Daisypath Anniversary tickers
CafeMom Tickers

Bukan salah si baju kurung


Kecoh minggu akan isu ada pelajar non-muslim tidak dibernarkan berbaju kurung.

Sebenarnya isu berbaju kurung dengan kod etika pakaian yang betul ni memang menjadi penegasan di sekolah. Ye lah, kita pergi sekolah sebab nak menuntut ilmu. Jadi kenalah pakai pakaian yang sopan dan mengikut peraturan.

Zaman aku sekolah dulu pun, memang kawan-kawan sekelas aku non muslim ada yang suka berbaju kurung. Especially hari Jumaat, kekeke..Ye lah agaknya terikut tengok orang kerja hari Jumaat banyak yang berbaju kurung.

Jadinya bila nak berbaju kurung ke sekolah kena la ikut syarat yang tertentu, contohnya, kena lah berbutang di tengkuk tu, jangan biarkan terdedah je.
Baju kurung sekolah kan berwarna putih, of courselah jarang. So kenalah pakai simis nak cover bra yang pelajar pakai.

Arakian masa aku sekolah all girls form 1-3 tu lagilah ketat peraturan pemakaiannya sekolah aku tu, pasal pinafore/skirt dan baju kurung ni. skirt mesti bawah lutut. pakai baju kurung kena berbutang & bersimis, pakai tudung kena lipat tudung tu, kena letak pin ditepi, tak boleh main sarung je.

Biasalah masa umur di sekolah menengah ni semua benda kita nak cuba. Nak cuba pakaian yang lain dari orang lain, nak tunjuk badan yang tengah meningkat dewasa tu.

So cikgu sekolah memang kena tegas dalam hal ni. Tak leh la nak salahkan cikgu dan sekolah. Mana ada sekolah yang nak bentuk anak didik dia jadi tak elok.

posted from Bloggeroid

0 Response to "Bukan salah si baju kurung"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme