Daisypath Anniversary tickers
CafeMom Tickers

Carseat for your kids



Since pindah ke tempat baru, almost 1 year dah pindah, Alisya dah takmo duk dalam carseat sebab dah terbiasa skolah dekat je, tak travel macam dulu.

Tapi ni dah ade adik baru, kami as her parents decide nak train balik dia duk dalam carseat. Lagipun untuk kebaikan, memang patut pun budak-budak duk dalam carseat lebih selamat.

Mula jenuh gak la nak pujuk kakak Alisya ni, tunjuk video la kanak-kanak duk dalam carseat, pujuk macam-macam.

Tapi sebab mummy dah habis pantang, bila mummy nak drive ke kedai, tetiba je dia nak duk dalam carseat sebab nak ikut, hahaha..

posted from Bloggeroid

Swaddle pod

Korang bedung tak anak korang yang baru lahir? Dulu masa anak sulung aku x berapa nak bedung sebabnya masa tu cucu mak aku baru dia sorang, jadi bila dia tido xde la terkejut-terkejut, umah sunyi kan..lagipun duk mengadap dia je, sepenuh perhatian..kui3
Bila anak dah 2, pas tu anak buah aku pun dah 2, mak aku jaga time mak ayah depa gi keja, agak riuh la umah ni. So aku pun kena la bedung baby fea ni, sebabnya dia asyik terkejut bila budak-budak ni jerit main.
Dah masuk minggu ke 5 kelahiran, baby fea pun dah makin besar, mane muat dah bedung dengan kain lampin (sebab kain lampin nipis kan, aku kesian kalau pakai kain tebal, takut panas), then baru teringat pasal bedung moden, so aku pun try beli jenama Gugu Swaddle Pod.
so far ok la, sebab kainnya nipis so baby tak panas duk dalam bedung tu, lena je dia tido.


posted from Bloggeroid

Sembelit lepas bersalin

Bersalin kali ni aku berazam nak elakkan kena sembelit dan nak lebih berdisplin berpantang.

Korang yang pernah kena sembelit mesti tau betapa terseksanya rasa. So memang aku dah siap2 dengan ubat-ubat nak bagi melancarkan proses penyahtinjaan aku.

Aku beli ubat lactul yang mana akan melembutkan tinja dan jugak enema untuk memudahkan tinja tu keluar.

Pas tu aku pesan kt mak aku belikan oren, makan sebiji sehari. Beserta pil manjakani pun makan sebiji sehari. Ostematrix & vit C dari shaklee tu memang aku makan since pregnant lagi so tak abes lagi aku teruskan je la makan dalam pantang ni. Ostematrix selain baik untuk tulang, dia jugak melancarkan proses pembuangan. Dan jangan lupa minum air banyak

Alhamdulillah sembelit di awal-awal hari lepas bersalin tu je, tu pun sebabkan aku kene bermalam di hospital masa baby fea jaundis, so aku x leh nak membuang kat hospital, risau nk tinggal baby lama-lama, paham2 la kalau baru lepas bersalin nak membuang bukan sekejap, lagi lama dari masa mandi.

So far Alhamdulillah dah masuk hari ke 36 ni, rasa dah makin sihat, nak membuang pun tak de masalah tak macam masa bersalin yang sulung dulu.. 😁

posted from Bloggeroid

Salam Aidilfitri 2015

Selamat Hari Raya Aidilfitri dan maaf zahir batin kepada semua pembaca. Alhamdulillah dipertemukan dengan Syawal tahun ni. Dapat anak baru lagi, syukur sangat-sangat.

Tapi macam biasalah , masih dalam pantang, beraya pun tak semeriah sangat. Pantang kali ni memang aku betul-betul menjaga diri, bukan apa, aku lebih menjaga anak aku tu, tak mo silap makan takut nanti efek kat baby sebab aku kan bf dia, and tak mo bagi dia terdedah sangat dengan dunia luar, masih fragile lagi kan.

Aku setakat beraya dengan keluarga mertua and hari kedua menziarah tok wan di kampung.

Dah masuk Syawal ke 5 ni aku duk umah je, ade jugak rasa hati nak beraya rumah sedara mara tapi memikirkan si kecik tu yang masih dalam hari tu, aihh x pe la, baik aku duk umah je, nanti Insyaallah hari lain pun boleh kunjung mengunjung..



Family potrait (tengok la gaya si kakak tu ya ampun sejak dah ada adik ni lagi dia manja dengan daddynye, sebab mummy dah kena layan adik, dia menagih kasih kat daddy pulak)

posted from Bloggeroid

Pengalaman di wad 6C

Yeayy, dah balik rumah dengan baby fea. Esoknya nurse datang rumah check baby and ibu. Bile nurse check baby fea, dia kata nampak macam jaundis nya tinggi, dia suruh datang klinik esok pagi 19/6 untuk amik bacaan darah.

Pagi 19/6, kami suami isteri dengan baby fea pun pegi la ke klinik, kakak isya tinggal kat umah dengan embah. Dah siap ambil bacaan darah, doc detect jaundisnya tinggi and suruh ke hospital wad 6c untuk letakkan baby bawah lampu (phototherapy) sebab bacaannya 223, sepatutnya bila dah masuk hari ketiga bacaannya tak boleh lebih dari 220, huhuhu letih mendengarnya. Doc tu kata biasanya prosedur sampai petang je, so kami ni lega la jugak mendengarnya.

Sampai hospital, cam biasa mana la ade parking, en suami turunkan aku and baby, aku jalan la slow-slow ke wad 6c, nasib la guard hospital tolong dapatkan lif (lif kat HRPB memang kena berebut untuk masuk, kalau x bercinta la nak tunggu)

Sampai wad 6c, aku pun tunjuk notis doc dari KK tu then baby fea pun terus diorang check and buka semua baju, dan diletakkan bawah lampu..huhu sementara aku diambil keterangan oleh doc.

Wad 6c memang penuh dengan baby and ibu baby dengan macam-macam kes, tapi kebanyakkannya jaundis la. Lepas tu tak lama nurse bagi aku kerusi malas untuk aku rehat sementara tunggu baby duk bawah lampu (so memang mati-mati aku ingat tak yah stay wad, dalam hati kata petang balik la ni). Encik suami pun menunggu la kejap, sebelum bersolat jumaat. Sampai kepetang dari perbualan doc tu tak macam ade tanda aku boleh balik pun (aku dah mula curious, huhu)

Pas tu datang pulak nurse lagi sorang bagitau ade katil kosong untuk aku. Ahh sudah, aku pun terus tanya, "bila doc nak ambil bacaan darah baby?" Dia jawab, "biasanya esok jam 5 pagi.." uwaaaa!!! kene duk kat spital la jawabnya malam ni.
Terus aku bgtau encik suami, memang kami rasa nak marah sebab tak diberitahu prosedurnya dengan jelas.
Encik suami kata nnt lepas maghrib dia hantar baju and keperluan aku semua. Aku pun tak kisah sebab tau, dia pun dah penat ulang alik hospital, puasa pulak tu.

Lepas en suami dah hantar baju, air , makanan, etc., aku pun duk lah kat wad tu dengan baby fea. Memang tak macam orang pantanglah dah kalau duduk kat wad, nak jaga baby lagi, keadaan hospitak yang dikelilingi orang sakit lagi. Sambil2 aku whatsapp kawan-kawan mintak tips baby jaundis. Diorang kata jangan kerap angkat baby dari bawah lampu tu, kecuali bila nak susukan. So sepanjang malam memang aku buat macam yang kawan-kawan cakap. Memang keraplah aku susukan baby fea, sampai banyak kali die berak.

Around jam 5 pagi doc tolak baby fea ke tempat untuk amik darah. Then lepas dah settle die hantar semula baby fea kat aku. Dalam pukul 9 pagi kot, doc pelatih and doc senior dtg check patients, and doc senior tu kata bacaan banyak turun, bacaan pagi tadi 140, so dia kata boleh balik..yeayyy!!!

Semangat aku kemas barang-barang, bagitau en suami tgh hari dah boleh balik..baby fea yang berlenggeng dari semalam aku siapkan die, pakaikan die baju, sian anak aku..so kita tunggu daddy datang amik kita balik..😃

Macam tu lah pengalaman aku dengan baby jaundis, huhu kalau ada rezeki anak ke3 nnt aku nak make sure tak berulang lagi kisah ni walaupun aku & suami berdarah O, kami akan make sure baby kami sihat. Huhu sangat tak syok pengalaman tu, tapi apa pun Alhamdulillah baby fea tak lama pun jaundisnya lepas balik dari hospital tu 2 kali je ke KK, dan doc kata jaundisnya dah turun.

posted from Bloggeroid

Pengalaman bersalin 2nd baby (episod 2)

Dalam labour room, sekitar jam 3.30 pagi. Contraction makin kuat tapi masih boleh bertahan. Nurse, doc silih berganti menjenguk aku dalam labour room tu.

Ade 2 orang nurse pelatih yang menemani aku, sambil diorang pantau contraction. Dari pukul 3.30 pagi sampai ke pukul 6 pagi, terseksa betul aku rasa, sambil dok berzikir baca surah apa yang patut. Nurse pelatih tu pun cakap contraction aku kuat, tapi baby kejap-kejap tido. Tu yang lama agaknya aku duk dalam labour room tu. Boleh tido pulak anak aku ni. Penat agaknya dia, dari malam semalam sampai ke pagi struggle nak meloloskan diri melihat dunia..hehe

Dalam pukul 6.15 pagi agaknya, aku dah tak tahan, aku cakap macam nak teran. Tapi nurse kata air ketuban tak pecah lagi. Diorang cek, memang bukaan dah boleh bersalin, tapi air ketuban tak pecah, diorang tak bagi teran. Doc datang pecahkan air ketuban, masa ni aku rasa ada dalam 10 orang kot nurse dalam LR tu. aku cakap, "panggilkan husband saya kat luar".

Bila encik husband datang die baca surah-surah sambil tiup kat ubun kepala aku. Yang nurse-nurse ni sorang tolong pegang kepala aku, sorang pegang peha kiri, sorang pegang peha kanan, yang lain get ready nak sambut baby. Dalam 2 kali teran baby pun selamay keluar. Memang kuat nangisnya, encik suami cakap kat aku "dah selamat, dapat baby girl" pas tu nurse bagi kat die untuk di azankan.

Then nurse bagi kat aku untuk peluk baby tu, dalam keadaan baby berlemoih penuh buih2 putih lagi badannye..😅 Pas tu baru la baby di ambil di bersihkan, dan operasi menjahit episotomi pun bermula.

Ya Allah memang aku tak tahan sakit jahit luka kali ni banding dengan masa Alisya dulu. Aku yakin, kali ni koyak lagi banyak dari dulu sebab proses menjahit tu lama sangat.

Dah siap jahit dalam sejam aku rasa, dalam 7.40 nurse bagi baby kat aku untuk disusukan. Pandai dah anak aku ni menyusu, selesai dia menyusu, barulah aku ditolak ke wad sekitar jam 8 pagi.

Masuk wad, memang bising lah wad tu dengan tangisan baby. Biasalah dah masuk wad kelas 3 kan, tapi aku tak fikir hal tu, yang aku fikir hope anak aku sihat so boleh balik awal. Dah ditempatkan kat katil, encik suami pun x boleh stay lama, sbb ye lah ramai kan ibu-ibu dalam wad tu and baby lagi..security bagi masa dalam 5-10 min je temankan aku, then encik suami pun balik.

Dalam masa kat wad tu aku tido masa lepas lunch je, sebelum tu aku nak cuba tido tapi ade je, nurse datang lah, nurse check jahitan lah, doc datanglah, nurse nak cucuk bcg kat babylah, salin diapers baby lah..henfon aku battery pun dah kong, last aku whatsapp bgtau kat husband doc confirm bagi balik petang, nanti datang je sebab henfon memang dah tak leh on. Husband kata tgh hari die tak dtg melawat la kalau macam tu, datang petang je terus, dia pun nak settle cuci & tanam uri bagai. Aku pun ok je, pas tu aku pun merehatkan diri, tido ZZzzz..

posted from Bloggeroid

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme