Daisypath Anniversary tickers
CafeMom Tickers
Showing posts with label casa~ku. Show all posts
Showing posts with label casa~ku. Show all posts

pan tree


Finally!!after almost a month of waiting, my pan tree has arrived..and now my kitchen looks more organise (al-maklumlah belum mampu nak buat kitchen cabinet). Ok lah, eventhough the material of that pan tree are not so 'kukuh', ade goyang-goyang skit, so should be handle with care, tak boleh ganas-ganas..
Published with Blogger-droid v2.0.10

vacuum cleaner baru


Ehem3..testing 1 2 3..sesejak tuan puteri ni dah mula pandai nak merangkak, mula la mummy memikirkan tentang kebersihan umah..
kalau dulu sapu umah seminggu sekali, 
sekarang kurang-kurang 3 hari sekali, especially rumah quarters tu, banyak masa alisya di rumah tu..
lagipun rumah tu banyak habuk, ntah la may be sebab rumah paling atas kot, sawang cepat je menjelma..
Tumpor juge teman weh walaupun mummy hanya fokus menyapu kat bilik je (ruang lain sume housemate yang kemas sebab die yang duduk umah sampai wiken, nak buat macam mana, tuan rumah banyak duk dalam bilik je sesejak ade anak ni)
nak sapu time ade Alisya memang tak sempat lah, terpaksa mummy balik umah time lunch hour gi sapu rumah, bersihkan rumah..
.
Dah hampir 5 bulan ni mummy dah give up, penat la sampai bile nak macam ni kan, come to the solution kena cari vacuum cleaner.
Mula2 igt nak bwk je vacuum kat rumah tu, tapi larat ke nak ngusung vacuum naik turun tgkt 4 tu, ye la nnt kat umah pun nak pakai vacuum jugak kan.
so mummy pun keluar la modal beli lagi 1 vacuum cleaner baru..beli online je, mula-mula tengok kat tes*o harganya lebih mahal 18ringgit, so mummy pun bli je la online, shipping cost pun free.

mummy Alisya tolong bukak ye..
(anak dara sorang ni memang pantang sekarang ni, sume benda dia nak sebuk pegang)

 mummy, Alisya nak cuba vacuum baru ni..

ex-QC Engineer tengah test power vacuum baru.. ;p

So far ok la vacuum ni, walaupun bukan jenama terkenal tapi perfomancenya tak mengecewakan..mummy saje beli handy vacuum cleaner ni, sebab yang conventional tu dah ade dah, 
tapi handy vacuum cleaner memang mahal, ni la yang paling murah sekali, sebab tu amik peluang beli..hehehe

p/s : ramai yang berminat nak beli, siap hari ni macam jadi promoter kat opis..hahaha


Published with Blogger-droid v2.0.10

dapur oh dapur

Al-kisah dapur ku,
Konon-konon nak bergaya and nak senang, tak mau dah pakai gas cooker, so aku pun beli la induction cooker since belum kawin lagi, dah niat nanti kalau aku pindah rumah, at least aku dah ade dapur sendiri..Lagipun agak praktikal untuk guna induction cooker di rumah aku yang sememangnya selalu ditinggal-tinggal, sebab jarang masak kan...Tapi selepas 7 bulan digunakan, permukaan kaca induction cooker tu dah retak, may be sebab aku belasah je kan, periuk basah, kuali basah sume aku guna je induction cooker (aku baru terbaca rupenya induction cooker ni more preferable untuk dry kitchen)


Last 2 weeks encik hubby dah belikan dapur yang baru, gas cooker, hehehe tempat pun dah berpindah..Last week seronok aku memasak sebab cuti panjang hehehe (lepas labour day terus aku sambung cuti sampai ke hari mengundi).

Tinggal oven aku tu tak de tempat nak letak. Kalau la tak pindah tahun depan memang aku dah besarkan dapur ni, salah satu impian aku nak ade dapur yang lengkap, hehehe walaupun tak rajin masak, tapi aku suke masak and suke tengok benda tu kemas. Nak buat buat pintu tutup bawah cabinet tu pun kena tunda memandangkan ntah sampai bile nak duk kat umah ni. 

Aku teringin nak ade dapur yang macam dalam rancangan memasak, complete sume ade, nak ape, blender, mixer, oven, microwave, pakai je, tak yah nak simpan-simpan dalam cabinet, lepas tu ade bar tempat suami and anak-anak lepak sambil menyembang masa aku memasak, wahh bestnye, macam gambar kat bawah ni..

source : IKEA

Majlis Aqiqah Nur Alisya

Selepas dah 16 hari berlalu, baru ada mood nak bercerita pasal Majlis Aqiqah Puteri sulungku, Nur Alisya. Bukan sebab tak de mood ape, sebab nak upload gambar tu malas. Majlis simple je kami buat, merangkap sekali majlis doa selamat atas semua perkara yang dah kami lalui, selamat pindah rumah, selamat bersalin, dan semuanya yang selamat lah :) 


Seawal pagi kami dah buat persiapan akhir, susun-susun makanan, susun kerusi meja...
Alisya mandi awal, lepas tu barulah mummy daddynye bersiap.


Lebih kurang pukul 9.00 pagi, ahli-ahli marhaban dah mula sampai. Hidangkan sarapan pagi untuk diorang dulu, sebelum diorang mula bermarhaban.

Alisya pun macam tau-tau je majlis nak mula, dia pun tido letakkan die dalam katil. Elok je dia lena.


Alisya tak cukur jambul ye, dah siap cukur lepas 7 hari dilahirkan.

Family in-law sampai around pukul 11.00 pagi. 

Lepas sesi marhaban tamat sekitar pukul 11.30 pagi, makanan dari caterer pun dah sampai. Bacaan doa oleh ayah mertuaku. Jiran-jiran dekat pun hadir, amacam 1 Malaysia tak jiran kami, hehehe Chinese and Indian je yang banyak duduk area ni, yang ada Melayu tu rumah tutup, ade la tu aktiviti lain bersama keluarga, cuti panjangkan..Sedara-mara side aku, sampai lewat, cameraman pun dah tak larat nak usung camera, so tak de la gambar diorang..hehehe nasib lah ye..
 Sekian terima kasih pada yang sudi hadir ke Majlis kami, kalau ada kekurangan kat mana-mana harap dimaafkan..
Tahun depan dan tahun seterusnya belum tentu dapat balik selalu ke teratak kami ni, huk3..
sedih pulak rasenye..

hubby new hobby

Ahaa..sedap pulak tajuknye..rhythmic gitewww...hubby new hobby, boleh buat poem..hehehe..husband ku sekarang ni sibuk dengan hobby baru die....
Ape lagi sejak-sejak dah masuk rumah ni...landscaping la hobby terbaru die..hehehe 
tak sangka pulak ade bakat terpendam, kui3...landscaping ni awai-awai mak angkat tangan, sebab mak kurang minat gardening, bercucuk tanam..mak minat interior design je, hias dalam rumah..hehehe

kalau tengok kawasan rumah kitorang before and after di kemaskan, memang jauh beza..habis sume pokok-pokok yang tak berguna dah ditebang encik hubby..hahaha sampai jiran belakang umah siap report kat I bgtau "dia ini aa, kedekut ooo, sume pun buat sendiri.." hahaha bukan kedekut la aunty, bagus jugak encik hubby ni ber-gaderning, boleh keluar peluhkan, lagipun dari upah orang, same gak, kene monitor gak orang tu wat keje, kene gak berjemur tengah panas...


Lepas sesi menebang pokok-pokok yang tak berguna...nak buat dinding batu keliling tu, belum mampu lagi...so kami decide nak letak pokok baru keliling pagar, yang mudah dijaga and daunnya tak gugur, hehehehe...Pokok tu tak lain tak bukan ialah Pokok Pine!!!

Bak kata aunty kat nursery tu.."pandai aa you, tanam ini pokok, daun tak jatuh, senang jaga..." hehehe. Beli 9 pokok letak kat setiap tiang keliling rumah..berabis banyak jugak encik hubby lastweek, demi hobbynye mencantikkan rumah tu, dengan beli pasu & tanah lagi..

Hajat dihati nak tanam rumput carpet, ada dah sikit tapi sebahagian area depan umah je ade rumput tu, ingat nak bagi penuh sampai belakang...tapi lepas dikira-kira costnya pun dah nak cecah 1k, beli rumput, upah tanam lagi, huhu nanti-nanti la dulu...lagipun tak boleh nak rakus sangat berbelanja, takut-takut nanti dah tinggal rumah ni, tak terjaga pulak..

casa ku

Alhamdulillah finally dah dapat kunci rumah..
since sign S&P november 2011, macam-macam benda jadi and sekarang dah ogos 2012 baru la dapat pegang kunci rumah ni..
Dah 5 malam tido kat umah baru, hehehe seronok..Walaupun umah kosong je, barang tak de lagi kan..tapi sebab tu rumah sendiri, rasa puas..
Insyaallah next week perabot sampai, baru la terisi skit rumah tu, sekarang ni bercakap berdua pun bergaung2 je bunyi maklumla rumah kosong..

 ni lah die rumah kami yang masih kosong...
Yang penuh kotak-kotak kat bawah kabinet tu, sume hadiah kawen..sume dah diangkut masuk ke rumah baru, mana yang boleh digunakan, kami dah pun guna..hadiah barang-barang electrical macam periuk nasi, blender, oven memang kami guna, pinggan mangkuk mana yang rasa sesuai pun kami dah guna, hehehe nanti kabinet tu kalau ade duit lebih boleh la buat pintu, kurang la nampak semak barang-barang kat bawah tu kan...nanti2 la tengok rezeki akan datang pulak..:)
Tido pun kat hall depan je dulu, kui3..punye la excited nak tido umah baru..katil pun x sampai lagi..hehehe

ni je barang-barang elektrik yang kami beli untuk kegunaan asas..yang lain-lain yang tak penting kami hold on dulu pembeliannya..

finally casa~ku

Received this sms yesteday from my lawyer..
Alhamdulillah, finally, lega...

hajat tak kesampaian

Konon-konon berangan nak beraya di rumah baru tahun ni, tapi hajat tak kesampaian la nampaknya..tadi called BPP (Bahagian Pinjaman Perumahan), cek baru release..adeh, lembsss betui korang ni wat keje...cek baru release katanye, nak sampai ke lawyer alamatnya next week la tu..huhu next week tu, hari Ahad dah raya weh..so memang bye2 la hasrat nak beraya di rumah baru...huk3..


Baru berangan konon-konon nak buat house warming merangkap majlis jamuan raya sekali (sebab dah tak jadikan, so reveal je lah awal-awal, huk3)..tapi nampaknya simpan je lah dulu hasrat tu...haihhh, bile la cerita rumah ni nak menggembirakan, asyik dapat berita tak best je..

sudah kena potong

Sob3..sudah kena potong la itu pinjaman perumahan..Starting from this month...huhuhuhu...Cepat pulak gomen buat keje skrg ni, kalau dulu aku dengar lambat diorang mula potong, opismate aku cite masuk umah dah setahun pun belum potong lagi, tapi susah jugak kalau macam tu, delayed lama sangat, kene bayar balik, berapa puluh ribu tu kalau dah setahun tangguh, mampus..!! So dalam kisah aku ni, tak pe la aku pikir positif je, cepat potong, sok cukup masa pinjaman, cepat la abes hutang aku tu, dah tua nanti tak de la aku sibuk kira hutang lagi..kan3..

Sekarang aku cuma harap, cepat la lawyer sengal aku tu settlekan urusan yang die patut uruskan and selesai segala2nya segera, aku dah tak sabar ni..Bukan apa, agenda hujung tahun ni banyak sangat, majlis kenduri adik ipar, aku pulak nanti dengan dah tak laratnya, hubby kene di posting ke mana pulak, takut tak de masa..Sementara hubby tengah ada masa senggang, and aku pun tengah larat bawak badan ni boleh la jugak tolong-tolong mana yang patut, harap-harap la boleh masuk rumah dengan kadar segera..Nanti ade pulak hubby aku kena cat umah time pose-pose ni, kui3..nasib la ye sayang..;)

alhamdulillah


At the end of the day,i received this good news,
Alhamdullahirabbilalamin, first step settled..we can move in to our house soon..:)

Published with Blogger-droid v2.0.4

perihal rumah

dialog pagi tadi
A : ko da isi borang online ke?
me : owh kene isi eh?ari tu masa aku antar documents kat lawyer die x cakap ape2 plak..
A : eh, kene isi la...mulai ogos ari tu kalau nak apply loan rumah kene isi online...
me : owh, jap nak tanye lawyer..[terus sms lawyer tu, bukan tak nak call tapi kalau call, encik lawyer tu tengah drive la, so malas nak kacau, sms je senang]

dialog dalam sms
me : Assalam, apply loan gov ni sy nak kene isi online form jugak ke?
lawyer : kalau isi online kene print then hantar jugak
me : [blurr kejap] so sy kene isi ke tak?
lawyer : tak perlu..

tapi aku tak puas hati, ye la mane la tau kan, tak salah kalau nak dapatkan confirmation, so terus google segala related info,  lepas baca website cikgudahlia.com berkaitan hal permohonan pinjaman perumahan on-line ni baru la lega sikit..huhu 

seriously when it comes to hal2 pembelian rumah ni, sy menjadi agak blur, ye la beli rumah bukan macam beli baju, amik yang mane berkenan bayar kat counter, beli rumah ni banyak prosedur nak kene ikut..huhuhu tambah blur bila ade tukang sibuk, lagi mengkalutkan keadaan, huhuhu

rumah owhh rumah..

bila dah sampai umur macam ni, kita mula plan untuk naik satu-satu anak tangga kehidupan, sekarang kami suami isteri mula merancang untuk naik satu lagi anak tangga..memiliki rumah...


ye lah, betul juga kata orang, tak rugi beli rumah, makin lama harga rumah makin naik, jadi kami pun mula berkira-kira untuk buat pelaburan dengan membeli rumah, kami tak nak rumah yang besar, sekadar selesa dan mampu bayar tiap-tiap bulan pun da okay kan..

at least, bila kami balik beraya atau bercuti nanti adalah tempat persinggahan, tempat nak lepak-lepak, tampat nak basuh kain anak-anak yang mungkin belambak, sementara x de anak ni pun da terasa kain berdua ni pun da melambak, naik segan ngan mak sendiri n mak mertua, ye lah kadang-kadang kita tinggalkan pegi kerja tiba-tiba sampai umah tengok kain tu dah siap basuh, aishhhh malu nye rase...

nak bagi anak-anak selesa kan, ye lah, umur dah macam ni orang kata sedang-sedang elok la tu nak beli rumah..kami pun pikir, bila dah pencen nanti memang nak balik bermastautin di tempat kelahiran ni..

duit gaji tiap-tiap bulan habis tak nampak ke mana, so pelaburan ke atas rumah mungkin yang terbaik buat masa ni..jadi bila dah dalam otak ni ligat dok pikir pasal rumah, tangan pun laju je menaip nak cari info pasal tips yang berguna cara nak beli rumah. 

antara tempat yang selalu dikunjung adalah di FORUM KOMUNITI RESCOM [terbaca dari fb one of my schoolmate yang memang ejen hartanah].bagus juga forum ni, banyak info yang boleh didapati dari ejen-ejen hartanah ni. 

p/s : esok nak pegi jumpa lawyer, wahh nervousnye...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme