mgtt test #2
Dalam entry yang lepas pasal MGTT, ade mentioned yang akan ada ujian yang kedua untuk MGTT ni kan...Harinya telah tiba, iaitu hari ni, huhu disebabkan last week (Khamis) baru je cek up kat KKIA di Ipoh, and luckily dapat MC (jimat annual leave), baru semalam sampai dari Ipoh, takkan hari ni nak balik Ipoh lagi kan, ponat la den, lagi pun nak jimat cuti, nanti mane la tau kot ade hal-hal emergency..
Jadinya semalam telah mengorbankan sedikit masa dan bil telefon untuk men'survey' Klinik Kesihatan area tempat mencari rezeki ni, kat mana yang boleh buat ujian MGTT tu, maklumlah, kat sini Klinik Desa banyak la, so kena call dulu tanya, nanti tak de la sia-sia menonong je pegi..
First called Klinik Desa (Felda) Sg Behrang, klinik ni memang tempat cek up untuk staf-staf kat office ni, memang sume ibu-ibu mengandung dah serasi dengan nurse-nurse kat sini...Dah siap-siap booked untuk next cek up, datang sini je, tak perlu nak balik ke Ipoh, plus hubby pun dah start keje, tak de orang nak temankan, kalau pegi klinik kat Ipoh pun sorang-sorang jugak nanti, so pegi yang dekat je la..Tapi memang dalam jangkaan ujian MGTT tu tak de kat klinik desa, kene ke Klinik Kesihatan..
Called pulak Klinik Kesihatan Tanjong Malim...layanan yang kurang mesra diterima dari penjawab telefon tu, plus jadual ujian tu hanya hari Jumaat je (ohoo malas la nak kena cucuk-cucuk hai Jumaat, sebab nak drive balik Ipoh, nanti kalau lenguh2 tangan tak syok).
Cuba call Poliklinik Komuniti Slim River pulak, layanan mesra dari penjawab telefon, and jadual ujian tu adalah pada hari apa pun tak pe..Alhamdulillah, so decided datang hari ni, setelah berpuasa dari pukul 10 malam semalam..
Tadi pagi kul 8 dah tercongok depan bilik rawatan nak serah tangan nak kena cucuk amik darah, then dengan lafaz Bismillah, sekali teguk terus minum air gula tu laju-laju, settle..patient lagi sorang yang kena minum air gula tu ngelat minum tak habis, hahaha pas tu nurse bising suruh habiskan jugak, aku sengih je la kat die, minum air gula memang tak jadi masalah untuk aku, hahaha (dasar orang suka makan manis memang macam ni..kui3)Then nurse pesan nanti kul 10.15 datang balik..terus decide nak balik office, hasil bacaan dari forum-forum & bloggers kata lepas minum tu jangan pikir sangat kita baru lepas minum air gula and gerak-gerak la buat keje-keje ringan, nanti kalau tak jadi pening la ngantuk la, bila kita tido gula yang diminum tu tak digunakan sepenuhnya, tak jadi tenaga..Ada juga 2 3 orang yang kena minum air gula hari ni diorang stay je kat klinik, tapi aku decide balik office la, boleh gak aku bergerak, jalan ke kereta, drive, naik tangga office, hehehe..Sampai office pening-pening gak, tapi buat-buat lupa je, sambil-sambil marking assignment students sementara menunggu kul 10..
Kul 10, gerak semula ke poliklinik tu, then serah pulak tangan kanan untuk dicucuk amik darah lagi sekali, and result Insyaallah next week dapat, so sekarang dah boleh makan, legaaaaaa...
Alhamdulillah settle dah 1 hal, ATT (aka cucuk kancing gigi pun dah kene 2 kali ari tu) so dah cukup la rasanya treatment wajib yang patut diterima sepanjang kehamilan ni, tinggal nak gi cek up, twice a month and nanti dah 9 bulan, kene cek seminggu sekali plak...Then menunggu masa kelahiran je, moga dipermudahkan segalanya, aminnn...
Cek dekat2 senang.. Tak yah ulang alik jauh2.
tu la pasal, jimat cuti..
insyaAllah...semuanya semoga selamat sejahtera...he he he...jumpa 10/11 nanti...