Daisypath Anniversary tickers
CafeMom Tickers

mental illness


berita ihsan dr utusan :

# Mohd. Adam Muszhaffar, 3, temui ajal di dalam bilik air rumahnya semalam angkara perbuatan bapanya.

# Suspek berusia 33 tahun yang dipercayai menghidap sakit mental, kemudian cuba membunuh diri dengan mengelar lehernya.

KOTA BHARU 24 Ogos – Selang dua minggu kejadian seorang lelaki yang dikatakan menghidap tekanan mental mengamuk dan menetak isterinya sehingga mati di Langkap, Perak, satu lagi kejadian ngeri berlaku ketika umat Islam sedang mengerjakan ibadah puasa hari ini.

Kali ini, seorang lelaki yang dipercayai menghidap penyakit yang sama bertindak menyembelih sehingga mati anak lelakinya berusia tiga tahun tanpa belas kasihan di dalam bilik air rumah mereka di Kampung Sungai Budor, di sini hari ini.

Dalam kejadian menyayat hati kira-kira pukul 12 tengah hari itu, suspek yang berusia 33 tahun dikatakan hilang kewarasannya bertindak menyembelih Mohd. Adam Muszhaffar dengan kejam menggunakan sebilah pisau.

Suspek kemudian cuba membunuh diri dengan mengelar lehernya, bagaimanapun dia yang turut mengalami kecederaan ditahan anggota polis dan dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini untuk rawatan.

Mayat Mohd. Adam Muszhaffar ditemui terbaring berlumuran darah oleh ibunya, Nik Suzila Nik Hashim, 32, yang menyedari kejadian selepas mendengar jeritan kuat daripada anak lelakinya itu.

Selain Mohd. Adam Muszhaffar, pasangan itu mempunyai dua lagi anak perempuan iaitu Siti Aishah, 2, dan Shafiqah, 8.

Nik Suzila ketika ditemui berkata, sebelum kejadian, suaminya mengadu berasa panas sebelum duduk di bahagian bawah rumah berhampiran bilik air rumah mereka.

“Selepas mendengar anak saya menjerit saya berlari ke tandas kerana bimbang dia terjatuh, tetapi bila saya sampai saya lihat dia (suami) sedang menyembelih Adam, saya tidak boleh buat apa lagi, Adam sudah meninggal dunia.

“Saya kemudian berlari ke rumah emak untuk meminta tolong dan orang ramai mula datang ke rumah bagi memberikan bantuan,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di tempat kejadian di sini hari ini.

Pada 14 Ogos lalu, ketika umat Islam menikmati juadah sahur, seorang lelaki yang dipercayai kehabisan ubat bertindak di luar kewarasan, mengamuk dan menetak isterinya sehingga mati sebelum dia maut ditembak polis tiga jam kemudian.

Kejadian berlaku pukul 5.15 pagi di Taman Mawar, Langkap dekat Teluk Intan, Perak. Lelaki itu, Mohd. Natri Shaharudin, 39, turut mencederakan dua anak perempuannya menyebabkan salah seorang daripadanya putus jari tangan.

Lelaki itu yang dipercayai menghidap masalah mental bertindak mengikat isterinya dengan tali sebelum menetak mangsa bertubi-tubi menggunakan sebilah parang.

Sementara itu, Nik Suzila yang masih dalam keadaan terkejut berkata, sebelum kejadian, dia telah meninggalkan Mohd. Adam Muszhaffar serta Siti Aishah di rumah ibu dan bapanya yang terletak kira-kira 50 meter kerana keluar bekerja berhampiran rumah mereka.

Katanya, ketika dalam perjalanan pulang dia telah mengambil Mohd. Adam Muszhaffar, manakala Siti Aishah ditinggalkan di rumah nenek mereka kerana dia sedang tidur.

Sementara itu, bapa Nik Suzila, Nik Hashim Nik Abdullah, 64, berkata, menantunya itu menunjukkan perubahan sejak kelmarin dan disebabkan itu ketiga-tiga cucunya tidak ditinggalkan di rumah bersama menantunya itu semasa isterinya keluar bekerja.

“Sejak kebelakangan ini, menantu saya tidak lagi makan ubat, bila saya tanya kenapa tidak makan ubat, dia menjawab sudah sihat, kalau makan ubat pun akan buat mengantuk sahaja.

“Sudah lama dia tidak hadapi masalah mental, kalau datang penyakitnya pun, dia tidak ganggu orang, hanya duduk diam dan keluar dari rumah balik esok pagi atau lewat malam.

“Hanya hari ini dia bertindak di luar batasan, tidak pernah saya tengok dia marah anak-anak, dia amat sayang anak-anak,” katanya.

Menurutnya, menantunya sebelum ini bekerja sebagai seorang pengawal keselamatan di sebuah pasar raya dan telah berhenti kira-kira sebulan lalu.

Dalam pada itu, Pemangku Timbalan Ketua Polis negeri, Asisten Komisioner Mazlan Lazim berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan jika sabit kesalahan boleh dihukum mati.

“Kita percaya dia ada masalah mental tetapi siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, suspek telah ditangkap ketika cuba melukakan dirinya dan dibawa ke HRPZ II kerana cedera di leher.

“Kita juga telah menemui pisau yang digunakan oleh suspek untuk menyembelih anaknya sendiri manakala mayat mangsa telah di bawa ke hospital berkenaan untuk bedah siasat,” katanya.


dapat tau hal ni smlm masa tgk news kt tv3, then i started to think and do some reading regarding this issue, makin ramai org yang menghadapi penyakit yang lebih senang kita panggil mental health problems ni.
then i'm thinking again, dalam situasi kita hidup kat negara kita tercinta ni adakah kerana semakin ramai manusia yang tidak dapat menguruskan stress dengan baik, stress dengan kerja, kehidupan dan lain2, adakah kerana rakyat mengalami tekanan akibat kesempitan hidup..huhu ye la zaman skrg ni, nama je gaji 4-5 angka tapi sekelipan boleh abes, yang single pun habes, inikan pula yang berfamily...=( boleh baca dalam rethink berkaitan causes of mental illness.

from my reading at medicalnewstoday saying that mental health problems ni sume orang ada kemungkinan nak hidapinya..banyak jenis pulak mental health problems ni...huhuhu so just beware sayangi diri anda, banyak spend masa dengan Tuhan, think +ve, jangan terlalu taksub dengan sesuatu..


*semakin rindukan aerobic class, joginng n exercise...after raya insyaallah nak start over again, hopefully..=)

Tuhan Itu Maha Adil


Dalam hidup ni Yang Di Atas dah rancang yang terbaik untuk setiap kita semua..Jangan kita pertikai apa yang dah ditetapkan Dia..Jika Dia kata itu bukan milik kita, sekelip mata je jadi bukan milik kita..

In real life situation kan contoh paling senang la :

Dalam bulan puase ni, kita beli kuih ketayap, memang teringin sangat la nak makan kuih ketayap ari tu konon2 nye, then dapat beli sebijik je sebab mmg tinggal tu je..but then if Yang Di Atas kata bukan rezeki kita nak makan kuih ketayap tu, tengah kunyah pun boleh terkeluar balik..betul tak?? =) ni contoh je, tetibe teringat kuih ketayap pulak..hihi

Macam tu juge dalam hal-hal lain, jika anda diberi pengalaman bercinta dengan sumone yg mmg baek abes stok kalau boleh korang nak buat husband and mmg perasaan bercinta tu flutterby in the stomach tak hengat punye, tapi....at last if Tuhan kata mmg bukan jodoh kita tetap bukan jodoh kite, tetibe je pun boleh break kan..cari la yang lain, insyaallah ade jodoh untuk kite sume..=) i love this quote damn much:
"If You Really Love Something Set It Free. If It Comes Back It's Yours, If Not It Wasn't Meant To Be"
guna kan la quotes ni dalam any situations x semestinya dalam hal cinta je, dalam hal barang kite hilang ke,sangat useful bila ingat je quote ni akan jadi sabar..don't believe me?try it..insyaallah =)

Penah dengar tak org kata "Tuhan bayar cash kat dunia" if anything happened to him/her..haa tu pun menunjukkan Tuhan tu ADIL..contoh paling senang nanti mase raya kan balik kampung jenguk opah2 atuk2 yang duk nun jauh di desa, dimana penyambungnya dengan dunia luar adalah jalan2 yang sempit..so kita pun drive la, masuk jalan kampung ni, jalan sempit so kene drive slow je, tetibe ade kete kat depan, cube kite berenti bagi laluan supaya die bley jalan dulu, insyaallah nanti kete lain pulak akan berenti untuk kita.. =) senang kata kalau kite tak de rase empati jangan la harapkan org nak berempati tuk kite.. =)

Jangan persoalkan kenapa Tuhan tak pernah Adil kepada diri kita, berdosa kita if kita cakap macam tu, kita kaji balik diri, what have we done before this, ape niat kita, Ustaz Zal masa blaja kt MRSM dulu penah cakap and till today terngiang2 lagi kata2 dia, dia cakap "Ingat ye, Matlamat Tak Menghalalkan Cara" masa dalam 1 slot class pendidikan islam tapi da tak ingat topic ape..=P so when u want to do something pk dulu jangan main belasah je tak pikir baik buruk..

" Sungguh, Allah tidak akan menzalimi seseorang walaupun sebesar zarah, dan jika ada kebajikan (sekecil zarah), niscaya Allah akan melipat gandakannya dan memberikan pahala yang besar dari sisiNya". Nisa':40.

Kadang2 dalam adab belajar pun sama juge,sumtimes kita tak perasan yang sebenarnye kita da buat pendidik kita tu terasa hati, yang tak perasan tu la yg kite patut slalu amik berat..kecik2 hal pun contohnye datang lewat, memang la pensyarah tu tak tegur, die diam je..tapi kite penah terpikir tak die suke ke or tak suke ke dengan perbuatan kite tu...once dalam hati dia terdetik rase tak senang dengan sikap kita tu, siap la..BEWARE!!! haahaa..tu yang kadang2 blaja macam nak rak pun boleh fail..jeng2 salah siapa??? hehehe tak payah salahkan siape2, Tuhan Itu Maha Adil.. =)
Alang2 tu nak post juge la di sini adab2 belajar oleh Imam Ghazali :

1. Mendahulukan salam kepada guru dan bersalaman dengan bercium tangan sebagai tanda penghormatan- ikut jantina
2. Jangan banyak bercakap di hadapan guru
3. Jangan bercakap jikalau tidak ditanya
4. Jangan bertanya melainkan jikalau diarah oleh guru
5. Jangan menyangkal kata-kata guru
6. Jangan mengumpat pelajar lain
7. Jangan berbisik di hadapan guru
8. Jangan berpaling kiri dan kanan
9. Jangan menyoal semasa guru kepenatan
10. Berdiri apabila guru bangun
11 Dengar dengan khusyuk ilmu yang disampaikan walaupun diulang 1000 kali
12 Rujuk guru dalam memilih ilmu
13 Jangan duduk tempat guru
14. Jangan berjalan dihadapan guru kecuali darurat
15. Jangan ketuk pintu berulang kali hingga guru keluar menemuinya
16. Sentiasa mendapat keredhaannya dan jauhkan kemurkaannya
17. Muliakan anak-anak guru
18. Selalu berhubung dengan guru
19. Elakkan tidak menziarahi guru lebih 40 hari. Ini boleh mengurangkan keberkatan ilmu
20. Selalu mendoakan guru selepas setiap solat lima waktu.


"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya" Baqarah: 286.

Happy Ramadan..


ihsan from~google image..

would like to wish all
Happy Ramadan..

jika

jika mengalah itu baik untuk semua,
aku akan lakukan.

jika bersedih itu boleh menggembirakan insan lain,
biar aku yang bersedih.

jika senyum ku menyejukkan hatinya,
akan selalu ku ukir senyuman ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme