Daisypath Anniversary tickers
CafeMom Tickers

Alisya & Upin&Ipin

Kalau upin&ipin memang kusyuk die tengok. Tak de la all the time suruh die tengok video je. Kalau mummy tengok die merangkak,memanjat aktif sangat, sampai penat nak kejar, tunjuk la cite upin&ipin ni bagi die take 5 jap..
Published with Blogger-droid v2.0.10

happy 56th years of merdeka to Malaysia


Selamat Hari Merdeka yang ke 56 kepada tanah airku Malaysia..Semoga kita sentiasa memajukan diri agar kemerdekaan yang dikecapi ini tidaklah sia-sia..
p/s:happy birthday juga untuk adik aku yang lahir tarikh ni.Tahun ni dapat present baby, ok le tu kui3
Published with Blogger-droid v2.0.10

ikat anak


Apabila ibu bapa di China tidak mampu membayar dan membawa anak mereka ke penjagaan kanak-kanak, mereka meninggalkan anak-anak mereka di tempat kerja atau meletakkannya di jalan-jalan dengan diikat.





huhu sedih sangat aku tengok gambar ni, tapi inilah yang dinamakan kehidupan, huhu...
Dalam kita bersenang-senang, ada orang lain sedang bertarung untuk meneruskan kehidupan..
Ya Allah bersyukurnya kita masih mampu membiaya penjagaan anak kita.
Sebak naluri keibuan tengok gambar-gambar ni..
Teringat anak aku kat taska tu, huhu..

Tapi aku macam nak beli benda ni, bila Alisya dah pandai jalan nanti..
Bukan apa, sekarang ni kan macam-macam kisah culik, so kena amik early precaution.

macarons



First time merasa macarons..warnamu memang menarik..tapi rasanya mak aihhh, memang boleh potong kaki kalau makan selalu..walaupun aku ni penggemar dessert, tapi macarons adalah sangat bukan taste saya..beli 6 ketul , tapi makan 2 je, 1 aku makan, lagi 1 hubby makan..lagi 4 tak sanggup nak makan..memang tak beli dah lepas ni..
Published with Blogger-droid v2.0.10

18 Syawal 1434H

muka lepas kena sunat, air mata ade lagi kat hujung mata...~


Selamat dah Alisya dikhatankan,pada usia 8 bulan 2 hari. Sebenarnya dah lama dah nak khatankan die,tapi baru last week misi tu berjaya dilaksanakan. Sebelum ni ade je aktiviti lain yang lebih penting nak didahulukan.
Jenuh jugak sebab dia dah 8 bulan,dah kenal orang. Memang meraung la kawan tu bila kene baring,kena pegang dengan orang yang tak dikenali.
Ps:18 Syawal 1432H hari pernikahan kami..tak sangka sama tarikh pulak..:) 2 tahun sudah,moga terus bahagia bersama hingga ke syurga dan semoga kami sentiasa membangunkan diri dalam mewujudkan rumahtangga yang mawaddah wa rahmah, aminnnn..
Published with Blogger-droid v2.0.10

Ditangkap Meniru

Artikel Dari Berita Harian 16082013 : Ditangkap Meniru

Dari pengalaman aku bekerja dalam bidang pendidikan, masalah ni bukanlah masalah baru, dari dulu lagi masalah ni telah menghantui sikap pelajar kita. Masalah ni semakin menjadi-jadi, seolah-olah pelajar semakin berani, macam kes tembak-menembak yang dah semakin berleluasa di Malaysia sekarang ni.

Setiap semester akan ada kes pelajar ditangkap meniru. Tak kiralah pelajar semester 1 ke, pelajar semester akhir ke, sama je. Selalunya pelajar ini cenderung meniru bagi subjek-subjek teori, yang memerlukan pelajar memahami fakta-fakta. Bagi subjek yang melibatkan pengiraan adalah jarang berlaku kes pelajar meniru.

Dan kalaulah kita berikan soalan assignment kepada pelajar, hasil akhir yang dihantar tu bukanlah hasil asli mereka. Sebenarnya itu adalah hasil tiru. Macam mana aku tak kata macam tu, contoh, kalau 1 class semua pelajar buat jawapan akhir 3+2=6. Bukan meniru ke tu???? Meniru sampai otak lemau, benda boleh congak pun die tak nampak salah ke betul.

Bagi pendapat aku, walau sesusah mana pun soalan yang diberikan, jangan meniru. Walaupun kita sukses semasa belajar, dengan meniru. Allah itu Maha Adil. Belum tentu lagi masa depan kita akan turut sukses.

Kisah Aku Memberi Tiru

Aku ada kisah meniru ni masa aku belajar di Matrikulasi dulu aku pernah dicuit oleh lecturer, sebab masa tu kawan sebelah aku tanya soalan pada aku. Masa tu kami ambil test dalam dewan kuliah, duduk pulak sebelah-sebelah je, memang boleh sangat kalau nak meniru, tapi aku tak meniru, kawan sebelah aku tu yang sibuk nak tanya jawapan aku. Berkali-kali dia bertanya soalan tu aku buat bodoh, fokus aku makin hilang bila die sibuk kacau aku, aku jadi bengang, so malas nak bising-bising aku pun tunjuk la jawapan kat die. Kebetulan lecturer lalu belakang aku, terus dicuit aku..huh bengang aku dengan kawan aku tu. Sampai sekarang kalau aku ingat memang aku bengang la. Sampai sekarang aku serik dah dan kalau aku teringat muka dia memang haihh boleh hilang mood, sebab dia la lecturer cuit aku, malu kot, walapun orang lain tak nampak tapi reputasi aku depan lecturer tu mesti teruk, nasib lecturer yang jaga test tu tak mengajar aku.

Allah itu Maha Adil 

Pengalaman aku sendiri, aku bukanlah pandai sangat masa zaman belajar. Tapi aku tak lawan cakap cikgu/lecturer, tak sakitkan hati cikgu/lecturer, tak meniru. Walaupun lecturer tu nak buat class malam pun tak pernah merungut, datang je class. Walapun lecturer tu sekejap dia kata ayat aku salah, bila aku dah betulkan ikut yang dia nak pun salah jugak, aku ikutkan aje lah. Resultnya, walaupun aku tak de pengalaman kerja, result belajar aku pun biasa-biasa je, tapi Alhamdulillah jalan aku mendapatkan pekerjaan lepas je tamat belajar dulu dipermudahkan.

Cara Menangani Pelajar Meniru

Dulu masa awal-awal aku sanggup sediakan banyak set soalan untuk quiz, test & assignment. So students aku memang tak de chance la nak meniru. kalau quiz/test aku make sure soalan students yang duduk bersebelahan, depan & belakang takkan sama, so at least aku kene sediakan 4 set soalan.

Dalam kelas pun kalau aku buat quiz/test memang aku tau, ade je yang jeling-jeling kawan sebelah. tapi awal-awal sebelum mula quiz/test aku dah cakap secara gentle, "Kalau awak rasa nak meniru, kalau saya tak nampak, Allah nampak. Kalau bukan sebab saya, ingatlah muka mak ayah awak kat rumah tu bila-bila masa je awak nak buat jahat." Memang aku akui, semakin moden, pelajar semakin memandang sinis dengan kata-kata aku tu, kalau dulu diorang pandang serius, tapi sekarang ada yang jadikan benda tu bahan gurauan, aku tak kisah, tu urusan dia dengan Yang Atas, aku dah sampaikan apa yang patut aku sampaikan.



Jadi, pesan aku kepada mana-mana students yang ada terbaca blog aku ni, sudah-sudahlah meniru tu. Hentikan je lah sikap tak berfaedah tu. Dapat dosa, lepas tu pensyarah sakit hati, marah kat students (walaupun cikgu/pensyarah marah dalam hati, tapi pensyarah ni macam mak ayah kite, sekali die sakit hati, memang tak berkatlah kita nanti), hasilnya macam mana ilmu yang kita belajar tu nak senang faham..kan????

orang baru 14082013

Semalam dengan rasminya cucu mama aku dah bertambah lagi sorang..
Wife adik aku dah selamat bersalinkan anak perempuan, gegirl macam Alisya juge..
Penantian diorang selama setahun lebih berakhir semalam..
Cucu sulung aka anak saya tu dah jadi kak long kawasan la sekarang..hahaha

tak sabo die nak beraya ni..
due sepatutnya bulan depan, keluar awal 3 minggu..

syawal 1434H



Day 1
Beraya bersama keluarga mertua. Seronok dengan keletah anak-anak buah & anak sendiri. Macam-macam ragam, dengan Alisya yang tak boleh berenggang dengan mummy.
Kami beraya dari Ipoh sampai ke Pantai Remis. Malam baru sampai rumah, dan jugak la Alisya tido 2 kali dalam kete lepas dah puas main cak cak dengan opah & atuknye dalam kete.
Day 2
Beraya dengan mama & adik-adik. Then macam biasa kerumah embah, upacara tahunan, persidangan keluarga embah Salami Suji (moyang Alisya).
Macam tahun lepas, suami sayelah yang berucap bagi pihak keluarga kecil kami, hehe Esok Alisya dah besar bagi chance die plak cakap.
Day 3
Siang duk umah je, malam baru pegi beraya umah wak Basariah (kakak arwah bapak).
Day 4
Attended majlis kenduri anak jiran.
Day 5
Bergambo raya dengan embahnye Alisya, nak gambo raya sedondon oren katenye.
Day 6
Esok suami dah nak keje. Mummy & Alisya cuti lagi.

P/s:Aiseh cuti dah nak abes la..huhu tak syok perasaan sampai. Sampai mata tak lalu nak pejam memikirkan ketaksyokkan tu..huhuhuhuhuhu
Published with Blogger-droid v2.0.10

salam lebaran 2013


Published with Blogger-droid v2.0.10

revolusi notebook ku

1. ACER Travelmate 290

Dibelikan oleh ibuku, pada tahun 2004. Course IT yang di ambil memerlukan aku untuk pakai PC/laptop. Pada masa tu aku bukannya pandai sangat pasal laptop ni. Mak & Ayah aku serahkan sepenuhnya tugas mencari laptop pada pak cik aku. Aku pun terima je la ape yang dibelikan, katenye masa aku beli laptop ni baru je release beberapa minggu, ingat lagi harganya RM4980, huhu terasa bersalah sangat kat mama & bapak sebab belikan laptop mahal kat aku kalau aku tak belajar betul-betul. 
Masa zaman tu bawak laptop ni kehulu kehilir, naik turun bas balik kampung pun ok je.Tak terasa berat pun..haha cuba sekarang bagi laptop ni suruh aku bawak, kirim salam la..kui3
  
2. DELL Mini 12'

Kemudian, tahun 2008, lepas dah kerja lebih kurang 6 bulan kerja dengan Politeknik, ekonomi aku dah stabil, lagipun masa tu komitmen xde lagi, duit berkepuk bak hang, hahaha Laptop Acer aku buat hal pulak, Impian hati nak beli MAC Book, tapi mahal sangat, so aku rasa tak berbaloi pulak, terus aku beli netbook DELL ni. Ade rupa macam MAC skit jadi la..kui3 OK la netbook ni, memang pegi induksi, btn, kursus, bengkel etc, netbook aku ni menjadi kegemaran. Ade je yang berkenan nak beli macam aku punya ni..hahaha 
Tahan lagi netbook ni sampai sekarang masih boleh function lagi, cuma lembab and battery dah KONG.

3. ACER P3


Latest gajet, pemberian encik suami, adalah ACER P3. Canggih la buat masa ni kan, hehehe Masa depan kita tak tau lagi, mungkin ada lagi yang canggih manggih.

p/s : no 4 apa pulak..hahaha ntah la..aku pun dah semakin tak obses dengan teknologi ni, asalkan laptop tu boleh bantu aku buat kerja, senang nak bawak, laju, OK je bagi aku..:)

impian memiliki ACER P3 ULTRABOOK

Assalam readers, kali ni kita bersiaran dari rumah, sebab mummy dah mula bercuti..ditemani suami & anak yang sedang lena diulit mimpi..kui3, pesen anak beranak ni tido same je, hik3..

Seperti tajuk kat atas tu, mummy sebenarnya tengah menyimpan duit nak beli laptop baru. Memandangkan netbook mummy yang dibeli pada tahun 2008 tu dah semakin merudum tahap aksinya. Nak bawak pegi kursus @ bengkel pun segan-segan je rasenye. Nak tunggu On ready mode tu makan masa gak la, and biase la batery pun dah KONG. Apetah lagi nak bawak ke kelas, segan jugak, mengajar subjek computer tapi sendiri punya netbook dah jahanam, haha sadis betul lecturer ni kan..

Target mummy untuk laptop ke-3 ni dapat lah kiranya merasa pakai ultrabook..hehehe ye lah laptop dah merasa pakai masa zaman belajar dulu, then awal-awal kerja, pakai netbook..sekarang nak jugak merasa pakai ultrabook ni..Consultant mummy, tak lain tak bukan sape lagi kalau bukan encik suami saya tu, suggestkan beli ACER P3. Mummy pun bile review, canggih gak benda alah ni, rare la dari yang biasa.

Kalau bawak pi class students nampak la lecturer tu hebat sket kan. Kalau setakat nak beli laptop yang sama mcm students tak syok la (Students sekarang bukan macam kite dulu, diorang ni kayo-kayo tau (padahal duit mak ayah), jadi kita kena tunjuk hebat kalau kita nak tarik perhatian dia dalam class - nanti kita tulis entri lain pasal tips nak tarik perhatian students)

Dalam dok sabar nak mencukupkan duit tu, tetibe Jumaat lepas ade la insan yang baik hati memakbulkan impian mummy, ngeh3...Terharu betul rasenye, dengan hadiah yag diterima. :)


Terima kasih enck suami yang menghadiahkan ultrabook ACER P3 ni kepada mummy, duit simpanan untuk beli laptop tu boleh la buat renew roadtax & insurans kereta..hehehe Maklumlah tahun ni tak de bonus, dapat bantuan raya je..kui3, apa-apa pun Alamdulillah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme