Balik Ipoh CNY 2016

Duk belek-belek gambar dalam henfon, ternampak gambar-gambar masa balik Ipoh cuti CNY ari tu..huhu dah nak dekat 3 bulan lah kami tak balik Ipoh ni..

Insyaallah dalam masa terdekat ni nanti kami akan balik..rindunya jangan cakaplahkan, tapi suami dan anak-anak pengubat kerinduan, sebab diorang pun rindu dengan kesayangans di Ipoh..

Especially Alisya la, asyik sebut embah, opah, atuk, paman, bibik, sepupu dia..semua die sebut bila-bila teringat..Sofea tak tau apa lagi, hehe


👆plannya nak ke Funtasy House yang terletak di Pekan Ipoh tapi tutup sbb CNY, end up kami berjalan-jalan sekitar kawasan..macam-macam la yang menarik perhatian..muzium Yasmin Ahmad, kedai-kedai hipster, tapi semua kami tengok-tengok je..☺


Ajak opah jalan-jalan AEON baru kat Klebang..hehe tak pernah merasa sangkaya(eskrem kelapa) so kita cuba la kan..nak sampai thailand ntah bila.. sedap dan banyak, berbaloi la harga setempurung tu 9ringgit> rasanya..


Daddy geng MTB dia 1 Malaysia..Balik kampung pun gi cycling..hehe tak pe la, kita gi Padang Polo bawak kakak main taman..

Balik kali ni, seronok sebab dapat spend time dengan family sebaiknya..masa balik Dec 2015 lepas, busy dengan preparation aqiqah untuk Nur Sofea..☺

posted from Bloggeroid

Follow jamboree mtb lagi

Awal April ari tu lagi sekali kami follow en husband ke event kayuhan mtb. Kali ni di Ayer Hitam. Tahun lepas dah pernah join, tapi masa tu bertiga, hehe kali ni berempat.

Kali ni kami book hotel bajet je, lagipun hotel tu memang dekat sangat dengan tempat starting event tu, so mudah.
Sampai je dekat hotel, Alisya tanya, "kolamnye mana mummy?" hehehe dia ingat macam hotel kat Batu Pahat ari tu..😂

Aku dah plan sebenarnya, sampai Ayer Hitam ni nak beli karpet. Sebab memang kawasan ni, banyak jual barang-barang persiapan perkahwinan dan karpet.
kami sampai dah nak petang juga, then lepas cek in kami terus gi cari makan kudapan petang. Lepas dah makan, terus gi cuci mata kat kedai-kedai yang jual karpet.

Lepas dah tengok-tengok, bincang-bincang, dapat la sambar 1..Seriously, bab tawar menawar ni en husband yang pandai, hehe nak shopping tempat-tempat boleh tawar, ajak la dia..hehe

Ni la karpetnye..menggantikan playmat yang dah berlubang-lubang di korek Sofea. Risau sebab lepas dia korek, perca plastik tu dia masuk ke mulut, tu yang kena tukar jugak la kepada yang baru.

Lepas dah dapat karpet, en husband terus bentang kat bilik hotel tu, buat kami lepak-lepak. Malamnya, kami makan kat kedai dekat-dekat dengan hotel je.

Tengah tunggu order makan sampai..

singgah kedai nak beli makanan untuk lepak-lepak kat bilik, boleh pulak Alisya request nak beli sepit rambut..😂 gegirl sangat anak saye ni..😁

Esok pagi, event berlangsung..Macam biasa aku stay dengan anak-anak kat bilik, layan diorang landing main-main. Dalam jam 11 lebih daddy dah siap kayuh beskal dah dapat medal.


Dalam 12.30 kami cek out, huhu nama je hotel bajet, lewat cek out kene surcaj tau..😜 haha adoi, layankan je la..Ok tu je la kisah percutian singkat ke Ayer Hitam..
posted from Bloggeroid

Cuti-cuti & jamboree mtb

Fuhh lamanya tak menulis, ok lah nak nak rekod sikit kenangan kehidupan, takut lupa pulak nanti..

On 11th march ari tu, kami 1 famili follow encik husband gi jamboree mtb di batu pahat. Since bersalin Sofea Jun 2015 memang kami tak de gi cuti-cuti lagi..cuti balik kampung ade la 2 kali masa december 2015 & februari 2016. Aku pulak ade outstation masa januari ari tu ke Ipoh, tinggal anak-anak dengan en husband..masa outstation tu memang all out sbb pegi geng2 perempuan, siap berjacuzzi bagai semuanya..hihi

So macam kesian pulak kat anak-anak asyik duk umah, gi skolah je..aku pun decide cari la hotel yang ada swimming pool and best sikit, supaya anak-anak rasa seronok. Satu-satunya hotel kat batu pahat yang ada swimming pool ada Katerina Hotel. So aku pun booked je la dah niat kan nak stay hotel ade pool.

Kitorang sampai batu pahat dalam jam 1.30, en husband gi daftar dia punya jamboree beskal dia, then plan nak terus gi makan before cek in hotel. Nak cari asam pedas la kononnya, batu pahat kan femes dengan asam pedas. Tapi kedai yang di war-warkan kat dalam fb tu tutup la pulak. Dah tak tau nak gi mana, sudahnya kami makan fast food je..haha tu memang pilihan selamat bila gi mana-mana

Sudah makan, kami cek in hotel, budak berdua tu happy la tido hotel, kemain lagi..Sofea mula takut, asek nak berkepit je, tapi sudahnya merangkak serata ceruk bilik..hehe


Petang tu amik peluang bawak anak-anak gi mandi pool. Memang seronok sangat la anak-anak, especially si kecik, Sofea..ngelejat dia dalam pool. Alisya takut, berpeluk je dengan daddy tapi nak mandi pool..😁



Malam, blurrr lagi nak makan apa, haha sebab nak g makan mee racun [femes gak kat batu pahat] agak jauh dari hotel tu, rasa macam malas nak g jauh-jauh. Nak masuk mall tak leh tinggal basikal en husband duk atas kereta, risau gak, kene gi tempat yang parking dekat dengan kedai..hehe so kami pun round je nampak kedai, kami berhenti.


Sementara tunggu makanan sampai..dua beradik ni dok bergurau senda..☺

Ok..esok paginya en husband ke tempat jamboree.. aku stay dengan anak-anak kat bilik je..dua beradik, bangun awal, tapi si adik tido balik, letih la tu..bila dua2 dah bangun, aku umpan diorang mandi bathtub pulak..haha seronok la dua beradik tu..

Dah siap2 mandi, pakai baju semua..teringat ade breakfast..rasa rugi pulak kalau tak turun makan kan..so aku tawakal bawak budak berdua ni, rasa macam terjamin keselamatan sebab yang makan mesti orang2 yang stay kat hotel je..

Beriye kakak kalau keluar makan, asek nak suapkan mummy daddy je..

Dalam pukul 11.30, en husband habis jamboree, dia sampai hotel, kami pun siap2 cek out dalam 12.30..terima kasih banyak hotel sebab tak kenakan surcaj sebab cek out lewat, may be sebab dah bgtau awal kot..hehe

Tu la cerita percutian singkat kami ke batu pahat..☺
posted from Bloggeroid

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme