Daisypath Anniversary tickers
CafeMom Tickers

Alisya goes to school


Pagi tadi mak aku dah bgtau nak buat makan sikit bagi kat budak tabika, sempena hari lahir arwah bapak aku semalam, so aku pun x kisah lah, dah biasa..mak aku kata tak payah masak ari ni, ok pun ok kan aje.
Dalam pukul 9 pagi mak aku call, die tertinggal kad manila, die mintak tolong hantar, tapi die lupe nak cakap datang pukul 12 lepas budak dah balik, die sms je pulak, tak sempat aku nak baca sms tu.
Aku terus je la siap nak hantarkan kad manila tu..alang-alang tu, ajak adik aku yang bongsu tu, nak suruh die praktis biasekan drive kete arwah bapak aku tu (dah faraid, dapat kat adik ke-2 aku tapi die tinggal je kat umah mak aku, bagi adik-adik aku yang lain pakai) al-kisah adik bongsu aku ni baru je dapat lesen isnin ari tu.
Sampai je tabika, ape lagi budak-budak tabika tu kerumun la si Alisya ni, perangai anak aku ni, die bukan suke orang tak kenal kerumun die, nanti die buat tak tau je, buat muka pelik, mencebik..haha aku dah nak balik masa tu, tengok Alisya kena kerumun, kesian pulak die..
Tapi mak aku suruh tunggu dah alang-alang sampai, mak aku kate die suh datang lewat tu sebab die ade order pizza untuk umah and nak bagi budak tadika (owh aku ingat buat makan-makan biase je, ade pizza rupenye). Tunggu jugak la kejap, sebabnya nanti lepas sekolah mak aku terus nak pegi batu gajah, baliknye confirm petang, nanti lapar pulak aku and adik aku kat umah..hehehe
Rezeki ari ni, papa john pizza la nampaknye..Alhamdulillah..Papa john pizza ni kalau nak dibandingkan dengan domino and pizza hut, domino terletak no 1 la dalam fav pizza aku, pizza hut no 2, then baru la papa john..:)
Published with Blogger-droid v2.0.10

Majlis Aqiqah Nur Alisya

Selepas dah 16 hari berlalu, baru ada mood nak bercerita pasal Majlis Aqiqah Puteri sulungku, Nur Alisya. Bukan sebab tak de mood ape, sebab nak upload gambar tu malas. Majlis simple je kami buat, merangkap sekali majlis doa selamat atas semua perkara yang dah kami lalui, selamat pindah rumah, selamat bersalin, dan semuanya yang selamat lah :) 


Seawal pagi kami dah buat persiapan akhir, susun-susun makanan, susun kerusi meja...
Alisya mandi awal, lepas tu barulah mummy daddynye bersiap.


Lebih kurang pukul 9.00 pagi, ahli-ahli marhaban dah mula sampai. Hidangkan sarapan pagi untuk diorang dulu, sebelum diorang mula bermarhaban.

Alisya pun macam tau-tau je majlis nak mula, dia pun tido letakkan die dalam katil. Elok je dia lena.


Alisya tak cukur jambul ye, dah siap cukur lepas 7 hari dilahirkan.

Family in-law sampai around pukul 11.00 pagi. 

Lepas sesi marhaban tamat sekitar pukul 11.30 pagi, makanan dari caterer pun dah sampai. Bacaan doa oleh ayah mertuaku. Jiran-jiran dekat pun hadir, amacam 1 Malaysia tak jiran kami, hehehe Chinese and Indian je yang banyak duduk area ni, yang ada Melayu tu rumah tutup, ade la tu aktiviti lain bersama keluarga, cuti panjangkan..Sedara-mara side aku, sampai lewat, cameraman pun dah tak larat nak usung camera, so tak de la gambar diorang..hehehe nasib lah ye..
 Sekian terima kasih pada yang sudi hadir ke Majlis kami, kalau ada kekurangan kat mana-mana harap dimaafkan..
Tahun depan dan tahun seterusnya belum tentu dapat balik selalu ke teratak kami ni, huk3..
sedih pulak rasenye..

Al-Fatihah to arwah bapak


Hari ni hari lahir arwah bapakku..tahun ni dah genap 9 tahun arwah pergi meninggalkan kami sekeluarga, masa tu aku baru semester 2 di universiti. Sekejap je masa berlalu, aku pun dah beranak. Pejam celik, pejam celik sok, kalau panjang umur, dah ade cucu pulak..
Published with Blogger-droid v2.0.10

wordless wednesday 27022013


Published with Blogger-droid v2.0.10

manglish


Assalamualaikum readers..korang dah tengok video nih??hehe. sambil bergelak ketawa tu renung-renungkan lah juge ye..:) Aku tak tau la sekarang macam mana, tapi masa aku nak kene interview jawatan tetap untuk kerja sekarang ni, siap ada syarat, mana-mana UiTM graduate, akan di interview in English, alasannya sebab medium penyampaian universiti kami masa tu in English huhu dah selamat pun aku melalui interview semua tu..Tapi terus terang aku cakap, sejak bekerja dengan institusi sekarang ni aku rasa ketajaman aku berbahasa Inggeris pun dah semakin tumpul, aku pun tak lah fluent cakap English, tapi aku suke nak practice tapi bile dah diorang pun cakap Melayu je, nanti bila aku nak cakap in English diorang kata aku poyo pulak (itu lah resam manusia kan, masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu menguak), kalau orang tu cakap in English baru la aku reply balik, kalau tak, tak de lah aku nak bersplash splush (bak kata mak aku) cakap in English..
Tak macam mase aku keje kat private college dulu, tak segan nak cakap, sebab surrounding pun dok cakap bahasa Inggeris, alah diorang cakap pun bukan betul pun, tapi diorang tak segan nak cakap..Kadang-kadang bila terkenang rugi juge, knowledge yang ada tak digunakan..

renungan bersama


Just a nice reminder for all of us. macam menarik je kata-kata ni, so saje nak letak dalam blog ni..:-)


Published with Blogger-droid v2.0.10

treatpoints redemption



Entri yang lepas ada bercerita pasal nak redeem barang dari maybank treatpoints..
TADAAA!!
Dah sampai pun, my purple black poptone watch..:-) jom riadah..hehehe

Published with Blogger-droid v2.0.10

something to ponder




Hehehe screenshot status kawan aku kat fb..
ade betulnya juga kan??golongan macam kami, ape pun tak dapat, kena bayar cukai pulak tu..hik3, nasib aku dah cepat-cepat buat potongan zakat..

Published with Blogger-droid v2.0.10

2nd months cek up



Assalamualaikum kawan-kawan, hari ni Alisya menulis lagi..Alisya baru sampai rumah..Tadi Alisya pegi klinik dengan mummy, nak cek Alisya 2 bulan..Hari ni Alisya kene cucuk kat peha kiri, Alisya nangis sikit je, bila nurse kata sorry, terus Alisya diam..Nurse bagi ubat demam, tapi harap-harap Alisya tak demam..huhu Alisya tanak la demam, Alisya nak main-main dengan daddy wiken ni..
Berat Alisya dah 4.9kg, tinggi 60cm..Alisya dah tinggi la, patut la skirt Alisya pakai ni dah singkat..Mummy bagi pakai skirt, sebab mummy kata nanti senang nurse nak cucuk, lagipun masa nak timbang pun nurse suruh bukak baju, payah betul la nak kene bukak baju cekci-cekci..
Ok lah Alisya dah penat la, nak tido..mummy nak bagi Alisya susu, tadi Alisya bawak bekal susu pegi klinik, tapi Alisya tak minum, jadi Alisya kena minum sekarang nanti susu tu tak elok, bye2 kawan-kawan...:-)


Published with Blogger-droid v2.0.10

Alisya is a Cloth Diaper baby





Hye..hari ni Alisya yang menulis, sebab Alisya baring atas mummy's lap, Alisya tanak berenggang dengan mummy, so mummy ajar Alisya tulis blog..Pandaikan Alisya, 2 bulan dah tulis blog...hehe 
Kawan-kawan, cantik tak gambar Alisya pakai Cloth Diaper(CD)??? Mummy bagi Alisya pakai CD sebab Alisya kene rashes, Alisya ni kuat berpeluh macam daddy, so mummy kata Alisya kene rest kejap dari pakai diapers biasa..
Alisya suke pakai CD, especially bile mummy bagi Alisya pakai skirt..comelkan Alisya..Oklah Alisya dah ngantuk, next time Alisya tulis lagi ye, Alisya nak mintak mummy dukung untuk tidokan Alisya..bye kawan-kawan...:)

p/s : mummy Alisya dah beli CD since Alisya dalam perut mummy lagi, lepas die tulis entri pasal CD ni, beli online je, senang.. :)

Alisya in bouncer

Kurang dari sebulan, mummy Alisya akan start keje..huhu so sekarang ni kene train die jangan didukung selalu. Pegi tengok taska die ari tu, babies di letak dalam bouncer, ye la larat ke diorang nak dukung je anak kite..


Alternatifnya kene la bagi die duduk dalam bouncer...Embah die mase umur Alisya 2 minggu die dah belikan bouncer, tapi yang traditional bouncer, yang macam zaman kite baby dulu, die kata yang modern punye ni kain tak best, yang traditional tu kan kain lubang-lubang, die kata baby tak panas duk atas kain macam tu, kui3 ape-ape je lah mama..
Mummy Alisya sebenarnye dah plan nak beli yang modern bouncer yang boleh goyang sendiri, yang ade soft toys tergantung..Tapi dah orang belikan terima je lah, takkan nak beli lagi satu, membazir je kan..hehehe Lagipun bouncer yang kat taska tu pun yang traditional punya, so hopefully nanti Alisya biasa la (makin nak abes cuti hati ni makin sayu memikirkan nak tinggalkan anak kat taska)
So far progress Alisya duduk dalam bouncer ni, ikut mood die..kalau die kenyang, tak ngantuk,ok la die kite letak kat bouncer ni..tapi paling lama pun 15 minit je, kui3..In Sha Allah latih lama-lama nanti die biasa la kan..:)
modern bouncer



all for you..


It's so true...


Dulu masa berdua makan bersuap jugak, tapi tak de la setiap masa, paling2 pun sekali je, bile nak bagi hubby rase food kite..tapi sejak dah ade baby,especially bile makan kat luar bertiga, fuhhh romantik, kalau daddy dukung alisya mummy suap daddy, kalau mummy yang dukung alisya, daddy suap mummy, kui3..
Hari yang dilalui pun terasa singkat, kadang-kadang baru je bagi mandi alisya tetibe tengok jam, eh dah pukul 12 tgh..malam pulak tengok jam, laaa baru pukul 1 pg die dah merengek + berkayuh nak nenen..hai anakku, penangan betul..hehe
Hubungan famili pun makin rapat..kalau dulu masing-masing buat hal sendiri, adik-adik aku abes boring masuk bilik layan internet,tak pun tido, tapi bile ada budak tecik ni, satu umah berkumpul sebab nak tengok die, die tengah tido pun orang tengok..hehehe
Akaun bank memang la makin sikit, selain dari keperluan asas die macam diapers tu..lagi satu asal nampak baju comel je nak belikan die..hahaha baju sendiri pun tak terbeli lagi..dah la sejak akhir-akhir ni die dah pandai jilat-jilat baju kite, memang abes la baju sume kene air liur die, nasib alisya ni bukan jenis kuat muntah susu, kalau tak lagi la berbau...haha
Apa-apa pun mummy&daddy gembira dengan kehadiran mu sayang..♥

Published with Blogger-droid v2.0.10

4 days in february - recap



Ececeyh nak ber recap-recap la konon, macamlah ramai sangat nak tau ape yang aku buat, bajet retis lah tu, haha..sebenarnye mood ngantuk belum datang lagi..so belek-belek gambar dalam tabby ni tu yang dapat idea nak menulis..
Memandangkan ramai yang cuti lama sempena CNY, so macam-macam aktivitilah yang dirancangkan dan dibuat minggu ni kan, tadi pun aku tengok hi-way ke selatan dah mula jem..


Day 1-11 feb 2013
Macam yang dah diceritakan hubby and kakak ipar aku dalam blog diorang..majlis aqiqah untuk anakku yang pertama dah selamat berlangsung..yang kelakar kami suami isteri dah macam mak bapak pengantin, dapat duit salam keruk, kui3..buat majlis ni tak terniat pun nak terima duit sumbangan bagai..ape-ape pun terima kasih kepada yang memberi, duit tu kami akan masukkan dalam simpanan Alisya, untuk kegunaan dia masa akan datang, in sha Allah..

Day 2-12 feb 2013

Hari mengemas umah bagi kami lepas dah berkenduri dan hari tido bagi Alisya..tido je die, may be die penat sangat kenduri semalam, ye la die nak tido time kenduri, orang datang nak tengok die, dukung, cium, gomol, biaselah tu kan, dah kenduri untuk die, memang tak dapat tido lena la die, tido terganggu..heheh so hari ni memang die bantai tido, tapi time malam mule la nak merap dengan daddy, die tau esok daddy dah nak start keje..tido dah macam koala bear peluk kat pokok, bak kata mak mertua aku..hehe mane taknye tido nak berdukung je..hehehe


Day 3-13 feb 2013

Daddy dah start keje, so rutin back as usual..mummy and Alisya balik umah embah(mak aku)..adik aku nak pi bli tiket bas, so aku pun follow je la, duk umah pun boring..dah alang-alang gi medan gopeng tu, aku ajak diorang gi padang polo..lama tak datang sini, lagipun saje nak bawak Alisya jalan-jalan dengan stroller..

Day 4-14 feb 2013

Bawak Alisya pegi daftar kat taska..Memandangkan next week adik aku dah nak start keje balik ke KL, so minggu ni aku ajak diorang temankan aku test bawak Alisya gi Behrang..saje aku nak test die duk dalam car seat, nak tengok berapa lama die boleh bertahan, and nak hantar borang taska die skali..Alhamdulillah, die ok je sepanjang jalan, tido je, may be sedap kot, kite pun kalau duk dalam kete senang je nak tido kan..hehehe cumanya bila dah nak sampai kawasan poli tu die dah terjaga and may be die dah lenguh kot, merengek nak keluar dari car seat..


Published with Blogger-droid v2.0.10

treatpoints redemption list

Assalamualaikum, Salam Rabu untuk semua.pagi ni agak bosan, sebab Alisya tidur..Tetibe teringat treatspoints yang tak pernah ditebus, terasa nak menjenguk apalah barang-barang yang boleh ditebus agaknye ye..


1. CASIO Poptone Watch - menarik juga ni..memang tengah mencari jam untuk aktiviti santai/riadah..Jam yang ade sekarang ni sume untuk aktiviti formal je, sayang jugak nak pakai kalau nak berjogging ke, buat aktiviti lasak ke..Ade 2 colors, macam berkenan kat yang purple/black tu sebab tau dah kalau pink/white tu nanti tali jam tu cepatnampak kotor dakinye..

2. Thermos Tumbler & Food Jar - Ok jugak ni, boleh jadi tumbler untuk bawak gi office hari-hari :)

3. Logitech Wireless Mouse - Orang dah berzaman pakai wireless mouse, tapi aku masih setia dengan touchpad je kalau pakai netbook..sorasenye elok gak kalau ade satu wireless mouse ni, name je lecturer IT, technology pun tertinggal jauh, kui3..

4. AEON/JUSCO Voucher -ni last choice la ni bile dah tak tau nak pilih barang ape nak redeem nanti..hehehe


aksi bila rindu



Buat masa ni Alisya dah mula kenal orang...Die cuma nak didukung orang yang die kenal mummy & daddy die, embah die (mama aku), opah, atuk, paman & bibik (adik- adik aku), mak su(adik ipar aku)..Orang yang die tak kenal kalau didukung die akan cebik, lepas tu nangis..
Lagi satu peel die sekarang dah pandai nak melepas rindu..especially kat daddy die..sampai je daddy kat umah, tak sempat nak tukar baju/mandi die dah tak leh duk diam, mintak dukung, lepas tu mule la gaya die mcm dalam gambar tu, merap je..sepanjang weekend daddy die ade tu punye la die macam risau daddy die tinggal die, nak tido malam pun die macam tak lena kejap-kejap die jaga, memang bisik-bisik pujuk la bgtau, daddy ade tido sekali malam ni, tak pegi mana-mana..alahai sedih la pulak kan, kesian anak pjj ni..
Masa dalam pantang ari tu, bile time nak balik umah sendiri, adik aku n mama aku hantar la aku & alisya..bile diorang nak balik, mule la die cebik macam sedih, nak kene tinggal, jenuh jugak nak pujuk..
Bile kite nak pegi berjalan, masa die tgh tido tu la kitorang amik peluang bersiap..haaa, dalam kite duk bersiap tu nanti tetibe kite tengok mata die celik..hahhaa risau la tu takut orang tinggal die..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme