk itu. Mungkin pesanku ini di ambil enteng, tapi siapa yang boleh mengjakakan apa yang bakal berlaku di masa hadapan.
Kami suami isteri selalu beringat, tak mengapalah tak pergi bercuti ke luar negara, tak mampu pakai kereta mewah, asalkan bekalan untuk diri sendiri dan anak-anak ada disediakan.


Screenshot kisah kawanku yang suamibya juga penghidap SLE, pada awal suaminya diserang SLE, kawanku ini tidak tahu memandu. Hikmah dari kejadian itu, dia kini telah pandai memandu kereta. Sebab itu pesanku, sentiasalah beringat dan bersedia.


Dugaan Ramadan

Ramadan 1438H kali ni keluarga kami diduga dengan kesihatan adikku. Sebelum majlis perkahwinannya hujung bulan 4 ari tu dia warded di Hospital Ampang, doktor suspek denggi sebab demam dan lemah badannya, tangannya naik bintik merah. Lama juga warded 9 hari. Hari-hari ambil darah untuk di uji.

Tapi kesihatan adik ku itu makin lama makin lemah..lepas majlis, jadi semula badannya menjadi lemah, dan kurus sangat. Keputusan darah, doktor suspek SLE, dan kesnya di hantar ke HKL.

Khamis lepas adik ku kembali warded di HKL kerana badannya memang betul-betul lemah dan kurus, aku yang tengok pun risau. Aku sekeluarga belum berpeluang menziarah kerana tau aje lah dengan anak-anak kecik ni. So duk je lah rumah dulu, doakan dari kejauhan.

Penyakit SLE ni melalui bacaan aku, paling banyak menyerang wanita yang dah akil baligh, 90% penghidapnya adalah wanita. Sebelum ni ada kawan-kawan yang menghidapnya, tak sangka kali ni adik sendiri yang kena. Doa ku moga adik ku sihat seperti sediakala dan kembali ceria.

Adeh, tak tahu berapa lama warded tu, moga segera sembuh hendaknya. Mak aku biasalah dah anak sakit kan, mesti dia pun terkesan, so untuk Ramadan kali ni kurang ceria untuk kami sekeluarga.

Bantuan untuk mataku

Sebenarnya aku ni memang rabun, sejak dari zaman matrikulasi aku dah berspek mata, aku rabun jauh..dulu bila belajar dalam dewan kuliah atau duduk di belakang kelas memang aku memerlukan bantuan spek mata untuk melihat.

Tapi aku tak pakai selalu, bila di kelas je aku berspek mata sampailah ke zaman universiti.

Lama kelamaan, bila dah bekerja aku dah malas nak berspek, sampai lah ke la ni..kiranya dah 10 tahun aku tidak berspek mata..

Masa pregnant Heliza, aku rasa rabun aku makin teruk..kadang-kadang aku tak nampak pun subtitle di tv..encik husband tengok elok je dia kata dia nampak.

So lepas bersalin ni aku pun gi la cek mata ku ini. Lepas di cek, memang optometrist tu kata tahap kerabunan mata belah kanan 100, dan belah kiri 175, dan tiada masalah silau.

So aku pun decide nak buat lah 1 spek, sebab rasa tak syok lah bila orang nampak jelas, aku tak jelas, bila aku tak nampak jelas mula la aku tak amik port apa orang cakap..hahaha


Tadaaa..tua dah rasa bila kena pakai spek..😅

posted from Bloggeroid

ALL ABOUT MY KIDS

ALL ABOUT MY KIDS 🚼🍼❤️😊

Nur Alisya

1. Epidural? - NO, tapi ada amik pethidine, lepas cucuk kat punggung, still rasa sakit, siap tanya nurse, "kenapa saya rasa sakit sama je" 😂 seriously memang tak kurang pun sakitnya..

2. Father in the room? - YES

3. Induced? - NO.

4. Know the sex beforehand? - NO. Sebab scan doktor kata boy, sekali keluar pompuan, hahaha

5. Due Date? - 22/12/2012.

6. Birth Date? - 23/12/2012.

7. Morning sickness? - YES. Tak leh lewat makan, udah muntah monggek orang Perak kate.

9. Kilos gained? - 10KG++.

10. Sex of the baby? - GIRL

12. Place you gave birth: - HRPB

13. Hours in labor room? - 2 Hours

14. Baby's weight? - 3.3 KG

15. Baby's Name? - Nur Alisya

16. How old is your baby today? 4Y5M

Nur Sofea

1. Epidural? - NO.

2. Father in the room? - YES

3. Induced? - NO.

4. Know the sex beforehand? - NO.

5. Due Date? - 22/06/2015

6. Birth Date? - 17/06/2015.

7. Morning sickness? - YES. Muntah sesaja, Alisya pun dah paham 😂

9. Kilos gained? - 10KG++.

10. Sex of the baby? - GIRL

12. Place you gave birth: - HRPB

13. Hours in labor room? - 2 Hours

14. Baby's weight? - 2.75 KG

15. Baby's Name? - Nur Sofea

16. How old is your baby today? 1Y11M

Nur Heliza

1. Epidural? - NO.

2. Father in the room? - NO. Udah tak sempat, cepat je dia keluar.

3. Induced? - NO.

4. Know the sex beforehand? - NO

5. Due Date? - 31/03/2017.

6. Birth Date? - 22/03/2017.

7. Morning sickness? - NO.

9. Kilos gained? - 10KG++.

10. Sex of the baby? - GIRL

12. Place you gave birth: - HRPB

13. Hours in labor room? - 20 Mins

14. Baby's weight? - 3.3 KG

15. Baby's Name? - Nur Heliza

16. How old is your baby today? 2M

Come on mamas! Let's hear your story! Copy and paste. Change my answers to yours 😘

posted from Bloggeroid

Prolonged Jaundis for my baby [episode 2]

Hari ke-4 nurse datang memantau di rumah, tengok anak aku, dia nampak kuning. Diorang mintak aku ke HRPB bahagian pediatrik untuk cek baby. Aku and husband pun lagi sekali ke HRPB. Memang aku pun perasan yang kuningnya tu, cuma sebab masa discaj tu, doktor kata follow up amik darah hari ke-5. So aku pun just keep on bagi dia susu, supaya dia berak, kencing.

Masa hari ke-5 kami bawa baby ke KK untuk cek kuning. TERKEJUT semua nurses sebab bacaannya 378!! Sebabnya bila bacaan 450 dah kena buat treatment tukar darah..Kecoh kejap klinik, sekali lagi diminta bawa bay ke wad 6C, untuk phototheraphy..aduiii bertabahlah.

Sampai di klinik, anak aku terus diletakkan bawah lampu, aku pulak menunggu untuk diberikan katil..sampai jam 10.30pagi..3petang baru dapat katil..memang nak kata perut lapar, kaki tergantung, tok sah cite la kalau tak kuat iman memang boleh meroyan..Nasib en suami dah belikan roti & air, so itu je lah makan tgh hari aku..huhu

Dapat katil jam 3 petang, baby pun dah di ambil darah lagi sekali jam 3.30petang. aku pun dapat katil tu mengemaslah barang-barang aku, merehatkan diri yang dah lelah duduk aje sedari pagi tadi.

Make it short and simple, pagi esok lepas darah dah di ambil lagi sekali untuk cek bacaan LSB baby, bacaannya 319, masih tinggi lagi, so doc bgtau dia mintak baby stay lagi 1 hari..

Aku pun redha je lah, asalkan anak aku betul-betul sihat. Bacaan di hari berikutnya 270..Alhamdulillah doktor bagi discaj, tapi esok kena follow up di klinik kesihatan.

Dari hari 8 - 14, hari-hari aku berulang ke klinik kesihatan. Hari ke 14 anak aku kena ambil darah sebab doktor diagnose dia prolonged jaundice (sebab sampai hari ke 14 kelahiran bacaan jaundisnya masih tinggi). Masalah anak aku ialah bila dia fully breastfeed, dia kurang 'poo poo'..bila tak membuang cemana jaundis tu nak turun kan..Jadinya aku decide untuk bagi dia formula milk(hasil dari bacaan pengalaman orang lain setelah pelbagai ikhtiar aku cuba, semua en suami beli, ekstrak mandian Nuraz, susu kambing, anggur hitam, oren sunkist)..dan lepas je minum fm tu dengan banyaknya dia membuang..huhu legaaaa

Berdebar aku menunggu result darah tu, nurse beritahu if anything diorang akan call. Sampai lah hari cek sebulan, aku ke klinik baru doktor consult dengan aku pasal result. Semuanya ok, Alhamdulillah..lega sangat..

Itulah kisah prolonged jaundis anak aku yang ketiga ni..bila diingat balik, membuatkan aku rasa insaf, bila nanti ada rezeki mengandung yang keempat, aku nak jaga pemakanan elok-elok agar tak perlu lagi nak lalui momen anak kena jaundis..huhuhu orang kata jundis ni bukan sebab darah O sahaja, tapi sebab faktor pemakanan ibu semasa hamil. Maklumlah masa mengandung dulu alahan pun tak de, suke hati je aku makan apa yang aku suke.

posted from Bloggeroid

Physiotherapy for my baby

Ok lah sebelum sambung kisah jaundis baby baru ni..nak cerita sikit pasal kisah anak baru aku ni..

Masa baru dilahirkan hari tu, before discaj wad..nurse bagitau nanti ade wakil fisio kaki datang...aku pun tak syak apa-apa, sebab ingatkan nak tengok kaki aku..manalah tau kan, prosedur baru kene buat fisio kaki pesakit pulak ke..

Rupenye bila datang wakil fisio tu, dia kata kaki anak aku ni bengkok sikit (berdebar dan sedih aku mendengarnya, sebabnya kalau tengok dengan mata kita ni memang tak perasan kaki dia ade keabnormalan) tapi wakil fisio tu kata jangan risau, sementara dia tengah baby ni la nak dibetulkan..antara sebabnya jadi macam tu dan boleh dibetulkan (kalau faktor tulang masa tumbesaran dia dalam perut tak boleh dibetulkan) :
1. Kedudukan yang baby yang selesa satu posisi je masa dalam rahim ibu, contohnya dia selesa menyenget kekiri aje ke, atau ke kanan aje.
2. Faktor perut ibunya kecik, baby pulak mungkin besar/panjang. Untuk kes anak aku ni, dia panjang. Aku tengok ukuran panjang dia pun memang dia panjang lagi dari dua kakaknya.


Dapatlah dia kasut ni..kena pakaikan dua jam sekali dan urutan yang dah diajar.

5 April hari tu aku dah ke Occupational Theraphy untuk cek kaki dia tu, Alhamdulillah. Ade lagi sekali follow up hujung bulan ni nanti. Biasanya sebulan aje proses ni, kalau aku rajin urut kaki dia (diorang ada ajar). Harapnya semakin baiklah kaki anak aku ni.

Tu lah aku kata, macam-macam dugaan. Lain anak lain dugaan dan lain rezekinya. Rezeki mengandungkan dia mudah je, diberi kesihatan yang baik. Bila lahir Allah uji sedikit dengan ujian, moga aku terus kuat menghadapi ujiannya.

posted from Bloggeroid

Prolonged jaundice for my baby [episode 1]

Betullah kata orang, setiap anak itu berbeza, dari mengandung sampai melahirkan sampailah mendidik membesarkan mereka..

Pengalaman mengandung anak ketiga ni tersangatlah mudah, tak de alahan, berat aku pun maintain tak sibuk berat naik, pendek kata memang mudah lah, Alhamdulillah..

Hari ketiga umur baby, bila nurse klinik kesihatan buat lawatan ke rumah untuk memantau ibu dan anak..nurse sarankan bawa baby ke klinik untuk cek kuning sebabnya mummynya darah O+ve..huhu aku & husband bawa lah baby ke klinik..huhu bacaan birubilinnya tinggi sikit dari border..nak tak nak, doktor minta ke hospital, untuk phototheraphy..😓 menangis lah di dalam hati, pasrah..

Serah diri dan baby ke wad 6C di HRPB, dan menunggu baby duduk di bawah lampu phototherapy tu sambil tunggu untuk dapat katil...nasiblah anak no 2 dulu pun pernah kena masuk wad sebab jaundis, so mental dah boleh terima kebarangkalian yang akan terjadi..

Sigebu dah kena get ready nak duduk bawah lampu..

Sampai ke petang aku hanya diberikan kerusi malas..satu bilik tu (ade 6 kerusi malas) semuanya berpenghuni termasuk aku..dan baby bersama lampu birunya diletakkan di sebelah kerusi malas aku..memang kalau pertama kali masuk ke wad 6C dan kena duduk atas kerusi malas macam ni kau boleh meroyan. Tapi sebab aku ada pengalaman sebelum ni, so aku pasrah. Aku azam bf baby, bagi dia berak kencing dan duduk kan dia bawah lampu tu semaksimum mungkin supaya cepat bacaan result turun, esok pagi membolehkan kami discaj.

Semalaman aku tidur di kerusi malas tu, nasiblah aku bawak minyak panas urut kaki, perut bagai..kalau tak mau krem kaki ni..baru 3 hari bersalin kan..huhu

Esoknya bila doktor sahkan bacaan jaundis baby turun, so kami boleh discaj..Alhamdulillah leganya..

Sambung ke episode 2...

posted from Bloggeroid

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme