foods for baby
Tapi bukanlah mahal sampai beratus-ratus, cumanya, kalau kat sini 30 ringgit tu baru dapat kurma 2-3 kotakkan, ni dengan harga tu dapat dengan gajus, pistachio, apricot, kurma..kira ok lah..
Pada mulanya, macam-macam perasaan wujud dalam hati ni, yang pertama-tamanya tak lupa diucapkan kesyukuran kepada Yang Maha Esa, atas kurniaan ini..Alhamdulillah di atas tanggungjawab yang Dia berikan ini, dan dengan izin-Nya jua, hambu Mu ini akan berusaha sebaik mungkin menjaga amanah Mu ni Ya Allah..
Bukan mudah menceritakan semua ini, kalau boleh hendak di simpan sahaja di dalam hati menjadi memori yang indah buat kami suami isteri. Tetapi naluri keibuan ini begitu kuat ingin menceritakan, ingin berkongsi perasaan yang tersangat indah untuk di gambarkan. Setelah beberapa bulan entri ni terperap sebagai draft, dan setelah si kecil ni pun dah semakin kuat, barulah dapat keberanian untuk berkongsi pengalaman yang tersangat indah ini.
Bak kata orang tua, kalau boleh jangan terlalu seronok dahulu, sebab 3 bulan pertama kandungan masih lagi 'fragile', kene sangat berhati-hati, so diri ni memang tak ada kekuatan, kalau orang kata jangan tu, memang akurlah, tak berani nak melawan..Lagipun setiap minggu travelkan, risau juga jika terjadi sesuatu yang tidak diingini..Dan pada masa yang sama turut nak menjaga hati kawan-kawan yang masih lagi berusaha untuk mengandung, tak nak lah bila tahu kita mengandung, sedangkan mereka dah lama berkahwin masih belum lagi berpeluang, akan ada yang bersedih hati, kita dapat rasa apa yang mereka rasa. Insyaallah, ada bahagian dan rezeki masing-masing kan..Zaman sekarang, ini merupakan situasi biasa kawan-kawan sekerja kita, bukan seorang dua yang masih belum hamil, tapi ramai, jadi memang saya agak berhati-hati dalam memutuskan untuk berkongsi cerita gembira ini dengan semua..Tapi sebenarnya hati memang meronta-ronta nak khabarkan pada semua, hehehe..
Rakan-rakan sepejabat memang tak tahu yang saya ni pregnant..Alhamdulillah juga sebab alahan tak teruk, so boleh berlagak biasa je..:) Masuk bulan ke-2 baru lah bercerita dengan kawan-kawan rapat, itupun sebabnya, ada seorang kawan yang mimpi saya ni pregnant..kui3, so berterus-terang je lah kan..:) Kawan-kawan rapat pun sangat setia, tak bercerita pun dengan kawan-kawan ofis yang lain. Kandungan dah masuk 3 bulan dan bila sampai masa nak buat timetable untuk semester baru ni, barulah rahsia terbongkar, hehehe sebab ibu mengandung dapat specialty, akan dapat kelas yang dekat-dekat..:)
Doakanlah kami ibu & anak ini sentiasa dalam keadaan selamat mengharungi detik-detik indah ini..Amin..♥
New Semester
hohoho, lamanya tak update...super busy to the max!!!! this semester I dah resigned jadi SU department, I cakap I dah bosan kat boss, I nak pegang portfolio baru, then I dapat jadi jawatankuasa timetable, memang seronok, tapi pening, huhuhu tak tau mana satu yang lebih, seronok or pening, kui3..Seronok bila kita dapat arrange timetable kita sendiri, tapi pening bila have to deal dengan last minute changes...Class pulak baru start 2 hari, baru masuk 4 classes, so far budak-budak okay je, sengal-sengal ubi tu biasa la kan, hehehe layankan je la, selagi larat..Ade ke patut mak buyung perut dah tersembul ni di tanya dah kawin ke belum..haiyooo, kesian hubby I tau, u all ni tanya soalan macam tu, cuba la tengok orang dulu bila nak tanya soalan tu..
Life Progress
My life progress seperti biasa, cumanya sekarang ni jalan jauh sikit pun dah mengah-mengah, hehehe tanggung je la kan..Alhamdulillah no more alahan, semua dah seperti sedia kala, and hopefully it will last until I'm safely deliver, Amin, Insyaallah..Cumanya sekarang ni sejak budak tecik ni dah pandai kicking/ketuk-ketuk, kadang-kadang sakit jugak di buatnya kat bahagian bawah rusuk ni..Kelakar je bila dapat rasa die ketuk2 tu..Tapi kalau time sakit tu, nak duduk pun tak boleh, kalau dalam kereta pun kene turunkan seat, kene baring..huhuhu Mula-mula dulu risau jugak, kot ade penyakit lain ke, then bila tanya-tanya kawan and baca kat forum, it's normal rupenye sebab die dah grow up and space dah makin sempitkan kat dalam tu..hehehe
ok lah lenguh dah duk lama-lama, it's time to guling-guling plak, merehatkan badan..
Susu is my favorite, tak kisah la susu apa pun mesti boleh telan, low fat ke, full cream ke, fresh milk ke, susu tepung ke, sume boleh bedal..tapi....that's before I'm expecting, and few weeks after that...
Masa awal-awal expected tu, excited sangat, hari-hari dengar kat radio and iklan kat tv pasal Anmum Materna, so terpengaruh la jadinya, tanpa ragu-ragu terus pilih Anmum Materna. =) Sedap susu Anmum Materna ni, sebab die manis-manis vanila tu memang sedap...
Tapi lepas je masuk 8 weeks, 1 pagi tu minum segelas susu, lepas je minum, terus blwekkkkkkkkk....habis baju kurung nak pegi kerja pagi tu, depan2 pintu toilet jugak semua isi perut berjaya dikeluarkan semula, huhuhu...Lepas je dari tu jangankan susu, nak tengok kotak susu tu pun dah kembang tekak..Susu memang terbiar 2 minggu tak disentuh, huhu...
Risau jugak mulanya, kita perlukan susu tu sebagai penyumbang vitamin-vitamin penting yang diperlukan, alih-alih tak boleh nak pandang pun, so macam mana...hmmm...Tapi lepas tu memang paksa diri la,kalau nak minum susu kena bancuh dengan milo ke, supaya tak rasa susu tu..sampai la habis 1st pack of Anmum Materna ni pun, still bancuh campur dengan milo..
Now dah masuk ke 2nd pack, memang tak beli dah la yang original flavor, beli yang choc flavor pulak..nak test macam mana rasanya..hopefully it's yummy!!!
Yesterday was my mom's birthday. Seperti biasa la tiap-tiap tahun, buat la sedikit sambutan, tanda ingatan, lagipun kesian my mom, anak-anak je yang tinggal nak berkongsi rasa kasih sayang kan. Kami sambut simple je, bawak mama pegi makan.