Bekal & beli
9:45 PM
(^_-)V
,
0 Comments
Aku rasa anak-anak aku pun nanti ni aku kena siapkan bekal. Paling koman, roti 70sen tu aku bekalkan kalau dah tak sempat sangat. Apa nak buat, kalau dah sampai kena macam tu kisah kat atas tu, sian kat budak-budak kan..
Al kisah bekal & beli, masa aku darjah 1, mak aku bekalkan aku makanan ke sekolah sampailah darjah 4 kot aku rasa. Berselang, kadang-kadang nasi & lauk, kadang, roti sapu jem, atau sandwich. Darjah 5-6 aku beli nasi lemak kat gerai mak cik jual kuih area umah aku, aku bawak gi sekolah, makan time rehat.
Walaupun aku ni pengawas, dapat rehat awal 10 min, tapi aku ada 1 concern yang aku sangat aware dengan kekemasan diri masa aku sekolah rendah dulu, haha seriously, aku tak suka baju aku comot, jadi sebab tu aku tak nak beli makan kat kantin, tau la sekolah campur, dengan budak laki berlari sana sini, kalau terlanggar kena aku kan makanan tu nanti tumpah kena baju..pas tu aku pernah tengok ada budak kena macam tu, jadi aku macam beringat ja pasal benda tu.
Masuk sekolah menengah lagi la, aku tak makan pun kat kantin. Walaupun masa tu aku sekolah all girls. Ntah macam tak de la lapo, sebab sebelum gi sekolah aku makan nasi kat umah, then tak de la rasa lapar masa kat sekolah tu. Setakat beli jajan-jajan je.
Masuk asrama form 4-5, memang depa dah serve makan kat dining kan. So tak de la sibuk nak beli makanan. Tapi aku pengunjung tetap cafe setiap pagi dengan kawan baik aku masa tu, kena la beli breakfast sendiri. Sebab malas nak berebut shower pagi-pagi, so kami selalu mandi lewat, solat pun of course la dalam dorm je (shh jangan bagitau orang..haha kami ngelat gi surau), so tak dapat la nak turun makan kat dining. Singgah cafe beli la breakfast before assembly pagi(tiap-tiap pagi ada assembly baca doa pagi & asmaulhusna, rindunya sekolah)
posted from Bloggeroid
0 Response to "Bekal & beli"
Post a Comment