aku malas nak buat..

semalam sedang aku menulis di whiteboard di depan class, aku terdengar perbualan ni..


student A : eh, ko dapat buat tak soalan yang dia(merujuk kepada aku la tu) bagi ari Isnin tu?
student B : aku tak buat pun, aku malas nak buat..

aku nak tanya korang, 

kalau korang berada di tempat aku, apa respond korang lepas dengar kenyataan macam tu?
A. terus pegi sepak budak tu.
B. buat-buat tanya, "sapa yang bercakap tu?!!!"
C. ambik barang-barang terus keluar class
D. buat tak tau je..
E. semua di atas

Jawapan aku ialah aku buat yang D..sebab aku cuba kawal emosi..

Huhuhu, tapi sebenarnya aku sedih sangat, hati aku terusik, kadang-kadang aku terfikir, adakah kerana aku sedang dalam 'keadaan' macam ni, so keadaan sekeliling banyak menduga kesabaran aku..
Tapi bila aku fikir balik, kejam kah aku, dengan memberi latihan supaya dia boleh refresh balik bila lepas class nanti, bukan aku suruh dia buat keje susah sampai nak terkeluar otak, 2 soalan yang takat 30 min pun boleh siap..

Ataupun, adakah kerana latihan yang aku beri tu tak de markah untuk carry marks, jadinya dia rasa tak penting..huhu jadi semua benda yang dia buat tu tak ikhlas la, pada hal kalau aku jahat, aku ni tak kesiankan diorang yang dah repeat buat kali kedua tu, aku biarkan je, aku setakat ajar pompang pompang bercakap dalam class then ko pandai-pandai la sendiri macam yang memang di apply di universiti..huhuhu

Pelajar-pelajar ni sedar tak yang diorang ni sangat beruntung, diadakan institusi separa profesional macam ni sebab nak bagi diorang tu peluang belajar, supaya diorang tu ada hala tuju, supaya diorang tak jadi macam remaja di negara lain yang belajar pun kena tanggung sendiri, sudahnya remaja negara tu jadi budak jalanan, berpeleseran. Diorang sedar tak yang budak sebaya diorang yang pandai-pandai dah pegi ke universiti, yang kurang bagus sikit resultnya, tapi berkemampuan pergi ke private universiti, so diorang yang tinggal ni golongan ke berapa??? ishhh tu pun masih nak senang-senang hati, patutnya kene susah hati, belajar betul-betul, peluang depan mata kot. Bila dah fail, kita siap bagi peluang, boleh ambil masa short sem dengan bayaran sebanyak, FREE!!, cuma bayar yuran asrama je, tu pun kalau ko nak stay kat asrama la..kalau kat universiti short sem kene bayar kot, ikut berapa subjek ko ambil.

Sebenarnya aku dah lupakan hal ni, tapi pagi ni aku jadi teringat balik, aku salurkan melalui penulisan kat blog ni sebab aku tak nak nanti fikiran dan perasaan aku terbawak-bawak ke dalam kelas dan bila aku tengok muka budak tu, aku jadi tak ikhlas mengajar, huhu jadi macam ibu yang marahkan anaknya, korang tau kan kalau mak marah kita, tak berkat hidup kita, aku tak suka jadi macam tu, aku cuba nak lupakan, sebab aku tau, kalau aku tak redha nanti budak tu susah nak dapat ilmu yang aku sampaikan..

Adab menuntut ilmu oleh Imam Al-Ghazali
1. Mendahulukan salam kepada guru dan bersalaman dengan bercium tangan sebagai tanda penghormatan- ikut jantina
2. Jangan banyak bercakap di hadapan guru
3. Jangan bercakap jikalau tidak ditanya
4. Jangan bertanya melainkan jikalau diarah oleh guru
5. Jangan menyangkal kata-kata guru
6. Jangan mengumpat pelajar lain
7. Jangan berbisik di hadapan guru
8. Jangan berpaling kiri dan kanan
9. Jangan menyoal semasa guru kepenatan
10. Berdiri apabila guru bangun
11 Dengar dengan khusyuk ilmu yang disampaikan walaupun diulang 1000 kali
12 Rujuk guru dalam memilih ilmu
13 Jangan duduk tempat guru
14. Jangan berjalan dihadapan guru kecuali darurat
15. Jangan ketuk pintu berulang kali hingga guru keluar menemuinya
16. Sentiasa mendapat keredhaannya dan jauhkan kemurkaannya
17. Muliakan anak-anak guru
18. Selalu berhubung dengan guru
19. Elakkan tidak menziarahi guru lebih 40 hari. Ini boleh mengurangkan keberkatan ilmu
20. Selalu mendoakan guru selepas setiap solat lima waktu.

seluar pendek suami bawak tak?

Bila dah jadi isteri ni kan, biasalah kita orang perempuan, kita la siapkan beg kalau nak kemana-mana kan, hehe, suami tukang tolong angkut masuk dalam kete..hehehe tapi jenis aku ni, biar bawak baju tu lebih, jangan kurang, mane la tau, kot kotor ke, basah ke..masa baru-baru kawen dulu (ewah-ewah ayat macam dah 8 tahun je ko kawen kan, hahaha) aku selalu re-confirm balik dengan suami baju apa or seluar apa yang dia nak bawak.

Tapi penah sekali tu, terkena bebel la encik suami dengan aku..Aku tanya dah dengan lemah-lembut gemalainya, "seluar pendek suami nak bawak tak?".., then dia jawab, "tak payah" tapi sampai je di destinasi soalan yang suami tanya adalah "seluar pendek suami bawak tak??"..aku ni dah la kadang-kadang pelupa, tapi aku yakin dia jawab tak payah bawak tadi, aku pun bebel la, tapi bebel-bebel manja la, "tadi suami yang cakap tak payah...", hehehe nasib la suami aku pun teringat jawapan die tu, so die sengih-sengih je la, lepas tu dapat beli seluar baru kan..hikhik

Pas tu sekarang ni die mula la bile nak ngusik aku, tu la bahan die salah satunya, bila nak gi mana-mana je, soalan tu la yang die akan tanya dulu..hahaha adoi, jadinya soalan tu dah jadi bahan gurau senda kami...tapi sekarang ni tak tanya dah, semua jenis baju & seluar aku bawak, hahahaha (encik suami kena beli MPV la nampaknya bila family dah membesar nanti..;))

p/s : mood nak bercuti dah datang ni...:)


tolong jangan ulang soalan

di kala petang hari yang panas, walaupun duduk dalam bilik ber air-cond, tapi cahaya matahari kat luar tu, kita boleh terasa bahang panasnya, ditambah dengan pening-pening lalat yang menjelma secara tiba-tiba sesuka hati, kadang ok, kadang pening...

Datang pula 2 manusia....

tok..tok..tok...(bunyi pintu diketuk). kemudian pintu dibuka, tanpa ucapan salam, leher manusia itu memanjang terjenguk-jenguk, aku yang yang dah masak sangat perangai tak beradab macam tu, membiarkan sahaja, malas nak buat panas hati..
Menjenguk-jenguk lagi dua manusia tu..aku bersuara "Waalaikummusalam, awak nak cari siapa???".."haaa cik s*ti aisy*h ada??" seorang dari 2 manusia itu bersuara bertanya..aku membalas acuh tak acuh, "tak ada orang bernama cik s*ti aisy*h dalam bilik ni.."
Manusia tu tak berpuas hati nampaknya, cuba menegakkan soalannya, "dia tak ada ke, betul ke dia tak ada??", aku dah geram ni, tak jelas lagi ke jawapan aku tadi, "awak ni paham tak, tak ada orang bernama cik sit* aisy*h kat sini..berapa kali saya nak ulang ni?"
2 manusia tu dengan tak tau malunya tersengih-sengih, "betul ye dia tak ada?", kesabaran aku teruji, haihhhh ada yang mintak di maki ni, hati berbisik menyuruh ku bersabar, "sebelum saya ulang jawapan yang sama buat kali ke-3 baik awak tutup pintu tu", aku menjawab tanpa melihat muka dua manusia tu..

p/s : cuma luahan hati yang tak sanggup nak pendam masalah-masalah macam ni, manusia-manusia jenis ni tolong la jadi manusia beradab sikit boleh tak, lepas tu tolong pegi belajar sikit adab nak berkomunikasi dengan orang..aku juga manusia, sabar ku pun ada batasnya..aduhhh pening kepalaku..
Aku teringat Prof aku bercerita dulu, dia penah suruh  sorang makcik penjual kerepek keluar dari pagar rumah dia, sebab mak cik tu sesuka hati buka pintu pagar rumahnya tanpa memberi salam, tau-tau dah muncul depan pintu, cumanya Prof tu cakap elok-elok la, dia cakap macam ni "Saya minta maaf mak cik, tapi mak cik masuk rumah saya tanpa kebenaran, sekarang saya nak mak cik keluar balik, bagi salam elok-elok, saya izin kan masuk ke dalam rumah saya baru mak cik boleh masuk" memanglah kita dengar terasa kejam, tapi bak kata orang, yang tua tu lah penyebab yang muda jadi macam ni, renung-renungkan...

dulu tak suke..tapi sekarang..

Bila Tuhan tarik sekejap nikmat makan ni, aku mula la asyik terkenang makanan je..=( 
huhuhu, mulut ni terasa nak makan, tapi tak semua yang dulu jadi favorite aku tu, tekak ni boleh terima, sedih pulak tetibe rasanye..
Dan aku pun dah mula suka makanan yang dulu bukan jadi pilihan utama,
contohnya :

TOM YAM
sekarang, pegi kedai makan je, menu ni la yang aku pilih..huhu rasa masam-masam tu yang bukak selera aku untuk makan kot...
source : cringel.com

LAKSA
Tadi aku tetibe teringat laksa, huhu teringin pulak rasanya nak makan laksa, sedapnye..sebelum ni aku tak de la nak teringin-teringin dengan laksa ni..
source : malaysia.com

LAKSAM
Sekarang ni menu ni jadi one of my favorite pulak, hahah adoi kenan muka mek/awe kelate pulok la ni wei..sumber nak dapatkan menu ni, kat mana lagi kalau bukan di pasar malam berhampiran, mujur orang jual tu buat sedap..

AIR BARLI
Before ni janan harap la aku nak minum air ni, aku terasa macam minum gandum, hahaha teruk betul, tapi sekarang, sedap pulak aku rasa minum air barli ni..
source : bm.thc.com.my

SUP
Kalau dulu, bila orang hidang sup, tu la menu yang akan aku pilih last sekali, kalau aku makan pun setakat basahkan nasi, tak de nye sampai banjir, tapi sekarang ni suke sangat, tapi jangan yang berminyak sangat la, muak..
source : trendypress.com

 




tapi all time favorite aku adalah......
 
 
 
 
 
NASI LEMAK
Berselera aku kalau makan nasi lemak..hehehe 
Alhamdulillah nikmat makan nasi lemak masih dirasai..=)

Magnet Diri

Venue : Dewan Kuliah Utama
Date : 24/5/2012
Time : 8.30 am - 4.30 pm
Course Title : Magnet Diri Untuk Eksekutif



"Apa khabar semua???" ayat pertama yang keluar dari mulut penceramah ni semalam, 3 kali dia ulang soalan yang sama, and jawapan kami pun sama, "Baikk...", Tapi lepas ni dia suruh ubah, kalau orang tanya kali pertama, kita kena jawab "Baikkk..", kali kedua, kita kena jawab, "Hebattt..", kali ketiga "Dasyattt.." and kali keempat, kita perlu jawab, "Tak paham, paham ke..???" hahahaha tu la intro sesi kursus yang aku hadiri semalam, kursus menarik macam ni, free pulak tu, rugi la sapa tak pegi kan...:)

Mula-mula aku pun tak kenal, sape la mamat ni, muka macam penah tengok, then baru teringat, pengacara tv Al-Hijrah, rancangan Assalamualaikum, aku rajin jugak tengok rancangan ni pagi-pagi weekend, selain dari NLKO, hehehe aku tukar-tukar la channel, kejap Assalamualaikum, kejap NLKO, partner die dalam rancangan tu Irma Hasmie, kui3, tapi dia cakap, Irma suka cakap dia tinggi lampai, padahal dia ni, Amin Idris ni kecik je orangnya, rendah je..kui3..

Semalam dia muncul dengan kemeja light purple, and necktie pink, and suit hitam..hmm..menarik, dia kata sekarang dia tengah tulis buku and partner penulisnya Heliza Helmi AF, diorang tengah tulis buku pasal personaliti & pemakaian, macam nak kena beli je, hehehe, penting kita yang berkerjaya ni jaga personaliti, esok kalau students panggil kita mak cik, hah masa tu jangan baru nak hangin satu badan..kui3..

Nampak muda dia ni, tapi dah kahwin dah, cuba la korang search kat google tu ade la gambar kahwin die, anak pun dah 2, isterinya cikgu katanye..Ada la jugak dia bercerita kisah sekolah isteri dia, and macam-macam lagi la. Dia ni memang pandai cakap, knowledge pun banyak(memang pun kalau masa rancangan Assalamualaikum tu, nampak la dia ni knowledgable, compare to Irma) memang tak sia-sia la dia bukak syarikat training consultant ni, sepanjang kursus 8 jam tu aku rasa macam sekejap je dah habis.

Aku sebenarnya adore orang-orang yang ada company sendiri, aku rasa wowww superb la korang ni. Korang boleh uruskan company, kerja korang turun naik flight, tour 1 Malaysia, lepas tu jumpa macam-macam orang. Amin Idris ni kalau korang nak tau, dia blaja dulu tak pandai pun, dia kata masa Degree dia cuma dapat 2.00 je CGPA, kalau 2.00 tu bagi aku macam ko tak blaja langsung tu, hehehe but then dia sambung jugak Master, masa tu dia dapat 3.78 la CGPA, so pointnya kat sini, yang penting diri kita sendiri kan. Bak kata dia, "kita yang pilih jalan hidup kita"

Dalam kursus ni, pengisiannya adalah macam mana nak jadikan diri kita ni orang yang berpengaruh, macam mana teknik menegur, bila kita tegur tu orang boleh terima teguran kita..Semua pengisian tu diselitkan dengan ayat-ayat Al-Quran, dan cerita-cerita yang bermotivasi, so aku suka la, aku rasa penyampaian yang tak sia-sia, tak de la cakap semberono je kan, semua cakap tu ada fakta, ada dalil, tu yang aku suka (sebab tu aku tak suka baca novel, aku suka baca buku-buku fakta)

Kadang-kadang aku rasa kalau aku ada 1 kepakaran, contoh la macam bidang aku ni IT, then aku kerja dalam Maths, mungkin aku boleh combine dua-dua tu, lepas tu sekarang ni lecturer kan kena buat research macam-macam, aku nak cipta 1 kaedah mungkin la kan, bukan la aku kata confirm aku nak buat, kaedah mudah nak faham pecahan, contoh je tu, (sekarang ni kan macam-macam kaedah Maths kan, EasyMaths la, macam-macam) so aku nak buat kaedah tu sampai berjaya, then aku nak bukak 1 company yang memperkenalkan kaedah tu kat semua pelajar fokus aku mesti kat budak sekolah dulu, tapi memang kena uji gila-gila untuk make sure kaedah tu berjaya, hahahaha gila berangan, cumanya kalau aku ni supermom la kan, hahaha, takkan sambil aku nak gi perkenalkan kaedah tu, bercakap kat depan orang, sambil gendong anak pulak, adoi letih macam tu...Tu la impian tu ada, tapi bila nak realisasi pun tak tak tau, orang kata tak salah kita berangan, tak kena bayar pun kan...:)

p/s : Amin Idris kata, dia nak bgtau pasal program kitorang ni kat rancangan Assalamualaikum, hari Ahad ni, hehehe kena tengok ni..;)



bekalan jajan


tengok beg jajan tadi perasan ada benda ni, ntah la namanya ape, macam marshmallow+jellybean je..hahaha ni mama ku la ni, bekalkan kat anak die yang sorang ni, risau kot anak die ni tak de benda nak di kunyah-kunyah, tapi.....
aku tak suke benda ni, macam makan span..;p

wordless wednesday 23052012

sweet + nice ♥

apam aiskrim cornetto

Tadi lalu depan blog MasamManis
Ya Allah terliurnya tengok resepi Apam Icecream Cornetto..huhuhu slrrrppppp 
sape nak tolong buatkan ni, nak buat sendiri malasnya rasa....
sapa-sapa dah berjaya buat, boleh la buat bisnes nnt kite order..hehehe

 source : MasamManis

kronologi cikgu & sekolah (bab 3)

Sekolah Menengah

Masuk sekolah menengah aku dah jadi more 'laidback', aku berpindah masuk ke sekolah semua perempuan.. kecuali cikgunya la, ade la 3 - 4 orang lelaki + pak guard..mula-mula pindah aku banyak senyap, tak ramai yang aku kenal. Yang aku dapat kenalpasti, bila kita sekolah semua sama jenis ni, perasan berpuak tu lagi kuat, dalam kelas yang ade 40 org pelajar, mungkin akan ada 8 - 10 kumpulan/puak, yang cantik-cantik 1 puak, yang senyap, skema 1 puak, yang sorang-sorang paling nerd dalam sekolah, die dah wujudkan puak berseorangan, yang comot budak-budak 1 puak, yang biasa-biasa je macam aku ni 1 puak, yang anak orang kaya 1 puak, puak, budak hostel lagi, tu belum ikut bangsa lagi..haaa, so cikgu memang akan suruh kami duduk mesti sebelah bangsa yang berlainan. Lagi satu, duk sekolah satu jenis ni, lagi kuat perasaan nak bergaya, nak tunjuk pakai barang apa, kasut brand ape, purse brand ape, beg sekolah brand ape, ish3, insaf2(harap-harap zuriat aku tak ikut perangai aku yang ni, pokai la....;p)

Masa form 1, aku kena duduk sebelah chinese (aku x jumpe die dalam fb huhu too bad), cikgu kelas aku Pn Noriah, baik + bergaya orangnya, ajar kelas kami Geografi, hmm..biasa2 je kot hidup aku masa form 1 ni..

Masa form 2, aku stay kelas yang sama, dari form 1 - 3 aku stay kelas no 2, kelas Cempaka kui3, tak berganjak-ganjak, aku maintain je kekal kat kelas tu, sebab kalau masuk kelas first lagi stress kot (lagi ramai yang skema, speaking je manjang) haha..form 2 pun cikgu kelas yang sama, Pn Noriah, still ajar Geografi, masa ni best sket sebab aku dah ada geng 5 org, hehehe..Tabiat aku masa sekolah menengah ni berubah, aku jadi orang yang tak suka nak siapkan kerja sekolah, aku suka buat kerja sekolah kat umah, terutama Maths, Pn Norlaila kot nama cikgu Maths aku masa tu, bila aku wat kerja sekolah kat umah, mula la sampai lewat malam, huhu penah sekali tu arwah bapak aku tunggu sampai aku siap kerja sekolah baru dia tido, huhu (rindu pulak aku kat arwah bapak..huhu) 

Then form 3, geng aku 3 orang kena pindah kelas no 3, aku and lagi sorang tu kekal kat kelas no 2, kawan aku yg tinggal ni memang gile blaja (sekarang tengah buat phd, all the best babe) aku jadi tak leh masuk sangat lah ngan die, aku jenis relaks-relaks je, so form 3 aku jadi biasa-biasa je, aku ni dah tak de geng, jadi baik la kan, bila kawan belajar, aku pun belajar la jugak, walaupun tak la rajin sangat..hehehe Aku paling risau masa nak PMR tu adalah English, huhu sebab cikgu aku, dia Indian, aku lupa nama die, die grad oversea, and die sangat jaga adab sebagai perempuan, penah sorang classmate aku kena tegur sebab jalan seret kaki, die jalan pun tertib je, memang jaga la langkah dia satu-satu..penah essay aku kene "See Me" wahh nervous gile nak kene jumpa die personal, huhuhu tapi masa jumpa tu ok la die ajar satu-satu kat mane aku silap dalam essay tu..Aku jugak nak berterima kasih sangat-sangat kat cikgu Sejarah aku (ye la aku subjek yang kena tulis-tulis ayat panjang-panjang ni aku tak suke) sebab cara dia mengajar sejarah (kene cerita balik apa yang buku teks tu tulis kat depan kelas, kalau tak kena berdiri)aku adalah manusia yang sangat sensitif dengan denda, dan bila aku dipaksa dan aku nak elak dari di denda dan make sure aku tak kena denda, so aku ingat la cerita-cerita sejarah tu..hehehe

Cikgu kelas aku masa form 3 ni rock, gi sekolah naik skuter merah, laju menonong je kalau die bawak skuter tu, die pakai tudung labuh, garang pun boleh tahan, tapi aku lupe-lupe sket nama die, Pn Roziana kalau tak silap aku..masa trial PMR aku dapat teruk, combination A B C sume ade..Pn Roziana ni dah cikgu kelas kan, mesti la die tau result, die bagi ayat pedas kat aku, "Result macam ni, macam mana nak masuk MRSM?" sebab die tau aku isi borang..so aku diam je la..tu kot yang menjadi pembakar semangat aku..Alhamdulillah, result PMR pun flying colors..

tak abes-abes lagi aku syok sendiri menaip ni, tapi bak kata blogger lain pun, blog kite, suke hati kite la...
ok next time sambung pulak kisah aku di sekolah asrama...

Elephant Personality Test

Yesterday I attended the 5S briefing, the person that conduct the briefing ask us to draw an elephant, she gave everyone of us a paper (A4 paper) and we have to draw an elephant on it..

So peeps, if you want to try this, you may do the same, lets take a paper then draw an elephant, I'll wait for your drawing...;)
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
DONE DRAWING???

ok lets take a look at your elephant..

The elephant serves as a useful test of the personality traits of the drawer. 
If the elephant is drawn:
Position of your darwing in the paper
Toward the top of the paper (you use only the top portion of your paper to draw)
- positive and optimistic.
Toward the middle (you draw your elepehant in the middle of the paper)
- a realist.
Toward the bottom (your use the bottom portion of the paper to draw)
- pessimistic and have a tendency to behave negatively.
Position of the elephant
Facing left
- believe in tradition, friendly and remember dates (birthdays, etc..)
Facing right
- innovative and active, but don’t have a strong sense of family, nor do you remember dates.
Facing front (looking at you), 
- enjoy playing devil’s advocate and neither fear nor avoid discussions.
Details of your drawing
Many details (eg : eyes with eyelashes, lines at the trunk, etc)
- analytical, cautious and distrustful.
Few details
- emotional and naive, you care little for details and are a risk-taker.
Number of legs of the elephant
With less than 4 legs 
- insecure or are living through a period of major change.
With 4 legs 
- secure, stubborn, and stick to your ideas.
If there are more than 4 legs
- unrealistic.
The size of ears
Indicates how good a listener you are.  The bigger the better.
The length of tail
The length of the tail indicates the quality of your *ahem* sex story love life!!!(And again more is better!)
OK, who didn’t draw a tail???? kui3..

Tadaaaaa!!!!!
my elephant that I draw yesterday, kui3..
this draw indicates me as the :
- Positive & Optimistic person
- Believe in tradition, friendly and remember dates (birthdays, etc..)
-Secure, stubborn, and stick to my ideas
- Analytical, cautious and distrustful(means I don't easily trust people)
- Sort of a good listener may be
- And I draw the tail...:)

kronologi cikgu dan sekolah (bab 2)

Sekolah Rendah
Masih lagi dalam darjah tiga, masa tu mama kena kursus 6 bulan, so bapak bawak kami tinggal kat umah embah(umah nenek&atuk aku) still dalam Ipoh, so duk je umah lain, tapi sekolah tempat yang sama jugak..lagipun mama kursus tu Isnin - Sabtu je, Ahad kitorang sefamili pegi la jenguk mama kat Kuala Kangsar, bila dah duduk umah embah, paham-paham la, aku jadi banyak main, sebab ade sepupu aku, lagipun bila embah jaga cucu mane sama dengan mak ayah jaga anak kan, spoil la jadinya.. Aku yang masa periksa Pertengahan Tahun dapat no 3, jatuh merudum periksa Akhir Tahun dapat no 9, aku cuak gile masa tu nak tunjuk report card kat bapak, mesti kena marah punya ni..huhu Tapi arwah bapak aku tu jenis softspoken, cakap pelan je, tapi pedas woo, die cakap sikit je "Sebab dapat no 9 kan, so lepas 9 hari baru bapak sign report card ni.." huhu aku takut tapi aku tak berani nak cakap ape-ape, aku diam je, aku dah risau, cikgu kata 3 hari je, lepas tu kena pulang balik..Tapi, last-last die sign jugak dalam masa 3 hari tu, tu pun aku dah dekat sangat nak pegi sekolah..fuhhh lega..Tapi tak lega jugak, Ahad pegi jenguk mama, kena marah pulak dengan mama, mak aku contra ngan bapak aku, so paham-paham la pot pet pot pet...dengar je la..hehehe

Darjah 4, sekolah pagi, kali ni cikgu class aku Chinese converted sebab kawin dengan sikh, nama Cina die aku tak tau, yang aku ingat nama converted die, Mrs Hari Singh Sidhu..hehehe tu lah cikgu yang kelakar dan garang jugak, macam mak-mak gitu gaya die..Die ajar English and Alam & Manusia, kalau ada aktiviti kelas macam hari kantin ke, aku suke tolong dia, tolong buat kupon jualan, macam-macam, lagi pun die cikgu Rumah Sukan aku jugak, Rumah Kuning(Bendahara)..bila time latihan rumah sukan penah sekali tu die cakap "U all jangan kalah nanti jatuh muka saya.." sepatutnya jatuh air muka..,adoi la BM die memang fail..:p 

Ade satu peristiwa yang memalukan tapi bangga jugalah sikit-sikit, Ustazah kelas aku, dulu kan ade belajar tulisan jawi, tiba-tiba die panggil aku kedepan, muka dah la garang, dia tanya aku dengan nada marah "Sapa tuliskan untuk awak ni(sambil tunjuk kat buku jawi aku)", aku jawab "Saya, Ustazah", "Saya tak percaya.."ustazah aku jawab balik, masa tu satu kelas diam, tengok je aku, malunye..."betul, saya buat malam semalam.."aku jawab dengan teluslah kan tak nak tipu pulak.."ok cuba tulis macam ni di atas kertas ni.." die suruh aku tulis kat kertas lain, so aku pun tulis la..lepas tu die terdiam, puji aku pulak, "Bagus, memang cantik awak tulis, teruskan usaha, ok boleh duduk.." eh-eh ustazah ni, kot la nak mintak maaf ke, tapi tak pe lah aku dah buktikan pun kat die, tapi malu jugak die tak percaya..huhu 

Darjah 5, aku stay lagi kat class first sama macam darjah 4, sebab aku dapat no 4 masa periksa, cikgu class aku still orang yang sama, Mrs Hari Singh Sidhu, ade gak kawan-kawan aku kena pindah kelas lain..huhu sedih hmm, darjah 5 tak banyak sangat benda aku ingat..owh aku ni sebenarnya memang tak berbakat dalam sukan, tapi bila kawan-kawan ajak, aku join je...aku konon-konon nak la jadi wakil sekolah main softball tapi tak terpilih..hahaha, so aku masuk koir je, masa test vokal tu suara aku lepas so dapat la aku masuk koir, best jugak, kejap-kejap ade latihan petang, aku suke stay back kat sekolah, hehehe

Aku ade cerita kan aku ade bakat melukis so masa darjah 5-6 aku selalu gak masuk pertandingan melukis, dapat macam-macam gak hadiah, water color la, berus lukisan la, pallet la, macam-macam..Pernah aku hantar kat KFC Kids Hour ke ape nama rancangan tu, hahaha menang gak, dapat la hamper barang-barang KFC, kat majalah Dewan Pelajar aku hantar, menang, dapat baucar beli buku DPB..Aku masuk jugak pertandingan tulisan khat, tapi tak menang..hehehe haaa lagi satu Program Nilam tu kan, hehehe tu pun semangat aku baca buku sebab nak dapat tag "anda membaca lebih 100 buah buku" hehehehe seronok gak zaman kanak-kanak aku ni bila ingat-ingat balik, kalau dulu ade fb mesti dah aku tempek dah gambar-gambar lukisan and hadiah aku tu..kui3..

Darjah 6, aku sibuk dengan koir, sampai cikgu class aku, cikgu class yang sama macam darjah 4 & 5 tu marah, sebab die risau aku tak belajar, asyik praktis koir je..Tapi memang aku tak belajar sangat pun masa awal-awal tu, dah dekat nak UPSR baru la nak belajar, tapi pun bila aku ingat balik, ape ntah yang aku belajar masa tu, budak-budak lagi kan, konon-konon je belajar..kui3..masa Darjah 6 seronok, sebab rasa diri paling besar kat sekolah, pengawas, budak class 1st pulak tu, memang rasa macam hot gile ahh, adoi riak sungguh huhu jalan pun rasa macam semua orang tengok, kui3, ntah ape-ape je rasa..Masa tu budak-budak pompuan dah rasa diri besar dah, sebab kite lagi tinggi dari lelaki, lelaki rendah je time tu kan, kui3, tapi rendah-rendah tu pun ade hati nak kirim-kirim salam pulak kat kite..hahaha bengong je rasa, zaman budak-budak, sekarang kalau tengok kat fb dah kawin pun budak-budak tu..hehehe kenangan-kenangan

ok sambung lah kenangan ni ke bab 3..nite2 peeps..


< 32

entry tanpa tujuan...
sedang blogwalking menjenguk blog-blog indah, blog-blog menarik (hobi baru, nak tengok benda-benda cantik je, perempuan cantik, lelaki handsome..hehehe) terperasan yang dian pelangi, alah penulis blog The Merchant Daughter tu, yang gigi dia macam gigi aku, hahahaha gigi dia mesti kurang 32, sebab kalau korang tengok die senyum, lepas gigi depan die, terus gigi taring (selalunya lepas gigi depan ada lagi 1 gigi kecik sikit dari gigi depan, lepas tu baru gigi taring), means, she have 2 missing teeth, sama kes la dengan aku,ikut yang dentist aku cakap kui3..kalau di x-ray pun memang tak da gigi tu, kuasa Allahkan..tapi I like her, cantik..(hahaha baru la sehari dua ko like die pun, walaupun dah tau nama die tu lama...)

source : Dian Pelangi

kronologi cikgu dan sekolah (bab 1)

Semalam Hari Guru, tapi tak de mood nak tulis pasal tu, hari ni baru ada mood, dikesempatan ni, nak ucapkan "Selamat Hari Guru" kepada mama, mak, adik ku, adik ipar ku, dan semua yang bergelar guru, ntah diorang baca ke tidak blog ni aku pun tak tau, tapi ucap pi la kan..

Dan ucapan secara tak langsung juga kepada semua yang bergelar pensyarah ke, instructor ke, dan yang seangkatan dengannya, walaupun profession mereka tidak dipanggil guru, dan kementerian kami pun tak sama, kami pun tak dapat kenaikan pangkat beramai-ramai, hehehehe tapi bidang tugas tu lebih kurang sama, so "Selamat Hari Guru" jugak lah ye..:) Terima kasih juga, untuk anak-anak murid yang wish semalam..

Bila Hari Guru ni mulalah teringat masa zaman-zaman sekolah dulu,

Tadika
Masa umur ni, memang aku mengaku, aku adalah kanak-kanak yang aktif, apa je permainan semua aku main, tak de nak main permainan pompuan je, selain dari main pondok-pondok, main masak-masak, panjat pokok, main longkang, pegi lombong, semua aku pernah mainlah, so masa di Tadika pun aku aktif, masa di Tadika aku rasa macam aku berada di dunia baru, sebab masa tu aku baru je pindah kat kawasan rumah aku yang sekarang ni, so Tadika aku pun jauh, ye lah sebab kawasan perumahan baru masa tu, Tadika pun tak de lagi, so aku berkawan dengan budak-budak baru, tapi may be sebab aku ni anak sulung, aktif pulak tu, tak kekok pun nak bergaul, sampaikan cikgu pun apa-apa aktiviti suka nak suruh aku, berlakon la,  macam-macam, ooopppsss lupe pulak, masa ni aku Tadika Islam, cikgu Tadika aku pun pakai purdah, tapi masa mengajar die tak pakai la kan, masa die keluar bawak kami pegi jalan-jalan tu die pakai, aku ingat nama cikgu aku tu, Ustazah Rozi, hehehe "Selamat Hari Guru" Ustazah

Sekolah Rendah
Darjah satu, Masa ni aku pun macam budak-budak biasa pegi sekolah petang, anak sulung kan, tak takut pun, tak nangis pun, masa first day sekolah, sekolah pun jauh dari kawasan perumahan aku, masa aku sekolah darjah 1 tu, kami cuma ada 2 orang je yang naik bas sekolah tu dari kawasan perumahan yang sama, lepas tu aku ingat, kawan aku tu, suke tido dalam bas, pas tu kalau die tido meleleh air liur..iiyyyeekkkk..tapi lama-lama dah makin ramai yang naik bas sekolah tu, cikgu aku masa tu Cikgu Rohani, huhu aku pernah kena marah sekali je dengan dia, tu pun sebab aku cubit sorang budak tu sebab dia buat kawan aku..hahaha adoii la, memang salah aku pun, suke hati nak cubit anak orang..

Darjah dua aku jadi ketua kelas, cikgu kelas aku Cikgu Zainon tu memang garang, dia ajar matematik & pendidikan seni, sebab cikgu tu la aku hafal sifir, sebab sapa tak hafal, nanti die jentik telinga dengan getah, aku tak pernah kena, hehehe selamat...lepas tu die suke aku, sebab aku pandai seni, aku memang berbakat jugak la kot melukis-lukis ni, kalau buat lukisan tu, mesti terpilih untuk ditampal kat kelas..hehehe lepas tu aku pernah dapat hadiah "Murid Paling Bersih Darjah 2" hahaha lawak je rasa, aku dapat hadiah ape tau, ni ha die hadiahnye...



Darjah tiga aku dilantik jadi pengawas, seronok nye perasaan bawak balik tie(tali leher) nak tunjuk kat orang umah, belum turun bas, aku dah tayang tie kat parents..Cikgu Mahayom, cikgu kelas aku, die ajar Bahasa Melayu, huhu aku dah kata kan, aku bab-bab bahasa ni memang tak berapa pandai, aku ingat kene cubit kat pipi sebab salah letak tanda " " kat ayat, lepas tu aku ni kalau buat ujian ke apa ke dulu, aku nak cepat hantar je, tapi bila aku hantar cepat, kene cubit pipi and kene betulkan balik, sampai sekarang aku ingat ayat die "Ya Allah Shadila, tengok betul-betul nak letak dekat mana tanda tu..jangan nak main siap je" (sambil cubit pipi aku kuat-kuat, sakit tau), tapi bab-bab ejaan aku suka, mesti dapat hadiah, pensil ke, pencil case ke, lagi satu cikgu matematik aku, cikgu Cina, aku lupa nama die, aku suka matematik, die akan bagi pensil warna yang orang guna untuk menjahit kalau kami buat jawapan matematik semua betul, hehehe aku pun seronok la mengumpul pensil tu. lepas tu cikgu tu bersara, datang sorang cikgu baru, nama dia Cikgu Hashim, garang gilerrr, walaupun aku tak de masalah dalam matematik, tapi aku takut kalau dia marah budak-budak yang lemah, die baling buku budak lemah tu dari hujung sampai lah ke hujung kelas sambil jegil-jegil bijik mata die, pernah sampai aku demam tak pegi sekolah sebab takut sangat..


Hmm...sambung lah ke bab 2 nnt..penat pulak nak taip..

my teeth retainer

ni entri sedih tapi tak de pasal sape-sape hanya pasal diri sendiri, biasa la tengah keadaan macam ni, hal kecik pun bole jadi sedih sangat, 

sebelum ni aku ada tulis entri pasal dah bukak braceskan, then kene pakai retainer..boleh baca kat sini 
masalahnya sekarang ni, retainer tu tak boleh langsung nak masuk kat dalam mulut ni, asal masuk je, mesti 
rasa nak terkeluar semua isi perut ni..huhu 

dah 2 minggu tak pakai ni, sebelum ni pakai ok je, lena je tido...risau sangat, gusi aku ni dah la jenis lembut, itu yang my dentist cakap la..so memang senang gigi tu nak gerak, and sebab tu jugak tempoh aku pakai 

braces tu sekejap je, ye lah kalau orang lain makan masa sampai 2 - 3 tahun kan..
kalau ada antara korang yang pelik sebab apa aku cakap asal pakai je rasa nak muntah meh nak tempek gambar cara pemakaian retainer ni,
ni rupa retainer, mengikut bentuk gigi kita so setiap orang berbeza, kalau ada yang rasa gigi dia macam alignment dah lari-lari sikit tu boleh je pegi klinik buat retainer, tak payah pakai braces, tapi ikut nasihat dentist la kan (nak buat acuan tekap kat gigi dulu ni pun aku dah muntah..huhu)



tiap-tiap malam kene pakai at least 6 jam (masukkan dalam gigi)


dah pakai akan jadi macam ni...

masalah aku sekarang, bila pakai retainer tu, die akan melekap kat lelangit, jadi mulut aku cepat je rasa nak termuntah..lama lagi la aku nak kene tunggu nak pakai balik retainer ni, hope gigi-gigi aku tak gerak banyak, please..


diary

should i have a diary to record all this great moments..????
huhu, sejak dari skolah bakat menulis ni memang tersangatlah kurang, tak pandai nak elaborate ayat, kalau karangan memang susah sangat nak score good marks, kui3, jenuh dah polish..

Mr hubby suggested me to write a diary, tapi......nak tulis ape??hahaha, bile tulis diary tu, in future bila terbaca balik, mesti macam kelakar gile, kenapa la aku tulis macam tu, kenapa la aku react macam tu, bengong je rase..;p

Masa sekolah dulu, masa baru-baru duk asrama konon-konon nak tulis diary, tapi rasenye ade la 5 pages je kot, then terkubur macam tu je..

But now I really need to have a diary, so i need to list down any good reasons for me to write a diary, tapi I prefer to write it in my tabby, password protected skali kan, hehehe nak tulis dalam buku, segan kot-kot ade orang terbukak terbaca, hahaha

Good reasons of why I need to write a diary
1. to record any perkembangan sepanjang momen ini..:)
2. Bila record tu, may be i need to letak tarikh, masa, dan tempat supaya i can still remember, hehehe(lepas ni urat putus katenya, hope tak lupa banyak sangat)
3. In future bila baca balik (hopefully tabby masih boleh berfungsi lah kan, ke lepas ni lagi 2 3 tahun, tabby jadi bahan lenjan tengok video youtube je) akan terkenang kembali momen-momen indah ni..
4. To trace back any good or bad things that happened, and if it was a bad things, make sure takkan berulang kembali (bad things mungkin, anything I did that will lead to jatuh sakit, salah tido ke, tido lewat ke, or I salah makan ke, makan tak ikut time ke etc)

dapat list down 4 je..tapi rasenye cukup kot reasons tu nak tulis diary..hehehe wish me to have kerajinan in menulis..:)

my favorite "kunyah-kunyah" snacks

Mulut ni asyik nak mengunyah je sekarang ni, gaji bulan-bulan pun abes kat makan, kui3..nasib la hadap je la kan, hehehe orang kata benda-benda makan ni tak baik nak ungkit, so kita redha je lah, kite makan kite jugak yang kenyang kan..:) 

Dulu aku ni sangat tak mengamalkan makan snacks, jaga badan katakan, memang dah terbiasa masa makan aku adalah fix, pagi, lunch and malam, tak de nya aku nak beli snacks kudap-kudap makan kat opis, tak nak biasakan, lagi sekali sebab apa...."jaga badan katekannnn.." hahaha. 

Tapi, tu lah, orang kata, jangan cakap tak nak, sekarang tengok, dah jadi habit (harap-harap masa ni je lah kan, lepas ni harap dapat jaga badan balik..;)), meja opis, and kat umah aku dah ada macam-macam snacks, gula-gula, choc bar, air jus, kacang putih, haihhh macam-macam lah, hahaha aku pun kadang-kadang pelik dengan diri aku, nak tergelak sorang-sorang je rasanya..

Antara snacks yang menjadi favorite aku sekarang ni adalah :

Maruku Ikan


Dulu makan jugak, tapi setakat setahun sekali, sekarang ni siap ada stok kat opis maruku ikan ni..huhu maruku ikan ni, kalau beli jenama yang ciplak memang lain rasanya, tak sesedap dari yang company original ni.

Keropok Bantal


Ni pun ada gak dalam stok simpanan, sama la macam maruku ikan, dulu takat makan setahun sekali, sekarang ni, dah jadi suke pulak, huhu tapi tak elok sangat makan keropok bantal and maruku ikan ni, processed food kan, tapi buat simpanan je la, kot-kot terasa nak mengunyah. Jenama femes Tam Tam lah kan, tapi sekarang AEON Station 18 dah ade Country's Tid-Bits & Candies Cottage, so aku dapatkan stok keropok bantal kat situ je..:)

Nuts
Snacks yang macam ni mahal la sket kan, tapi bila baca review kat internet, makan kekacang ni bagus di amalkan, tapi kekacang yang macam dalam cocktail snack tu la, bukan yang cikai-cikai banyak garam, rasa masin je lebih tu, yang tu boleh membahayakan kesihatan pulak. Sedap mengunyah benda ni, jenama Tong Garden ni yang memenuhi kriteria sebab dalam tu ada buah tin, raisin, almond, hazel, pistachio, gajus, memang sedap la kunyah, sume tu mengikut kriteria dan selera perut..hehehe balik ni nak kene singgah petrol station, kat situ je senang nak dapat stok ni, dah abes dalam simpanan..:)




trust


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme