Follow jamboree mtb lagi

Awal April ari tu lagi sekali kami follow en husband ke event kayuhan mtb. Kali ni di Ayer Hitam. Tahun lepas dah pernah join, tapi masa tu bertiga, hehe kali ni berempat.

Kali ni kami book hotel bajet je, lagipun hotel tu memang dekat sangat dengan tempat starting event tu, so mudah.
Sampai je dekat hotel, Alisya tanya, "kolamnye mana mummy?" hehehe dia ingat macam hotel kat Batu Pahat ari tu..😂

Aku dah plan sebenarnya, sampai Ayer Hitam ni nak beli karpet. Sebab memang kawasan ni, banyak jual barang-barang persiapan perkahwinan dan karpet.
kami sampai dah nak petang juga, then lepas cek in kami terus gi cari makan kudapan petang. Lepas dah makan, terus gi cuci mata kat kedai-kedai yang jual karpet.

Lepas dah tengok-tengok, bincang-bincang, dapat la sambar 1..Seriously, bab tawar menawar ni en husband yang pandai, hehe nak shopping tempat-tempat boleh tawar, ajak la dia..hehe

Ni la karpetnye..menggantikan playmat yang dah berlubang-lubang di korek Sofea. Risau sebab lepas dia korek, perca plastik tu dia masuk ke mulut, tu yang kena tukar jugak la kepada yang baru.

Lepas dah dapat karpet, en husband terus bentang kat bilik hotel tu, buat kami lepak-lepak. Malamnya, kami makan kat kedai dekat-dekat dengan hotel je.

Tengah tunggu order makan sampai..

singgah kedai nak beli makanan untuk lepak-lepak kat bilik, boleh pulak Alisya request nak beli sepit rambut..😂 gegirl sangat anak saye ni..😁

Esok pagi, event berlangsung..Macam biasa aku stay dengan anak-anak kat bilik, layan diorang landing main-main. Dalam jam 11 lebih daddy dah siap kayuh beskal dah dapat medal.


Dalam 12.30 kami cek out, huhu nama je hotel bajet, lewat cek out kene surcaj tau..😜 haha adoi, layankan je la..Ok tu je la kisah percutian singkat ke Ayer Hitam..
posted from Bloggeroid

0 Response to "Follow jamboree mtb lagi"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme