Anda Lapar???!!
Semenjak dua menjak ni, respond badan bila rasa lapar tu sangat-sangat melampau, sampai boleh bawak ke pitam, huhu..
Konon-konon minggu lepas nak puasa (nak ganti puasa tinggal lagi sehari), sebab khamis negeri perak cutikan, jadi seperti biasa, sahur makan roti & minum susu..tapi nampaknya badan ni tak daya dengan sumber sahuran pagi tadi tu, tak mampu nak menahan kelaparan, tapi masih sabar, kenangkan sedang berpuasa kan, bila dah naik lemas seharian asyik rase lemah je, petang lepas asar tu gi la follow mama & adik p'puan ku ke tesco, dengan harapan, jalan-jalan sikit cuci mata, kot lah boleh lupa rasa lapar tu..
Bila dah abis round beli-beli barang, nak tunggu turn bayar kat counter tu aku dah mula rasa lain macam, berpeluh satu badan, aku dah mula mencangkung, dah tak heran orang lalu lalang, tapi tak boleh jadi ni, cepat-cepat aku cakap kat mama nak gi cari tempat duduk (kerusi rehat kat tesco selalunya kat area pintu masuk) so aku pun meluru ke area pintu masuk, Ya Allah rasa macam jauhnya nak ke pintu masuk tu, aku dah tak nampak orang lain, aku nampak kerusi tu je..dapat je duduk aku dah berpeluh, tangan menggeletar, rasa nak pengsan, aku duk mengucap, zikir semua ada la, still lagi konon-konon bertahan nak juga puasa tu, tapi....last2 aku tak mampu bila aku rasa badan aku ni nak terbaring kat kerusi panjang tu, cepat-cepat tangan aku seluk handbag, cari gula-gula, suap dalam mulut..huhuhu terbatal lah puasaku..
Dari jauh aku nampak mama and adikku menolak trolley, aku cakap kat diorang, dah bukak puasa, pas tu diorang bagi aku minum air and makan roti, then mak aku kata kene gi food court, aku kena makan nasi, aku makan la dengan tak rasa apa pun, aku rasa tawar je semua..sms suami (suami tak cuti kan, die kat penang) bgtau puasa dah terbatal, huhu sedih jugak sebenarnya.
Lepas dari kejadian tu, aku dah tak boleh tahan lapar, dan nampaknya lagi sehari ganti puasa tu aku kene postpone dulu ke masa bila aku dah kuat nanti, Insyaallah.
Disebabkan isteri yang tak tahan lapar sekarang ni, suami ku belikan bekalan SNICKERS dalam handbag, hehehe sebab tengok iklan kat tv tu la, sekarang ni, kemana je aku pegi, ada lah peneman aku ni, pagi tadi pun dah bukak, makan sikit, sebab lapar tu buat hal lagi, masa tengah drive nak gi keje..Nampaknye kene beli stok baru ni..
ok...beli stok siap2 tau...
koperasi xde jual snickers, beli cloud 9 je..hehehe