Daisypath Anniversary tickers
CafeMom Tickers
Showing posts with label the expecting me~. Show all posts
Showing posts with label the expecting me~. Show all posts

No 3 is on da way Insyaallah..



Doakan semuanya selamat, semoga baby sihat membesar dengan sempurna sifat, akal dan fikiran.

Walaupun tanpa dirancang,ia tetap anugerah dan tanggungjawab terindah yang akan dijaga dengan baik. 😘
posted from Bloggeroid

sembelit lepas bersalin



Seriously ini adalah perkara yang aku terlepas pandang nak amik tahu, sebelum bersalin ari tu..aku x sangka yang orang lepas bersalin akan hadapi sembelit..huhu and aku adalah salah seorang daripada orang yang mengalaminya lepas bersalin..sangattttt terseksa...seminggu lebih aku terseksa, Tuhan je yang tau betapa sakitnya, betapa seksa rasa nak buang air besar...
Seumur hidup aku x pernah rasa macam mana sembelit, selalunya proses penyahtinjaan aku memang lancar je..korang boleh cari sumber bacaan lanjut ape sebab boleh terjadinya sembelit lepas bersalin, ada banyak artikel, just google je..
Bagi aku, salah satu sebab utamanya aku rasa adalah sebab aku takut nak teran, sebab aku kan kene jahit banyak, so aku tahan-tahan nak buang air besar, lama-lama jadi la sembelit, huhu...memang terseksa, macam nak b*rak pisau je rasenye, jenuh..
Macam-macam la aku cuba, aku beli ubat sembelit kat farmasi, makan oren sunkist, makan sayur banyak-banyak, minum banyak air..tapi percaya la, sume tu tak berkesan, selagi tinja yang keras tu tak di keluarkan dulu..maksudnye, yang berada pada aras paling bawah sekali tu, memang menangis aku nak mengeluarkan yang paling keras tu, and lagi stress kalau kita tengah lalui proses tu, tetibe dengar baby nangis, aduhh, rase macam nak meraung je dalam toilet, rase macam kesiannya anak aku..owh, ade jugak yang sarankan makan julap, bagi cirit, tapi aku x sanggup pulak nak hadapi rasa perut memulas..
Alhamdulillah syukur kepada Allah, masalah sembelit aku dah semakin ok, and proses penyahtinjaan aku dah semakin lancar..aku tulis entri ni, bukan saje nak bagi korang geli+seram, tapi mane la tau, kot boleh membantu korang yang bakal menghadapi kelahiran untuk buat preparation, siap-siap beli ubat sembelit awal-awal..

Published with Blogger-droid v2.0.10

pengalaman bersalin di HRPB


Lepas baca satu wallpost kat satu group dalam fb aku, terdetik hati nak berkongsi pengalaman berurusan dengan nurses di HRPB. Alhamdulillah syukur sangat pada yang Atas  sebab sepanjang menjejakkan kaki di wad bersalin sehinggalah hari meninggalkan wad bersalin tu, semua nurse baik-baik je.

Cek CTG
Berurusan dengan nurse yg dah tahap sister, tua dah pun, memang baik, peramah sangat, die la yang bgtau aku ni kuat tahan sakit, sebab aku tak tau baby mengeras tu pun salah satu contraction..die jugak yang marah doc pelatih sebab terhegeh2 amik data rekod pesakit..


Dalam wad ABC
first nurse tu siap risau tgk aku, sbb muka aku dah pucat sangat masa tu, die tanya nak ape2 ke, aku cakap aku nak minum, nak pegi amik air kat husband..
Then lagi sorang nurse tu yang cucuk ubat tahan sakit kat aku tu pun baik jugak, macam-macam tips die bagi, suh aku baring mengiring nak kurang sakit, kalau contraction datang, die suruh aku tarik nafas..
Kemudian shift bertukar, nurse yang ke-3 pulak, die ni baru je kejap masuk shift aku dah panggil die, aku cakap aku nak buang air kecil, tapi aku nak gi toilet, aku x nak guna tiub, die risau, tapi last2 die bagi gak, die temankan aku gi toilet, pas tu x lama aku rase nak meneran aku panggil die lagi, die cek bukaan, then terus carikan lr kosong, and tolong aku naik wheelchair and sorong aku ke lr..huhu terharu..


Dalam labour room
Nurse ni agak berusia, mula-mula aku tengok die macam garang je..aku dah pasrah lantak la, aku dah sakit sangat masa tu..tapi masa nak bersalin tu die, aku n hubby je yg ade dalam lr tu, die banyak membantu la, aku rase die memang jenis org tak banyak cakap..and masa menjahit tu la baru die banyak sembang dengan aku, may be tak nak bagi aku tido kan..tapi macam2 info la aku dapat masa sembang-sembang dengan die..


Dalam wad
Semua nurse pun cakap elok and layan aku baik je..ade yang kate sebab perbezaan wad,  yang ni aku x nak komen lebih-lebih la, sebab itu ape layanan yang aku trime, aku trime layanan ok, so aku cakap la ok..

Alhamdulillah dipermudahkan segala urusan aku semasa di HRPB tempoh hari..
Published with Blogger-droid v2.0.10

we're ready!!

Dah siap packing bags and ready letak siap2 dalam kete since 8months lg..tapi ni baru sempat nk belek2 gambar..hehe yang hitam tu bag baby, yg grey tu bag mummy, mummy tak bli bag baru, baby je pakai bag baru, pakai je bag galas tu senang satu galas, satu sangkut kt bahu.. :)
Published with Blogger-droid v2.0.9

08112012

Entri khas untuk hari ni, tajuk pun guna tajuk hari ni..huhu...

Check Up 33 weeks
Hari ni first appointment aku akan pegi tanpa hubby and buat check pun kat tempat lain..tapi benda tu tak menjadi masalah..Pukul 9 appointment check up tu, so around 8.30 aku dah bertolak dari office, otw ke klinik singgah petrol station, sebab pagi tadi kete aku tetibe mengeluarkan bunyi pelik bila aku brake..so aku risau kalau-kalau tayar pancit ke, so aku gi pam tayar, tapi aku tengok tayar ok je..tak leh jadi ni, lepas check up aku kene gi kedai servis kete ni ye lah, esok aku dah nak balik Ipoh..

Duk kat klinik pun dah nak dekat sejam, patient pregnant tak ramai, tapi doktor yang tak cukup, jadinye doktor tu kena cek patient biasa and patient yang pregnant...tu yang jadi lambat tu..huhuhu 

Result MGTT ari tu ok, hehehe flying colors tau, bacaan normal..

nampak tak, bacaan lebih rendah dari first mgtt..:)

Repair Kereta
Then lepas tu, terus bergegas nak cari kedai servis kereta, mula-mula aku gi kedai servis tayar. Uncle tu cek-cek tayar aku, die kata tayar ok..may be brake problem, aku tanya mana kedai servis dekat, die kata selang 4 5 kedai die tu..

Aku pun terus ke workshop tu, and bgtau ape masalahnya..Die tengok2 pas tu die kata brake sub problem.."brake sub????" ape ke bendanya aku pun tak paham, aku bbm hubby, bgtau, then tengah aku bbm tu, bley plak foreman tu melulu keluar naik motor gi mana ntah...Aku tanya ade sorang budak p'puan kat kedai tu (kecik lagi baru darjah 6), aku ingat adik si foreman ni, rupenye anak tokei, bapaknya aka tokei kedai tak de, gi Ipoh, yang tadi foreman tu pekerja je..Budak tu suh mak die call tanya foreman tu pegi mana (tokei dengan family die ni duk kat umah atas workshop ni je), katanya die gi cari sparepart..aduhhh, aku belum cakap ape2 dah melulu cari sparepart..Hati aku dah dup dap dup dap, jenuh la kalau mahai ni mampus aku nak bayar..Dalam purse ade la duit skit, tapi kalau tak cukup macam mana, mampus aku...Aku tengok workshop ni macam tak de je machine swipe credit card tu lagi la aku neves..

WaNY sedang di repair..huhu

Pas tu ada la dalam 30 min, foreman tu sampai, terus die repair, aku terus tanya, kene berapa agak2??die pun bagitau la hargenya, brake pad kena tukar..so aku pun bbm lagi skali hubby aku, then terus die repair kete aku tu..

Dah siap sume, aku dah lapo..huhu terus aku gi kfc, satu jalan tu jugak, niat di hati nak sejukkan badan dengan KRUSHER, tapi tak de plak, aiseh..terus aku order snack plate makan kat situ jugak, menonong makan sensorang, hahaha lapar gilerrr, dah tak heran orang...;p


Now baru sampai office, terus meluahkan perasaan kat blog terkasih...:)

mgtt test #2

Dalam entry yang lepas pasal MGTT, ade mentioned yang akan ada ujian yang kedua untuk MGTT ni kan...Harinya telah tiba, iaitu hari ni, huhu disebabkan last week (Khamis) baru je cek up kat KKIA di Ipoh, and luckily dapat MC (jimat annual leave), baru semalam sampai dari Ipoh, takkan hari ni nak balik Ipoh lagi kan, ponat la den, lagi pun nak jimat cuti, nanti mane la tau kot ade hal-hal emergency..

Jadinya semalam telah mengorbankan sedikit masa dan bil telefon untuk men'survey' Klinik Kesihatan area tempat mencari rezeki ni, kat mana yang boleh buat ujian MGTT tu, maklumlah, kat sini Klinik Desa banyak la, so kena call dulu tanya, nanti tak de la sia-sia menonong je pegi..

First called Klinik Desa (Felda) Sg Behrang, klinik ni memang tempat cek up untuk staf-staf kat office ni, memang sume ibu-ibu mengandung dah serasi dengan nurse-nurse kat sini...Dah siap-siap booked untuk next cek up, datang sini je, tak perlu nak balik ke Ipoh, plus hubby pun dah start keje, tak de orang nak temankan, kalau pegi klinik kat Ipoh pun sorang-sorang jugak nanti, so pegi yang dekat je la..Tapi memang dalam jangkaan ujian MGTT tu tak de kat klinik desa, kene ke Klinik Kesihatan..

Called pulak Klinik Kesihatan Tanjong Malim...layanan yang kurang mesra diterima dari penjawab telefon tu, plus jadual ujian tu hanya hari Jumaat je (ohoo malas la nak kena cucuk-cucuk hai Jumaat, sebab nak drive balik Ipoh, nanti kalau lenguh2 tangan tak syok).

Cuba call Poliklinik Komuniti Slim River pulak, layanan mesra dari penjawab telefon, and jadual ujian tu adalah pada hari apa pun tak pe..Alhamdulillah, so decided datang hari ni, setelah berpuasa dari pukul 10 malam semalam..

Tadi pagi kul 8 dah tercongok depan bilik rawatan nak serah tangan nak kena cucuk amik darah, then dengan lafaz Bismillah, sekali teguk terus minum air gula tu laju-laju, settle..patient lagi sorang yang kena minum air gula tu ngelat minum tak habis, hahaha pas tu nurse bising suruh habiskan jugak, aku sengih je la kat die, minum air gula memang tak jadi masalah untuk aku, hahaha (dasar orang suka makan manis memang macam ni..kui3)Then nurse pesan nanti kul 10.15 datang balik..terus decide nak balik office, hasil bacaan dari forum-forum & bloggers kata lepas minum tu jangan pikir sangat kita baru lepas minum air gula and gerak-gerak la buat keje-keje ringan, nanti kalau tak jadi pening la ngantuk la, bila kita tido gula yang diminum tu tak digunakan sepenuhnya, tak jadi tenaga..Ada juga 2 3 orang yang kena minum air gula hari ni diorang stay je kat klinik, tapi aku decide balik office la, boleh gak aku bergerak, jalan ke kereta, drive, naik tangga office, hehehe..Sampai office pening-pening gak, tapi buat-buat lupa je, sambil-sambil marking assignment students sementara menunggu kul 10..

source : macam ni la gaya aku setiap kali nak kena cucuk amik darah, kui3, tak nak tengok, serwammm...;p 

Kul 10, gerak semula ke poliklinik tu, then serah pulak tangan kanan untuk dicucuk amik darah lagi sekali, and result Insyaallah next week dapat, so sekarang dah boleh makan, legaaaaaa...

Alhamdulillah settle dah 1 hal, ATT (aka cucuk kancing gigi pun dah kene 2 kali ari tu) so dah cukup la rasanya treatment wajib yang patut diterima sepanjang kehamilan ni, tinggal nak gi cek up, twice a month and nanti dah 9 bulan, kene cek seminggu sekali plak...Then menunggu masa kelahiran je, moga dipermudahkan segalanya, aminnn...

source : cucuk ATT; dekat dengan area bekas cucuk BCG..

clumsy prego mummy

Pagi tadi hujan lebat sepanjang highway and sampailah ke office, sampai office pun dah lewat lagi 10 min je nak pukul 8am, parking dah full, ari ni kebetulan ade konvokesyen plak, adeh, main parking je la tadi kat mane-mane ade ruang, then terus bergegas jalan ke office...Masa nak turun tangga luckily, Alhamdulillah sangat Ya Allah, kerana melindungi hambamu ini..aku hampir-hampir nak terjatuh, memang badan dah imbalance bergoyang-goyang dah, nasib boleh seimbang kan lagi..ishhh kalau la aku jatuh betul-betul tadi tu, agak-agak ape yang jadi????warghhhhh..tak nak bayangkan...benda pertama yang aku ingat, of course la baby..huhu

Bukan pertama kali jadi, masa hubby konvo kat USM ari tu pun macam tu jugak, hampir-hampir nak jatuh, sebab tangga licin jugak, masa hujan jugak..huhuhu Ya Allah, selamatkan babyku, janganlah jadi apa-apa musibah ke atasku dan dirinya..ishh tak dapat bayangkan and tak nak bayangkan, huhuhu..

Aku sedar aku tengah pregnant, tapi kadang-kadang tu lupa kejap, jalan bukan main laju, kalau boleh nak cepat je sampai..Lepas ni dalam masa yang tinggal kurang dari 2 bulan ni, aku kena lebih berhati-hati..Mintak di jauhkan la perkara-perkara macam tu lagi..huhuhuhu nape la mummy ni clumsy sangatkan, sorry baby...

boleh baca kat sini pasal : Clumsiness During Pregnancy 

cek up 11102012

"Baby bangun-bangun, pagi ni kite nak cek up.." tu la ayat hubby pagi-pagi tadi,sibuk kejutkan anak die bangun, baby ni,pagi2 memang rutin die tidur,around kul 10 pg baru la aktif,hehehe start minggu ni dah mula kene melawat KKIA ni 2 minggu sekali..
Mula-mula sekali as usual timbang berat,naik 1 kg,normal sebab sebulan kene naik 2 kg kan,so ni baru 2 weeks naik 1 kg..
This week tak payah cucuk amik darah,next 2 weeks baru amik darah lagi,terus proceed buat ujian air kencing je,and hari ni kene buat test FEME,kate nurse tu nak cek samada kencing kotor ke tak..
Lepas dah dapat result,kui3 ade la beberapa bendasing yang detected dalam air kencing,senang cite kencing agak kotor,kui3 sebabnya kurang minun air..Memang diakui,aku ni malas sket minum air masak,so kene tazkirah sket la dengan doc, kene banyak minum air,kalau tak nanti effect kat baby..
Owh lupe plak,ari ni pun dapat 2nd injection of Tetanus,sengal woh tangan ni..sebab doc yang treat ari ni adalah doc seng-al yang aku sakit hati tu,jadi aku malas nak mintak mc kat die,malas nak sakit hati lagi..
Tangan dah sengal, macam mane nak drive balik behrang, dah la ari ni ade audit memang x leh cuti supposely, unless u have mc kan, so ajak hubby gi klinik dekat dgn umah..dah alang-alang kat klinik tu pun ade scan, terus scan tengok condition baby ok ke tak, so far Alhamdulillah baby are doing fine, hehehe gender dah tau, lagipun ramai yang dah leh predict, tapi kesahihannya surprise2 la ye,tunggu die keluar je nanti..:)

Published with Blogger-droid v2.0.9

mgtt test result


Last month i've done the MGTT test aka ujian minum air gula..and here is the result :

Ngeh3..Alhamdulillah, everything is normal..tapi yang rase tak best katanye nanti bila dah masuk 8months kene repeat test,memang procedure biasa katanye,huk3..ape la suke beno nak buat ujian ni,cucuk amik darah tu yang tak berkenan teman..tapi ye la,ramai rakyat malaysia ni dah berpenyakit, keje duk kat opis je kan pas tu cukup time makan, memang tak sihat,may be itu adalah precaution dari kementerian kesihatan,so ikut je la procedure diorang..
Published with Blogger-droid v2.0.9

order respond from TANAMERA

Hi SHADILA

Terima kasih di atas pembelian 1 Set Bersalin Tanamera.


Kami akan pos pada hari RABU 12 September bersama 1 botol VCO percuma

sempena promosi Raya. Anda akan terima dalam 3 hari selepas itu.
Untuk rujukan no tracking Skynet ialah 201 66779 428 5.

Apabila Puan terima Set Bersalin TANAMERA, terus guna minyak kelapa dalam

Set untuk sapu dan urut kawasan lubang vagina dan perineum(iaitu kawasan
antara lubang vagina dan lubang jubur) setiap kali lepas buang air kecil
dan besar, tiap hari hingga ke hari melahirkan supaya kawasan tersebut
jadi lembut dan mudah membuka sepenuhnya bila melahirkan nanti.Lebih
banyak kali Puan sapu dan urut dalam sehari lebih berkesan.

Kami juga syorkan Puan minum minyak kelapa yang sama sebanyak 3 sudu besar

tiap hari, pagi, tengahari dan malam, 3 minggu sebelum tarikh melahirkan.

Apabila rasa sakit nak bersalin dan dalam perjalanan ke hospital minum

banyak lagi minyak kelapa dari botol. Bila dihospital, sapu sedikit minyak
kelapa di lubang vagina dan kawasan perineum sebelum melahirkan. Langkah2
diatas kesemuanya akan mudahkan proses melahirkan dan boleh mengurangkan
pengoyakan faraj.

Minyak kelapa juga bagus untuk mengurangkan regangan kulit, untuk elak

sembelit, untuk sapu pada puting dada yang kering dan merekah dan untuk
sapu di punggung baby supaya elak ruam lampin.

Puan boleh guna sabun scrub dalam Set masa mengandung untuk hilangkan

tompok hitam di leher, ketiak, kelengkang dan perut dan guna minyak herba
untuk sapu pada bahagian kaki yang bengkak kerana takungan air.

Sila layari website
www.tanamerapostnatal.com , untuk dapatkan rujukan
bagaimana ibu2 lain melahirkan tanpa sebarang pengoyakan, jahitan,
regangan kulit dan cepat pulih dengan mengguna produk2 dalam Set Bersalin
Tanamera .

Sekian





Semalam lepas tulis entry pasal TANAMERA Postnatal Care Set tu, and lepas berfikir sejenak..terus klik Buy Now..hehehe 
And semalam juga dapat respond message kat atas tu daripada customer service diorang...

Perasaan lepas baca message tu, nervous plak..hahaha macam dah nak bersalin pulak rasenye...

TANAMERA Postnatal Care Set


I'm doing some survey on what is the best postnatal product should i use after giving birth..huhu, dah mula kena buat macam-macam survey la sekarang ni..Survey untuk barang baby, barang mak baby..hehehe

This postnatal care set from TANAMERA looks interesting..plus sekarang diorang tengah promo, dapat free 1 bottle VCO, memang teruja...rasa nak click BUY NOW je..Sebab dalam website tu diorang ada state yang VCO tu dah boleh mula guna start from 30 weeks pregnant..
patutkah ku beli????



MGTT Test aka minum air gula

Pagi tadi dah selamat jalani ujian MGTT ataupun yang selalu disebut ibu-ibu mengandung sebagai ujian minum air gula..Kalau dulu ujian ni untuk ibu-ibu yang ade family history of kencing manis, ataupun yang berat badan naik mendadak, tapi sekarang semua kena jalani ujian ni...Setelah dihantui oleh cakap-cakap kawan yang kata air gula tu tak sedap la, rasa nak muntah la, rasa nak pengsan la lepas minum...Tapi akhirnya hari ni berjaya juga melalui saat-saat tu..

Rasanya tak lah teruk sangat air gula tu, ok je..glukos yang dibancuh extra pekat, macam tu la rasanye...lepas nurse dah amik darah kali pertama, dia bancuhkan air gula tu and minta kita minum sampai habis... Lepas 2 jam datang balik, untuk amik darah semula..senang je prosedurnya..rasa air gula tu tak seteruk lebam lepas kene cucuk amik darah tu tau...cucuk amik darah tu lagi ngeri, sebab kena cucuk 2 kali so rasa sengal sikit tangan belah kiri ni hari ni..

nurse bancuh air gula tu dalam mug size ni la..hehehe

Lepas je siap sume, nurse pun pesan "dah boleh makan & minum..", ye lah dah dari pukul 10 malam semalam tak makan, sampai la ke pukul 10.30 pagi...mau tak berkeroncong perut..ape lagi, tetibe perut pun teringin makan KFC...hehehe order pun bukan main lagi..bak kata kakak belakang masa tengah beratur order KFC tu die tegur kitorang, die cakap "ni betul-betul makan ni.." senyum je la die cakap macam tu, die tak tau yang kite ni kelaparan...hehehe, dengan krusher, x-meal, cheesy wedges..wahhhh, perut ape pun tak tau, tak penah-penah makan banyak macam tu..

 bekas lebam kena cucuk hari ni..=(

mummy & baby's checklist

since kat department ni 2 orang dah bersalin awal..gile ko, bikin neves mak buyung-mak buyunh yang lain ni tau..yang sorang tu 6 bulan (sekarang tengah berkampung kat hospital, nak besarkan babynya nak bagi cukup 2 kg), yang sorang lagi 8 bulan (last 2 weeks bersalinnya)...huhu, tak tahulah pressure kerja ke, ape ke..kerja macam buruh binaan kot lasaknya kami ni, maklumlah all rounder, poli ni pulak dah macam kat batu caves tangganya, hari-hari kalau kira lebih 100 anak tangga dipanjat..kalau lecturer department takyah jalan jejauh, ni kami kene la berjalan tawaf satu poli...naik turun tangga gi kelas, balik umah naik turun tangga lagi, lepas tu travel lagi (dua-dua tu same kes sorang travel wiken, yang sorang travel hari-hari putrajaya-behrang)...memang baby super powerlah kan, ngelejat keluar awal..

Jadinya kita yang tengah menunggu giliran ni, walaupun duenya bukanah dalam masa terdekat ni, tapi dah 2 kes jadi kan, kita ni first time pulak tu, tak de experience lagi, jadi banyak benda nak kena belajar, prepare je lah ape yang patut...sambil-sambil menambah ilmu tadi jenguk-jenguk jugak checklist ape nak kena prepare, ape nak kena bawa bila nak bersalin..hoho Thanks a lot kepada mypermatahati.com, sebab bagi download free je checklist tu..:) 




foods for baby


kebetulan ofice mate pegi ke Mesir for 2 weeks...
Pesan kat die belikan makanan ni..hehehe, kalau kat Malaysia kan mahal..
Tapi bukanlah mahal sampai beratus-ratus, cumanya, kalau kat sini 30 ringgit tu baru dapat kurma 2-3 kotakkan, ni dengan harga tu dapat dengan gajus, pistachio, apricot, kurma..kira ok lah..
Tapi tak pe la, ape pun yang penting good for baby kan..:)

frust


Baru balik dari check up..huhu tapi tersangat frust, kalau tau doc lain hari ni,aku tak set appointment hari ni,sebab selalu cek up hari khamis,tapi disebabkan dah alang2 sabtu ari tu baru start puasa,konon2 nak lajak cuti la 2 hari,lama sket dapat duk umahkan..

Huhu kenapa aku cakap doc tu tak best?sebab doc yang biasa cek aku tu dah tulis dah dalam buku cek up aku tu,hari ni akan scan baby..tapi doc yang cek ari ni (banyak makan ba alif ba ya ni) cakap tak perlu nak scan,geramnye aku..huhu takpe next appointment aku dah set ari khamis,so harap2 doc yang asal,aku nak ngadu kat die..tak guna punya doc sengal tu(ooppss kurang plak pahala puasa aku)..

Frust aku tau, kite dah excited nak tengok baby, kedekut betul la,macam la ko beli alat scan tu,tu kan duit kerajaan,guna je la kan untuk rakyat jugak..lagipun doc yang biasa cek aku tu lg senior dari ko, ikut je la notes yang die tinggalkan tu, gred kita sama je kot,ko 41 aku pun 41,nak buat blagak pulak..sengal punya doc, nama hujungnya pun ade seng,memang sengal lah!!! rosak mood aku seharian ni..:(

Published with Blogger-droid v2.0.6

the expecting me ~the chronology;part 2



Masa first time nak buka buku merah aka buku pemeriksaan ibu mengandung tu nervous rase sangat..Ye lah, kite ni tak pernah pregnant, and bila dengar orang bercerita kadang-kadang ade nurse yang garang, marah-marah je patient sesuka hati, risau jugakkan..So kene amik langkah berjaga-jaga ni..Dimulakan dengan cari dulu no telefon KK yang terdekat dengan rumah, sebab nak confirmkan cek up pregnant hari apa, supaya nanti tak datang sia-sia.

Masa call tu lebih kurang macam ni dialognye :
nurse : hallo, Klinik Kesihatan XXXXX, boleh saya bantu (dengar yang ni je sejuk skit hati, boleh puji layanan KK sekarang ni, bagus-bagus)
me : Hallo, Assalmualaikum..
nurse : Waalaikummusalam..
me : Saya nak bertanya, kalau saya nak buka buku merah ibu mengandung tu macam mana ye prosedurnya?
nurse : Puan tinggal di kawasan mana ye?
me : Saya tinggal di XXXXXX
nurse : owh ok, memang betullah puan boleh cek up kat KK ni. Puan boleh datang hari Selasa atau Khamis..
me : owh ok, datang tu saya nak bawak ape ye?
nurse : Puan bawak sijil nikah original & IC..
me : ok terima kasih..
nurse : sekarang puan dah mengandung berapa bulan?
me : kalau ikut kiraan saya 7 minggu..
nurse : ok puan boleh daftar dah tu..ok ye puan..
me : ok thanks, Assalamualaikum..


lebih kurang macam tu la perbualannya, ok la..tak la rasa nervous sangat nak pegi daftar nanti...Masuk je 8 weeks, means dah cukup 2 bulan, terus ajak hubby gi daftar kat KK, hehehe pukul 7.45pg dah terpacak kami suami isteri kat klinik tu..tu pun dapat turn no 3 kot..

Nurse yang pertama melayan saya masa mula-mula daftar tu memang baik, die timbang berat and ukur ketinggian.
Lepas tu, sesi seterusnya.....dup dap dup dap, sesi yang paling di takuti, sepanjang hidup tak pernah lagi kene ambik darah..huhu nervous gilerrrr...hulur je tangan, nurse tu tengok lengan, terus die cakap "alamak..ni macam payah je nak jumpe urat..", tapi die kata normal sebenarnye zaman sekarang ni, kite keje opis kan, tak buat keje berat, so tangan majoritinya alahai lembut-lembut je..Nurse tu kata seronok kalau amik darah kat tangan makcik-makcik yang keje kebun ke, keje lasak, urat timbul...hehehe saya pun melayan je la, dalam hati dok dup dap dup dap lagi..Masa die start cucuk jarum tu, mata saya memang dah pandang tempat lain, and memang tak sakit langsung, legaaaaaa.....hehehe

Lepas amik darah hantar ke lab and buat jugak urine test..Then buat breast check up dan die cek jugak kaki, tangan & perut tengok kot-kot ade bengkak ke..Die bagi juga tips-tips yang berguna, maklumlah first pregnancykan, lagi 1 rasanya sekarang sumenya kene ikut prosedurkan, so diorang skema la sikit hehehe..kalau tak pregnant rasenya haram la nak pegi cek sume ni..hehehe selesai semua tu, tunggu turn jumpe doc pulak, doc cuma check biasa je, sebab yang lain sume nurse tu dah buat kan..Doc kata scan next appointment sebab sekarang ni baby kecik lagi, kalau scan pun nampak kecik je..me and hubby dah excited dah nak tengok baby, tapi tak pe la, tunggu je another 6 weeks lagi, untuk next appointment..

Masuk je 8 weeks, loya-loya tu mula terasa, especially bila perut kosong...mulalah rasa kembang je tekak, then bila nak makan pun takut2, ye lah bila perut dah kosong, masuk angin, makan pun nanti takut terkeluar balik...jadi kene make sure perut sentiasa tak kosong, and kesimpulannya keje mengunyap je lah. Tambah-tambah kalau tengah buat keje kat opis tu, and masa drive pegi balik Ipoh, stok makanan sentiasa ada je.

Muntah 3 kali je kot rasenye sepanjang 1st trimester, and sebenarnye rasa lega sangat bila muntah tu, hahahaha keluar semua rasa yang tak sedap kat tekak ni...Tapi loya nak gosok gigi tu masih terasa-rasa juga sampai sekarang, nak gosok gigi kene hati-hati je, tak boleh dah mentaram je laju-laju tonyoh macam dulu..retainer pun still tak boleh nak pakai sampai sekarang..huhu

the expecting me ~the chronology; part 1

Bulan tu period dah lewat 5 hari, memang tak nak mengharap apa-apa. Tapi sentiasa berjaga-jaga kot2 la pregnantkan, kene lebih jaga diri, 'pregnancy test kit' memang ada je dalam simpanan..So before tido malam tu memang nekad, kalau esok pagi still tak period, akan buat la urine test tu..hehehe ceh, siap nekad tu, kui3..Bangun pagi tu memang masih suci tak period, so terus la buat urine test....

TADAAAAA!!!


bila muncul je 'line surprise' tu,wahh excitednye rase...
sebab before ni penah cuba test tak keluar pun line, so bila keluar line tu memang excited la kan..
macam nak melompat, hahaha macam tak caya pun ada..
cepat2 snap gambar mms kat hubby, kui3..

mms pendek je ayatnye :
me : I'm pregnant..;) (beserta gambar kat atas tu)
hubby : Ye ke, Alhamdulillah...:)

Masa test tu baru hari Khamis tapi excitednye rasa nak balik Ipoh, cepatlah hari Jumaat...hehehehe.
Pegi ofis pun buat biasa je, tapi dalam hati kembang setaman...hehehe

Sampai je Ipoh hari Jumaat tu, pun still buat macam biasa sebab kelam kabut tak sempat nak buat, siap-siap nak gi dinner department FIL..

Esok pagi, hari Sabtu duk discuss dengan hubby, "nak pegi clinic ke?"...then hubby kata.."mane tau...ikut isteri la.." hahaha memang la die mane tau ape2..then i pun tanya both mak(MIL) & mama, dua2 cakap benda yang lebih kurang sama, "pegi cek just to make sure yang kandungan tu ok, tak bermasalah", plus I pun try search kat internet jenguk2 forum and so on, ramai yang kata same je procedure, nanti kene buat urine test jugak, then doc bagi la vitamin..lepas dah fikir masak-masak , so we decided to tak pegi pun clinic, just jaga diri elok-elok je supaya tak terhentak/terjatuh/tak lasak..

Kalau ikut kiraan pregnancy dah masuk 7 weeks baru lah pegi private clinic, kui3..hubby temankan, and dah siap-siap bawak pallet result urine test tu, kui3..sebab nanti kene buat jugakkan test tu kat clinic, so tak yah la membazir, jimat duit, buat urine test tu pun kene charge jugak tau (kalau dah memang dasar kedekut) kui3..so sampai klinik, bila turn nama dipanggil, just tunjuk je kat doc tu hasil ujian yang kita dah buat kat umah, and doc tu cek tekanan darah sume, die confirmkan pregnant and die bagi vitamin...Die ada tulis surat untuk rujuk ke Klinik Kesihatan (KK), lagipun memang decided nak check up kat KK. Al-maklumlah senang, if anything happened, kite ni kerja kat kawasan yang kurang kemudahan a.k.a pedalaman, so KK tu senang ade kat mana-mana, nanti kalau ade hal apa-apa senang nak rujuk..

the expecting me ~the chronology;preface

Pada mulanya, macam-macam perasaan wujud dalam hati ni, yang pertama-tamanya tak lupa diucapkan kesyukuran kepada Yang Maha Esa, atas kurniaan ini..Alhamdulillah di atas tanggungjawab yang Dia berikan ini, dan dengan izin-Nya jua, hambu Mu ini akan berusaha sebaik mungkin menjaga amanah Mu ni Ya Allah..

Bukan mudah menceritakan semua ini, kalau boleh hendak di simpan sahaja di dalam hati menjadi memori yang indah buat kami suami isteri. Tetapi naluri keibuan ini begitu kuat ingin menceritakan, ingin berkongsi perasaan yang tersangat indah untuk di gambarkan. Setelah beberapa bulan entri ni terperap sebagai draft, dan setelah si kecil ni pun dah semakin kuat, barulah dapat keberanian untuk berkongsi pengalaman yang tersangat indah ini.

Bak kata orang tua, kalau boleh jangan terlalu seronok dahulu, sebab 3 bulan pertama kandungan masih lagi 'fragile', kene sangat berhati-hati, so diri ni memang tak ada kekuatan, kalau orang kata jangan tu, memang akurlah, tak berani nak melawan..Lagipun setiap minggu travelkan, risau juga jika terjadi sesuatu yang tidak diingini..Dan pada masa yang sama turut nak menjaga hati kawan-kawan yang masih lagi berusaha untuk mengandung, tak nak lah bila tahu kita mengandung, sedangkan mereka dah lama berkahwin masih belum lagi berpeluang, akan ada yang bersedih hati, kita dapat rasa apa yang mereka rasa. Insyaallah, ada bahagian dan rezeki masing-masing kan..Zaman sekarang, ini merupakan situasi biasa kawan-kawan sekerja kita, bukan seorang dua yang masih belum hamil, tapi ramai, jadi memang saya agak berhati-hati dalam memutuskan untuk berkongsi cerita gembira ini dengan semua..Tapi sebenarnya hati memang meronta-ronta nak khabarkan pada semua, hehehe..

Rakan-rakan sepejabat memang tak tahu yang saya ni pregnant..Alhamdulillah juga sebab alahan tak teruk, so boleh berlagak biasa je..:) Masuk bulan ke-2 baru lah bercerita dengan kawan-kawan rapat, itupun sebabnya, ada seorang kawan yang mimpi saya ni pregnant..kui3, so berterus-terang je lah kan..:) Kawan-kawan rapat pun sangat setia, tak bercerita pun dengan kawan-kawan ofis yang lain. Kandungan dah masuk 3 bulan dan bila sampai masa nak buat timetable untuk semester baru ni, barulah rahsia terbongkar, hehehe sebab ibu mengandung dapat specialty, akan dapat kelas yang dekat-dekat..:)

Doakanlah kami ibu & anak ini sentiasa dalam keadaan selamat mengharungi detik-detik indah ini..Amin..♥

mix update

New Semester
hohoho, lamanya tak update...super busy to the max!!!! this semester I dah resigned jadi SU department, I cakap I dah bosan kat boss, I nak pegang portfolio baru, then I dapat jadi jawatankuasa timetable, memang seronok, tapi pening, huhuhu tak tau mana satu yang lebih, seronok or pening, kui3..Seronok bila kita dapat arrange timetable kita sendiri, tapi pening bila have to deal dengan last minute changes...Class pulak baru start 2 hari, baru masuk 4 classes, so far budak-budak okay je, sengal-sengal ubi tu biasa la kan, hehehe layankan je la, selagi larat..Ade ke patut mak buyung perut dah tersembul ni di tanya dah kawin ke belum..haiyooo, kesian hubby I tau, u all ni tanya soalan macam tu, cuba la tengok orang dulu bila nak tanya soalan tu..

Life Progress
My life progress seperti biasa, cumanya sekarang ni jalan jauh sikit pun dah mengah-mengah, hehehe tanggung je la kan..Alhamdulillah no more alahan, semua dah seperti sedia kala, and hopefully it will last until I'm safely deliver, Amin, Insyaallah..Cumanya sekarang ni sejak budak tecik ni dah pandai kicking/ketuk-ketuk, kadang-kadang sakit jugak di buatnya kat bahagian bawah rusuk ni..Kelakar je bila dapat rasa die ketuk2 tu..Tapi kalau time sakit tu, nak duduk pun tak boleh, kalau dalam kereta pun kene turunkan seat, kene baring..huhuhu Mula-mula dulu risau jugak, kot ade penyakit lain ke, then bila tanya-tanya kawan and baca kat forum, it's normal rupenye sebab die dah grow up and space dah makin sempitkan kat dalam tu..hehehe

ok lah lenguh dah duk lama-lama, it's time to guling-guling plak, merehatkan badan..

minum susu dulu!!!

Susu is my favorite, tak kisah la susu apa pun mesti boleh telan, low fat ke, full cream ke, fresh milk ke, susu tepung ke, sume boleh bedal..tapi....that's before I'm expecting, and few weeks after that...


Masa awal-awal expected tu, excited sangat, hari-hari dengar kat radio and iklan kat tv pasal Anmum Materna, so terpengaruh la jadinya, tanpa ragu-ragu terus pilih Anmum Materna. =) Sedap susu Anmum Materna ni, sebab die manis-manis vanila tu memang sedap...


Tapi lepas je masuk 8 weeks, 1 pagi tu minum segelas susu, lepas je minum, terus blwekkkkkkkkk....habis baju kurung nak pegi kerja pagi tu, depan2 pintu toilet jugak semua isi perut berjaya dikeluarkan semula, huhuhu...Lepas je dari tu jangankan susu, nak tengok kotak susu tu pun dah kembang tekak..Susu memang terbiar 2 minggu tak disentuh, huhu...


Risau jugak mulanya, kita perlukan susu tu sebagai penyumbang vitamin-vitamin penting yang diperlukan, alih-alih tak boleh nak pandang pun, so macam mana...hmmm...Tapi lepas tu memang paksa diri la,kalau nak minum susu kena bancuh dengan milo ke, supaya tak rasa susu tu..sampai la habis 1st pack of Anmum Materna ni pun, still bancuh campur dengan milo..

Now dah masuk ke 2nd pack, memang tak beli dah la yang original flavor, beli yang choc flavor pulak..nak test macam mana rasanya..hopefully it's yummy!!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme