Selamat Hari Guru 2015

Selamat Hari Guru diucapkan kepada semua warga pendidik. Tahun ni aku duk kat johor, anak aku pun jadi anak taska johor, so tak dapat la dia celebrate Hari Guru kat taska dia hari ni sebab kami cuti. Hari Ahad la kot baru dia celebrate.
Semalam balik keja, aku bawak dia gi beli souvenir untuk cikgu-cikgu dia tu termasuk la tukang masak taska sekali.
Pilih punya pilih, akhirnya aku pilih belikan pens/pencils holder je, hehe jadi la kan.
Aku cakap kat Alisya, nanti Alisya bagi cikgu & ibu (tukang masak taska) hadiah ni tau. "Ok.." dia jawab..hehe dia pun tak usik hadiah tu sebab dah paham nak bagi cikgu gamaknye..😃


posted from Bloggeroid

Pot luck "pulut+pengat doyan musang king"

Al-kisah semalam office aku buat pot luck, memandangkan dah lama tak beramah mesra antara staf kan, duk pulun, gi kelas, balik kelas, pas tu final exam, pas tu proses result exam..So amik masa 1 hari buat makan-makan
Aku and sorang member volunteer beli durian, memandangkan geram aih tengok orang duk post gambar makan pulut durian kat dalam fb. Kami berdua nak share la untuk beli durian, member opis lain offer bawak pulut, santan, and yang lain-lain ade la menu diorang nak bawak. Lagipun aku kan dah sarat, malas dah nak masak, tu yang aku nak beli durian je, hehe
Tapi al-kisah pulak, area tempat aku ni belum musim durian,tak nampak pun orang jual durian. Member aku ni duk area lain, dia kata tempat dia dah musim, so dia pun volunteer beli, aku hulur duit je la. Tapi nak jadi cite, 1 pekan dia round petang & malam tu mencari, tapi tak de pulak orang jual durian. Yang ada cuma 1 kedai yang jual durian mahal, macam2 jenis durian standard D and termasuk musang king.
Haha, dah mahal tu paham-paham la dah kalau musang king sekilo 30ringgit. Padahal kami nak makan ramai esok ni. So kawan aku pun beli sikit je la durian musang king, dia pun bawak duit tak banyak plus bajet kami pun tak de la nak buat kenduri durian musang king kan..hehe (seumur hidup aku tak pernah makan musang king, sebab aku tau mahal dan rasa tak berbaloi nak beli). Sebab dah janji dengan kawan-kawan opis nak bawak durian kan, so aku kata kat member tu, tak pa la beli jugak la mahal pun, sebab dah niat nak bagi makan cuma tak dapat nak beli banyak la.
Jenuh kami pikir malam tu, akhirnya kami decide durian musang king tu kami buat pengat supaya semua orang dapat merasa, ye la kalau tak buat pengat, makan yang fresh tu semata dengan pulut & santan, tak dapat merasa makan durian hatta sorang seulas pun..haha maklumlah officemates ramai..
So semalam rezeki semua orang kat department aku untuk marasa pengat durian musang king..haha jangan main-main, selalu orang buat pengat durian bese-bese je..termasuklah aku yang first time makan durian musang king ni..hehe


Pengat durian musang king hasil air tangan officemate aku..memang sampai malam aku repeat makan pulut & pengat durian (nasib minggu ni tak cek up pregnancy) kikiki
Macam-macam menu yang depa buat and bawak, tapi aku snap gambar menu dari aku je, yang lain tak sempat snap gambar dah kena bedal..hehe

posted from Bloggeroid

New HDD

Orang lain nak cuti bersalin tak buat checklist nak beli external harddisk rasanya..keke tapi aku terpaksa la masukkan dalam senarai sebabnya......external harddisk aku dah rosak, uwwaaaa..
Dan tidak berjaya dibaiki, boleh nak format tapi aku sayang benda dalam tu ada macam-macam termasuk gambar-gambar Alisya masa baby..huhuhu sebab setiap kali aku plug in harddisk tu die suruh aku format. So aku biarkan kan arahan itu, dan aku cuba mencari solusi lain tapi masih tak berjaya.
Dah nak dekat cuti bersalin ni, aku nak back up la segala documents aku dalam PC office tu, mane la tau kan dalam masa 3 bulan tu, kot la ade orang nak pakai PC office aku, diorang terdelete documents kerja yang penting. So kena la buat back up.
Nak tak nak, tak de jalan lain terpaksa beli external HDD baru la. Nak upload docs kat cloud macam tak selamat dan storage limited kan. Banyak kot notes class, assessments students, kerja-kerja office yang perlu di back up.

Harddisk baru ku..merah mak ngahhh 😀


Harddisk lama yang masih ku berharap agar ia kembali pulih..huhu

posted from Bloggeroid

Kakak to be

Balik kampung ari tu, Alisya sempat jumpa dengan semua sepupunya, dua-dua side aku and husband. Sejak umur dah 2 tahun lebih ni, dia dah tak takut-takut macam masa kecik dulu, tak de la nak berkepit je. Dia pulak yang peramah, pandai bawak diri main dengan sepupu-sepupu.
Yang paling geli hati, bila tengok dia main dengan baby-baby. Tahun lepas aku dapat ramai anak buah, so makin bertambah meriah especially rumah mak mertua aku, cucu dah nak masuk 10 😁, mak aku cucu baru nak masuk 4.
Alisya kalau main dengan baby, kejap-kejap ada masa dia usap kepala, pas tu die pegang-pegang pipi. Ecece, macam kakak-kakak sangat kan, kikiki. Tengah practice la tu kononnye nanti nak jaga & main dengan adik.
Sedang elok la pun umurnya tahun ni 3 tahun, bosan dah die tak de adik beradik, haha tak de kawan nak main.
Dia pernah tengok adik dia menendang dalam perut, dia yang excited," mummy ha tu adik tendang.." pas tu die gelak-gelak, hehe. Ada masa die datang cium perut, " sayang adik.." katanya..haha anak aku ni memang petah, ada je benda dia nak cakap. 😃 Agaknya aku selalu cakap dengan dia, maklumlah, aku nak cakap dengan sapa lagi kalau time aku pjj dengan en suami. Dia je la aku ada kawan nak bercakap. 😊

posted from Bloggeroid

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme