Ada yang bertanya "Ko tak pernah gaduh ke dengan Isteri ngko?"
Bohonglah kalau saya kata Tak
* * * * * * * * * * *
Bulan 3 baru-baru ni, Isteri ajak saya ke Mid Valley. Ada Baby Fair
katanya. Saya yang takda apa-apa kerja hujung minggu tu, ikut aje.
Siap berkemas kami bertolak.
Dalam pukul 10.00 pagi, kami sampai kat sana. Awal. Namun, kelihatan
sudah banyak kereta yang beratur untuk memenuhi parking. Alhamdulillah,
nasib kami baik. Kami dapat parking betul-betul berhampiran lif.
Saya keluarkan stroller kakak, ambil gambar nombor parking dan terus naik ke atas.
Sampai di atas, orang ramai telahpun membanjiri tapak festival. Saya ni
jenis yang tak suka berada di tempat yang ramai orang. Lebih-lebih lagi
yang crowded macam ni. Tapi, bila mengenangkan Isteri yang dah 7 bulan
memboyot ni, saya hanya butakan mata dan pekakkan telinga. Lautan
manusia saya redah jua.
10 minit berlalu dan saya masih di situ. Bertahan, memilih baju untuk anak yang bakal dilahirkan, bersama Isteri tercinta.
Tapi bila masuk minit yang seterusnya, saya surrender. Dengan kakak
yang dah boring duduk dalam stroller, saya volunteerkan diri untuk
menjaganya.
Saya bawa kakak pusing-pusing di ruang legar aras
berkenaan. Kakak yang suka explore ni meronta-ronta ingin keluar dari
strollernya. Ok fine.
"Didi buka belt kakak. Tapi janji, kakak kena behave ok.."
"K.." Jawabnya mengambil suku kata belakang
Budak-budak, mana diorang kisah tentang janji. 'Bebas' je, ke hulu ke
hilir dia lari. Apa yang boleh saya buat hanyalah bersabar dan kejar.
Aduhaiii.....
Dari minit ke-11 saya tinggalkan Isteri membawa
kepada 1 jam. Namun, bilangan pengunjung yang datang tidak menunjukkan
sebarang tanda diorang bakal berkurang.
"Dah lama sangat ni. Jom kakak. Kita pergi kat Ummi" kata saya menarik kakak
Saya dukung kakak yang masih nak berlari. Sebelah tangan lagi saya
gunakan untuk menolak stroller. Beg dia yang tergantung di handle
stroller, membuatkan perjalanannya tidak lurus. Sungguh mencabar.
Sekali lagi, berasakkan dengan pengunjung lain, saya gagahkan diri, membelah masuk untuk berjumpa Isteri.
"Dah ke Sayang..?" Soal saya sebaik berjumpanya
"Yang ni je Abang..''
Tunjuk dia pada saya akan beberapa pasang baju yang berjaya dia pilih.
"Pampers new born belum beli lagi ni. Cane ye Abang..?" Sambungnya lagi
Saya yang dah mula boring, cepat-cepat ingin beredar dari situ.
"Kita cari kat lain je lah. Sini ramai orang sangatla. Kakak pulak
taknak duduk diam. Penat dah Abang kejar.." Lapor saya meminta simpati
"Ok lah. Jap ye. Sayang nak bayar.."
Dalam masa menunggu tu, kakak nampak budak-budak dapat belon free
pulak. Berhempas pulas la saya mencari kat mana nak dapatkan belon tu.
Hmm.. Takpelah. Asal awak duk diam sudah.
Selesai Isteri membuat
pembayaran, saya terus nak tolak stroller straight ke pintu keluar. Tapi
Isteri mengajak saya tawaf dulu, melawat booth-booth dalam sebelum
keluar.
"Dengan ribuan orang yang membanjiri, awak nak redah masuk dalam jugak..? Tak payahlah.."
"Tapi bang, alang-alang kita dah sampai, kita masuk je la kejap. Pastu, kita balik lah nanti.."
Saya diam.
Membisu.
Tak kata apa-apa.
Selang beberapa saat, sambil memegang kening, saya menghela nafas. Panjang..
"Hmmmmmmmhhhhhhhh.."
Dia faham dan tahu yang saya sudah takda mood.
"Abang selalu macam ni. Dah la. Jom la balik.."
Helaan saya membantutkan kemahuannya. Dia bertindak spontan. Menarik
handle stroller lalu ditolak tanpa menghiraukan saya. Dia keluar. Saya
pun keluar. Dia bengang. Saya lagi bengang.
Keadaan itu
membuatkan saya panas. Rimas dan nak marah. Tapi semua tu saya tahan.
Saya hanya membontotinya dari belakang. Saya biarkan dia menolak
stroller sendirian.
Dengan keadaannya yang sarat mengandung, dia
memimpin tangan kakak. Barang-barang baby, handbag gadjetnya dan beg
anak diletakkan dalam stroller.
Kesian. Memang kesian.
Tapi kipas syaitan terlebih dahulu menyemarakkan api kemarahan saya
daripada memberikan belas kasihan terhadapnya. Astargfirullah.. Menyesal
sangat bila dikenang kembali. Huuu..
Dia berjalan menuju lif. Ditekannya button down dan kami ke AEON.
Setibanya di AEON, saya tinggalkan mereka di sana. Tanpa memberitahu ke
mana saya ingin tuju, saya berlalu begitu sahaja. Ketika itulah,
bisikan syaitan galak bersuara dalam hati saya. Katanya..
"Jika dia masih berkeras, kau tinggalkan aje dia. Biarkan dia balik naik teksi. Padan muka..!!"
Saya pergi. Tapi tidak jauh dari situ pun. Saya ke surau. Bertenang di
bangku luarnya sambil kepala bersandar di dinding. Saya dongakkan
kepala. Pejamkan mata. Dan mulut mula melafazkan kata-kata istighfar,
memohon ampun dan bantuan dari-Nya.
"Astarghfirullah.. Astarghfirullah.. Astarghfirullah.."
Perlahan-lahan air mata saya mengalir dari alur tepi keduanya. Sedih.
Sayu. Pilu. Hati saya begitu tersentuh.. Mengenangkan Isteri sukar
memahami saya.
Pada masa tu, entah kenapa, tiba-tiba terlintas di
fikiran saya kisah Mahatma Gandhi yang menghukum dirinya sendiri dek
kerana anaknya tidak menepati janji. Dia merasakan dirinya adalah
seorang ayah yang gagal apabila anaknya tidak menjadi manusia sejati.
Allah..!! Kisah itu terpalit pada diri saya. Sayalah yang
bertanggungjawab menjadikan Isteri saya sebegitu. Mungkin cara saya
mentarbiahnya belum sempurna. Semua itu tadi adalah salah saya bukan
silap dia.
Sejenak selepas itu, saya berfikir untuk mencari
mereka. Tetapi ego lelaki ini belum bersedia untuk tunduk mengakui
kekhilafan sendiri. Hmm..
Setelah sedikit tenang, saya keluar.
Berjalan menghampiri dinding kaca yang di bawahnya terdapat escalator.
Tatkala memerhati gelagat seorang demi seorang yang lalu lalang,
perhatian saya tertumpu pada sepasang suami isteri yang mempunyai dua
orang anak.
Si suami mendukung kakak yang telah lena di bahunya. Manakala si ibu memegang adik yang bulat pipinya.
Saya teringat kakak.
Tak semena selepas itu, saya terdengar satu suara memanggil kuat panggilan saya.
"Di.."
Saya menoleh ke belakang. Tapi kelibat kakak tidak kelihatan. Ya
Allah.. Perasaan rindu terhadapnya terus menyelubungi diri disertakan
rasa bersalah terhadap Isteri.
"Apa yang telah aku buat ni.." Rintih saya separuh menangis
Saya seluk saku seluar. Mencari iPhone untuk menghubungi Isteri.
"Ciss.. Masa ni pulak kau nak habis bateri.. Macam mana ni.."
Saya buntu.
Nafas sekali lagi saya tarik dalam-dalam.
Bertenang.
Akhirnya, saya membuat keputusan untuk menunggu mereka sekitar 5 minit
lagi. Jika tiada, saya akan berlari berkejar menuju kereta.
Setiap mereka yang lalu di hadapan saya, saya scan. Saya fokuskan mata
hanya kepada dua warna. Merah dan turqoise. Ya. Itulah warna baju yang
dipakai kakak dan Isteri.
"Bukan. Bukan. Bukan. Tu pun bukan. Yang tu pun bukan. Hahhh.. Sana, bukan jugak.."
Melilau saya mencari keduanya. Namun semuanya hampa. Pabila saya ingin
melangkah memulakan larian, seolah datang satu ilham, mengarahkan saya
untuk menoleh ke belakang sekali lagi. Dan ketika itulah, saya ternampak
susuk tubuh Isteri sedang termengah-mengah menolak stroller, bersama
kakak yang sedang relaks di dalamnya. Allah.. Syukur sangat pada-Mu ya
Allah..
Saya segera mendapatkan mereka. Perasaan ego tadi tu saya buang jauh-jauh, pergi bersama serpihan-serpihan masa yang berlalu.
Saya ambil stroller dari tangannya. Saya galas handbag yang tersandang
di bahunya. Saya pegang barang-barang yang dibimbitnya. Lalu dia
menyuakan straw air coffee latte ke mulut saya. Saya minum. Selepas itu,
kami berjalan bersama-sama dengan tangannya memaut erat lengan saya,
seolah tiada apa yang berlaku. Oh!! Bahagianya saya rasa..
Kami
berjalan menuju ke bawah. Mencari kerusi untuk berehat dan ruang legar
untuk kakak bermain. Di situ juga kami makan roti dan menghabiskan
baki-baki air yang tersisa.
"Abang.. Jom balik.." Isteri saya bersuara.
Saya masih diam. Tetapi hanya menjawab melalui perbuatan. Saya dapatkan kakak dan letakkan dia kembali di stroller.
Saya tolak stroller menuju escalator. Isteri yang mengikut di belakang,
menyangka saya akan ke mesin auto untuk membuat pembayaran. Tetapi
ternyata, jangkaannya silap. Saya sebaliknya menolak stroller untuk naik
ke atas kembali.
"Jom, kita cari pampers new born baby.."
Tengok. Perancangan Allah. Cantik Dia aturkan semuanya. Saya yang
tadinya dah tak sabar-sabar nak balik, kini menjadi orang pertama nak
beli pampers baby.
Saya redah masuk sekali lagi. Dan
Alhamdulillah, kami dapat beli 2 beg pampers dengan dapat diskaun lagi.
Keluar tu, saya nampak ada pertunjukkan Transfomers kat bawah. Saya bawa
kakak ke sana. Dia happy. Saya happy. Dan Isteri pun happy.
Selesai semuanya, barulah kami pulang.
Dalam kereta, Isteri dan anak tertidur keletihan. Saya memandang sayu wajahnya. Dan dalam perlahan saya berkata..
"Maafkan Abang Sayang.. Maafkan Abang atas 'kekasaran' yang Abang lakukan tadi.."
Saya kucup tangannya.
Setelah traffic light bertukar hijau, laju saya membawa keduanya bersama bahagia menuju destinasi cinta.
** Pesanan buat suami : Belajarlah mengawal amarah terhadap isterimu.
Lumrah isteri akalnya satu. Sekiranya amarah menguasai diri,
bertenanglah. Carilah masa seketika untuk berfikir dan merungkai amarah
itu.
Pesanan buat isteri : Belajarlah untuk memahami suami.
Andai ada rasa tidak senang tersimpan di hati, bertuturlah dengan suara
keibuan sejati.
Buat suami dan isteri : Andai berlakunya
pertelingkahan, elakkan bermasam muka berjam-jam lamanya. Ambillah masa
untuk menenangkan hati. Apabila sejuk kembali, sapalah pasangan dengan
kemaafan dan anggaplah tiada apa yang berlaku sebelumnya.
kisah benar dari Karyawan Bisu
Dah baca kisah di atas???pernah terjadi dalam hidup korang????kalaupun bukan dalam situasi yang sama macam kisah kat atas ni, mesti pernah la berlaku perselisihan faham antara suami isteri kan...bagi aku senang je, kalau apa yang suami tak suka and benda tu tak merugikan kalau kita tak buat, so better aku tak yah buat..contoh macam shopping time ade ape2 fair ni, memang aku takkan pegi la, sebab aku tak suka bersesak-sesak and same goes to my hubby, tak suke bersesak..walaupun aku suke shopping tapi bukan suka bersesak..hatta nak shopping baju raya pun aku rela pegi awal puasa, tak pun shopping on line je, tak pun pegi tempat yang tak de org nak pegi..
so nasihatnya disini, pandai-pandai la kita ambil hati pasangan..bila kita memberi Insyaallah kita akan menerima, janganlah hanya mengharap untuk menjadi penerima sahaja...Dalam rumahtangga buat apa pun semua kena ikhlas, cakap pun kena ikhlas, tegur/nasihat pun kena ikhlas sebab kita sayang pasangan kita..