BUSUK



  • Bau plastik bungkusan final exam - BUSUK!!!
  • Bau susu - BUSUK!!!
  • Bau detergen pencuci lantai - BUSUK!!!
  • Bau manusia, bukan semua, tapi ada di antaranya - BUSUK!!!
  • Bau makanan, bukan semua, ada la yang tetibe hidung bau - BUSUK!!!
Ya Allah jadikanlah hamba mu insan yang sabar..huhu tak tahan...=(((((

wordless wednesday 25042012



Anda Lapar???!!

Semenjak dua menjak ni, respond badan bila rasa lapar tu sangat-sangat melampau, sampai boleh bawak ke pitam, huhu..

Konon-konon minggu lepas nak puasa (nak ganti puasa tinggal lagi sehari), sebab khamis negeri perak cutikan, jadi seperti biasa, sahur makan roti & minum susu..tapi nampaknya badan ni tak daya dengan sumber sahuran pagi tadi tu, tak mampu nak menahan kelaparan, tapi masih sabar, kenangkan sedang berpuasa kan, bila dah naik lemas seharian asyik rase lemah je, petang lepas asar tu gi la follow mama & adik p'puan ku ke tesco, dengan harapan, jalan-jalan sikit cuci mata, kot lah boleh lupa rasa lapar tu..

Bila dah abis round beli-beli barang, nak tunggu turn bayar kat counter tu aku dah mula rasa lain macam, berpeluh satu badan, aku dah mula mencangkung, dah tak heran orang lalu lalang, tapi tak boleh jadi ni, cepat-cepat aku cakap kat mama nak gi cari tempat duduk (kerusi rehat kat tesco selalunya kat area pintu masuk) so aku pun meluru ke area pintu masuk, Ya Allah rasa macam jauhnya nak ke pintu masuk tu, aku dah tak nampak orang lain, aku nampak kerusi tu je..dapat je duduk aku dah berpeluh, tangan menggeletar, rasa nak pengsan, aku duk mengucap, zikir semua ada la, still lagi konon-konon bertahan nak juga puasa tu, tapi....last2 aku tak mampu bila aku rasa badan aku ni nak terbaring kat kerusi panjang tu, cepat-cepat tangan aku seluk handbag, cari gula-gula, suap dalam mulut..huhuhu terbatal lah puasaku..

Dari jauh aku nampak mama and adikku menolak trolley, aku cakap kat diorang, dah bukak puasa, pas tu diorang bagi aku minum air and makan roti, then mak aku kata kene gi food court, aku kena makan nasi, aku makan la dengan tak rasa apa pun, aku rasa tawar je semua..sms suami (suami tak cuti kan, die kat penang) bgtau puasa dah terbatal, huhu sedih jugak sebenarnya.

Lepas dari kejadian tu, aku dah tak boleh tahan lapar, dan nampaknya lagi sehari ganti puasa tu aku kene postpone dulu ke masa bila aku dah kuat nanti, Insyaallah.

Disebabkan isteri yang tak tahan lapar sekarang ni, suami ku belikan bekalan SNICKERS dalam handbag, hehehe sebab tengok iklan kat tv tu la, sekarang ni, kemana je aku pegi, ada lah peneman aku ni, pagi tadi pun dah bukak, makan sikit, sebab lapar tu buat hal lagi, masa tengah drive nak gi keje..Nampaknye kene beli stok baru ni..

Allah knows best

First quarter of 2012 aku selalu post pasal mood down,asyik-asyik nak down je kan..korang boleh baca dalam reasons of feeling down and feeling down. Hmm, tapi masuk 2nd quarter ni aku tak nak down-down lagi, hope everything will be fine. =)



 

All The Best

Ungkapan yang selalu kita dengar, seperti kata-kata semangat yang lain, sebenarnya aku prefer gunakan "All The Best" daripada "Good Luck" sebab terikut sorang cikgu masa zaman sekolah dulu, cikgu biasa la kan, dia adalah influence yang besar terhadap murid-murid, ada sorang cikgu English ni bagitau, ucapan "All The Best" tu lebih baik daripada "Good Luck" sebab cikgu tu cakap la kan, kalau orang ucap kat kita "Good Luck" seolah-olah kita hanya bersandar kepada "luck" atau tuah untuk perkara tu menjadi baik/sukses, tapi bila orang ucap kat kita "All The Best" bermaksud dia mendoakan kita buat yang terbaik, untuk dapat yang terbaik. 

Korang paham tak ape yang aku bebel panjang-panjang ni, hehehee so sejak dari hari tu, aku pun dah terikut, sampai la sekarang ni, kalau aku nak ucap kat orang aku prefer guna "All The Best". Tapi bukan itu isunya, isu yang utama untuk entri ni adalah Exam's Week yang akan menghantui semua penuntut IPT, termasuklah students ku. 

So aku dah bagi yang sebaiknya ilmu untuk semua pelajar, harap diorang buat lah yang sebaiknya. Kadang-kadang result final tu bukan lah penentu kehidupan kita pada masa akan datang. Korang pernah terfikir tak, bila kita tengok orang tu, masa zaman belajar dulu, bukannya scorer pun, tapi dia boleh success dalam hidup. Ada jugak yang dulu top scorer, tapi sekarang ni hidup dia so-so je. Bagi aku itu semua ketentuan dan macam mana kita dapatkan kejayaan tu. Aku selalu pesan pada students, 

"Memang dengan meniru, awak dapat full marks, awak rasa happy, tapi hidup awak tak berakhir dengan dapat full marks je, lepas ni ada banyak lagi yang awak kena tempuh, dan setiap apa yang awak bakal tempuh tu, semuanya ada kesan daripada apa yang kita buat pada masa ni. Esok walaupun awak scorer, tapi awak jangan terkejut, kalau awak apply universiti tak dapat, apply kerja tak dapat, tapi kawan awak yang dapat markah biasa-biasa tapi tak meniru tu senang je dapat, masa tu nanti barulah awak terfikir sebab apa??


So next week pun dah nak exam, jadi "All The Best" untuk semua yang bakal menduduki peperiksaan.

p/s: Alhamdulillah semester ni aku tak jadi ketua exam, kalau tak semput jugak la aku nak ulang-alik amik papers & hantar papers..

hadapi dengan senyuman


whatever happened to us, always remember that God has plan for us...
Redha Allah is all that we need, be tough..

Petua Menduduki Rumah Baharu


1. Azan - Melaungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Ia juga baik bagi bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/rumah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-'Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.

2. Membaca surah Al-Baqarah - Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yang bermaksud; "Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah."

3. Banyakkan Solat dan Membaca Al-Quran - Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud: "Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran." (hadis riwayat Al-Baihaqi)

4. Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas - Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya 7 malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.

5. Pagar Rumah Secara Islam - Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut-sudut tertentu di rumah atau bangunan yang diduduki dengan kepercayaan bahawa benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan di sisi Islam. Bagaimana pun ada cara yang dibolehkan dan digalakkan mengikut ajaran Islam. Caranya ialah dengan 'memagar rumah' dengan merenjis air Yassin di sekeliling rumah.

Ikut panduan berikut: Ambil air kemudian baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas). Kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan-lahan hingga habis nafas. Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah dengan mulai dengan penjuru yang terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya, mengikut arah berlawanan jarum jam

p/s- petikan perkongsian ilmu..syukran

legasi anak dara yab


31 mac 2012,legasi anak dara yab telah menutup tirai.semua dah selamat menjadi isteri,dimana yab yang terakhir,yab tia telah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya,adam..

Majlis walimatulurus berlangsung 1 april 2012, di Dewan Merak Kayangan, Felda..tempat yang sama majlis yab tasya tahun lepas.

Walaupun majlis pada hari ahad,tapi demi legasi yab, mesti kena pegi juga,asalkan aku tak hutang mana-mana majlis geng yab.

Makanan sedap, dari Felda D'saji, majlis pun siap ada tarian piring, tapi yang paling best video akad nikah yang baru berlangsung semalamnya da ditayangkan masa majlis tu,wah advance betul :)

Tapi tak dapat nak stay lama,sebab memikirkan esok nak kerja so kena la balik awal,setakat sembang2 kejap dengan pengantin,tangkap gambar sekeping 2 je.

Tapi ari ni aku dah demam,dpt mc so dapat la cuti ari ni..

Published with Blogger-droid v2.0.4

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme