pandai jugak kayuh

Akhirnya pandai jugak kakak Alisya kayuh beskal..setelah setahun beli..hehehe
Sebenarnya dia ade sejarah hitam masa awal-awal beli beskal ari tu, dia punya nak tunjuk dia bokeh kayuh pada mummy dia ni, sampai terjatuh, bercalar jugak la mulut, jatuh atas tar..huhu lepas dari tu memang dia semacam fobia dengan beskal..
Sampai la 2

Upah Haji Arwah Ayahanda

Fuhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh......lamanyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa tak menulis...ntah kenapa petang ni macam rasa nak meluahkan hasil nukilan dalam blog yang dah lama tersadai ni...nak cerita pasal apa pun dah stuck, sebab banyak benda dah tak diceritakan..hehehe..

Okaylah, sementara tengah rajin nak menaip ni kita cerita benda yang penting la dalam hidup. Alhamdulillah pada musim haji 2016 tahun lepas, kami adik beradik dah selamat selesaikan 1 tanggungjawab kepada arwah bapa kami menyukupkan perkara asas arwah dalam Rukun Islam. Setelah diteliti dan minta pendapat dari yang berilmu, kami sepakat untuk melakukan upah Badal Haji untuk arwah bapa kami.

Hukumnya, antara salah satu sumber boleh rujuk di sini :

Badal haji, korban untuk arwah



Moga arwah bapak diberi ketengan di alam sana, kami seisi keluarga sentiasa merindui arwah walaupun telah 12 tahun arwah pergi meninggalkan kami..Al-Fatihah untuk beliau...


No 3 is on da way Insyaallah..



Doakan semuanya selamat, semoga baby sihat membesar dengan sempurna sifat, akal dan fikiran.

Walaupun tanpa dirancang,ia tetap anugerah dan tanggungjawab terindah yang akan dijaga dengan baik. 😘
posted from Bloggeroid

Staycation in Palm Garden Resort Putrajaya 24052016

Dapat tawaran interview HLP di UPM 25/5/206, nak tak nak kena la stay semalam di area sana, lagipun sesi interview pagi, kalau ikut surat, sesi kul 7.30pagi.

So petang hari Selasa dalam 3 petang siap2 gerak ke Serdang. Si Alisya gembira siap cerita kat cikgu "hari ni saya balik awal, saya nak pegi hotel.." haha layankan la ye cikgu..


Berhenti kejap di RnR Restoran Jejantas Ayer Keroh, makan siap2 supaya bila sampai nanti dah tak sibuk nak dinner, konon2 sampi hotel nak tido awal, nak iron baju, siap2, esok pagi nak interview kan..


Sampai hotel dalam 8. 30 malam, sedang elok la tu, boleh siap-siap apa yang patut. Saje amik hotel ni, takpe lah bayar lebih sikit, sebabnya aku fikir, pagi aku nak gi interview tu, boleh la en husband and anak-anak gi bekpes then bawak anak-anak mandi pool. Kalau amik hotel bajet mau mati kutu dibuatnya, lagipun mana nak tau interview tu habis berapa lama kan, aku dah masak sangat bab temuduga ni, delay ada nak habis cepat memang mimpi la..hihi Memang spacious la bilik hotelnya, dan stafnya baik.

Mujur aku dapat turn interview org pertama interview start kul 9 - 9.40. Dah lega balik dari interview, aku yang kelaparan, gi breakfast dulu haha, mujur breakfast sampai kul 10.30pagi. Ajak Alisya temankan mummy dia ni breakfast, encik husband stay kat bilik dengan Sofea yang tengah tido.

Siap breakfast, encik husband kata "jom gi Melaka.." hehe, aku pun on je la, dia nak stay kat BasTel Hotel tu, tapi called hari tu diorang tutup. So kami cari hotel lain, kali ni amik hotel bajet, De Mawardah Hotel.


Ok dah nak tgh hari, jom siap2 balik. Sebelum balik, alang-alang ada kat IOI City ni, jom la gi mall dia tu kan, layan lunch pulak.
posted from Bloggeroid

Temuduga HLP

Assalam readers,
Kali ni rajin sikit nk menulis, sebab nak share pengalaman interview biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan (HLP). Bukan apa, sebab masa aku nak prepare for inerview ni aku pun dok menggoogle apa yang diorang share, so terima kasih sangat pada yang rajin menulis pengalaman anda. Jadi aku pun nak share, supaya nnt orang lain pulak boleh baca mana-mana tips yang berguna.

Untuk temuduga ni,first of all,
1. Kena tunggu iklan la, di website kementerian masing-masing yang ada tawarkan biasiswa ni. Biasiswa ni untuk postgrad program master/phd
2. Isi borang online, then kena prepare proposal berkaitan bidang yang kita nak pursue study tu
3. Within 2 weeks, result panggilan interview pun keluar. Masa ni kami pun pelik sebab ade yanh tak di panggil, mungkin dah dibuat penilaian pemilihan untuk ke interview.
4. Prepare semua dokumen yang diminta seperti dalam surat panggilan.

Hari temuduga
1. Hadir awal di tempat temuduga, sebab nanti kena ambil no giliran untuk ditemuduga. Kalau macam aku, jenis yang suka settle awal, aku akan make sure aku jadi orang yang awal, supaya tak perlu nak menunggu lama penuh debaran. Menunggu tu rasa macam nak beranak..hahaha

2. Soalan yang ditanya oleh panel sepanjang sesi temuduga :
i. Brief description about yourself
ii. Did you aware of any bonding for this scholarship, can you jump to other institution.
iii. Current issues regarding your selected course.
iv. Why did you choose this course.
v. Your contribution to ministry & country after you've finish your study
vi. Tell a bit about PPPM PT, the relation between the plan and your job.

Haaahhh..tu lah antara soalan-soalan yang ditanya, aku dapat menjawab semuanya, betul ke salah, yang penting confident kena ada..haha tapi yang penting, bila panel soal in English, so kita kena converse back in English juga la ye.

Pakaian masa nak interview kena la kemas, formal, name tag pakai.

So lepas ni tunggu je la result berjaya ke tak kan..yang penting pengalaman tu. Moga yang memohon untuk sesi kali ni berjaya, amin..


posted from Bloggeroid

Sanrio Hello Kitty Town cont..

Habis ronda-ronda area Thomas & Friends, turun pulak kami ke level 2. Kat level 2, ada Bob The Builder(BTB), Barney, Pingu dan rakan-rakan la..hehe


Masuk je, kami terus ke rumah Barney..kat situ Alisya just main susun-susun nombor. Sofea tumpang baring minum susu..hehe

Then, dari dalam rumah Barney tu, kami nampak mascot BTB and Pingu keluar..Alisya ape lagi, terus dia ajak mummy pegi dekat mascots tu. Tau dah anak aku tu, memang excited jumpa mascot. Dapat la dia bergambar dengan 2 mascots tu, Sofea masih lagi menyusu kat rumah Barney dengan daddynye..


Tak banyak sangat aktiviti boleh buat kat level 2 ni, kami masuk dalam rumah Pingu, just ade few games yang family boleh main. Ade satu character tu, Angelina the Ballerina, rumah dia tu tak open lagi sebab show time nya pukul 1, so disebabkan Alisya pun tak tau sangat cartoon tu, so kami pun habiskan sesi kat level tu sambung turun ke level 1.

wait for next entry ya..
posted from Bloggeroid

Sanrio Hello Kitty Town 22042016

Last week menyampaikan hajat si anak, ke Sanrio Hello Kitty Town (SHKT) di Puteri Harbour, Nusajaya.

Gerak dari rumah jam 8.30 pagi Jumaat sebab dah tengok schedule ambil dari website, SHKT tu buka jam 10.30am, so memang elok la sampai masa tu nanti. Anak-anak memang jenis bangun awal, so tak de masalah nak kejutkan diorang, dan bersiap awal.

Sebenarnya adik aku dapat 2 free tickets, company dia bagi, tapi dia nak pegi jauh, rezeki kami yang diselatan ni la nampaknye..hehe untuk Alisya, disebabkan dia dah 3thn lebih, so dia pun kene ada tiket, so aku beli lagi 1 ticket online je, dapat la discount sebab ada tesco card, rasa promotion utk tesco card tu sampai june 2016. Harga ticket semua boleh tengok di website Puteri Harbour.


Excitednya la hai si kakak Alisya..sampai-sampai je, mintak dia ke toilet, buang air dulu, sebab dia memang dah tak pakai diapers. Gambar 3 beranak tu depan entrance ke SHKT, anak-anak dah tak heran camera. Before masuk, diorang akan cek beg macam theme park lain lah, nak cek kita bawak masuk makanan ke tak, memang dah agak pun, so bawak masuk susu anak-anak je.

Disebabkan beli All Park Pass, so daddy kata, jom kita start gi level yang paling atas,ada Thomas & Friends theme park. bagi yang boys, suka la kat sini sebab banyak ride yang diorang boleh main. Tapi nasihatnya, tinggi yang selamat nak boleh main semua adalah 110cm.


gambar ni je ada dalam henfon mummy, gambar masa naik helicopter & bas dalam henfon daddy. Alisya mula tu dia memang menjerit takut masa naik ride, sebab tak pernah kan, haha kesian anak aku, tapi si Sofea, relaks je..kihkih..tak banyak yang kami naik sebab Alisya takut. Ade yang ride macam Solero yang kat genting tu, tapi untuk kids la, tu pun Alisya tak nak naik, so malas la nak paksa.

Sambung next entry..bagi korang rest kejap ☺
posted from Bloggeroid

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme