Ditangkap Meniru
Artikel Dari Berita Harian 16082013 : Ditangkap Meniru
Dari pengalaman aku bekerja dalam bidang pendidikan, masalah ni bukanlah masalah baru, dari dulu lagi masalah ni telah menghantui sikap pelajar kita. Masalah ni semakin menjadi-jadi, seolah-olah pelajar semakin berani, macam kes tembak-menembak yang dah semakin berleluasa di Malaysia sekarang ni.
Setiap semester akan ada kes pelajar ditangkap meniru. Tak kiralah pelajar semester 1 ke, pelajar semester akhir ke, sama je. Selalunya pelajar ini cenderung meniru bagi subjek-subjek teori, yang memerlukan pelajar memahami fakta-fakta. Bagi subjek yang melibatkan pengiraan adalah jarang berlaku kes pelajar meniru.
Dan kalaulah kita berikan soalan assignment kepada pelajar, hasil akhir yang dihantar tu bukanlah hasil asli mereka. Sebenarnya itu adalah hasil tiru. Macam mana aku tak kata macam tu, contoh, kalau 1 class semua pelajar buat jawapan akhir 3+2=6. Bukan meniru ke tu???? Meniru sampai otak lemau, benda boleh congak pun die tak nampak salah ke betul.
Bagi pendapat aku, walau sesusah mana pun soalan yang diberikan, jangan meniru. Walaupun kita sukses semasa belajar, dengan meniru. Allah itu Maha Adil. Belum tentu lagi masa depan kita akan turut sukses.
Kisah Aku Memberi Tiru
Aku ada kisah meniru ni masa aku belajar di Matrikulasi dulu aku pernah dicuit oleh lecturer, sebab masa tu kawan sebelah aku tanya soalan pada aku. Masa tu kami ambil test dalam dewan kuliah, duduk pulak sebelah-sebelah je, memang boleh sangat kalau nak meniru, tapi aku tak meniru, kawan sebelah aku tu yang sibuk nak tanya jawapan aku. Berkali-kali dia bertanya soalan tu aku buat bodoh, fokus aku makin hilang bila die sibuk kacau aku, aku jadi bengang, so malas nak bising-bising aku pun tunjuk la jawapan kat die. Kebetulan lecturer lalu belakang aku, terus dicuit aku..huh bengang aku dengan kawan aku tu. Sampai sekarang kalau aku ingat memang aku bengang la. Sampai sekarang aku serik dah dan kalau aku teringat muka dia memang haihh boleh hilang mood, sebab dia la lecturer cuit aku, malu kot, walapun orang lain tak nampak tapi reputasi aku depan lecturer tu mesti teruk, nasib lecturer yang jaga test tu tak mengajar aku.
Allah itu Maha Adil
Pengalaman aku sendiri, aku bukanlah pandai sangat masa zaman belajar. Tapi aku tak lawan cakap cikgu/lecturer, tak sakitkan hati cikgu/lecturer, tak meniru. Walaupun lecturer tu nak buat class malam pun tak pernah merungut, datang je class. Walapun lecturer tu sekejap dia kata ayat aku salah, bila aku dah betulkan ikut yang dia nak pun salah jugak, aku ikutkan aje lah. Resultnya, walaupun aku tak de pengalaman kerja, result belajar aku pun biasa-biasa je, tapi Alhamdulillah jalan aku mendapatkan pekerjaan lepas je tamat belajar dulu dipermudahkan.
Cara Menangani Pelajar Meniru
Dulu masa awal-awal aku sanggup sediakan banyak set soalan untuk quiz, test & assignment. So students aku memang tak de chance la nak meniru. kalau quiz/test aku make sure soalan students yang duduk bersebelahan, depan & belakang takkan sama, so at least aku kene sediakan 4 set soalan.
Dalam kelas pun kalau aku buat quiz/test memang aku tau, ade je yang jeling-jeling kawan sebelah. tapi awal-awal sebelum mula quiz/test aku dah cakap secara gentle, "Kalau awak rasa nak meniru, kalau saya tak nampak, Allah nampak. Kalau bukan sebab saya, ingatlah muka mak ayah awak kat rumah tu bila-bila masa je awak nak buat jahat." Memang aku akui, semakin moden, pelajar semakin memandang sinis dengan kata-kata aku tu, kalau dulu diorang pandang serius, tapi sekarang ada yang jadikan benda tu bahan gurauan, aku tak kisah, tu urusan dia dengan Yang Atas, aku dah sampaikan apa yang patut aku sampaikan.
Jadi, pesan aku kepada mana-mana students yang ada terbaca blog aku ni, sudah-sudahlah meniru tu. Hentikan je lah sikap tak berfaedah tu. Dapat dosa, lepas tu pensyarah sakit hati, marah kat students (walaupun cikgu/pensyarah marah dalam hati, tapi pensyarah ni macam mak ayah kite, sekali die sakit hati, memang tak berkatlah kita nanti), hasilnya macam mana ilmu yang kita belajar tu nak senang faham..kan????
0 Response to "Ditangkap Meniru"
Post a Comment