Daisypath Anniversary tickers
CafeMom Tickers

throwback yesterday "Majlis Penyerahan Pesawat MAS ke Politeknik Banting"

Alkisah semalam punya cerita, ada "Majlis Penyerahan Pesawat MAS kepada Politeknik Banting", so kami pun dapat la jemputan untuk memeriahkan majlis.

gambar kenangan/bukti kehadiran... :p


Untuk makluman, Politeknik Banting ni ada course aviation aka penerbangan, so sapa-sapa yang berminat nak hantar anak belajar course ni dengan harga yuran yang sudah tentunya jauh lebih murah dari yuran belajar di akademi swasta, mari la mendaftar di politeknik.

Baru pertama kali menjejakkan kaki ke politeknik ni, mak aihhh memang jauh la nak sampai masuk ke politeknik ni (sebab dah terbiasa politeknik tempat aku ni tepi jalan ja). Tapi syok la politeknik baru, facilities memang baru-baru lagi semuanya.

Majlis tu dirasmikan oleh TPM kita, sebab tu la kot panggil semua adik-beradik politeknik seluruh Malaysia, meramaikan majlis. Ade jugak pelajar-pelajar sekolah berhampiran, IPT & organisasi kerajaan yang datang. Lepas TPM dah rasmi tu, dibuka peluang untuk naik ke pesawat, ramai la yang amik peluang beratur nak merasa tengok isi dalam pesawat MAS. Aku and the geng tak larat la nak beratur, ketiak dah basah, sebab duk dalam hangar tu dah berpeluh lecak, lagipun bagi can budak-budak sekolah yang nampak excited nak naik pesawat tu (masa ni aku nampak mencabar keje cikgu sekolah, kene teman anak murid naik pesawat, kene beratur sekali, fuhhh, masa ni aku rasa bersyukur dengan kerja aku sekarang, at least kalau students aku nak beratur aku x payah baratur sekali, jaga budak beso tak susah sangat, hehehe)

Usai majlis dalam pukul 4.30ptg, kami pun bertolak balik ke Perak. Sampai dalam pukul 9 malam, nasib baik Alisya ada dengan daddy dia, kalau tak terkejar-kejar la aku nak amik anak lagi.

16mo already

Alhamdulillah..anak dara saya dah 1 tahun 4 bulan semalam..nampak dah perkembangan minda dia, boleh dah fokus nak main blocks bina tower, ikut cara dia..

Makin pandai lari-lari bila nak ikatkan rambut, ajak pegi toilet nak mandi pun nak kene lari kejar dulu, pandai mengusik nak suh orang kejar die (macam la die lari tu laju sangat, kekeke)


 Pagi tadi hujan, nak pegi skool tu dia pun sibuk nak pegang payung (penangan tengok HI-5, episode budak-budak pakai payung time hujan)...
Layankan aje la..
Buat muka tak puas hati bila mummy kata, tutup payung nak masuk dalam kete..

Ipoh Kinta River Walk

1st time menjejakkan kaki berjalan-jalan kat area Kinta River Walk last week. Encik suami nak bawak anak daranya tengok-tengok lampu katenye. 

Area Kinta River Walk ni memang banyak pokok lampu-lampu ala-ala i-City. So warga Ipoh, dah tak payah ke Shah Alam pun boleh bergambar dengan pkok lampu-lampu..hahaha



Dulu area ni malam-malam sunyi je..dulu kat sini la kampung aku (umah opah belah mak aku), tapak rumah betul-betul sebelah sekolah poi lam, sampai zaman aku kat universiti jugaklah rasenye baru gomen amik balik tanah tu, dan opah aku pun dah berpindah. Malam-malam nak tido sunyi je, takut woo, dengar bunyi macam-macam terasa macam duk kat hutan (belakang umah opah aku masa tu memang ade semak samun kecik siap ada pokok durian, so memang boleh consider kampung dalam bandar la, hehehe)

Ok back to topic, al-kisah daddynye ajak gi situ sebab nak dinner, masing-masing baru sampaikan, maklumlah hari Jumaat, so dia kesian la kat wife dia ni nak masak-masak. So aku pun ok la, tak pernah pegi lagi kan, kira ON je la.. Kami sampai dalam pukul 8 malam, orang pun tak ramai lagi, tapi terasa happening la, warga Ipoh makin membanjiri tempat tu, ade yang datang nak makan, ade yang nak main beskal, ade yang setakat nak jalan-jalan tengok lampu.

Kami mencuba makan di Dubliner's Cafe, tengok menu, ntah blurr kejap nak order ape, aku cari perkataan "rice"..haha maklumlah anak aku suka makan nasi, so menu aku kene la ade nasi..Dah siap order kami pun tengok-tengok la kawasan, amik-amik gambo sementara menunggu makanan sampai..Puas hati gak la dengan food di situ, sebab dengan RM 16 (set nasi, ayam ala chicken chop, telur goreng, dan coleslaw + appetizer + dessert + air juice) kenyang kami makan, nasi tu memang banyak..

Antara kedai-kedai makan yang ada kat situ macam, 21 Grilled, Haagen Dasz(cafe ice cream,kalo ibu mengandung tingin nak makan eskrem haagen dasz, leh la encik suami rush datang ke sini, masa aku pregnant x penah lagi ngidam eskem-tetibe teringat cite projek memikat suami, peti ais dah penuh eskem, tapi si ema maembong nak eskem brand lain plak, lagi 1 cite hindustan ape ntah tajuk aku lupa yang pretty zinta pregnant nak eskem mahai,  saif ali khan siap bawak pi hotel makan eskem, kui3). Ade jugak Palong Tin Museum, buka sampai pukul 10 malam. Boleh jugak sewa beskal, ade yang boleh naik sorang,  2 org & 3 org, availble sampai pukul 11 malam.

Tu la rope basikal yang boleh disewa, siap ade bumbung lagi..:)


So kalau singgah ke Ipoh, boleh la berjalan-jalan area Kinta River Walk. :)

Bawal Far**da

Taknak terlepas mencuba sesuatu yang menarik dan bagus..hehehe tadi pagi cuba buat, lepas tengok officemate ramai yang mula menggayakan fesyen tudung ni..memang senang sangat..

Tudung-tudung bawal yang masih ada lagi dalam simpanan tu lepas ni tak kesunyian la duk dalam almari..hehehe

Cantikkan..lagipun dengan gaya ni, tudung pun dapat dilabuhkan.. :)

thelifestoryteller were Posted via Blogaway


thelifestoryteller were Posted via Blogaway

I'm the Director Of Operations

klik untuk tonton video

pekerjaan yang tak kenal erti penat,
pekerjaan yang tiada bayaran gaji,
pekerjaan yang tidak kira masa,
pekerjaan yang tiada cuti,


As for me, once I have being entitled to this job, that's it,
Whatever it is, I have to do the very best to them...

Semalam Alisya demam, nak hantar pi taska kesian, takut jangkit ke kawan-kawan, takkan nak cuti lagi, baru hari selasa..so nak tak nak, aku hangkut sekali dia ke office..

tu tengah seronok melayan HI-5..sampai menerap atas meja..layankan aje la, asalkan tak kacau mummy nak keje sudah..

Isnin malam tu, semalaman tak boleh tido sebab dia merengek, plus muntah-muntah..adoiii, sabo aje la..
Kali ni demam nak tumbuh gigi lagi..aiseh, kesiannya la hai, kalau nak tumbuh gigi je demam..gigi geraham may be sakit lebih skit la tu..

Dok kat office plak tu dia tak nak baring langsung, aku ni bawak la toto kot die nak landing kalau dah penat/ngantuk..langsung dia tak nak baring, aku acah-acah baring dia plak marah..sudahnye, tengah hari naik lagi rumah aku yang tinggi tu, bagi dia tido kat umah..adoi keje macam hape je rasa...dugaan...bak kata mak aku, nnt kene qada balik mana masa keje yang aku culas tu..bilelah nak menggantinye..huhu tunggu anak dah beso sket la kot..huhuhuhu 

Malam semalam ok dah tak demam, so pagi ni hantar gi taska je la, segan nak mengangkut ke office, takut mengganggu orang lain..Pesan kat pengasuh taska kalau demam or nampak dia cranky semacam, bagitau, boleh datang ambil dia bawak balik..

So far tadi pengasuh kata dia ok, cuma nak berkepit dengan pengasuh faveret die, mama nor die..hehe nasib la..Alisya memang gitu, picky sket dengan orang lain, orang yang dia tak suka, tak nak nye die..Camno la kalau pindah nanti anak oiii...jenuh la nak bagi bekenan kat pengasuh baru..

Berita terbaru aku dok berwhatsapp dengan pengasuh tadi, ramai yang kena chicken pox plak..adoiyaiii, dengan pengasuh2 sekali kena katanye..
Ya Allah peliharalah anakku, moga dia sehat-sehat aje hendaknya, aminnn...

tudung mahal..tudung murah..

Isu hangat ni masa kini...Tapi kalau tanya pendapat aku yang paham sangat kepayahan nak mengolah idea dan mendapatkan registered paten ni..sebab aku pun ade 1 bahan yang sampai sekarang belum berjaya dipatenkan..aku berjaya setakat mohon no file paten je, dah dapat no file permohonan tu pun dah boleh masuk pertandingan anugerah harta intelek tau, belum lagi kalau berjaya dapat paten..Bahan aku tu pun tak siap-siap lagi..hahaha ntah bile la nak dapat hak paten aku pun tak tau..ok lupakan lah pasal hal aku tu...



So back to the topik, bagi aku janganlah kecam dia bila dia buat macam tu, diam-diam sudah la. Lantak kat dia, dah fesyen tudung layer2 tu rekaan diorang, biaq pi la nak jual tudung tu mahal ke murah ke, it's all about effort...sapa suh hang pa beli kalau dah tau tudung tu mahal..banyak lagi tudung lain kat pasaran, duit kita, so kalau rasa tak suka tak payah beli..Tudung saji pun hado kalau nak..hehee just joking...

Kalau kita tengok designer lain, tak kisah lah tudung ke, atau produk lain, contoh lah barangan LV, GUCCI...ade produk diorang yang rakyat marhaen macam aku ni mampu beli ke?nan hado kan..dah kalau purse pun 10k pejadah nye aku nak beli..so bila Mawar kata "Jika ingin berfesyen, ikutlah kemampuan diri.." betullah dia kata tu, tak perlu kite nak sentap bagai dengan ayat tu..

Sepanjang hidup aku, aku pun tak pernah beli tudung mahal, tudung aku tak pernah berharga lebih dari 45 hengget, kalau aku beli tudung A***NI sampai melayakkan aku jadi ahli tu, aku beli time diskaun, 3 helai RM100, hahaha means that sehelai baru 30++, sebab aku tau, aku tak mampu..So dok diam-diam sudah..beli je lah ape yang mampu..

Tapi aku rasa isunya bukan pembeli, isunya sekarang ni, penjual & pereka tudung tiruan tu la..ala, benda ni senang je, kalau dah kita tau kita tiru orang, lepas tu kalau kena tangkap, diam-diam sudah la, tak yah la nek menegakkan benang yang dah basah mengerekot..Sama macam ko duk dalam dewan exam, terang-terang ko ditangkap meniru, so masa tu ko nak pertahankan diri ke, bgtau yang ko tak meniru padahal dah terang lagi bersuluh...

Lagi satu isu zaman sekarang ni, adalah si keyboard warrior.....diorang ni macam dia sorang je tak buat dosa, orang lainlah yang berdosa sesaja..Golongan ni memang tak leh nak kata apa lah kan, mungkin dia ingat dengan membayar bil telco bulanan ataupun setakat pakai wi-fi free diorang boleh sesuka hati menaip..Bersabar je lah

Pakai tudung

Semalam ape angin ntah budak kecik ni nak bertudung..kekeke Lepas aku ajak die solat terus seronok pulak die bertudung..
Lama jugak la die dok bertudung tu..hehe kelako aku tengok budak kecik ni, dah la makin banyak akal..ade je aktiviti die...haihh kalau xde die, gamaknye sunyi lah hidup aku..dok sensorang time pjj dengan daddynye..
Jangan la fokus sangat kat kesemakan rumah aku tu, umah pjj biase la macam umah bujang, barang memang pakai ape yg ade je, senang nak angkut bila pindah nanti..hihi
Biase la..dah jadi mak ni kene sabo, umah semak tu pejam mata je la dulu, asal anak selamat & bahagia..hehe
Alhamdulillah atas kurniaan insan ini ya Allah...

thelifestoryteller were Posted via Blogaway

Drive Carefully


Ajal, maut, jodoh, pertemuan, tak pernah lewat walau sedetik. 
Itu memang tak dinafikan.

Kadang-kadang aku makin takut dengan sikap pemandu sekarang, tapi sebenarnye bukan sekarang je, dulu pun sama, it's just sekarang dah makin ramai orang yang ada lesen dan punya kenderaan, jadi jalan raya dah makin banyak kenderaan. 

6 tahun lepas, aku ulang alik guna highway, memang lengang je, jarang nak jumpa situasi highway jam, unless cuti perayaan. Tapi sekarang 2 tahun kebelakangan ni, pantang hujung minggu kereta dah mula memenuhi highway, tambah-tambah kalau musim cuti sekolah, lagilah, banyak kenderaan atas highway.

Sekarang ni lagilah, bertambah seorang penumpang cilik dalam kereta tu tiap kali berulang alik, aku selalu cakap kat Alisya, kita nak balik jauh, duk diam-diam, jangan merengek, kalau ngantuk tido, rehat, mummy nak drive, nanti dah sampai mummy dukung. Ada masa memang dia merengek juga, kebosanan mungkin. Lagilah mencabar pemanduan aku, emosi memang kena jaga, yelah bukan senang nak tenangkan baby utk long distance journey yang hanya ada kita & dia je dalam kereta. huhuh Alhamdulillah, Allah sentiasa melindungi kami, selamat sampai ke destinasi yang dituju.

2 minggu lepas, sedang memandu pulang, aku berselisih dengan pelajar dari institusi tempat aku bekerja di highway, pelajar tu siap buat aksi superman atas motor!!!!fuhhh memang memalukan betul!!!aku kenal la budak tu sebab pakai beg insitusi tempat aku bekerja. haihh memang naik darah aku dibuatnya...

Lepas ni kalaupun korang dah pernah tengok video ni, ataupun video lain yang seumpamanya..ambillah iktibar, memandulah secara berhemah. Ingat orang yang tersayang, ingat pemandu lain, ingat tanggungjawab, ingat beban yang harus ditanggung bila kita dah tiada nanti, jangan susahkan orang. 

Bagi aku dalam hidup aku  ni senang je, aku tak suka nak susahkan orang, so aku harap orang tak susahkan hidup aku.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme