aku malas nak buat..
semalam sedang aku menulis di whiteboard di depan class, aku terdengar perbualan ni..
semalam sedang aku menulis di whiteboard di depan class, aku terdengar perbualan ni..
Bila dah jadi isteri ni kan, biasalah kita orang perempuan, kita la siapkan beg kalau nak kemana-mana kan, hehe, suami tukang tolong angkut masuk dalam kete..hehehe tapi jenis aku ni, biar bawak baju tu lebih, jangan kurang, mane la tau, kot kotor ke, basah ke..masa baru-baru kawen dulu (ewah-ewah ayat macam dah 8 tahun je ko kawen kan, hahaha) aku selalu re-confirm balik dengan suami baju apa or seluar apa yang dia nak bawak.
Tapi penah sekali tu, terkena bebel la encik suami dengan aku..Aku tanya dah dengan lemah-lembut gemalainya, "seluar pendek suami nak bawak tak?".., then dia jawab, "tak payah" tapi sampai je di destinasi soalan yang suami tanya adalah "seluar pendek suami bawak tak??"..aku ni dah la kadang-kadang pelupa, tapi aku yakin dia jawab tak payah bawak tadi, aku pun bebel la, tapi bebel-bebel manja la, "tadi suami yang cakap tak payah...", hehehe nasib la suami aku pun teringat jawapan die tu, so die sengih-sengih je la, lepas tu dapat beli seluar baru kan..hikhik
di kala petang hari yang panas, walaupun duduk dalam bilik ber air-cond, tapi cahaya matahari kat luar tu, kita boleh terasa bahang panasnya, ditambah dengan pening-pening lalat yang menjelma secara tiba-tiba sesuka hati, kadang ok, kadang pening...
Datang pula 2 manusia....
tok..tok..tok...(bunyi pintu diketuk). kemudian pintu dibuka, tanpa ucapan salam, leher manusia itu memanjang terjenguk-jenguk, aku yang yang dah masak sangat perangai tak beradab macam tu, membiarkan sahaja, malas nak buat panas hati..
Menjenguk-jenguk lagi dua manusia tu..aku bersuara "Waalaikummusalam, awak nak cari siapa???".."haaa cik s*ti aisy*h ada??" seorang dari 2 manusia itu bersuara bertanya..aku membalas acuh tak acuh, "tak ada orang bernama cik s*ti aisy*h dalam bilik ni.."
Manusia tu tak berpuas hati nampaknya, cuba menegakkan soalannya, "dia tak ada ke, betul ke dia tak ada??", aku dah geram ni, tak jelas lagi ke jawapan aku tadi, "awak ni paham tak, tak ada orang bernama cik sit* aisy*h kat sini..berapa kali saya nak ulang ni?"
2 manusia tu dengan tak tau malunya tersengih-sengih, "betul ye dia tak ada?", kesabaran aku teruji, haihhhh ada yang mintak di maki ni, hati berbisik menyuruh ku bersabar, "sebelum saya ulang jawapan yang sama buat kali ke-3 baik awak tutup pintu tu", aku menjawab tanpa melihat muka dua manusia tu..
p/s : cuma luahan hati yang tak sanggup nak pendam masalah-masalah macam ni, manusia-manusia jenis ni tolong la jadi manusia beradab sikit boleh tak, lepas tu tolong pegi belajar sikit adab nak berkomunikasi dengan orang..aku juga manusia, sabar ku pun ada batasnya..aduhhh pening kepalaku..
Aku teringat Prof aku bercerita dulu, dia penah suruh sorang makcik penjual kerepek keluar dari pagar rumah dia, sebab mak cik tu sesuka hati buka pintu pagar rumahnya tanpa memberi salam, tau-tau dah muncul depan pintu, cumanya Prof tu cakap elok-elok la, dia cakap macam ni "Saya minta maaf mak cik, tapi mak cik masuk rumah saya tanpa kebenaran, sekarang saya nak mak cik keluar balik, bagi salam elok-elok, saya izin kan masuk ke dalam rumah saya baru mak cik boleh masuk" memanglah kita dengar terasa kejam, tapi bak kata orang, yang tua tu lah penyebab yang muda jadi macam ni, renung-renungkan...
Semalam Hari Guru, tapi tak de mood nak tulis pasal tu, hari ni baru ada mood, dikesempatan ni, nak ucapkan "Selamat Hari Guru" kepada mama, mak, adik ku, adik ipar ku, dan semua yang bergelar guru, ntah diorang baca ke tidak blog ni aku pun tak tau, tapi ucap pi la kan..
Dan ucapan secara tak langsung juga kepada semua yang bergelar pensyarah ke, instructor ke, dan yang seangkatan dengannya, walaupun profession mereka tidak dipanggil guru, dan kementerian kami pun tak sama, kami pun tak dapat kenaikan pangkat beramai-ramai, hehehehe tapi bidang tugas tu lebih kurang sama, so "Selamat Hari Guru" jugak lah ye..:) Terima kasih juga, untuk anak-anak murid yang wish semalam..
Bila Hari Guru ni mulalah teringat masa zaman-zaman sekolah dulu,