Penapis Air

Woaa..lama gila kot aku buat survey pasal penapis air ni dah nak masuk bulan ke 8 duk kat tempat baru, sampai la ke hari ni baru decide mana yang aku nak beli..hahah

Seriously air kat sini sangat kotor dan berkarat. Kalau korang tadah air tu contoh korang tadah air tu dalam baldi nak buat mandi, dalam seminggu memang berkeladak kat bawah baldi tu.

Memandangkan risau jugak kan, ye lah, air tu penting kot nak buat mandi, minum and makan. So terpaksa la fikir pasal penapis air.

Setelah dikaji, jenguk sikit poket kot ada duit lebih, ada 3 brand yang aku shortlisted.
1.coway (banyak jenis & size)
2.tupperware
3.shaklee

Setelah dikaji ditimbang tara, coway and tupperware tu tak berapa membantu..sebab poket tak berapa nak tebal..haha dua2 tu cecah RM2K++.

Banyak lagi belanja lain yang perlu difikirkan memandangkan nak ada anak baru pulak nanti kan..hehe

Yang paling affordable untuk masa sekarang ni, adalah penapis air Shaklee. Harga RM443, size sebesar jag je may be itu faktor kemurahannya.

So tak pa la, buat sementara waktu, yang penting dapat air minum and air masak yang bersih, masuk dalam badan.





posted from Bloggeroid

Kakak alisya new buddy


Aku tak tau since bila dah mula berminat dengan teddy bear ni..Dulu kemain takut dengan bear dan segala anak patung..
Tapi sejak akhir-akhir ni pandai pulak nak peluk-peluk bear bagai.
Semalam pegi shopping cuci mata, maklumlah hari cuti kan. Apa lagi nak buat. Bila sampai toys area, kemain lagi die macam teruja tengok banyak teddy bear. Die capai satu and peluk dukung jalan sana-sini..haha maksudnya mummy kena belikan la, dah die berkenan tu.
Sampai ke hari ni duk kemaruk lagi dengan bear tu. Gi mana-mana duk usung la cik bear dia..
Aku tanya nama bear tu apa?dia kata "teddy bear.." haha belasah je la kakak..

posted from Bloggeroid

Memori sekolah adik beradik



Haha..tadi adik aku yang no 3 post gambar nametag kami 3 beradik dengan ayat kat bawah tu...kekeke

Kami 3 beradik bersekolah di sekolah yang sama. Sampai turn adik last aku, ada sekolah baru dekat dengan rumah, so dia je la yang sekolah di sekolah lain.

Nak tergelak jugak aku baca ayat dia tu. Tapi memang dia paling nakal..jangan kata anak pompuan ni baik dari anak laki..hehe Kiranya yang selalu kena marah ngan mak aku, adik aku yang no 3 ni la..Tapi bila dia pindah & bekerja kat kl, dah mak aku rindu-rindu, kui3, rumah dah xde bising-bising..

Tapi dah dia sorang je adik pompuan aku, haha aku nak rapat dengan sapa lagi kan..Nama pun adik beradik, mesti la sayang, cemana pun perangainya, kekeke

Biasa la tu,orang kata, dalam 5 jari yang Allah bagi kat tangan kita pun ada macam-macam bentuk dan saiz..sama jugak dengan adik beradik ni, yang ni perangai macam ni, yang tu perangai macam tu..😃

posted from Bloggeroid

Toilet training

Cuti CNY tahun ni memang mummy dah plan nak toilet train alisya. Memandangkan dia dah nak masuk 2 tahun 2 bulan, so sesuai dah tu, cakap pun dah pandai.
Mula-mula berdebar jugak, sebab 1st time kan..Lepas mandi siapkan dia tak pakai diapers, sonok la dia, duk selak skirt yg die pakai nak tengok penda(panties) dia yang nipis tanpa ade diapers.
Dua kali dia terlajak basah awal-awalnya, tapi dah sampai petang ni dah pandai dah..Alhamdulillah..at least dalam sebulan dua ni, siang tak pakai diapers pun ok..nnt train bangun malam pulak..

Gambar hiasan, haha aleesya(anak erra fazira) vs alisya..anak aku x berapa nak putih la..😁😁

posted from Bloggeroid

Dah pandai melaram



Dah pandai melaram anak dara aku sorang ni. Tau pulak baju yang dia suka semua tu, yang cantik, yang nampak elok, yang ikut trend.

Mula beberapa minggu kebelakang ni dia kemaruk nak pakai baju frozen sesaja. Especially kalau gi taska, mesti nak baju frozen, sampaikan 2 minggu lepas gi beli lagi 2 pasang baju frozen,menjadikan ada 5 pasang baju frozen saja.

Dia yang akan pilih nak pakai baju apa setiap pagi. Semua yang lama-lama tu dia tolak tepi, tak pilih langsung.

Pagi tadi, lepas dah habis baju frozen semua bersidai tak kering lagi dan ade yang tak basuh lagi. Akhirnya dia pilih baju hadiah dari paman dia, t-shirt&seluar PDI. Aku sayang baju tu sebab agak besar sikit untuk dia, so boleh simpan lagi kan,tunggu dia muat elok2. Aku pakaikan sekali je masa dia lastday kat taska lama ade buat farewell untuk dia.

Pastu mummy dia ni simpan baju n seluar tu kot nanti nak gi jalan-jalan. Tapi....itulah yang jadi pilihan dia nak pakai gi taska pagi ni..huhu abes la buruk semua baju cam ni, tak de baju cantik dah kalau nak gi jalan-jalan nanti. Mummy ko ni boleh tahan jugak kedekutnya tau kalau nak kena belikan ko baju lagi anak oi, kui3

Petang tadi balik dari taska, die selongkar beg baju dia, tunjuk seluar & baju yang dia pakai pagi tadi tu terus cakap "mummy bashuh eh.." hahaha nak pakai lagi la tu bila dah basuh nanti..

posted from Bloggeroid

Motivation down



Huhuhu, rindunya nak balik kampung...cepat la bulan 4, aku rasa nak apply cuti 2 minggu time tu nanti..balas dendam puas-puas merangkap last preparation sebelum balik deliver pulak bulan 6 nanti..

Inilah yang aku rasa masa aku duk sekolah asrama dulu, mrsm dulu hanya boleh balik 4 kali je setahun (cuti-cuti panjang je). Sekarang aku merasainya semula. Tersangat kurang motivasi rasanya..huhuhu

Nasib la sekarang ni ada suami & anak penguat semangat..adoi ,dugaan sungguh jadi anak perantau..

posted from Bloggeroid

Aktiviti cuti Thaipusam

Misi aku bila encik suami tak balik sebab cuti sehari je kan, and hari cuti-cuti ni, tak lain tak bukan mengganti puasa la..huhu so pukul 5 pagi aku bangun bersahur. Pas siap solat subuh semua, aku sambung tido balik 😁

Tengah syok-syok tido, Alisya bangun awal pulak..dah terbiasa la dia tu, bangun awal nak pegi skool. Dia bukan boleh tengok aku tido, mengacau la, "mummy..mangun la.." keke buat ayat-ayat syahdu suh aku bangun..

Aku pun dah kena kacau macam tu, mane mau dh tidonye..aku cakap kat dia, "jom kakak, kita gi jalan.." Plan nak bawak dia gi main playground kat tepi pantai.

Sampai tepi pantai, syok die bermain, lari sana, lari sini. Main gelongsor, main buaian. Sambil-sambil angin pun bertiup nyaman. Puas dia main bagai, aku ajak balik, dia pun ok nak balik.

Aku bawak dia gi breakfast pulak. Aku malas nak kecah-kecah umah prepare breakfast untuk dia. Layan dia makan breakfast, tapi tak habis pun. Sudahnye tapau je bawak balik.

Nampak pulak kedai rm2 dah bukak, menyinggah kejap, hehe nak balik pun bukan ada nak buat apa pun kan. So layankan Alisya yang suka sorong bakul beroda kat kedai tu, dia je yang nak bawak bakul tu.

Dari aku antara orang terawal masuk sampai dh beratur panjang nak bayo, baru kami settle kat kedai rm2 tu. Pas tu baru la balik umah.

Sampai kat parking, kakak alisya tak mo balik lagi tu. Dia berlari nak main lagi. Aku ajak dia main kat bawah gazebo, sambil umpan dia makan makanan tapau tadi tu. Suapkan dia makan bagi habis. Baru naik umah.

Sampai umah, dalam masa 30min, dah kroih..kroih..kakak alisya..kepenatan all out..hehe aku pun tumpang sekaki la, tido jugak..

Aktiviti petang, cuci baju, lipat baju..cukup time masak untuk buka..habis 1 hari bercuti di negeri orang, jauh dari sanak saudara, tak macam tahun-tahun sebelum ni.

Nak kata bosan, memang bosan jugaklah. Tapi yang hanya mampu aku katakan, bersabar & bertahanlah, Insyaallah ada manisnya nanti 😃



posted from Bloggeroid

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme