4 days in february - recap
Ececeyh nak ber recap-recap la konon, macamlah ramai sangat nak tau ape yang aku buat, bajet retis lah tu, haha..sebenarnye mood ngantuk belum datang lagi..so belek-belek gambar dalam tabby ni tu yang dapat idea nak menulis..
Memandangkan ramai yang cuti lama sempena CNY, so macam-macam aktivitilah yang dirancangkan dan dibuat minggu ni kan, tadi pun aku tengok hi-way ke selatan dah mula jem..
Day 1-11 feb 2013
Macam yang dah diceritakan hubby and kakak ipar aku dalam blog diorang..majlis aqiqah untuk anakku yang pertama dah selamat berlangsung..yang kelakar kami suami isteri dah macam mak bapak pengantin, dapat duit salam keruk, kui3..buat majlis ni tak terniat pun nak terima duit sumbangan bagai..ape-ape pun terima kasih kepada yang memberi, duit tu kami akan masukkan dalam simpanan Alisya, untuk kegunaan dia masa akan datang, in sha Allah..
Day 2-12 feb 2013
Hari mengemas umah bagi kami lepas dah berkenduri dan hari tido bagi Alisya..tido je die, may be die penat sangat kenduri semalam, ye la die nak tido time kenduri, orang datang nak tengok die, dukung, cium, gomol, biaselah tu kan, dah kenduri untuk die, memang tak dapat tido lena la die, tido terganggu..heheh so hari ni memang die bantai tido, tapi time malam mule la nak merap dengan daddy, die tau esok daddy dah nak start keje..tido dah macam koala bear peluk kat pokok, bak kata mak mertua aku..hehe mane taknye tido nak berdukung je..hehehe
Day 3-13 feb 2013
Daddy dah start keje, so rutin back as usual..mummy and Alisya balik umah embah(mak aku)..adik aku nak pi bli tiket bas, so aku pun follow je la, duk umah pun boring..dah alang-alang gi medan gopeng tu, aku ajak diorang gi padang polo..lama tak datang sini, lagipun saje nak bawak Alisya jalan-jalan dengan stroller..
Day 4-14 feb 2013
Bawak Alisya pegi daftar kat taska..Memandangkan next week adik aku dah nak start keje balik ke KL, so minggu ni aku ajak diorang temankan aku test bawak Alisya gi Behrang..saje aku nak test die duk dalam car seat, nak tengok berapa lama die boleh bertahan, and nak hantar borang taska die skali..Alhamdulillah, die ok je sepanjang jalan, tido je, may be sedap kot, kite pun kalau duk dalam kete senang je nak tido kan..hehehe cumanya bila dah nak sampai kawasan poli tu die dah terjaga and may be die dah lenguh kot, merengek nak keluar dari car seat..
Published with Blogger-droid v2.0.10
0 Response to "4 days in february - recap"
Post a Comment