mgtt test #2

Dalam entry yang lepas pasal MGTT, ade mentioned yang akan ada ujian yang kedua untuk MGTT ni kan...Harinya telah tiba, iaitu hari ni, huhu disebabkan last week (Khamis) baru je cek up kat KKIA di Ipoh, and luckily dapat MC (jimat annual leave), baru semalam sampai dari Ipoh, takkan hari ni nak balik Ipoh lagi kan, ponat la den, lagi pun nak jimat cuti, nanti mane la tau kot ade hal-hal emergency..

Jadinya semalam telah mengorbankan sedikit masa dan bil telefon untuk men'survey' Klinik Kesihatan area tempat mencari rezeki ni, kat mana yang boleh buat ujian MGTT tu, maklumlah, kat sini Klinik Desa banyak la, so kena call dulu tanya, nanti tak de la sia-sia menonong je pegi..

First called Klinik Desa (Felda) Sg Behrang, klinik ni memang tempat cek up untuk staf-staf kat office ni, memang sume ibu-ibu mengandung dah serasi dengan nurse-nurse kat sini...Dah siap-siap booked untuk next cek up, datang sini je, tak perlu nak balik ke Ipoh, plus hubby pun dah start keje, tak de orang nak temankan, kalau pegi klinik kat Ipoh pun sorang-sorang jugak nanti, so pegi yang dekat je la..Tapi memang dalam jangkaan ujian MGTT tu tak de kat klinik desa, kene ke Klinik Kesihatan..

Called pulak Klinik Kesihatan Tanjong Malim...layanan yang kurang mesra diterima dari penjawab telefon tu, plus jadual ujian tu hanya hari Jumaat je (ohoo malas la nak kena cucuk-cucuk hai Jumaat, sebab nak drive balik Ipoh, nanti kalau lenguh2 tangan tak syok).

Cuba call Poliklinik Komuniti Slim River pulak, layanan mesra dari penjawab telefon, and jadual ujian tu adalah pada hari apa pun tak pe..Alhamdulillah, so decided datang hari ni, setelah berpuasa dari pukul 10 malam semalam..

Tadi pagi kul 8 dah tercongok depan bilik rawatan nak serah tangan nak kena cucuk amik darah, then dengan lafaz Bismillah, sekali teguk terus minum air gula tu laju-laju, settle..patient lagi sorang yang kena minum air gula tu ngelat minum tak habis, hahaha pas tu nurse bising suruh habiskan jugak, aku sengih je la kat die, minum air gula memang tak jadi masalah untuk aku, hahaha (dasar orang suka makan manis memang macam ni..kui3)Then nurse pesan nanti kul 10.15 datang balik..terus decide nak balik office, hasil bacaan dari forum-forum & bloggers kata lepas minum tu jangan pikir sangat kita baru lepas minum air gula and gerak-gerak la buat keje-keje ringan, nanti kalau tak jadi pening la ngantuk la, bila kita tido gula yang diminum tu tak digunakan sepenuhnya, tak jadi tenaga..Ada juga 2 3 orang yang kena minum air gula hari ni diorang stay je kat klinik, tapi aku decide balik office la, boleh gak aku bergerak, jalan ke kereta, drive, naik tangga office, hehehe..Sampai office pening-pening gak, tapi buat-buat lupa je, sambil-sambil marking assignment students sementara menunggu kul 10..

source : macam ni la gaya aku setiap kali nak kena cucuk amik darah, kui3, tak nak tengok, serwammm...;p 

Kul 10, gerak semula ke poliklinik tu, then serah pulak tangan kanan untuk dicucuk amik darah lagi sekali, and result Insyaallah next week dapat, so sekarang dah boleh makan, legaaaaaa...

Alhamdulillah settle dah 1 hal, ATT (aka cucuk kancing gigi pun dah kene 2 kali ari tu) so dah cukup la rasanya treatment wajib yang patut diterima sepanjang kehamilan ni, tinggal nak gi cek up, twice a month and nanti dah 9 bulan, kene cek seminggu sekali plak...Then menunggu masa kelahiran je, moga dipermudahkan segalanya, aminnn...

source : cucuk ATT; dekat dengan area bekas cucuk BCG..

Buat Baik Berpada-pada

Tak lama lagi aku nak cuti panjang (cuti bersalin) and sekarang ni pun aku kerap cuti sebab aku kene gi check up bagai, so ade la masa-masa aku tak de kat office kan..kekadang naik hantu jugak aku, bila aku tak de kat office, orang datang tempat aku sesuka hati je amik bahan-bahan (soalan past years, test, assessments etc) dari file aku...huhuhu diorang ni dah kerja lama lagi dari aku, takkan la korang tak simpan sume bahan-bahan tu..haihhh, aku geram sangat bila dah amik bahan tu tak reti pulak nak simpan balik, main letak je kat 'pigeon hole' aku tu, aku pulak dah terpinga-pinga sape yang amik bahan-bahan aku ni...masa nak amik pandai datang cari, bila dah dapat apsal tak reti nak simpan balik kat tempat asal???? tak malu ke??? korang tu dah pangkat mak-mak orang, esok anak korang buat perangai macam korang tu baru tau...lepas tu jangan la nak merungut anak tak menjadi...

Ntah la aku nak tegur korang dah tua dari aku, aku nak tegur pun tengok korang sume pakai tudung labuh lagi dari aku...
senang cite aku nak sorok sume files aku tu, biar korang tak dapat cari, so aku pun tak sakit hati...hahahahaha 



Masa ni la kita nak guna peribahasa 
"Buat baik berpada-pada.."


Al-kisah terasa hati

Assalamualaikum & Selamat Pagi...
Hari yang nyaman, cuaca pun elok-elok tak panas, tak hujan..Pagi ni bercerita sedikit al-kisah semalam, cerita pasal kawan aku sorang ni, kawan masa sekolah dulu, dah berjaya menjadi seorang doktor..Dia bercerita la di facebook, tentang keadaan pesakit tempat dia bertugas :
aku pun bagi la komen dan pendapat :


then kawan aku tu reply :

tetibe pagi ni aku dapat komen yang dituju khas untuk aku, sebab ada nama aku kat situ :
 aku pun reply la seperti dibawah :

hehehe ade juga rupenya yang terasa hati dengan komen aku tu, kepada individu yang berkaitan janganlah terasa hati, tapi kalau terasa jugak, aku mintak maaf la, aku tujukan komen mask tu untuk doc yang seng-al tu, bukan untuk korang, kalau korang baca betul-betul komen tu baru la paham..aku dah cakap kan dalam komen tu, kawan-kawan aku yang jadi doc ni semua bagus-bagus..Jangan la kerana nila setitik yang kena komen tu, susu sebelanga nak terasa hati..



p/s : teringat masa pegi BTN dulu, seorang yang kami panggil 'ayah' aka fasilitator BTN (BTN kan semua fasilitator die orang yang berpengalaman, dato' la, DR la.." die ni pernah cakap, masa tu musim H1N1 memang ramai la yang pakai mask,  die kata "Orang yang pakai mask ni, pentingkan diri sendiri..!!!" hahahaha amik kau, lagi la menusuk kalbu kalau dengar die cakap macam tu kan, "kamu semua pakai mask, kalau saya bercakap kat depan ni dengan memakai mask macam mana agaknya?" betui jugak cakap die tu, kalau die pakai mask penyampaian jadi tak berkesan la kan..tapi ade jugak sorang tu terasa hati, sampai bangun balas balik kata-kata ayah tu, kui3..Yang bangun tu biasa la cha ya nun alif, satu kapal dengan seng-al tu, marah betui kawan tu kena cakap macam tu..

clumsy prego mummy

Pagi tadi hujan lebat sepanjang highway and sampailah ke office, sampai office pun dah lewat lagi 10 min je nak pukul 8am, parking dah full, ari ni kebetulan ade konvokesyen plak, adeh, main parking je la tadi kat mane-mane ade ruang, then terus bergegas jalan ke office...Masa nak turun tangga luckily, Alhamdulillah sangat Ya Allah, kerana melindungi hambamu ini..aku hampir-hampir nak terjatuh, memang badan dah imbalance bergoyang-goyang dah, nasib boleh seimbang kan lagi..ishhh kalau la aku jatuh betul-betul tadi tu, agak-agak ape yang jadi????warghhhhh..tak nak bayangkan...benda pertama yang aku ingat, of course la baby..huhu

Bukan pertama kali jadi, masa hubby konvo kat USM ari tu pun macam tu jugak, hampir-hampir nak jatuh, sebab tangga licin jugak, masa hujan jugak..huhuhu Ya Allah, selamatkan babyku, janganlah jadi apa-apa musibah ke atasku dan dirinya..ishh tak dapat bayangkan and tak nak bayangkan, huhuhu..

Aku sedar aku tengah pregnant, tapi kadang-kadang tu lupa kejap, jalan bukan main laju, kalau boleh nak cepat je sampai..Lepas ni dalam masa yang tinggal kurang dari 2 bulan ni, aku kena lebih berhati-hati..Mintak di jauhkan la perkara-perkara macam tu lagi..huhuhuhu nape la mummy ni clumsy sangatkan, sorry baby...

boleh baca kat sini pasal : Clumsiness During Pregnancy 

cek up 11102012

"Baby bangun-bangun, pagi ni kite nak cek up.." tu la ayat hubby pagi-pagi tadi,sibuk kejutkan anak die bangun, baby ni,pagi2 memang rutin die tidur,around kul 10 pg baru la aktif,hehehe start minggu ni dah mula kene melawat KKIA ni 2 minggu sekali..
Mula-mula sekali as usual timbang berat,naik 1 kg,normal sebab sebulan kene naik 2 kg kan,so ni baru 2 weeks naik 1 kg..
This week tak payah cucuk amik darah,next 2 weeks baru amik darah lagi,terus proceed buat ujian air kencing je,and hari ni kene buat test FEME,kate nurse tu nak cek samada kencing kotor ke tak..
Lepas dah dapat result,kui3 ade la beberapa bendasing yang detected dalam air kencing,senang cite kencing agak kotor,kui3 sebabnya kurang minun air..Memang diakui,aku ni malas sket minum air masak,so kene tazkirah sket la dengan doc, kene banyak minum air,kalau tak nanti effect kat baby..
Owh lupe plak,ari ni pun dapat 2nd injection of Tetanus,sengal woh tangan ni..sebab doc yang treat ari ni adalah doc seng-al yang aku sakit hati tu,jadi aku malas nak mintak mc kat die,malas nak sakit hati lagi..
Tangan dah sengal, macam mane nak drive balik behrang, dah la ari ni ade audit memang x leh cuti supposely, unless u have mc kan, so ajak hubby gi klinik dekat dgn umah..dah alang-alang kat klinik tu pun ade scan, terus scan tengok condition baby ok ke tak, so far Alhamdulillah baby are doing fine, hehehe gender dah tau, lagipun ramai yang dah leh predict, tapi kesahihannya surprise2 la ye,tunggu die keluar je nanti..:)

Published with Blogger-droid v2.0.9

Shaken Baby Syndrome (SBS)

SAYANG ANAK TIMANG-TIMANGKAN



Pesakit terakhir yang kami ‘tidurkan’ ialah bayi berusia 4 bulan.

Bayi tersebut telah disyaki mendapat sawan pada pukul 2 petang tadi. Beliau sebelum ini sihat dan dijaga oleh pengasuh. Beliau tidak demam dan tidak batuk serta tidak mempunyai simptom-simptom yang lain. Itulah kali pertama beliau mendapat sawan.

Sesampai di resus room (red zone), beliau masih lagi kelihatan mengantuk dan kurang responsif. Beliau kelihatan pucat dan apa yang menakutkan kami ialah ubun-ubun depan beliau yang timbul dan mencembung (bulging). Memandangkan beliau tidak demam dan ujian menunjukkan beliau kurang darah (Hb 8g/dl), serta bayi tersebut masih kurang responsif selepas satu jam sawan, kami mengambil keputusan untuk melakukan CT scan otak ( Brain CT Scan).

Scan otak menunjukkan beliau mengalami pendarahan otak yang serius, Acute and Chronic Subdural Bleed with Subarachnoid bleed! Terkejut. Kali ini ibu bayi tersebut telah pun selamat tiba dari pejabatnya. Saya bertanyakan lagi sejarah kesihatan bayi tersebut. Satu-satunya cerita atau sejarah yang relevan ialah pengasuh bayi tersebut suka menimangnya tinggi-tinggi. Bayi itu dikatakan sangat suka ditimang.



SHAKEN BABY SYNDROME (SBS)

SBS merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan kepala yang kuat. Boleh berlaku dalam tempoh sesingkat 5 saat pergerakan yang kuat. Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang lama, serius dan kekal pada bayi. Ianya berlaku apabila kepala bayi digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal. Ada teori mengaitkan dengan pergerakan seperti menimang bayi, menaiki buaian serta memegang bayi ketika seseorang sedang marah atau bergaduh boleh menyebab berlakunya SBS. Sebab lain ialah penderaan bayi (child abuse) dan selalunya mempunyai kesan-kesan penderaan yang lain.

Perkara ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih belum matang serta lebih kandungan air berbanding orang dewasa.

Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutama bila bayi tidak mahu berhenti menangis. Ada yang menimang bayi kerana untuk menenangkan bayi dan ada juga melakukannya ketika marah atau penat menjaga bayi.

Ini bukanlah kes SBS pertama yang saya rawat. Sebelum ini saya juga pernah merawat seorang bayi di wad kanak-kanak yang mempunyai kecederaan otak yang serius dikhuatiri berpunca daripada menaiki buaian.

PENCEGAHAN

Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk bermain.
Jangan memegang bayi anda ketika marah.
Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih anda tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kepada orang lain.
Minta bantuan orang lain.
Maka, saya sangat berharap agar ibu bapa dan penjaga semua dapat mengambil serius dan peka tentang Baby Shaken Syndrome ini. Ianya bukanlah kes terpencil malah di Amerika Syarikat sebanyak 1500 kes dilaporkan setiap tahun. Mereka juga telah mengharamkan sebarang bentuk alat menggoncang bayi seperti buaian.

RUJUKAN

www.medicinenet.com/shaken_baby_syndrome/page2.htm
www.nlm.nih.gov/medlineplus/ency/article/000004.htm
www.dontshake.org
en.wikipedia.org/wiki/Shaken_baby_syndrome

Dr.Muna
UMMUSAIF.COM
68000, Ampang
 



p/s : semoga menjadi info yang berguna untuk kita semua, pernah jadi pada anak seorang staf di office ni, Alhamdulillah baby tu survive, tapi memang ibunya terpaksa bercuti lama juga la dua bulan lebih rasanya, sebab nak jaga anak, kes jadi di rumah pengasuh, tak tau ape jadi sebenarnye, tapi ade gegaran kat kepala..huhu nauzubillahminzalik..

wallet;a gift from hubby

Last week merupakan weekend yang memanglah tersangat bosan, agaknya sebab cuti lama dari Khamis pegi cek up then masa cek up tu ade demam+flu sket, dah ibu mengandung kan, doc pun senang je la bagi MC, so ari Jumaat tu sambung cuti, bila dah cuti dari Khamis sampai ke Ahad memang jadi bosan la kalau tak dipenuhi dengan aktiviti, hubby pun tak boleh nak berkebun sebab sume die dah buat, dah tak tau ape nak dikebunkan hahaha..

Jumaat tu kami pegi beli persiapan barang baby skit-skit kat AEON lama, beli barang ape yang patutlahkan (ape yang patut konon, ape yang patut pun berabis banyak gak, kui3), tapi lupa pulak nak redeem voucher AEON, masa hubby beli perfume ari tu (siang malam ku berbau dunhill je skrg ni..hik3), voucher RM10 je pun, tapi ye lah dapat jugak la baju baby 1 kalau redeem tu kan (sape nak bagi RM10 free skrg ni).

Ahad tu kami pegi pulak ke AEON Station 18, sebab voucher tu valid until 30sept je..Tapi bila dah sampai AEON tu, mula la teringat wallet kite yang dah rabak ni, means dah koyak sane-sini compang-camping rupenye..kui3, cakap kat hubby "I nak tengok wallet la kot ade yang berkenan.." hubby pun sokong je, die pun ikut sama mencari mane yang berkenan..Wallet bagi I yang penting tahan lama, button tak tertanggal dari kulit wallet tu and kulit die tak mengelupas..Kalau dah dalam AEON tu jenama macam biasa yang dah ikat kontrak dengan AEON la kan, BUM, GIOSARDI, COLORIS, SEMBONIA, ALAIN DELON etc..Tapi memang wallet tengah tak de sale, huhu sume harga standard, memang cecah 200 la...Nak tak nak, tetap nak kene tukar jugak, dah barai dah wallet ni(bak kate budak-budak muda sekarang ni..) 

Akhirnya dapat 1 yang berkenan hasil pencarian hubby, berkenan sebab fully leather and designnye simple..Tapi harganya, mak aih, mahai sebab tak de sale kan..hubby kate ok la tu, so I pun diam je (dalam hati kata, "tak pe la sekali sekala untuk diri sendiri, lagipun backdated kenaikan gaji baru dapat" hahaha macam tak ikhlas je kan nak membayo nye)

Tapi bila sampai kat kaunter nak bayar, hubby hulur duit and kad AEON die..hehehehe senyum lebar la saye, ade orang tolong bayarkan, time kasih encik suamiku..:) (kalau i tau u nak belikan, I masuk butik GUESS je tau hahahaha), anyway thanks hubby, itu tetap wallet termahal saye penah ade (wallet ni I tak kisah sangat brand ape pun, sebab simpan dalam handbag..handbag la kene branded sket, nak  ciwi kat orang, hahaha orang perempuan jangan tipu la kalau tak de perasaan nak menciwi tu, sikit mesti ade punye kan3,mak-mak kite pun kalau pegi jalan/kenduri mesti nak tukar handbag baru tambah-tambah kalau yang branded asyik nak diusung je kan3, hehehehe woman nature biase la tu)

TADAAA..
ni lah wallet termahal ku..








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme