clumsy prego mummy
Pagi tadi hujan lebat sepanjang highway and sampailah ke office, sampai office pun dah lewat lagi 10 min je nak pukul 8am, parking dah full, ari ni kebetulan ade konvokesyen plak, adeh, main parking je la tadi kat mane-mane ade ruang, then terus bergegas jalan ke office...Masa nak turun tangga luckily, Alhamdulillah sangat Ya Allah, kerana melindungi hambamu ini..aku hampir-hampir nak terjatuh, memang badan dah imbalance bergoyang-goyang dah, nasib boleh seimbang kan lagi..ishhh kalau la aku jatuh betul-betul tadi tu, agak-agak ape yang jadi????warghhhhh..tak nak bayangkan...benda pertama yang aku ingat, of course la baby..huhu
Bukan pertama kali jadi, masa hubby konvo kat USM ari tu pun macam tu jugak, hampir-hampir nak jatuh, sebab tangga licin jugak, masa hujan jugak..huhuhu Ya Allah, selamatkan babyku, janganlah jadi apa-apa musibah ke atasku dan dirinya..ishh tak dapat bayangkan and tak nak bayangkan, huhuhu..
Aku sedar aku tengah pregnant, tapi kadang-kadang tu lupa kejap, jalan bukan main laju, kalau boleh nak cepat je sampai..Lepas ni dalam masa yang tinggal kurang dari 2 bulan ni, aku kena lebih berhati-hati..Mintak di jauhkan la perkara-perkara macam tu lagi..huhuhuhu nape la mummy ni clumsy sangatkan, sorry baby...
boleh baca kat sini pasal : Clumsiness During Pregnancy
Next time hati2 ok... Jangan jalan laju2..
tu la kene lebih berhati-hati..
berhati-hati sikit la cheq oi...