Daisypath Anniversary tickers
CafeMom Tickers

penang dec 2013

Last cuti-cuti Februari 2013, ala setakat pegi Cameron je. Then hujung tahun ni baru nak rehat-rehat otak bercuti. Kebetulan adik aku mengajak ke Penang, ajak pegi ramai-ramai sefamili. Aku ok je, memandangkan students cuti sem, so boleh la aku cuti rehat-rehatkan diri dari pikir hal keje je. 
Kami bertolak dari Ipoh seawal pukul 8 pagi 21 December, 


Destinasi pertama adalah ofis daddy..haha..
daddy tertinggal charger handphone
budak berdua ni dah posing snap2 gambar dulu..

 Kemudian, kami singgah beli Jeruk Madu Pak Ali..memborong jeruk..

 Perjalan ke bahagian pulau menuju ke destinasi tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat menuntut ilmu. Tempat pertama kali berjauhan dengan keluarga.

Terkesan dalam hati bila nampak dinding-dinding sekolah ku ada gambar-gambar semua bekas-bekas pelajar. Kenangan lama mengusik kembali hati ini, syahdu rasa melihat semua kawasan.

Dah puas melepas rindu, kami terus cek in ke homestay. Kami stay di Soleha Homestay, Pinang Emas Apartment, Batu Feringghi. Last minute booked, awal December book, almost semua hotel, homestay dah full. Biase la cuti sekolah kan, nasib jugak lah dapat homestay ni.

Melepas lelah barang sejam dua kat homestay..haha
aku & hubby tak boleh nak rehat pun, sebab Alisya excited sangat. Semua orang tido, tapi dia boleh pulak main-main riang gembira.

Lepas Asar kami keluar, sambung berjalan. Plannye nak ke Toy Museum. On the way ke Toy Museum, ternampak Masjid Terapung. Singgah sebentar.




Posing berdua., ehem2..:)


Alisya terlentok lena dekat embahnye..
Tu la orang semua tido
die main, orang berjalan time tu la die nak tido..

Lepas tu kami menuju ke Toy Museum, tapi hampa sebab Toy Museum tu dah berpindah ke tempat lain. Nak ke tempat baru tu, kene patah balik, jaan mak aih, bapak jemmmmm...
Last-last jalan-jalan kat Pasar Malam Batu Feringghi, tapi gerai-gerai belum bukak lagi.
so kami decide untuk makan la, isi perut dulu..
Not bad la food Bayu Senja, Bistro Seafood kat area Kompleks Batu Feringghi ni. Puas dapat makan seafood, next jalan-jalan kat pasar malam Batu Feringghi.
Cuci mata je tengok-tengok, pas tu balik homestay..
Esok pulak sambung jalan-jalan..


0 Response to "penang dec 2013"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme