stop being ridiculous + stop asking without thinking
macam dah jadi tabiat manusia zaman neuron berlumba2 menyampaikan maklumat kepada neuron2 yang lain..tapi masih ada lagi kadang kala berkelakuan seperti neuronnya malas bekerja ataupun neuronnya salah mentafsir maklumat..pelik kadang2 manusia boleh bertanya soalan2 yang terang2 x masuk dek akal..contoh soalan manusia zaman sekarang yang kadang2 yang disoal tu pun musykil sama ada patut jawab atau diamkan aje...antara contoh soalan tanpa berfikir yang sering muncul ialah :
1. situasi 1
pengajar : saya akan bercuti seminggu, bermula minggu hadapan..
pelajar : puan cuti seminggu tu puan nak kawen ke?
pengajar : awak panggil saya puan, kemudian awak tanya sy nak kawen ke?brape kali awk nak sy kawen?
*alasan kenapa soalan itu soalan 'asking without thinking' :gelaran puan kan untuk org yang dah berkahwin.adoii..masalah betul bdk2 zaman skrg...
2. situasi 2
dua orang sedang berchatting di laman sosial pada hari ahad:
lelaki : hye..kat mane ni?
wanita : hye..kat umah...
lelaki : ooo..cuti ye..
wanita : (~ayat yang sebenar ingin di jawab:wahai lelaki sengal...ari ni ahad of course la cuti...dol) ya...
3. situasi 3
2 orang manusia sedang berbicara menerusi khidmat pesanan ringkas dan lokasi kedua2 manusia ini amatlah jauh merentas sempadan negeri :
si A: hari ni i masak bihun goreng..u nak rasa..
si B : (~ayat yang sebenar ingin dijawab : kang kalau i betul2 nak rasa u nak hantar ke sampai sini...b*d*h betul..) x payah la simpan je bihun tu makan sorang2...~hmm..rasenye ayat tu pun boleh buat si A sakit hati...bagus2...
ok...baru terfikir 3 situasi yang benar terjadi...mungkin bile terfikir lagi boleh sambung menulis...