tolong jangan ulang soalan
di kala petang hari yang panas, walaupun duduk dalam bilik ber air-cond, tapi cahaya matahari kat luar tu, kita boleh terasa bahang panasnya, ditambah dengan pening-pening lalat yang menjelma secara tiba-tiba sesuka hati, kadang ok, kadang pening...
Datang pula 2 manusia....
tok..tok..tok...(bunyi pintu diketuk). kemudian pintu dibuka, tanpa ucapan salam, leher manusia itu memanjang terjenguk-jenguk, aku yang yang dah masak sangat perangai tak beradab macam tu, membiarkan sahaja, malas nak buat panas hati..
Menjenguk-jenguk lagi dua manusia tu..aku bersuara "Waalaikummusalam, awak nak cari siapa???".."haaa cik s*ti aisy*h ada??" seorang dari 2 manusia itu bersuara bertanya..aku membalas acuh tak acuh, "tak ada orang bernama cik s*ti aisy*h dalam bilik ni.."
Manusia tu tak berpuas hati nampaknya, cuba menegakkan soalannya, "dia tak ada ke, betul ke dia tak ada??", aku dah geram ni, tak jelas lagi ke jawapan aku tadi, "awak ni paham tak, tak ada orang bernama cik sit* aisy*h kat sini..berapa kali saya nak ulang ni?"
2 manusia tu dengan tak tau malunya tersengih-sengih, "betul ye dia tak ada?", kesabaran aku teruji, haihhhh ada yang mintak di maki ni, hati berbisik menyuruh ku bersabar, "sebelum saya ulang jawapan yang sama buat kali ke-3 baik awak tutup pintu tu", aku menjawab tanpa melihat muka dua manusia tu..
p/s : cuma luahan hati yang tak sanggup nak pendam masalah-masalah macam ni, manusia-manusia jenis ni tolong la jadi manusia beradab sikit boleh tak, lepas tu tolong pegi belajar sikit adab nak berkomunikasi dengan orang..aku juga manusia, sabar ku pun ada batasnya..aduhhh pening kepalaku..
Aku teringat Prof aku bercerita dulu, dia penah suruh sorang makcik penjual kerepek keluar dari pagar rumah dia, sebab mak cik tu sesuka hati buka pintu pagar rumahnya tanpa memberi salam, tau-tau dah muncul depan pintu, cumanya Prof tu cakap elok-elok la, dia cakap macam ni "Saya minta maaf mak cik, tapi mak cik masuk rumah saya tanpa kebenaran, sekarang saya nak mak cik keluar balik, bagi salam elok-elok, saya izin kan masuk ke dalam rumah saya baru mak cik boleh masuk" memanglah kita dengar terasa kejam, tapi bak kata orang, yang tua tu lah penyebab yang muda jadi macam ni, renung-renungkan...
sabar2...mane leh marah2...hehe..
=( penat nak jawab...