Cuti-cuti & jamboree mtb

Fuhh lamanya tak menulis, ok lah nak nak rekod sikit kenangan kehidupan, takut lupa pulak nanti..

On 11th march ari tu, kami 1 famili follow encik husband gi jamboree mtb di batu pahat. Since bersalin Sofea Jun 2015 memang kami tak de gi cuti-cuti lagi..cuti balik kampung ade la 2 kali masa december 2015 & februari 2016. Aku pulak ade outstation masa januari ari tu ke Ipoh, tinggal anak-anak dengan en husband..masa outstation tu memang all out sbb pegi geng2 perempuan, siap berjacuzzi bagai semuanya..hihi

So macam kesian pulak kat anak-anak asyik duk umah, gi skolah je..aku pun decide cari la hotel yang ada swimming pool and best sikit, supaya anak-anak rasa seronok. Satu-satunya hotel kat batu pahat yang ada swimming pool ada Katerina Hotel. So aku pun booked je la dah niat kan nak stay hotel ade pool.

Kitorang sampai batu pahat dalam jam 1.30, en husband gi daftar dia punya jamboree beskal dia, then plan nak terus gi makan before cek in hotel. Nak cari asam pedas la kononnya, batu pahat kan femes dengan asam pedas. Tapi kedai yang di war-warkan kat dalam fb tu tutup la pulak. Dah tak tau nak gi mana, sudahnya kami makan fast food je..haha tu memang pilihan selamat bila gi mana-mana

Sudah makan, kami cek in hotel, budak berdua tu happy la tido hotel, kemain lagi..Sofea mula takut, asek nak berkepit je, tapi sudahnya merangkak serata ceruk bilik..hehe


Petang tu amik peluang bawak anak-anak gi mandi pool. Memang seronok sangat la anak-anak, especially si kecik, Sofea..ngelejat dia dalam pool. Alisya takut, berpeluk je dengan daddy tapi nak mandi pool..😁



Malam, blurrr lagi nak makan apa, haha sebab nak g makan mee racun [femes gak kat batu pahat] agak jauh dari hotel tu, rasa macam malas nak g jauh-jauh. Nak masuk mall tak leh tinggal basikal en husband duk atas kereta, risau gak, kene gi tempat yang parking dekat dengan kedai..hehe so kami pun round je nampak kedai, kami berhenti.


Sementara tunggu makanan sampai..dua beradik ni dok bergurau senda..☺

Ok..esok paginya en husband ke tempat jamboree.. aku stay dengan anak-anak kat bilik je..dua beradik, bangun awal, tapi si adik tido balik, letih la tu..bila dua2 dah bangun, aku umpan diorang mandi bathtub pulak..haha seronok la dua beradik tu..

Dah siap2 mandi, pakai baju semua..teringat ade breakfast..rasa rugi pulak kalau tak turun makan kan..so aku tawakal bawak budak berdua ni, rasa macam terjamin keselamatan sebab yang makan mesti orang2 yang stay kat hotel je..

Beriye kakak kalau keluar makan, asek nak suapkan mummy daddy je..

Dalam pukul 11.30, en husband habis jamboree, dia sampai hotel, kami pun siap2 cek out dalam 12.30..terima kasih banyak hotel sebab tak kenakan surcaj sebab cek out lewat, may be sebab dah bgtau awal kot..hehe

Tu la cerita percutian singkat kami ke batu pahat..☺
posted from Bloggeroid

0 Response to "Cuti-cuti & jamboree mtb"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme