Daisypath Anniversary tickers
CafeMom Tickers

Sudah-sudah la merokok tu..

Bacalah ini wahai perokok, sayangilah keluarga anda.


Babies absorb nicotine even when parents smoke outdoors

Posted in: Child Health News

Published on August 9, 2006 at 8:03 PM

Even though parents may smoke only outside and away from their infant, babies apparently still absorb dangerous chemicals from them.
Georg Matt, a professor at San Diego State University says up to 90 per cent of the nicotine from cigarette smoke can stick to walls, clothes, hair and skin.

Professor Matt, says his research suggests the chemicals from this 'third hand smoke' can be swallowed, inhaled or absorbed through the skin of non-smokers, putting babies at particular risk.

His study of 49 babies all under 13 months of age, found cotine, a by-product of nicotine, in their urine and hair shafts even when their parents took care to smoke outside the house.

This was seven times higher than levels found in babies with non-smoking parents.

Babies and toddlers can it seems absorb the harmful chemicals simply from touching furniture in a smoker's house, or hugging their mothers after they had a cigarette.

The risks of second-hand smoke are already well-known and babies and children exposed to a smoky atmosphere are twice as likely to have asthma attacks and chest infections, and more likely to need hospital care in their first year of life.

Research also indicates they are also at higher risk of cot death.

Other experts add that babies born to smokers weigh less (about 250g) and because they are smaller than they should be they don't cope with labour as well.

* yang aku paling geram yang merokok kat open area, kita nak makan pun tak senang rasa nak pegi je sound orang-orang ni.

posted from Bloggeroid

Kesihatan yang baik untuk Afia Rania

Awal minggu ni kami sekeluarga dikejutkan oleh result monthly cek up anak buah aku yang baru berumur 3 bulan, Afia Rania(anak adik ku no 2).

Doktor mengatakan perlu cek susulan ke HRPB sebab lepas di cek kuku tangan nampak seakan-akan biru macam ade masalah jantung.

So keesokannya diorang suami isteri pun ke HRPB untuk buat cek up susulan tu, then setelah diperiksa dan di scan, memang nampak ada bahagian jantung yang berlubang. Doktor minta ke IJN pula untuk rawatan lanjut.

Pagi ni Afia Rania, pihak hospital akan bawa dengan menaiki van hospital bersama ibunya. So adik aku drive sendiri, bawa mak aku n anak sulung dia,ikut ke IJN.

Bila dapat tau berkenaan hal ni, dalam hati sedih juga, kesian kat baby yang masih kecil tak tau apa-apa. Yang si kakaknya pun baru setahun 5 bulan. Mak aku pun kesian jugak, susah hati je lah tu.

Aku mendoakan keselamatan dan kesejahteraan diorang dari jauh je lah. Nak balik pun macam keadaan tak mengizinkan plus diorang semua pun ke IJN, bukan tempat suka-suka, tak sesuai untuk budak-budak. Moga-moga Afia Rania kembali sihat seperti sedia kala.




posted from Bloggeroid

Aktifnya anak mummy ni

Saat baby mula aktif menendang adalah saat yang paling syok semasa mengandung, bagi aku la..sebabnya aku boleh rasa ada kehidupan dalam rahim tu..
Sekarang baby dah masuk 20weeks..makin aktif dan cergas dia dalam perut aku ni..kakak dia main, dia pun seolah-olah nak bermain jugak kat dalam tu..😉
Tu je mummy nak cite, walaupun jarang cite pasal pengalaman kali ni..tapi tetap excited, cuma kadang-kadang macam tak sempat nak tulis..

posted from Bloggeroid

3 bags

Masa hari pertama hantar Alisya ke taska baru ni, aku bekalkan dia pakaian macam kat taska yang sebelum ni..baju 3 pasang, diapers 5 keping, towel 1.Aku bawakkan beg besar jugak la, beg saiz orang dewasa. Ye lah aku risau jugak, kalau die cirit birit ke, ade la diapers nak salin, bawakkan baju extra kalau terkena kotor, boleh salin baju kan..

Masa nak ambil Alisya balik, cikgu dia pesan bawakkan baju 2 pasang je, pampers pun bwk 3 je, towel seminggu sehelai je bawak masa permulaan minggu. Sebabnya nanti diorang nak train kanak-kanak ni ambil baju sendiri dalam beg.

Pas tu aku tengok kawan dia semua bawak beg kecik-kecik. Aku pun tukarkan la beg Alisya ni kepada beg pink (hadiah dari mak long masa birthday setahun). Aku rasa elok dah beg tu dengan dia..Tapi bila die pakai, sampai ke ponggong, kui3..susah la die nak berjalan, kesian pulak..

Then aku riki ade lagi 2 beg kat umah tu, 1 dapat free dari drypers, lagi 1 hadiah dari paman dia masa birthday setahun. Setelah di riki-riki beg drypers tu yg aku bagi dia pakai, sebab beg drypers tu besar sikit dari beg paman dia bagi tu. So sedang elok la dia nak pakai & isi baju die setiap hari..

Dah pakai beg sendiri anak aku pegi taska..hehe nampak macam dah besar je..hai, sekejap je masa berlalu kakak oi, lagi 2 tahun pegi tadika plak..

posted from Bloggeroid

Sindrom Mummy

Alisya sejak-sejak pindah ke tempat baru ni. Hanya 1 tempat je dia boleh berjauhan dengan aku, iaitu taska..huhu

Nak tido dengan mummy (daddy dia pun kena tolak tepi), jalan dengan mummy (nasib nak kalau daddy dukung, and kalau daddy bawak gi main kat playground je tak payah ada mummy), pendek kata yang lain semua pun kene ada mummy la. Contoh aku balik kampung ari tu, aku saja la bagi dia rapat ngan mak aku, dulu kan dia dah biasa mak aku bawak dia gi mana-mana. Tapi jangan harap la sekarang, baru 5 langkah berjalan dengan mak aku, dah buat muka sedih,panggil "mummy..."

Adoiii, ate cemana gaya aku nak pegi beranak kat hospital nanti ni?? Mau haru orang kat umah melayan dia mencari mummy nanti..Aku pun akan jarang balik kampung dah ni, sebab cuti sem budak-budak ni lama lagi kan, ada lagi dalam 2-3 bulan..aku rasa memang Alisya payah dah nak rapat ngan mak aku ni..

Risau gak aku mengenangkan nak tinggal dia masa aku nak bersalin nanti, haihh mudahan lancar dan selamat je la semuanya, macam masa bersalin Alisya ari tu, duk 24jam je kat hospital, pas tu boleh balik..


posted from Bloggeroid

Reward from D'Jasmin

Semalam aku ada order tudung dari D'Jasmin..hehe Aku berkenan pulak dengan tudung D'Jasmin ni, aku punya koleksi tudung biasa la yang sarung je, cepat dan senang, labuhnya pun sesuai dengan size aku..Sebelum ni aku dah beli 2 helai dari D'Jasmin ni..

Tapi lepas aku tengok koleksi tudung yang aku ade macam ade yang tak match dengan baju. So aku pun mula la cuci mata lagi mencari koleksi warna yang match dengan baju..2 lagi color berjaya mencuri hati, dan semalam aku dah order pun..

Hari ni dapat mesej dari admin page tu bgtau boss dia nak replace tudung yang aku order tu dengan tudung yang same color tapi ade batu 3 ketul, as claim by her mahal skit dari tudung yang aku order. Sape tak nak kan..hehe rezeki jangan di tolak orang kata..Alhamdulillah terima kasih D'Jasmin..😁




posted from Bloggeroid

Stop makan epal Granny Smith



Seperti yang diwar-warkan dalam berita. Benda ni dah terjadi pun kat mak cik aku. So bagi peminat Granny Smith tak kisah la hijau or merah. Stop la kejap dari makan epal jenis tu.

posted from Bloggeroid

Nak anak lelaki pulak..

Isi hatinya macam tu lah, hehe hopefully yang kedua ni lelaki..Tapi walau apa pun Alhamdulillah diberi peluang rezeki mengandung anak yang kedua..

Dah merasa ada anak perempuan sorang ni kan. Nak pulak merasa ada anak lelaki. Kalau anak perempuan rata-rata orang kata senang sikit nak jaga dari anak lelaki. Tapi tang pot pet pot pet ajak bersembang, nak bermanja tu anak perempuan jenuh sikit nak layan.

Masa pregnantkan alisya dulu sebenarnya semua orang duk kata aku pregnantkan anak lelaki. Scan biasa pun doc kata nampak 'scrotum'. Haha ntah celah mana dia nampak aku pun tak tau.

Keadaan aku masa pregnant alisya & anak kedua ni memang berbeza, tapi tu tak leh nak dijadikan penguat sebab aku sedang mengandungkan lain jantina. Sebab orang kata walaupun jantina sama, semua anak tu berbezakan pengalaman mengandungkannya.

ok tu je nak cite haha..nak luahkan isi hati je kalau boleh nak anak lelaki pulak..aminn 😃



posted from Bloggeroid

Kakak demam

After 7 months diberi kesihatan yang baik, hari ni kakak alisya badannya mula suam-suam macam nak demam. Start selsema dari hari jumaat lepas.

Pagi-pagi dah siap nak ke office tapi tak sampai hati nak hantar dia pegi taska. Bagi dia stay kat rumah je lah. Risau jugak kot nanti berjangkit kat budak lain.
Ni dok pantau je suhu, so far ok je suhu badannya, dia pun aktif je. Cuma hidung dok meleleh je, sampai kadang-kadang berair mata.

Dok rumah di hari orang bekerja, memang terasa bosan kan, encik suami dah gi keje, dah la jauh dari family, adehh kalau dulu anak demam ade jugak nak lari umah mak untuk sembang-sembang bising-bising (mula lah aku rindu kan Ipoh ni)..hehe cepat sembuh ok kakak, mummy sayang kakak.

posted from Bloggeroid

Kek gula hangus

Semenjak masuk 2nd trimester ni, aku jadi rajin nak buat dessert. Last week aku buat agar-agar laici, then kek vanilla.
Minggu ni tangan aku gatal nak buat kek gula hangus pulak, hehe





Resepi aku ambil dari blog azlita masam manis, yang juga katanya di ambil dari k.nor. so thanks to both of them for this recipe. 😁

Tapi aku biasa la, bab menderhakakan resepi aku suka, buat kaedah cuba jaya. Butter kat umah xcukup, so aku gantikan butter dengan minyak.

pas tu, kak ita kata dia tunggu sampai 5 jam nak bagi nampak cantik lubang-lubang sarang semut tu kan..Aku tak sabo, aku tunggu sejam je..tak sanggup nak tunggu lelama..hahaha

Berdebar jugak takut tak jadi sarang semut tu sebab tak tunggu lama kan. Tapi belasah la, nanti boleh cuba lagi.

Sekali bila dah keluar dari oven, cantik jugak jadinya untuk orang yang pertama kali buat kek tu and jarang pulak buat kek kan..☺

posted from Bloggeroid

Bukan salah si baju kurung


Kecoh minggu akan isu ada pelajar non-muslim tidak dibernarkan berbaju kurung.

Sebenarnya isu berbaju kurung dengan kod etika pakaian yang betul ni memang menjadi penegasan di sekolah. Ye lah, kita pergi sekolah sebab nak menuntut ilmu. Jadi kenalah pakai pakaian yang sopan dan mengikut peraturan.

Zaman aku sekolah dulu pun, memang kawan-kawan sekelas aku non muslim ada yang suka berbaju kurung. Especially hari Jumaat, kekeke..Ye lah agaknya terikut tengok orang kerja hari Jumaat banyak yang berbaju kurung.

Jadinya bila nak berbaju kurung ke sekolah kena la ikut syarat yang tertentu, contohnya, kena lah berbutang di tengkuk tu, jangan biarkan terdedah je.
Baju kurung sekolah kan berwarna putih, of courselah jarang. So kenalah pakai simis nak cover bra yang pelajar pakai.

Arakian masa aku sekolah all girls form 1-3 tu lagilah ketat peraturan pemakaiannya sekolah aku tu, pasal pinafore/skirt dan baju kurung ni. skirt mesti bawah lutut. pakai baju kurung kena berbutang & bersimis, pakai tudung kena lipat tudung tu, kena letak pin ditepi, tak boleh main sarung je.

Biasalah masa umur di sekolah menengah ni semua benda kita nak cuba. Nak cuba pakaian yang lain dari orang lain, nak tunjuk badan yang tengah meningkat dewasa tu.

So cikgu sekolah memang kena tegas dalam hal ni. Tak leh la nak salahkan cikgu dan sekolah. Mana ada sekolah yang nak bentuk anak didik dia jadi tak elok.

posted from Bloggeroid

Etika whatsapp, wechat, telegram etc

Sejak 1-2 tahun kebelakangan ni, aplikasi seperti whatsapp, telegram, wechat, viber dah jadi makin berleluasa. Dan yang paling famous aku rasa adalah whatsapp.

Aku akui, banyak kebaikan aplikasi ni, memudahkan manusia berhubung tak kira walau di mana jua. Lagipun sesama ahli keluarga, geng kawan-kawan, geng office pun mudah nak bersembang bertanya khabar sesama mereka.

Setiap class aku pun aku akan minta students wujudkan group whatsapp supaya mudah aku nak sampaikan maklumat & ketua kelas tak perlu terbeban nak mesej setiap dari ahli kelas nak sampaikan maklumat(macam masa zaman aku belajar dulu, ketua memang kena ade kredit henpon yang banyak, kekeke)

Tapi, haaa, ade tapinya tau. Dengan wujudnya aplikasi-aplikasi ni, ada juga keburukannya.

1. Perlanggaran masa yang sepatutnya untuk berbual. Tak kira tengah malam pun, dok la bersembang lagi dalam group tu. Kalau nak sembang personal dengan orang tertentu, personal whatsapp je la, tak perlu nak bersembang dalam group. Mengganggu orang lain yang x berkaitan. Aku selalu sound je students aku kalau ade yang mengarut dalam group whatsapp class.

2. Menghantar gambar yang kurang penting, contohnya, gambar ucapan "Selamat Pagi" hadoiii..kalau taip je selamat pagi kan sama je, media yang diterima tu akan disimpan dalam galeri gambar dalam henpon kita, so ade satu masa kene buat pembersihan pulak untuk storage henpon, kalau tak nanti henpon jadi slow. Huhu. Nasib baik juga ada telegram, sbb telegram dia tak simpan media, tapi tak ramai orang suka guna telegram. Aku bukan nak kata apa, tapi kadang-kadang aktiviti menghantar gambar ni cenderung dilakukan oleh warga-warga veteran. Mak aku selalu komplen henpon die slow, dah mane tak slow, gambar melambak, video melambak, geng2 dia duk hantar. Nak delete tak reti, reti guna je..

3. Respond yang melampau. Contoh, group pekerja dalam institusi, bila ada yang bagitau pencapaian instusi. Then sorang- sorang reply ucapan tahniah, kalau ada 50 orang, semua ucap tahniah. Berapa banyak da whatsapp notifications yang diterima. Ingatkan mesej apa la yan sampai, rupanya sekadar ucapan tahniah, memadailah rasanya kalau dalam keadaan ramai ahli group, wakil je yang sampaikan mesej tahniah atau yg seangkatan dengannya.

Benda ni memang belum dibukukan dalam bahasa melayu aku rasa. Tapi kita ade nettiquette, ataupun etika berinternet. So mungkin ada yang rajin nak tulis buku pasal etika penggunaan aplikasi perhubungan ni boleh juga. Supaya masyarakat alert akan hal ni.


posted from Bloggeroid

Bekal & beli







Aku rasa anak-anak aku pun nanti ni aku kena siapkan bekal. Paling koman, roti 70sen tu aku bekalkan kalau dah tak sempat sangat. Apa nak buat, kalau dah sampai kena macam tu kisah kat atas tu, sian kat budak-budak kan..

Al kisah bekal & beli, masa aku darjah 1, mak aku bekalkan aku makanan ke sekolah sampailah darjah 4 kot aku rasa. Berselang, kadang-kadang nasi & lauk, kadang, roti sapu jem, atau sandwich. Darjah 5-6 aku beli nasi lemak kat gerai mak cik jual kuih area umah aku, aku bawak gi sekolah, makan time rehat.

Walaupun aku ni pengawas, dapat rehat awal 10 min, tapi aku ada 1 concern yang aku sangat aware dengan kekemasan diri masa aku sekolah rendah dulu, haha seriously, aku tak suka baju aku comot, jadi sebab tu aku tak nak beli makan kat kantin, tau la sekolah campur, dengan budak laki berlari sana sini, kalau terlanggar kena aku kan makanan tu nanti tumpah kena baju..pas tu aku pernah tengok ada budak kena macam tu, jadi aku macam beringat ja pasal benda tu.

Masuk sekolah menengah lagi la, aku tak makan pun kat kantin. Walaupun masa tu aku sekolah all girls. Ntah macam tak de la lapo, sebab sebelum gi sekolah aku makan nasi kat umah, then tak de la rasa lapar masa kat sekolah tu. Setakat beli jajan-jajan je.

Masuk asrama form 4-5, memang depa dah serve makan kat dining kan. So tak de la sibuk nak beli makanan. Tapi aku pengunjung tetap cafe setiap pagi dengan kawan baik aku masa tu, kena la beli breakfast sendiri. Sebab malas nak berebut shower pagi-pagi, so kami selalu mandi lewat, solat pun of course la dalam dorm je (shh jangan bagitau orang..haha kami ngelat gi surau), so tak dapat la nak turun makan kat dining. Singgah cafe beli la breakfast before assembly pagi(tiap-tiap pagi ada assembly baca doa pagi & asmaulhusna, rindunya sekolah)

posted from Bloggeroid

Misi mengganti puasa


Alhamdulillah kandungan dah masuk bulan ke-4. So dalam kepala otak ni fikir ada hutang yang tak terlunas lagi. Iaitu mengganti puasa. Dah la nanti due bulan puasa..haha

So bila badan dah mula rasa ok, dah takda mual-mual, alahan bagai. Time ni la masay yang baik ganti puasa tu kan.

Alhamdulilah tadi terlunas 1 hari.
Dapat pulak rezeki officemate bawak laksa johor. Siap dia tapaukan sebab aku kata aku puasa, kesian agaknya, mak buyung plak aku skrg ni kan, hehe. Memang rezeki orang puasa la.

Marvelous betul rasanya, dapat pekena laksa johor versi laksa beras, kakak ni dia tak guna mee spaghetti. Fuhh, nikmat...

posted from Bloggeroid

Wajah kesayangan hamba

Alisya pantang nampak wallet aku, mula la dia nak mengorek semua khazanah alam dalam tu.

Tadi die nampak gambar bapak aku, mak aku, and en suami dalam wallet tu..die sebut la sorang-sorang "paman..embah..daddy.." haha memang muka arwah bapak aku sama macam muka adik aku yang bongsu tu dia ingat aku simpan gambo paman dia..kui3, aku cakap la, "tu embah lanang(atok dalam bahasa jawa)", dia balas balik, "paman.." dia yakin betul aku simpan gambo paman dia..kekeke adoi la alisya ni..

Pastu aku keluarkan gambo dia, aku tanya " ni sapa..?", "ica..", jawab sambil sengih-sengih tengok gambo dia pun ade aku simpan..abes hati la makcik tu tengok gambo dia pun ada..kekeke

posted from Bloggeroid

Planning for heir no 2

Tengah dok landing-landing tengok nustan, tetibe teringat nak buat checklist utk 2nd baby ni..

Yang penting dalam kepala otak aku, nak beli breastpump & nak beli babycot.
Breastpump setelah disurvey dah ade kot yang berkenan di hati, ongkos je belum cukup lagi, kui3.

Nak belikan babycot sebab memandangkan Alisya ni cerdik-cerdik budak, ye lah baru nak masuk umur 3 tahun, risau jugak aku kalau letak adik die kat bawah je nanti, so langkah keselamatan, baiklah letak adik die dalam babycot kan, sementara aku nak mandi, buang air kecik, buang air besar nanti.

Baju-baju baby tambah je lah mane yang kurang nanti, baju kakak dia boleh recycle pakai balik..

Towel baby kena beli sebab Alisya pakai semua towel dia sampai ke la ni.

Sama jugak, set sarung tilam & bantal kene belikan yang baru la kot, yang Alisya punya ni dah pudar, alisya pun duk guna lagi bantal masa dia baby tu.

Sementara ni, ini je yang aku terfikir..yang lain nanti listkan balik..

posted from Bloggeroid

Alisya post-birthday celebration

Sebab tau dapat pindah taska, so plan hari last Alisya kat taska lama ni nak bagi goodies bag untuk kawan-kawan dia dan belikan kek, buat seronok Alisya je.
Tapi memandangkan hari ni new year, ramai yang bercuti agaknya, so ramai hang tak menghantar anak ke taska. Tak ramai la budak kat taska hari ni. Sebab tu aku buat goodies bag je, tahan lama, nanti mana-mana kawan dia yang datang kemudian, cikgu dia tolong sampaikan je goodies bag tu.
Sonok la kot gamaknye kakak alisya tu, potong kek dengan cikgu and kawan-kawannya, cikgu die siap send gambar kat whatsapp. Hehe..
Hopefully minggu depan ok je la kakak kat taska baru..amiinnn..

posted from Bloggeroid

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme