Pot luck "pulut+pengat doyan musang king"

Al-kisah semalam office aku buat pot luck, memandangkan dah lama tak beramah mesra antara staf kan, duk pulun, gi kelas, balik kelas, pas tu final exam, pas tu proses result exam..So amik masa 1 hari buat makan-makan
Aku and sorang member volunteer beli durian, memandangkan geram aih tengok orang duk post gambar makan pulut durian kat dalam fb. Kami berdua nak share la untuk beli durian, member opis lain offer bawak pulut, santan, and yang lain-lain ade la menu diorang nak bawak. Lagipun aku kan dah sarat, malas dah nak masak, tu yang aku nak beli durian je, hehe
Tapi al-kisah pulak, area tempat aku ni belum musim durian,tak nampak pun orang jual durian. Member aku ni duk area lain, dia kata tempat dia dah musim, so dia pun volunteer beli, aku hulur duit je la. Tapi nak jadi cite, 1 pekan dia round petang & malam tu mencari, tapi tak de pulak orang jual durian. Yang ada cuma 1 kedai yang jual durian mahal, macam2 jenis durian standard D and termasuk musang king.
Haha, dah mahal tu paham-paham la dah kalau musang king sekilo 30ringgit. Padahal kami nak makan ramai esok ni. So kawan aku pun beli sikit je la durian musang king, dia pun bawak duit tak banyak plus bajet kami pun tak de la nak buat kenduri durian musang king kan..hehe (seumur hidup aku tak pernah makan musang king, sebab aku tau mahal dan rasa tak berbaloi nak beli). Sebab dah janji dengan kawan-kawan opis nak bawak durian kan, so aku kata kat member tu, tak pa la beli jugak la mahal pun, sebab dah niat nak bagi makan cuma tak dapat nak beli banyak la.
Jenuh kami pikir malam tu, akhirnya kami decide durian musang king tu kami buat pengat supaya semua orang dapat merasa, ye la kalau tak buat pengat, makan yang fresh tu semata dengan pulut & santan, tak dapat merasa makan durian hatta sorang seulas pun..haha maklumlah officemates ramai..
So semalam rezeki semua orang kat department aku untuk marasa pengat durian musang king..haha jangan main-main, selalu orang buat pengat durian bese-bese je..termasuklah aku yang first time makan durian musang king ni..hehe


Pengat durian musang king hasil air tangan officemate aku..memang sampai malam aku repeat makan pulut & pengat durian (nasib minggu ni tak cek up pregnancy) kikiki
Macam-macam menu yang depa buat and bawak, tapi aku snap gambar menu dari aku je, yang lain tak sempat snap gambar dah kena bedal..hehe

posted from Bloggeroid

0 Response to "Pot luck "pulut+pengat doyan musang king""

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme