Daisypath Anniversary tickers
CafeMom Tickers

pantang jalan



Aku tak kisah sangat pasal pantang makan, walaupun aku suke makan, tapi bile dalam pantang ni, ape yang orang kate baik elakkan jangan makan, aku ok je, minda aku still boleh tolerate dengan pantang makanan, may be sebab aku dah makan puas-puas sebelum bersalin ari tu (orang duk takutkan aku nanti baby besar koyak banyak, tapi aku tak peduli makan jugak, dann memang terbukti beso babynye wehh, kui3)
Tapiiiii..benda yang aku tak tahan sangat nak berpantang adalah pantang berjalan..hahaha, gatal dah kaki aku ni nak berjalan, aku perasan ade tahi lalat baru kat kaki aku, hehe...jeles tengok orang berjalan..tahun lepas awal-awal tahun macam ni, rancak family aku n family in law berjalan, seingat aku dengan in law pegi melaka, dengan family aku pegi mandi-manda kat sg klah, kui3, lepas tu aku n hubby pun pegi rehat-rehat kat bukit merah laketown resort..
Memandangkan tahun ni, aku bersalin, kakak ipar aku pun coming soon, adik ipar aku pun baru je pregnant..hahah bersambung-sambung ye..jadi dua-dua belah family tak gi mane-mane, kui3..
Tengok la nanti lepas habis pantang, hutang berjalan aku akan terlunas ke tak..haha, alasan yang paling kuat nak berjalan adalah nak biasakan Alisya duk dalam car seat, anak pulak jadi mangsa alasan ye..hik3

Published with Blogger-droid v2.0.10

wordless wednesday 23012013


our lil family weekend activities



Assalamualaikum & selamat pagi..Alhamdulillah dikurniakan kesihatan yang baik, suami yang penyayang, anak yang ceria, keluarga yang sentiasa memberi sokongan, dan bermacam lagi, nak ditulis panjang sangatkan..
Hujung minggu yang lepas, 1st time dapat balik rumah dan tido kat rumah sendiri..rase gembira sangat dapat melepas rindu kat rumah..Lagi satu, rase happy dapat hidup bertiga sebagai sebuah keluarga kecil yang bahagia, walaupun tak banyak yang aku boleh buat, masak pun tak, tapi hehe rase happy..bukanlah kata sepanjang masa pantang duk rumah mak aku tu tak happy, happy tau, ramai yang nak tolong jaga Alisya, hehehe 
Tapi ye la, kadang-kadang kite nakkan privacy time dimana hanya kita, suami dan anak sebagai 1 keluarga, senang kata, nak merasa hidup sendiri..hehehe
Tak banyak pun yang kami buat kat umah tu, melainkan spent time mengadap Alisya je..hehehe Alisya pun nampak happy je dilayan daddynye yang demam tu..Balik jumpe anak,demam pun hilangkan,heheh..Daddy belikan die stroller & car seat..Nak biasakan die duk dalam car seat, maklumla nanti nak balik bekerja nak angkut Alisya skali, so nak biasakan die..
Tu je nak cite boring-boring ni sementara tunggu Alisya bangun, nak mandikan die..Tadi pagi die dah bangun awal nak bye2 daddy gi keje..

Published with Blogger-droid v2.0.10

anak daddy


Orang tengok muka Alisya sume ckp macam muke daddynye, kui3, penat mummy mengandung 9 bulan tau, hehehe tapi xpe la orang kate anak p'puan ikut muka ayah,sejuk..
Tapi ni memang anak daddy pun, kalau daddynye balik, berkepit je dengan daddy..daddy ni cepat belajar, laju and berani je die jaga alisya, potong kuku, mandikan, sume die yang buat, mummy awal2 tu seram nak mandikan, sekarang ni baru berani..potong kuku langsung la tak berani, halus sangat tangan kakinya, hehe..
P/s:minggu ni kuarantin daddy dari alisya, sebab daddy demam, kui3
Published with Blogger-droid v2.0.10

sembelit lepas bersalin



Seriously ini adalah perkara yang aku terlepas pandang nak amik tahu, sebelum bersalin ari tu..aku x sangka yang orang lepas bersalin akan hadapi sembelit..huhu and aku adalah salah seorang daripada orang yang mengalaminya lepas bersalin..sangattttt terseksa...seminggu lebih aku terseksa, Tuhan je yang tau betapa sakitnya, betapa seksa rasa nak buang air besar...
Seumur hidup aku x pernah rasa macam mana sembelit, selalunya proses penyahtinjaan aku memang lancar je..korang boleh cari sumber bacaan lanjut ape sebab boleh terjadinya sembelit lepas bersalin, ada banyak artikel, just google je..
Bagi aku, salah satu sebab utamanya aku rasa adalah sebab aku takut nak teran, sebab aku kan kene jahit banyak, so aku tahan-tahan nak buang air besar, lama-lama jadi la sembelit, huhu...memang terseksa, macam nak b*rak pisau je rasenye, jenuh..
Macam-macam la aku cuba, aku beli ubat sembelit kat farmasi, makan oren sunkist, makan sayur banyak-banyak, minum banyak air..tapi percaya la, sume tu tak berkesan, selagi tinja yang keras tu tak di keluarkan dulu..maksudnye, yang berada pada aras paling bawah sekali tu, memang menangis aku nak mengeluarkan yang paling keras tu, and lagi stress kalau kita tengah lalui proses tu, tetibe dengar baby nangis, aduhh, rase macam nak meraung je dalam toilet, rase macam kesiannya anak aku..owh, ade jugak yang sarankan makan julap, bagi cirit, tapi aku x sanggup pulak nak hadapi rasa perut memulas..
Alhamdulillah syukur kepada Allah, masalah sembelit aku dah semakin ok, and proses penyahtinjaan aku dah semakin lancar..aku tulis entri ni, bukan saje nak bagi korang geli+seram, tapi mane la tau, kot boleh membantu korang yang bakal menghadapi kelahiran untuk buat preparation, siap-siap beli ubat sembelit awal-awal..

Published with Blogger-droid v2.0.10

pengalaman bersalin di HRPB


Lepas baca satu wallpost kat satu group dalam fb aku, terdetik hati nak berkongsi pengalaman berurusan dengan nurses di HRPB. Alhamdulillah syukur sangat pada yang Atas  sebab sepanjang menjejakkan kaki di wad bersalin sehinggalah hari meninggalkan wad bersalin tu, semua nurse baik-baik je.

Cek CTG
Berurusan dengan nurse yg dah tahap sister, tua dah pun, memang baik, peramah sangat, die la yang bgtau aku ni kuat tahan sakit, sebab aku tak tau baby mengeras tu pun salah satu contraction..die jugak yang marah doc pelatih sebab terhegeh2 amik data rekod pesakit..


Dalam wad ABC
first nurse tu siap risau tgk aku, sbb muka aku dah pucat sangat masa tu, die tanya nak ape2 ke, aku cakap aku nak minum, nak pegi amik air kat husband..
Then lagi sorang nurse tu yang cucuk ubat tahan sakit kat aku tu pun baik jugak, macam-macam tips die bagi, suh aku baring mengiring nak kurang sakit, kalau contraction datang, die suruh aku tarik nafas..
Kemudian shift bertukar, nurse yang ke-3 pulak, die ni baru je kejap masuk shift aku dah panggil die, aku cakap aku nak buang air kecil, tapi aku nak gi toilet, aku x nak guna tiub, die risau, tapi last2 die bagi gak, die temankan aku gi toilet, pas tu x lama aku rase nak meneran aku panggil die lagi, die cek bukaan, then terus carikan lr kosong, and tolong aku naik wheelchair and sorong aku ke lr..huhu terharu..


Dalam labour room
Nurse ni agak berusia, mula-mula aku tengok die macam garang je..aku dah pasrah lantak la, aku dah sakit sangat masa tu..tapi masa nak bersalin tu die, aku n hubby je yg ade dalam lr tu, die banyak membantu la, aku rase die memang jenis org tak banyak cakap..and masa menjahit tu la baru die banyak sembang dengan aku, may be tak nak bagi aku tido kan..tapi macam2 info la aku dapat masa sembang-sembang dengan die..


Dalam wad
Semua nurse pun cakap elok and layan aku baik je..ade yang kate sebab perbezaan wad,  yang ni aku x nak komen lebih-lebih la, sebab itu ape layanan yang aku trime, aku trime layanan ok, so aku cakap la ok..

Alhamdulillah dipermudahkan segala urusan aku semasa di HRPB tempoh hari..
Published with Blogger-droid v2.0.10

Nikmat Yang Dipinjam 2



Rentetan dari entri Nikmat Yang Dipinjam(korang boleh cari dalam entri aku bulan 6, 2012, guna bloggerdroid ni leceh nak link)
Hari ni keluar dah cerita pasal kawan aku ni kat Berita Harian

Published with Blogger-droid v2.0.10

kemaruk







Entri ni aku tulis pasal kemaruk baby yang melanda umah mak aku..since 1st day alisya lahir, mak aku dah jadi macam orang kemaruk..ape-ape sume alisya, asal keluar gi mane-mane sibuk nak beli barang untuk alisya, gambar-gambar tu sume barang yang dibeli mak and adik-adik aku(ade lagi baju yang xde dlm gambar, sebab basuh) adoi, macamlah mummy daddy alisya ni x beli baju je untuk anak die ni kan, padahal, baju yang kitorang beli banyak,ade yang x terpakai lagi, aku yang risau nanti die dah besar x sempat nak pakai, babykan kejap je besar,hahaha..
Punyelah lama tak de baby kat umah ni, tetibe ade alisya, boleh kate satu umah pun kemaruk, adik aku pun dok gomoi-gomoi je alisya..
Mak aku gi keje pun nak cepat balik, sibuk nak tengok cucu die, bile keluar teringat-ingat siap cium baju die ade bau alisya, hehehe macam-macam mak aku ni..
Aku pun nnt bile dah start keje nanti mesti susah nak lepas alisya bagi orang jaga, mesti teringat-ingat je..sekarang ni die tido pun aku dah rindu, hubby aku pun pelik, siap kate, "rindu ape, alisya ade depan mata ni.."hehe aku cakap, "rindu nak suh die berjaga, nak gomol-gomol die" hehehe
Tu la penangan orang ade anak ni kan, tengok la blog pun sibuk dok cite pasal anak je..kui3, nanti la lame2 sket dah hilang kemaruk ok la, aku tulis pasal lain plak..

Published with Blogger-droid v2.0.9

1st jan 2013

Assalamualaikum, baru berkesempatan nak mengjenguk blog sempena hari pertama tahun baru ni..Alisya tengah tido, dari pukul 8 am tadi die berjaga, agaknya die paham, tadi mummy bgtau nurse nak datang cek, so die pun tak tido, main-main, lepas nurse dah check bagi die mandi, minum susu, ni baru die tido..
Alhamdulillah hari ni anak mummy dah 10 hari, tadi timbang die dah 3.6 kg, moga anak mummy membesar dengan sihat dan sempurna, amin...
Sempena tahun baru ni, hanya berharap, dipermudahkan & dilancarkan segala urusan kami sekeluarga, dan kami sentiasa dalam lindungan Mu Ya Allah, macam maksud nama Alisya tu sendiri, yang bermaksud sentiasa dalam lindungan-Nya..
Alisya pun dah selamat dicukurkan kepala oleh daddynye, mula-mula mintak makcik yang berurut tu untuk cukurkan, tapi penyudahnya, daddy yang buat, mak cik tu macam x confident je..Nanti mummy bile ribbon kepala bunga2 ye, bagi cantik anak mummy ni..hehe
Bile tengok muka anak tido ni, tenang je rase, macam-macam dalam fikiran mummy, tentang masa depan die, tentang hidup yang bakal die and kami sekeluarga tempuh..harap-harap semoga semuanya sukses..:)
p/s: Bila dah ada anak baru la terasa kuat naluri keibuan ni, geram sangat tengok kes-kes buang bayi, apelah dosa baby tu..
Published with Blogger-droid v2.0.9

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme