Daisypath Anniversary tickers
CafeMom Tickers
Showing posts with label heir of us. Show all posts
Showing posts with label heir of us. Show all posts

No 3 is on da way Insyaallah..



Doakan semuanya selamat, semoga baby sihat membesar dengan sempurna sifat, akal dan fikiran.

Walaupun tanpa dirancang,ia tetap anugerah dan tanggungjawab terindah yang akan dijaga dengan baik. 😘
posted from Bloggeroid

Sofea meragam berubah tempat

Kalau korang tengok gambar last entri aku, gambar majlis aqiqah tu, kalau korang jenis yang perati la kan.. mesti korang tengok alahai sian si Sofea macam x bersiap je dia..hehe kesian anak aku tu..bukan tak dress up kan dia elok2, cuma dia meragam.

Kami sampai Ipoh hari Rabu petang, dari hari Rabu sampai ke Sabtu tu(majlis hari Sabtu), asek nak menempek je. Berubah tempat orang kata. Memang tak jadi keje la, aku pakaikan die headband pun die tarik, rimas kot.

Ye lah, dalam masa 3 bulan kehidupan dia, yang dia kenal adalah, mummy, daddy, kakak Alisya and cikgu taska dia..hehe mana die kenal, embah, opah, atok semua tu..

Baju jubah dia tu memang aku tempah special untuk dia, siap bertudung tau..hehe tapi tak kesampaian nak pakai dengan tudungnya masa majlis..


Gambar ni masa test jubah & tudung baru sampai..Masa ni comey la siap bertudung bagai..tapi masa majlis betul-betul sian dia..hehe nak wat macam mana kan..
posted from Bloggeroid

Majlis aqiqah untuk Nur Sofea & sambutan hari lahir Nur Alisya

Lama dah nak buat aqiqah untuk si Sofea, tapi baru minggu lepas tercapai hajat, sebabnya, almaklumlah, cuti bersalin hari tu memanglah lama, tapi dah berjauhan dengan daddy, 3 beranak kat Ipoh, daddy keje kat Johor, so paling ideal buat hujung tahun ni, alang-alang dah balik kampung ni kan.


Bergambar dengan kambing Nur Sofea, moga amalan ini diterima.

Jemputan macam biasa, ahli keluarga terdekat and kawan-kawan. Bajet dalam 80-100 orang, sebab kambing tu pun anggaran cukup untuk bilangan tu.
Seronok juga, sesekali berkumpul ramai-ramai, lama dah tak jumpa family sendiri. Kawan-kawan rapat pun ada yang datang, rasa seronok walaupun dapat berjumpa walau sekejap.
Buat majlis simple je, ade kambing, ade hidangan makanan untuk tetamu, ada kek untuk anak aku potong, dah.


Candy buffet ni adik aku yang nak hiaskan, maklumlah orang-orang seni ni lain sikit feel dia bila buat event..layankan..

Aku lemas sebenarnya kalau nak ikut adat ni, tapi kadang2 orang tua nak jugak marhaban la ape la, tu pun aku tegaskan anak-anak aku tak de nak buai2 bagai, budak pun dah pandai merangkak, nak buai mendanya..haha so buat simple-simple je, asalkan aqiqah tu dah buat.

Baju pun kalau tengok, kita recycle je baju raya ari tu, ko bukan retis bajet tamo pakai baju recycle kan..ade aku kesah, yang penting aku tak berhutang. Cuma baju Sofea aku buatkan baju baru, sebab masa raya dia baby lagi, mana muat dah baju tu..hehe


Princess wannabe bergambar dengan familynya, beserta opah & embah. Siap bercrown bagai anak aku tu sekarang, tak pa la kalau kaya macam dato' vida sok mummy tumpang happy..😜
posted from Bloggeroid

Yeayy balik kampung

Bak kata member skolah aku "aku kalau lebih 3 bulan x balik kampung, mula rasa gelabah semacam je.." haha gitu la perasaan aku bila hampir 3 bulan tak balik kampung jenguk family di Ipoh.
dari habis cuti raya haji ari tu, merangkap abes cuti bersalin.
Bukan tak nak balik, tapi paham-paham la sekali balik, punya la jauh, letih badan, alang-alang cari yang boleh cuti panjang terus, puas hati.

Sampai je Ipoh, si Sofea especially mula la nak menempek je, dah tu, bertapa lama sangat, tak kenai orang..hehehe
Si Alisya seronok la, jumpa sedara mara, melepas rindu main ngan sepupu.

baru 2 jam journey Sofea dah give up, tak larat nak duk dalam baby seat lama-lama..2 jam journey baru jumpa toll gate Ayer Hitam tau, punya la jauh tempat aku ni..Alisya kali ni je pecah rekod tak muntah sebab aku ingatkan dia janhan minum banyak sangat, cuma acah-acah nak muntah tapi aku sapu kan minyak angin x jadi dia muntah.
posted from Bloggeroid

heir of us no 2

Alhamdulillah diberikan amanah ini untuk kali yang ke-2. Doakan agar saya diberi kesihatan yang baik hingga ke akhir proses kehamilan dan selamat melahirkan zuriat yang sempurna fizikal, akal dan akhlaknya..
Yang ke-2 ni agak mencabar sikit, morning sickness yg melampau, mengelepet je..doakan saya sihat supaya boleh bekerja dan mengurus rumah tangga dengan baik..huhuhu 😭😭
Si kakak baby pun macam tau2 die nak beradik, perangai menguji kesabaran..
Nampaknya akan kembali berblog setelah memikir macam tak adil pulak kalau kakaknya je kite tulis journey masa pregnant kan..


Posted via Blogaway

so sad..but so true..



menitik air mata baca poem ni..huhuhu..

Alisya & Lactose Intolerance

Alisya ni bila dah semakin meningkat usia ni, dia nak minum makin banyak, tapi mummy Alisya ni tak mampu nak supply susu yang banyak, so Alisya dah bercampur brestmilk & formula milk. Tapi sejak-sejak die makin kerap nak minum susu, pengambilan formula milk makin bertambah dan makin kerap pulak die buang air besar (BAB). Aku perasan dari last week lagi, tapi memang kami naif, ingat tu perkara biasa.

Tapi hari Selasa lepas, babysitter taska tu dah bagitau yang Alisya BAB 2 kali kat taska, diorang kate may be susu Alisya tu tak sesuai, so aku ni sebagai ibu yang tak de pengalaman, aku ikut je la nasihat diorang suh tukar susu lain (sekarang Alisya minum susu ANMUM), masa lunch hour tu jugak aku bergegas ke pasaraya gi cari susu, aku teringat Sazzy Falak buat iklan dengan twins die susu Friso Gold, so aku pun terus beli Friso Gold yang tin kecik (nak cuba dulu), mahal sikit la Friso Gold ni, tapi demi anak, pejam mata je lah. 

Aku bekalkan separuh tin Friso Gold tu kat taska dan separuh lagi tinggal kat umah. Hasilnya sama jugak, dah 4 hari ni Alisya tetap kerap BAB, semalam paling worst die BAB 4 kali kat taska, huhu kesian anak mummy tapi die macam biasa, aktif, minum susu pun ok.
Bukan aku tak nak bawak Alisya terus ke klinik, hati ibu ni risau sangat, mase die tido aku tengok je ape la taunye die, umur baru 4 bulan. Tapi ye lah, dengan kawasan aku duduk sekarang ni, kalau nak kata, aku lebih percaya Klinik Kerajaan dari klinik swasta yang ada kat sekeliling tu, macam nak untung je, tapi servis ntah ape-ape, klinik pakar memang tak de langsung kat sini, so aku bersabar je la dulu, menunggu balik Ipoh. Aku buat kajian sendiri dulu, sekarang ni aku tengah giat mencari punca Alisya kerap sangat BAB, aku baca-baca kat internet, artikel, forum. Melalui hasil bacaan aku, dan pengalan ibu-ibu kat dalam forum tu aku dapati yang Alisya ni mungkin lactose intolerance (alah pada laktosa). 

So nampaknya aku kena cuba bagi die susu free lactose pulak. Weekend ni nak kene cuba bagi susu baru.  
mungkin nak cuba SIMILAC LF 

Alahan Laktosa (Lactose intolerance)

Apakah laktosa?

Susu dan hasil tenusu mengandungi gula susu yang perlu dipecahkan menjadi lebih kecil supaya dapat diserap ke aliran darah. Gula susu ini dipanggil laktosa. Ia dipecahkan oleh enzim lactase di dalam usus.

Apakah alahan laktosa?

Alahan laktosa adalah ketidakupayaan untuk menghadamkan gula susu atau laktosa.

Bagaimanakah Alahan Laktosa Berlaku?

Ianya berlaku kerana kekurangan enzim lactase secara sementara atau kekal. Enzim lactase ini terdapat di lapisan dalam usus.

Jenis-jenis alahan lactosa

Alahan laktosa mungkin kekal (primary)

  1. Congenital (sejak lahir)
    • Jarang berlaku
    • Berlaku semasa lahir
  2. Lewat (bagi dewasa)
    • Biasa berlaku di kalangan orang asia
    • Berlaku dalam anggaran umur 20 tahun
Alahan Laktosa Sementara (secondary)
Alahan laktosa sementara berlaku disebabkan kerosakan/kecederaan pada usus yang disebabkan oleh:
  • Jangkitan kuman pada usus (Gastroenteritis)
  • Penyakit usus seperti Coeliac Disease
  • Pembedahan usus

Berapa kerapkah keadaan ini berlaku?

  • 2/3 daripada kebanyakan bayi mengalami gejala penyakit ini.
  • Secara am ianya adalah sementara dan tidak merbahaya.
  • Enzim lactase lazimnya akan berkurangan apabila kanak-kanak mula makan makanan pejal.
  • Kebanyakan orang akan terus menghasilkan enzim lactase dan sebahagian (kebanyakan orang asia) pula berhenti menghasilkan enzim lactase apabila meningkat

    dewasa.

Apakah tanda-tanda dan gejala penyakit ini?

Gejala ini akan kelihatan ½ hingga 2 jam selepas memakan makanan yang mengandungi laktosa:

  • Bayi merengek dan menangis.
  • Perut kembung dan memulas
  • Berak cair yang berbau busuk
  • Kentut yang berlebihan
  • Kulit melecet dibahagian punggung

Diagnosa

Semua tanda-tanda di atas bukan saja berlaku bagi kes alahan lactosa tetapi juga berlaku kepada alahan makanan lain atau penyakit-penyakit lain. Oleh itu diagnosa ini hanya boleh dibuat selepas kes diperiksa oleh doktor.

Apakah masalah yang akan timbul akibat penyakit ini?

Alahan laktosa sementara tidak akan menyebabkan komplikasi kepada kanak-kanak. Walau bagaimanapun, kes yang serius jika tidak dirawat boleh menyebabkan:
  • Kekurangan air dalam badan (Dehidrasi)
  • Kurang zat makanan
  • Pembesaran terencat

Bagaimanakah cara merawat masalah ini?

Kawalan pemakanan adalah cara utama merawat alahan lactosa. Cuba elakkan makan makanan yang mengandungi laktosa, di samping itu pastikan kanak-kanak tersebut mendapat makanan yang seimbang.
Dapatkan nasihat doktor sebelum memulakan sebarang rawatan.
Alahan laktosa yang kekal :
  • Tidak dapat diubati.
  • Elak semua makananyang mengandungi laktosa.
  • Bayi yang menyusu susu ibu atau susu formula perlu ditukarkan kepada susu yang tidak mengandungi lactosa. Susu tersebut mungkin dibuat dari susu lembu tanpa laktosa (lactose free) atau susu soya.
  • Pastikan makan makanan seimbang dan mempunyai cukup nutrient untuk pembesaran.
Alahan laktosa yang sementara:
  • Kurangkan makanan yang mengandungi lactosa.
  • Selang-selikan penyusuan susu ibu dan susu formula yang tidak mengandungi lactosa.
  • Mungkin perlu minum susu tanpa lactosa sahaja buat seketika.
  • Selepas tiada gejala dalam masa 2-4 minggu, boleh mulakan penyusuan susu formula biasa untuk bayi.

Kesan Gajet Ke Atas Anak-Anak


Assalam cube baca artikel kat bawah ni, 

Kesan Gadget melalui Kajian dan Fakta yang diperolehi ke atas anak-anak.

Kajian pakar-pakar mengenai Gajet terhadap anak-anak;
Kajian Gajet terutama IPAD terhadap anak-anak adalah berdasarkan kajian yang didapati oleh kebanyakan ibu bapa yang menemui doktor tersebut di Hospital PPUM dan kajian yang didapati dari sekolah ke sekolah. Malah seorang doktor Pakar Pediatrik dan Pensyarah ...Pusat Perkembangan Kanak-kanak Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia yang turut hadir pada seminar tersebut iaitu Dr.Norazlin Kamal Nor juga sangat membenarkan kenyataan tersebut dan menegaskan beliau turut mempunyai perolehan kajian yang sama di hospital HUKM. Amat mengejutkan kesan buruk yang diperolehi amat tinggi berbanding kebaikan.

Mereka menyarankan kepada ibu bapa yang baru berniat mahu membelikan Gajet untuk anak-anak… lupakan dan tiadakan gajet untuk anak-anak, dan kepada yang sudah membelinya kurangkan penggunaan Gajet tersebut untuk anak-anak. Salah satu daripada kesan yang diperolehi adalah : 

Interaksi antara anak-anak dan ibu bapa jelas ‘KURANG’. 

Kesan-kesan lainnya;

1. Mereka lebih banyak menguasai Visual (Memandang) berbanding Auditori (mendengar) –Apabila guru-guru mengajar di hadapan kelas tumpuan mereka mudah hilang arah dan mudah melihat pergerakan luar (keluar tingkap). Iklan-iklan di bilik darjah Seperti, pembaris jatuh, rakan batuk, kipas berpusing dan lain-lain lagi.

2. Perkembangan bahasa mereka lemah



3. mereka kurang bercakap, kurang bergaul dan berada dalam dunia sendiri. 


4. Beberapa kajian berulangkali mengingatkan bahawa penggunaan tablet secara berlebihan pada anak dapat menyebabkan kesukaran perkembangan dan masalah termasuk autisme atau sukar memfokuskan perhatian.

5. Menyentuh skrin dengan sangat mudah, ia tidak begitu membantu skill motor mereka. 




Alamak bile baca artikel kat atas ni, rase menyesal ajar Alisya guna TAB..huhu Tapi mummy ajar Alisya flashcard je kat TAB tu, boleh kan..Daddy Alisya nak jual TAB Alisya tu, bagus la, lepas tu nanti belikan Alisya & mummy basikal, petang-petang/pagi-pagi boleh kite kayuh basikal same-same..hehehe 
Nanti Alisya dah besar kite ajar die outdoor activities, biar die aktif and bagi die main boardgames macam saidina, sahiba, snake&ladders, main congkak, batu seremban, dam haji, chess etc jangan biasakan die main gajet-gajet ni..huhuhu

bootle feeding your baby ; how to start and when to start



Tak habis lagi entri mak-mak aku ni..hehehe kalau dah dapat title mak ni, sampai ke mati la naluri keibuan tu kan, nak wat cemana layankan je la ek..hehe hari ni pukul 5 Alisya dah gerak mummy die bangun, batuk die tak settle lagi la, adehh, so aku pun usap-usap la die, lepas tu layan main-main dgn die sampai die tertido balik dah ni..

Ade 2 3 orang member aku yang bertanya macam mana aku train Alisya minum susu guna bottle..Ok jawapan aku yang pertama adalah, semua baby adalah berbeza, so kite kene kenal baby kite..

Start Early
Ahaa tips aku sume pun kene start early kan..macam aku masa dalam pantang tu, yang bgtau ape yang aku patut buat, mak aku la..Kite pulak beranak sulung, so banyak benda tak reti..Masuk je bulan ke-2 dalam pantang mak aku dah suruh train Alisya minum guna botol..Die kata nanti kite rase je cuti tu lama lagi, tapi sementara nak train, nak tengok botol mane yang sesuai, teat(puting botol) macam mane yang baby kite suke, dah amik masa..
So first time aku train Alisya, aku guna botol pureen biasa (aku beli pam pureen yang electric tu, so aku beli storage bottle EBM pun sume jenama pureen), jadi aku beli je la teat utk bottle tu, konon-konon nak jimat kan..Mula-mula train, die refuse, die tak nak, die confuse, sebab teat bottle biasa tu kan kecik, mane same macam manusia punya..

Choose The Suitable Bottle & Teat
Ok lepas die dah tak nak guna bottle pureen, kebetulan kawan aku nak bagi present, die tanye nak ape..hahaha pucuk dicita ulam mendatang, jangan sangka aku kaki mintak pulak, kitorang memang bestfriend, mase die beranak dulu pun aku tanya die nak present ape (konsep konon-konon bagi hadiah biarlah digunakan)..so aku pun mintak bottle Tommee Tippee sebab aku survey-survey teat die sama macam manusia punya (tagline pun : closer to nature)..kawan aku belikan 1 set ade 3 bottles skali kau, Alhamdulillah trime kasih banyak-banyak..

So lepas je kawan aku datang visit, esoknya aku train Alisya guna bottle baru..Alhamdulillah, laju je die minum...Sampai ke hari ni, Alisya adalah pengguna tegar bottle Tommee Tippee (teats die senang nak cari, ade jual kat tesco area umah aku, so tak yah pening bule nak ganti teat nanti). Satu bottle aku letak kat taska, satu kat umah Ipoh, satu letak kat Behrang, nasib ade 3..hehe
Ade sorang kawan taska Alisya pun mula-mula mengalami masalah taknak minum susu guna botol, sebab tak di train awal, sudahnye babysitter Alisya suggest kat mak baby tu guna Tommee Tippee macam Alisya. Mak baby tu sebelum ni die bagi anak die guna bottle and teat yang biasa tu, lepas tu die belikan anak die bottle Avent pun baby tu taknak, sampai masuk angin perut baby tu punyelah die taknak minum susu (mase ni aku tengok sendiri sebab aku pegi jenguk Alisya kat taska, menangis-nangis baby tu)
Sebenarnye sekarang ni banyak dah jenis bottle yang ergonomic, macam mimijumi, avent, dr brown, macam-macam lah, cumanya tepuk poket sendirilah, kalau tebal isinya mampu boleh beli..





Trust your baby
Jangan terkejut kalau nanti bile dah hantar baby kepada babysitter,and bile kite bawak die balik rumah die tak nak minum guna bottle..Die dah bau badan mak die, so biarkan die dengan perangai die tu..Kite bagi je BF, jangan paksa die minum bottle and jangan sampai tak tido malam risau kalau-kalau esok die taknak guna bottle kat rumah pengasuh/taska..Baby memang macam tu, dah sampai rumah pengasuh/taska nanti, die pandai la bawak diri..Macam Alisya ni, kat umah die tak nak bottle feeding, nak menempek je kat mummy die ni..Tapi esok bile kite call babysitter tanya Alisya nak minum guna bottle tak, pengasuh kata ok je die..hehehe manje sungguh, so percayakan anak anda..:-)

Published with Blogger-droid v2.0.10

carseat : how to train your baby

Mula-mula baru bersalin dulu, 3 minggu lepas bersalin, daddy Alisya dah excited nak belikan anaknye stroller & carseat (travelling system). Mula-mula kami macam nak beli online, tapi setelah difikir-fikir better pegi tengok, then baru beli. Kami beli kat AEON je, senang boleh tanya kalau tak reti nak pasang kan (malas baca buku manual).

Baby for the first 3 months memang sangat manja, sebab die masih lagi confius, ye lah sebelum ni die 9 bulan di alam rahim, dekat dengan denyut jantung ibu, so jangan tension atau stress kalau anak kite nak berdukung je time 3 bulan pertama ni, layankan je..Memang mencabar masa mula-mula nak train Alisya duduk dalam car seat, tapi kami start dari Alisya 2 bulan lagi, pegi mane-mane even dekat pun, dudukkan die dalam car seat..

So macam mana cara kami train Alisya duk dalam carseat?

Alisya yang dah lena dibuai mimpi dalam carseat

Mula Awal
Rajin-rajin kan diri untuk train seawal yang mungkin. Lagipun baby yang duduk dalam carseat adalah lebih selamat, berbanding baby yang dikendong semasa dalam kereta (orang dewasa pun kene pakai seatbelt kan). Pokok pangkalnya mak ayah jangan malas (malas ni maksudnye bile anak tu nangis tak nak duk dalam car seat, so give up, tak nak train dah), lagi satu jangan dengar sangat orang-orang sekeliling yang kata seksa baby kecik lagi dah duk dalam car seat, orang nak cakap, ape pun die boleh cakap, tapi yang menanggungnya kite, bile kite dengar tu yang jadi tak sampai hati, tapi nak buat macam mana, anak tetap kene jaga, keje tetap kene keje (of course la syarikat-syarikat pengeluar carseat ni dah kaji kesesuaian & keselamatan carseat ni kan)

Jaga Emosi Anak
Anak kite ni pun ade mase emosi die tak stabil, kadang-kadang mood die ok, kadang-kadang mood die tak ok. So bile kite letak anak kite dalam carseat, then die menangis, cepat-cepat keluarkan die then tenangkan. Kalau tengah drive tu, pandai-pandai la berhenti kat tepi jalan ke, dari kite memandu tapi mata dok tengok anak, lagi bahaya, baik berhenti tenangkan baby kite. Cari lah tempat yang selamat nak berhenti ye, jangan mengganggu lalu lintas.

Jaga Perut Anak
Make sure sebelum memulakan perjalanan, anak kite perutnya selesa, perutnya kenyang..Kalau die lapar yang selalunya menyebabkan die merengek/menangis.

Cuba Ubah Fokus Anak
Kalau anak-anak yang dah 2 bulan ke atas tu die dah pandai mengagah, so letak/gantung la soft toys dalam kereta kita, tapi jangan la sampai sendat tingkap, sampai menghalang pemanduan kita, nak tengok side mirror pun payah, tu dah bahaya. Alisya dalam kereta die akan menyembang dengan angry bird die, hehehe asalkan die selamat dah selesa, tak kacau mummy nak drive.

Alhamdulillah, sekarang Alisya dah pandai duduk dalam carseat, mula-mula die cari fokus die cari angry bird die..Sembang-sembang dengan angry bird die, bile dah selesa, syok..lama-lama die tido sendiri..Macam tulah rutin minggu mummy and Alisya ulang alik setiap minggu.Memang bukan mudah, tapi In Sha Allah tak mustahil..

all for you..


It's so true...


Dulu masa berdua makan bersuap jugak, tapi tak de la setiap masa, paling2 pun sekali je, bile nak bagi hubby rase food kite..tapi sejak dah ade baby,especially bile makan kat luar bertiga, fuhhh romantik, kalau daddy dukung alisya mummy suap daddy, kalau mummy yang dukung alisya, daddy suap mummy, kui3..
Hari yang dilalui pun terasa singkat, kadang-kadang baru je bagi mandi alisya tetibe tengok jam, eh dah pukul 12 tgh..malam pulak tengok jam, laaa baru pukul 1 pg die dah merengek + berkayuh nak nenen..hai anakku, penangan betul..hehe
Hubungan famili pun makin rapat..kalau dulu masing-masing buat hal sendiri, adik-adik aku abes boring masuk bilik layan internet,tak pun tido, tapi bile ada budak tecik ni, satu umah berkumpul sebab nak tengok die, die tengah tido pun orang tengok..hehehe
Akaun bank memang la makin sikit, selain dari keperluan asas die macam diapers tu..lagi satu asal nampak baju comel je nak belikan die..hahaha baju sendiri pun tak terbeli lagi..dah la sejak akhir-akhir ni die dah pandai jilat-jilat baju kite, memang abes la baju sume kene air liur die, nasib alisya ni bukan jenis kuat muntah susu, kalau tak lagi la berbau...haha
Apa-apa pun mummy&daddy gembira dengan kehadiran mu sayang..♥

Published with Blogger-droid v2.0.10

4 days in february - recap



Ececeyh nak ber recap-recap la konon, macamlah ramai sangat nak tau ape yang aku buat, bajet retis lah tu, haha..sebenarnye mood ngantuk belum datang lagi..so belek-belek gambar dalam tabby ni tu yang dapat idea nak menulis..
Memandangkan ramai yang cuti lama sempena CNY, so macam-macam aktivitilah yang dirancangkan dan dibuat minggu ni kan, tadi pun aku tengok hi-way ke selatan dah mula jem..


Day 1-11 feb 2013
Macam yang dah diceritakan hubby and kakak ipar aku dalam blog diorang..majlis aqiqah untuk anakku yang pertama dah selamat berlangsung..yang kelakar kami suami isteri dah macam mak bapak pengantin, dapat duit salam keruk, kui3..buat majlis ni tak terniat pun nak terima duit sumbangan bagai..ape-ape pun terima kasih kepada yang memberi, duit tu kami akan masukkan dalam simpanan Alisya, untuk kegunaan dia masa akan datang, in sha Allah..

Day 2-12 feb 2013

Hari mengemas umah bagi kami lepas dah berkenduri dan hari tido bagi Alisya..tido je die, may be die penat sangat kenduri semalam, ye la die nak tido time kenduri, orang datang nak tengok die, dukung, cium, gomol, biaselah tu kan, dah kenduri untuk die, memang tak dapat tido lena la die, tido terganggu..heheh so hari ni memang die bantai tido, tapi time malam mule la nak merap dengan daddy, die tau esok daddy dah nak start keje..tido dah macam koala bear peluk kat pokok, bak kata mak mertua aku..hehe mane taknye tido nak berdukung je..hehehe


Day 3-13 feb 2013

Daddy dah start keje, so rutin back as usual..mummy and Alisya balik umah embah(mak aku)..adik aku nak pi bli tiket bas, so aku pun follow je la, duk umah pun boring..dah alang-alang gi medan gopeng tu, aku ajak diorang gi padang polo..lama tak datang sini, lagipun saje nak bawak Alisya jalan-jalan dengan stroller..

Day 4-14 feb 2013

Bawak Alisya pegi daftar kat taska..Memandangkan next week adik aku dah nak start keje balik ke KL, so minggu ni aku ajak diorang temankan aku test bawak Alisya gi Behrang..saje aku nak test die duk dalam car seat, nak tengok berapa lama die boleh bertahan, and nak hantar borang taska die skali..Alhamdulillah, die ok je sepanjang jalan, tido je, may be sedap kot, kite pun kalau duk dalam kete senang je nak tido kan..hehehe cumanya bila dah nak sampai kawasan poli tu die dah terjaga and may be die dah lenguh kot, merengek nak keluar dari car seat..


Published with Blogger-droid v2.0.10

pantang jalan



Aku tak kisah sangat pasal pantang makan, walaupun aku suke makan, tapi bile dalam pantang ni, ape yang orang kate baik elakkan jangan makan, aku ok je, minda aku still boleh tolerate dengan pantang makanan, may be sebab aku dah makan puas-puas sebelum bersalin ari tu (orang duk takutkan aku nanti baby besar koyak banyak, tapi aku tak peduli makan jugak, dann memang terbukti beso babynye wehh, kui3)
Tapiiiii..benda yang aku tak tahan sangat nak berpantang adalah pantang berjalan..hahaha, gatal dah kaki aku ni nak berjalan, aku perasan ade tahi lalat baru kat kaki aku, hehe...jeles tengok orang berjalan..tahun lepas awal-awal tahun macam ni, rancak family aku n family in law berjalan, seingat aku dengan in law pegi melaka, dengan family aku pegi mandi-manda kat sg klah, kui3, lepas tu aku n hubby pun pegi rehat-rehat kat bukit merah laketown resort..
Memandangkan tahun ni, aku bersalin, kakak ipar aku pun coming soon, adik ipar aku pun baru je pregnant..hahah bersambung-sambung ye..jadi dua-dua belah family tak gi mane-mane, kui3..
Tengok la nanti lepas habis pantang, hutang berjalan aku akan terlunas ke tak..haha, alasan yang paling kuat nak berjalan adalah nak biasakan Alisya duk dalam car seat, anak pulak jadi mangsa alasan ye..hik3

Published with Blogger-droid v2.0.10

wordless wednesday 23012013


pengalaman bersalin di HRPB


Lepas baca satu wallpost kat satu group dalam fb aku, terdetik hati nak berkongsi pengalaman berurusan dengan nurses di HRPB. Alhamdulillah syukur sangat pada yang Atas  sebab sepanjang menjejakkan kaki di wad bersalin sehinggalah hari meninggalkan wad bersalin tu, semua nurse baik-baik je.

Cek CTG
Berurusan dengan nurse yg dah tahap sister, tua dah pun, memang baik, peramah sangat, die la yang bgtau aku ni kuat tahan sakit, sebab aku tak tau baby mengeras tu pun salah satu contraction..die jugak yang marah doc pelatih sebab terhegeh2 amik data rekod pesakit..


Dalam wad ABC
first nurse tu siap risau tgk aku, sbb muka aku dah pucat sangat masa tu, die tanya nak ape2 ke, aku cakap aku nak minum, nak pegi amik air kat husband..
Then lagi sorang nurse tu yang cucuk ubat tahan sakit kat aku tu pun baik jugak, macam-macam tips die bagi, suh aku baring mengiring nak kurang sakit, kalau contraction datang, die suruh aku tarik nafas..
Kemudian shift bertukar, nurse yang ke-3 pulak, die ni baru je kejap masuk shift aku dah panggil die, aku cakap aku nak buang air kecil, tapi aku nak gi toilet, aku x nak guna tiub, die risau, tapi last2 die bagi gak, die temankan aku gi toilet, pas tu x lama aku rase nak meneran aku panggil die lagi, die cek bukaan, then terus carikan lr kosong, and tolong aku naik wheelchair and sorong aku ke lr..huhu terharu..


Dalam labour room
Nurse ni agak berusia, mula-mula aku tengok die macam garang je..aku dah pasrah lantak la, aku dah sakit sangat masa tu..tapi masa nak bersalin tu die, aku n hubby je yg ade dalam lr tu, die banyak membantu la, aku rase die memang jenis org tak banyak cakap..and masa menjahit tu la baru die banyak sembang dengan aku, may be tak nak bagi aku tido kan..tapi macam2 info la aku dapat masa sembang-sembang dengan die..


Dalam wad
Semua nurse pun cakap elok and layan aku baik je..ade yang kate sebab perbezaan wad,  yang ni aku x nak komen lebih-lebih la, sebab itu ape layanan yang aku trime, aku trime layanan ok, so aku cakap la ok..

Alhamdulillah dipermudahkan segala urusan aku semasa di HRPB tempoh hari..
Published with Blogger-droid v2.0.10

1st jan 2013

Assalamualaikum, baru berkesempatan nak mengjenguk blog sempena hari pertama tahun baru ni..Alisya tengah tido, dari pukul 8 am tadi die berjaga, agaknya die paham, tadi mummy bgtau nurse nak datang cek, so die pun tak tido, main-main, lepas nurse dah check bagi die mandi, minum susu, ni baru die tido..
Alhamdulillah hari ni anak mummy dah 10 hari, tadi timbang die dah 3.6 kg, moga anak mummy membesar dengan sihat dan sempurna, amin...
Sempena tahun baru ni, hanya berharap, dipermudahkan & dilancarkan segala urusan kami sekeluarga, dan kami sentiasa dalam lindungan Mu Ya Allah, macam maksud nama Alisya tu sendiri, yang bermaksud sentiasa dalam lindungan-Nya..
Alisya pun dah selamat dicukurkan kepala oleh daddynye, mula-mula mintak makcik yang berurut tu untuk cukurkan, tapi penyudahnya, daddy yang buat, mak cik tu macam x confident je..Nanti mummy bile ribbon kepala bunga2 ye, bagi cantik anak mummy ni..hehe
Bile tengok muka anak tido ni, tenang je rase, macam-macam dalam fikiran mummy, tentang masa depan die, tentang hidup yang bakal die and kami sekeluarga tempuh..harap-harap semoga semuanya sukses..:)
p/s: Bila dah ada anak baru la terasa kuat naluri keibuan ni, geram sangat tengok kes-kes buang bayi, apelah dosa baby tu..
Published with Blogger-droid v2.0.9

kronologi kelahiran 1st baby - part 3

23/12/2012
wad sri inai 9-2, hrpb
6.15 pm
Kat wad ni lah aku ditempatkan, Alhamdulillah wad sorang full, so aku ditempatkan kat wad berdua, huhu risau betul kalau aku ditempatkan kat wad bilik sorang-sorang sebabnya aku pikir nanti malam-malam payah kalau wad sorang, nak tinggal baby kot-kot aku nak pi toilet..partner katil sebelah aku deliver subuh tadi, kakak tu lahirkan anak yang ke-3, baby girl juge..
Masa ikut masuk wad, mama n hubby je di bagi masuk sebab dah abes waktu melawat, diorang siapkan letak barang keperluan aku and mama ajar aku susukan baby..Alhamdulillah baby terus pandai menyusu, tak lama mak guard datang bgtau masa melawat dah abes, so diorang pun terpaksa la balik, tinggal la aku and baby, tapi malam nanti hubby nak datang hantar makanan, lega sket hati, hehehe
Lepas dah susukan baby, baby tido aku pun baring kejap, huhu dalam hati lega, bercampur sakit tang bawah tu, mata nak terlelap, tapi duk renung je baby..sume perasaan bercampur, hehe tak sempat lagi nak bersembang dengan kakak sebelah tu, tak de mood lagi..
7.45pm
nurse datang cek temperature n bp aku, and die tanya baby dah kencing berak ke?seriously aku blurr, aku jawab ntah, hahaha peh tu die senyum je, terus die tengok punggung baby, "berak dah ni.." die yang tolong cucikan kui3, adoi aku x sangka plak baby ni cepat betul beraknya, tadi baru je susukan die..ok lah aku tengok macam mana die bersihkan baby tu, peh tu aku dah tau la kan..kejap2 aku intai la diapers, cek die kencing/berak..
Hubby datang bawak makanan, tapi mane la lalu nak makan, yang aku nak rasenye tido je masa tu..aku makan sikit je, 2 3 suap..dalam hati mula la pikir bestnye kalau time ni diorang amik jagakan kejap baby ni, bagi ibu-ibu yang baru deliver ni rehat kejap, tapi dah memang hosp gov, macam tu kan, nak wat cam ne..
Hubby balik, hati sedih sebenarnye, kene tinggal kat wad sorang-sorang, tapi pikir +ve esok pagi hubby datang balik, aku doa biarla aku rase cepat je pagi..and mula lah malam pertama aku di wad, menjaga baby, huhu memang seksa dan aku mengaku sangat tak selesa, dengan aku yang still lemah, nurse datang cek 3 jam sekali, dalam masa tu, doc pun ade datang, nak susukan baby lagi, nak cek die kencing/berak lagi nak tukar lampin, aduh, nak bangun dari katil amik barang tu terseksa betul..memang aku tak tido langsung, and aku still x bercakap lagi dgn kakak sebelah tu, huhu biar la, aku emosi pun x stabil lagi..
24/12/2012
6.00 am
Kakak tu mintak tolong tengokkan anak die, die nak gi mandi..aku senyum angguk je, kejap aku selak langsir sebelah tu jenguk baby kakak tu, nasib baby die x meragam, macam baby aku jugak, senang..
Pas die mandi aku pun nak mandi gak la, dah berlengas dah kat bahagian bawah ni,tak selesa betul rasenye..aku pun pesan benda sama la kat die, tolong tengokkan baby, hehe lepas dah mandi tu baru la aku rase ok sket, happy pun ade sebab hubby nak dtg, and nurse kate within 24hours je stay hosp, kalau condition aku n baby ok, so petang ni aku dah bley balik..yeayy sambil-sambil tu aku dah mula sembang dengan kakak tu, hehehe
8.00 am
Hubby datang bawak bantal baby kesian baby aku tido tak berbantal semalam, sembang-sembang jap dengan die, die pun pengsan semalam, ye lah penat dari pagi sampai ke malam, ulang alik hosp..tak lama pas tu die balik, ye lah belum masa melawat lagi..tunggu kul 1 nanti hubby datang lagi..
Aku sambung sembang dengan kakak tu, anak die jaundice, memang jelas la, nampak anak die kuning sampai nak gelap muka baby tu jadinye..kalau ok, die boleh balik tgh hari nanti, tapi esok kene bawak baby gi hosp lagi, cek jaundice..anak die kecik je, 2.5kg, hehehe kalau letak sebelah-sebelah memang nampak la baby aku ni besar compare dengan anak die..
1.00 pm
Husband and anak-anak kakak tu datang, die pun siap nak pulang dah..hubby pun dah sampai, sambil tengok diorang siap-siap balik..aku pulak yang rase tak sabar nak tunggu petang nak balik jugak, hehehe kosong dah la katil sebelah ni...
4.30 pm
Dapat partner baru, die ni belum bersalin lagi, tunggu bukaan, cikgu sekolah, nak lahirkan anak sulung gak..die dok risau-risau je..aku pun sembang-sembang dengan die, aku kate moga selamat sumenye..die jenis bukaan lambat kot, sebab dari semalam jalan tak bukak lagi, tapi tanda dah keluar..pas tu datang doc, bgtau kalau tak bukak jalan jugak, malam ni die kene induce, paksa bersalin, and kalau x boleh bersalin, kene operate..huhu so ade borang-borang die n hubby die kene sign, aku dengar je la kan dah doc tu cakap kuat..
5.30pm
hubby pun datang dengan mama and adik bongsu aku, hubby gi settle sume urusan nak check out, and kitorang kat wad kemas-kemas barang sume...lepas siap sume, salam-salam dengan partnet katil sebelah and family die, yeayyyy Alhamdulillah dah boleh pulang....:)

Published with Blogger-droid v2.0.9

our 1st lil daughter

Representing our first daughter

Name: Nur Alisya 
Date of birth : 23 december 2012
Time of birth : 1650
Weight : 3.3 kg
Height : 48 cm

Mummy & daddy will love you for the entire of our life dear, muahhhss..
Published with Blogger-droid v2.0.9

kronologi kelahiran1st baby-part 2

23/12/2012
3.45 petang-labour room
Masuk labour room, doc cek bukaan lagi, still 8 cm, so kene tunggu 10 cm jugak, masa tu aku memang rasa nak teran sangat-sangat, tak tahan dah..doc n nurse baik je, tapi aku yang dah x macam orang je rasenye, aku dok menahan sakit macam dalam citer hollow man masa die kene cucuk suntikan nak bg die invisible tu..tak lama lepas tu, encik hubby masuk, jam dah kul 4, doc cek lagi bukaan, dah bukak 10 cm..so die dah bg tips mcm mana nak teran, aku yang dalam keadaan nak tahan sakit, nak dengar tips die lagi, so aku pun ikut je la, en hubby pun dah siap2 pegang tangan aku, masa ni air mata jangan cakap laju je keluar, tak sanggup rasenye nak tahan sakit ni..
Bila sakit datang aku kene teran sekuat hati, so aku buat macam ape yang dipesan, 1st teran nampak dah rambut baby(ni hubby yg bgtau, berani gak la die tengok, hehe), then die bg support lagi bg semangat kat aku, go mummy, boleh teran lagi, aku push kali ke-2, keluar sampai takat hidung, and last kali ke-3 alhamdulillah lahirlah zuriat kami tepat jam 4.50pm...
Hubby azan n iqamatkan baby, then lepas tu letak kat atas dada aku, huhu rase gembira sangat terus cium dahi baby..nurse amik baby bawak pegi mandi, n hubby pun diminta keluar nak buat sesi menjahit pulak..
Tapi yang tak sedapnya, koyak aku besar, sebab nurse tu bgtau kulit aku jenis kulit nipis, jarang melayu kulit nipis macam, kulit cina slalu macam tu, so aku kene jaga betul-betul la jangan lasak, kene planning gak sebab aku senang beranak, macam-macam la die dok sembang ngan aku masa nak jahit tu, mungkin die tak nak bg aku tido sebab aku dah rase lega,penat n ngantuk sangat, masa jahit tu aku dah tak rasa ape macam nak terlena je, lalok je rase, aku nak cepat-cepat je settle, memang la ade part-part terasa sakit, especially masa nk jahit kulit luar tu, tapi x leh lawan sakit contraction dekat-dekat nk bersalin tu, huhu ngeri bile ingat balik..
Pukul 6 ptg siap, aku disorong masuk ke wad, masa ni semua dah ade kat luar menunggu, family aku n family in law, terharu rase..huhu
To be continued to part 3

alisya & mummy ditolak masuk ke wad..

Published with Blogger-droid v2.0.9

kronologi kelahiran 1st baby-part 1

21/12/2012
Pagi lepas breakfast keluar lendir yg banyak, tapi senyap je la, sebab tak de darah lagi, sakit pun tak, cuma baby kerap mengeras (masa kat hospital baru tau rupenya mengeras tu pun salah satu jenis contraction)
22/12/2012
Pagi
Due sepatutnya hari ni, tapi masih rasa biasa..pagi2 breakfast, and lepas breakfast, jalan2 area kawasan rumah, tolong hubby bersihkan rumput yang dipotong kat halaman rumah..saje nak bagi badan buat keje, hehe orang kate bagi senang bersalin..
Petang
Rase sengal-sengal kat ari-ari..tapi takde keluar darah lagi so diam je la, teruskan hidup macam biase :)
Malam
Siap keluar pegi makan sebab memang dah lame gantung kuali sejak menunggu hari ni..hehe malam tido macam biase, terasa juge sengal-sengal kat ari-ari..
23/12/2012
Pagi
7.40pagi
Breakfast, makan roti canai, minum air milo(tak sempat habiskan, teringat-ingat sampai masa dalam labour room) then terasa macam period..pegi toilet check, tgk2 ade keluar darah,ape lagi siap2 bergegas ke hospital...
8.30pagi
Sampai hospital, nurse bgtau kene tunggu sebab ramai hari ni nak delivered..so okay je la, masa ni tak rasa lagi contraction tu..dalam hati dok berdoa ape-ape pun dah sampai hospital ni harap semuanya lancar and tak kena dok wad lama-lama..
9.00pagi
Nurse buat CTG, cek baby, and masa ni la die bgtau yg dah ada tanda contraction sebenarnya, tapi aku yang tak tau itu contraction..die cakap aku ni kuat tahan sakit..haha adoi mane la sy tau..
Lepas settle CTG, nak cek bukaan plak, so kene buat VE(mulut itik yang diperkatakan org sakit tu) so aku pun redha je la, tp ikut tips nurse bg, tarik nafas masa doc nak start seluk..memang terase benda masuk tapi x la sakit..jalan dah bukak 3 cm..
Lepas VE tunggu nak scan pulak, ni kena tunggu doc senior, haihh lama tau sebab ari ni banyak org nak deliver, ha masa ni baru la rase sakit contraction yang kerap 5 minit sekali..dah x senang duduk dah menunggu, kejap-kejap pinggang rase tegang, perut memulas, nak terkencing, darah dah keluar..huhu bila doc senior check jalan dah 4 cm, kejap je kan..huhu alhamdulillah, so kena tahan kat wad bawah je, wad ABC, wad menunggu giliran masuk labour room..
Dalam wad ABC, memang dah pakai uniform, baju pink, kain merah..sakit dah makin kerap and Allah je yang tau macam mana sakitnya..itulah sakit yang paling sakit aku pernah rasa..nurse buat VE lagi, cek bukaan, dah 5 cm, and die kata sementara tengah 5 cm ni masih boleh la ambil epidural kalau x tahan sakit..mula-mula aku refuse..tapi lepas tu dah x sanggup, panggil nurse, bgtau aku nak ubat, die cucuk punggung, huhu lepas dah kene cucuk tu, still sakit lagi, aku tanya kenapa saya rasa sakit lagi, hehehe nurse tu kata memang sakit, tapi kurang la sikit berbanding kalau tak amik..huhu ye ke, tapi tetap sakit, cepatlah bukak jalan 10 cm..
Area pukul 3ptg sakit yang teramat sangat, aku rase macam nak meneran berak, sebab nurse kata kalau rasa nak meneran bgtau, tapi jangan teran, so aku panggil nurse..then nurse cek jalan dah bukak 8 cm, cepat-cepat die cek labour room ade kosong ke tak, Alhamdulillah ade kosong, aku pun disorong dengan wheelchair ke dalam labour room, huhu
To be continued to part 2

Published with Blogger-droid v2.0.9

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme