All The Best
11:53 AM
(^_-)V
, Posted in
poli oh lali...
,
0 Comments
Ungkapan yang selalu kita dengar, seperti kata-kata semangat yang lain, sebenarnya aku prefer gunakan "All The Best" daripada "Good Luck" sebab terikut sorang cikgu masa zaman sekolah dulu, cikgu biasa la kan, dia adalah influence yang besar terhadap murid-murid, ada sorang cikgu English ni bagitau, ucapan "All The Best" tu lebih baik daripada "Good Luck" sebab cikgu tu cakap la kan, kalau orang ucap kat kita "Good Luck" seolah-olah kita hanya bersandar kepada "luck" atau tuah untuk perkara tu menjadi baik/sukses, tapi bila orang ucap kat kita "All The Best" bermaksud dia mendoakan kita buat yang terbaik, untuk dapat yang terbaik.
Korang paham tak ape yang aku bebel panjang-panjang ni, hehehee so sejak dari hari tu, aku pun dah terikut, sampai la sekarang ni, kalau aku nak ucap kat orang aku prefer guna "All The Best". Tapi bukan itu isunya, isu yang utama untuk entri ni adalah Exam's Week yang akan menghantui semua penuntut IPT, termasuklah students ku.
So aku dah bagi yang sebaiknya ilmu untuk semua pelajar, harap diorang buat lah yang sebaiknya. Kadang-kadang result final tu bukan lah penentu kehidupan kita pada masa akan datang. Korang pernah terfikir tak, bila kita tengok orang tu, masa zaman belajar dulu, bukannya scorer pun, tapi dia boleh success dalam hidup. Ada jugak yang dulu top scorer, tapi sekarang ni hidup dia so-so je. Bagi aku itu semua ketentuan dan macam mana kita dapatkan kejayaan tu. Aku selalu pesan pada students,
"Memang dengan meniru, awak dapat full marks, awak rasa happy, tapi hidup awak tak berakhir dengan dapat full marks je, lepas ni ada banyak lagi yang awak kena tempuh, dan setiap apa yang awak bakal tempuh tu, semuanya ada kesan daripada apa yang kita buat pada masa ni. Esok walaupun awak scorer, tapi awak jangan terkejut, kalau awak apply universiti tak dapat, apply kerja tak dapat, tapi kawan awak yang dapat markah biasa-biasa tapi tak meniru tu senang je dapat, masa tu nanti barulah awak terfikir sebab apa??"
So next week pun dah nak exam, jadi "All The Best" untuk semua yang bakal menduduki peperiksaan.
p/s: Alhamdulillah semester ni aku tak jadi ketua exam, kalau tak semput jugak la aku nak ulang-alik amik papers & hantar papers..
0 Response to "All The Best"
Post a Comment