penang dec 2013

Last cuti-cuti Februari 2013, ala setakat pegi Cameron je. Then hujung tahun ni baru nak rehat-rehat otak bercuti. Kebetulan adik aku mengajak ke Penang, ajak pegi ramai-ramai sefamili. Aku ok je, memandangkan students cuti sem, so boleh la aku cuti rehat-rehatkan diri dari pikir hal keje je. 
Kami bertolak dari Ipoh seawal pukul 8 pagi 21 December, 


Destinasi pertama adalah ofis daddy..haha..
daddy tertinggal charger handphone
budak berdua ni dah posing snap2 gambar dulu..

 Kemudian, kami singgah beli Jeruk Madu Pak Ali..memborong jeruk..

 Perjalan ke bahagian pulau menuju ke destinasi tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat menuntut ilmu. Tempat pertama kali berjauhan dengan keluarga.

Terkesan dalam hati bila nampak dinding-dinding sekolah ku ada gambar-gambar semua bekas-bekas pelajar. Kenangan lama mengusik kembali hati ini, syahdu rasa melihat semua kawasan.

Dah puas melepas rindu, kami terus cek in ke homestay. Kami stay di Soleha Homestay, Pinang Emas Apartment, Batu Feringghi. Last minute booked, awal December book, almost semua hotel, homestay dah full. Biase la cuti sekolah kan, nasib jugak lah dapat homestay ni.

Melepas lelah barang sejam dua kat homestay..haha
aku & hubby tak boleh nak rehat pun, sebab Alisya excited sangat. Semua orang tido, tapi dia boleh pulak main-main riang gembira.

Lepas Asar kami keluar, sambung berjalan. Plannye nak ke Toy Museum. On the way ke Toy Museum, ternampak Masjid Terapung. Singgah sebentar.




Posing berdua., ehem2..:)


Alisya terlentok lena dekat embahnye..
Tu la orang semua tido
die main, orang berjalan time tu la die nak tido..

Lepas tu kami menuju ke Toy Museum, tapi hampa sebab Toy Museum tu dah berpindah ke tempat lain. Nak ke tempat baru tu, kene patah balik, jaan mak aih, bapak jemmmmm...
Last-last jalan-jalan kat Pasar Malam Batu Feringghi, tapi gerai-gerai belum bukak lagi.
so kami decide untuk makan la, isi perut dulu..
Not bad la food Bayu Senja, Bistro Seafood kat area Kompleks Batu Feringghi ni. Puas dapat makan seafood, next jalan-jalan kat pasar malam Batu Feringghi.
Cuci mata je tengok-tengok, pas tu balik homestay..
Esok pulak sambung jalan-jalan..


last jumuah of 2013 luncheon


Salam Jumaat semua..hari ni I cuti uollss...Hari ni Jumaat terakhir untuk 2013..
Sape yang keje/bersekolah kat Johor, today will be the last Friday u guys will be working, after this cuti Johor Jumaat sabtu..Kalau ade jodoh nanti Alisya pun akan bersekolah Ahad - Khamis, In sha Allah..
Hari ni I extra rajin memasak..ade sambal udang, popcorn fried chicken, sayur kicap & telur masin..Jemput makan semua.. :)
Published with Blogger-droid v2.0.10

happy 1st birthday Nur Alisya



Alisya Year 1 VS Alisya Day 1
 

Yesterday was my dear Alisya first birthday. We organized a mini celebration for her at our home. Just invited close relatives & neighbours. Start with reciting yassiin, then ' upacara potong cake', and makan-makan.
Thanks guest for coming & also so many thanks for the present from atuk, opah, embah, paman, bibik. 

Published with Blogger-droid v2.0.10

puting botol susu berkerak

Kerap tak puting botol susu anak korang berkerak? Berkerak means, ade macam ketul2 susu melekat especially di celah tepi puting botol susu. Rasanye Alisya ni setiap 2 bulan kena tukar puting botol susu dia. Sebab dah 4 kali aku beli set puting botol dia ni sepanjang setahun ni. 
Aku mencari jugak tips nak bersihkan puting botol and make sure tahan lama puting botol ni. Macam-macam respond aku baca :

1. Ada yang kata kena bersihkan botol susu segera lepas habis anak kita minum susu. (ni memang aku ade apply kat umah, tapi kalau botol kat taska wallahualam la kan)

2. Ada yang kata jenis susu penyebab puting tu senang berkerak atau tak.(ni aku rase sama je..dulu awal2 alisya pakai susu Anmum, and now Dutchbaby, same je..)

3. Ada yang kata guna pembersih jenama pureen tu. (ni memang aku guna)


Puting botol Alisya tu paham-paham la, kalau nak beli, kena beli 2 terus, tak de jual satu, then 2 tu harganya RM 24.90 (standard price) kalau rajin cari la yang ade discount selalu boleh dapat RM19.90, tapi kalau masuk cost pos RM7.00 same gak kan, membazir lagi ada..Kalau nak jimat better beli 2 set, dengan harga RM19.90 & cost post RM7.00, dapat la jimat RM1.00..hahahaha nampak tak permainannya di situ. Nasib la Alisya, ko dapat mak lecturer maths + berjimat cermat ni..:P

ni baru sampai semalam..thanks to www.littlewhiz.com.. :)

Bukan tak cuba bagi Alisya botol yang guna puting susu biasa, tapi die tak mau..so mummy redha je la sayang...(T_T)

pandai makan pandai simpan



Ape perasaan korang tengok gambar kat atas ni? Apa korang rase kalau tiap-tiap kali keluar rumah dan nak masuk rumah nampak benda-benda "sampah" ni?Sakit hati tak?sakit mata tak?
Ni lah yang aku alami minggu ni..penat aku menapak naik ke rumah persinggahan aku tu, dan aku disambut oleh pemandangan ni..Dari hari Isnin sampai ke hari ni rope tu jugak la. Kertas pembalut lampu tu pun bersepah macam tu je dibuang depan rumah, huhu.
Bukan la nak kata aku ni pembersih sangat. Tapi tu benda asas kot, sampah mesti la dibuang dalam tong sampah. Nasib Alisya tu kecik lagi..Kalau die dah besar, pandai cakap, kalau die tanya macam-macam pasal sampah depan rumah tu ape aku nak jawab????
Adoi aku harap next 2 weeks aku balik semula ke rumah ni dah xde lagi la benda-benda sampah ni..
Dah tau rokok tu haramkan..bawak-bawak la berenti brader oii, tak kesian kat isteri awak tu ke..(T_T)

Published with Blogger-droid v2.0.10

restoran upin ipin


Last week we went to mydin meru raya for the purpose of buying files for my students (i need large amount of it..so mydin la pilihannya kan). 
Lama dah tak jengah mydin, rasenye last pegi bulan puasa ari tu kot, pegi dengan in-laws.
Dah shopping apa yang dihajati. Sampai masa lunch, kami menuju terus ke restoran upin ipin. Last makan kat sini masa pregnantkan Alisya 8 bulan.
Alisya punyelah excited nampak upin ipin. Kepala, badan, kaki, tangan semua nak bergerak, teruja sungguh die. 
Mummy order "nasi ayam upin ipin" & daddy order "nasi goreng atuk". Nasi ayam sedap ok la rasenye simple untuk budak-budak, nasi goreng nampak fancy skit, ade keropok, ade satay, hehe.
Budak kecik Alisya ni makan pun dah tak senang, kejap nak main, kejap tengok dinding gambar upin ipin, kejap terdengar suara upin ipin. 
Nanti dah besar sikit nampak restoran ni memang kene masuk la, jenuh..Macam budak-budak lain, dari luar dah jerit " nak makan upin ipin..!!!" Hahaha

Published with Blogger-droid v2.0.10

monobo berry black


Nak chiwi skit...this is my new office shoes..cantik tak????I bought this shoes online (my 1st experinced buying shoes online, nasib muat). Beli kat my x-schoolmate, at her instagram flickafashion.
This shoes are fully made from rubber..haha nak pegi noreh kan, kene la pakai kasut getah..Memang selesa sangat & harga pun reasonable..
Ok done for kasut opis..what's nexttt?????hihi macam banyak duit beno...(nak riki handbag sebenarnye...*kenyit mata skit kat encik hubby*)

Published with Blogger-droid v2.0.10

majlis aqiqah aimi raihanna

Hujung minggu lepas berlangsung Majlis Aqiqah anak adikku, Aimi Raihanna. Majlis berlangsung hari Sabtu di rumah mak aku, so aku memang tak menolong pun, setakat datang meramaikan je, maklumlah sampai umah pun Jumaat dah nak masuk Maghrib. Just singgah kejap tengok ape persiapan, then balik, rehat. 

Ntah nak cite ape pun tak tau, layan gambar je la :)
Mr Hubby ade pagi je, lepas tu die kene ke Rawang ade urusan. 
Family mertua pun tak dapat nak hadir sebab sama-sama ke Rawang dengan Mr Hubby.

Embah & Alisya

Mama Aimi, terselit kat belakang tu, aksesorinya penuh sangat kat tepi buai..

Cik Aimi, 3 bulan dah ye, sekejap je ye..

hihi..macam same je..macam same je..
Ni lah embah aku aka moyang si Aimi & Alisya..
Dulu masa aku 4 tahun kene stay ward, sebab operation appendicitis, mak aku terpaksa tinggalkan adik aku, edi (papa si Aimi) kepada embah aku ni, ye lah mak aku nak jaga aku kat ward lepas operation payah gak nak jaga hal umah, arwah ayah aku plak nak gi meniaga, so dah jadi macam anak angkat embah aku la edi tu.  

mama & papa Aimi bersama dengan embah kartini (ni kakak mak aku

budak berdua ni melayan kambing golek..
sedap gak, ish rugi plak mase aqiqah Alisya ari tu tak buat..
In sha Allah ade rezeki next anak, manetaukan :)

stand up


Alhamdulillah pandai dah berdiri sendiri at the age of 11months 3 days, lepas ni boleh practice jalan pulak ok sayang..tak kisah la cepat ke lambat ke, asalkan anak mummy membesar dengan sihat & sempurna..ameenn....
Published with Blogger-droid v2.0.10

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme