Daisypath Anniversary tickers
CafeMom Tickers

aku malas nak buat..

semalam sedang aku menulis di whiteboard di depan class, aku terdengar perbualan ni..


student A : eh, ko dapat buat tak soalan yang dia(merujuk kepada aku la tu) bagi ari Isnin tu?
student B : aku tak buat pun, aku malas nak buat..

aku nak tanya korang, 

kalau korang berada di tempat aku, apa respond korang lepas dengar kenyataan macam tu?
A. terus pegi sepak budak tu.
B. buat-buat tanya, "sapa yang bercakap tu?!!!"
C. ambik barang-barang terus keluar class
D. buat tak tau je..
E. semua di atas

Jawapan aku ialah aku buat yang D..sebab aku cuba kawal emosi..

Huhuhu, tapi sebenarnya aku sedih sangat, hati aku terusik, kadang-kadang aku terfikir, adakah kerana aku sedang dalam 'keadaan' macam ni, so keadaan sekeliling banyak menduga kesabaran aku..
Tapi bila aku fikir balik, kejam kah aku, dengan memberi latihan supaya dia boleh refresh balik bila lepas class nanti, bukan aku suruh dia buat keje susah sampai nak terkeluar otak, 2 soalan yang takat 30 min pun boleh siap..

Ataupun, adakah kerana latihan yang aku beri tu tak de markah untuk carry marks, jadinya dia rasa tak penting..huhu jadi semua benda yang dia buat tu tak ikhlas la, pada hal kalau aku jahat, aku ni tak kesiankan diorang yang dah repeat buat kali kedua tu, aku biarkan je, aku setakat ajar pompang pompang bercakap dalam class then ko pandai-pandai la sendiri macam yang memang di apply di universiti..huhuhu

Pelajar-pelajar ni sedar tak yang diorang ni sangat beruntung, diadakan institusi separa profesional macam ni sebab nak bagi diorang tu peluang belajar, supaya diorang tu ada hala tuju, supaya diorang tak jadi macam remaja di negara lain yang belajar pun kena tanggung sendiri, sudahnya remaja negara tu jadi budak jalanan, berpeleseran. Diorang sedar tak yang budak sebaya diorang yang pandai-pandai dah pegi ke universiti, yang kurang bagus sikit resultnya, tapi berkemampuan pergi ke private universiti, so diorang yang tinggal ni golongan ke berapa??? ishhh tu pun masih nak senang-senang hati, patutnya kene susah hati, belajar betul-betul, peluang depan mata kot. Bila dah fail, kita siap bagi peluang, boleh ambil masa short sem dengan bayaran sebanyak, FREE!!, cuma bayar yuran asrama je, tu pun kalau ko nak stay kat asrama la..kalau kat universiti short sem kene bayar kot, ikut berapa subjek ko ambil.

Sebenarnya aku dah lupakan hal ni, tapi pagi ni aku jadi teringat balik, aku salurkan melalui penulisan kat blog ni sebab aku tak nak nanti fikiran dan perasaan aku terbawak-bawak ke dalam kelas dan bila aku tengok muka budak tu, aku jadi tak ikhlas mengajar, huhu jadi macam ibu yang marahkan anaknya, korang tau kan kalau mak marah kita, tak berkat hidup kita, aku tak suka jadi macam tu, aku cuba nak lupakan, sebab aku tau, kalau aku tak redha nanti budak tu susah nak dapat ilmu yang aku sampaikan..

Adab menuntut ilmu oleh Imam Al-Ghazali
1. Mendahulukan salam kepada guru dan bersalaman dengan bercium tangan sebagai tanda penghormatan- ikut jantina
2. Jangan banyak bercakap di hadapan guru
3. Jangan bercakap jikalau tidak ditanya
4. Jangan bertanya melainkan jikalau diarah oleh guru
5. Jangan menyangkal kata-kata guru
6. Jangan mengumpat pelajar lain
7. Jangan berbisik di hadapan guru
8. Jangan berpaling kiri dan kanan
9. Jangan menyoal semasa guru kepenatan
10. Berdiri apabila guru bangun
11 Dengar dengan khusyuk ilmu yang disampaikan walaupun diulang 1000 kali
12 Rujuk guru dalam memilih ilmu
13 Jangan duduk tempat guru
14. Jangan berjalan dihadapan guru kecuali darurat
15. Jangan ketuk pintu berulang kali hingga guru keluar menemuinya
16. Sentiasa mendapat keredhaannya dan jauhkan kemurkaannya
17. Muliakan anak-anak guru
18. Selalu berhubung dengan guru
19. Elakkan tidak menziarahi guru lebih 40 hari. Ini boleh mengurangkan keberkatan ilmu
20. Selalu mendoakan guru selepas setiap solat lima waktu.

0 Response to "aku malas nak buat.."

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme