kronologi cikgu & sekolah (bab 3)

Sekolah Menengah

Masuk sekolah menengah aku dah jadi more 'laidback', aku berpindah masuk ke sekolah semua perempuan.. kecuali cikgunya la, ade la 3 - 4 orang lelaki + pak guard..mula-mula pindah aku banyak senyap, tak ramai yang aku kenal. Yang aku dapat kenalpasti, bila kita sekolah semua sama jenis ni, perasan berpuak tu lagi kuat, dalam kelas yang ade 40 org pelajar, mungkin akan ada 8 - 10 kumpulan/puak, yang cantik-cantik 1 puak, yang senyap, skema 1 puak, yang sorang-sorang paling nerd dalam sekolah, die dah wujudkan puak berseorangan, yang comot budak-budak 1 puak, yang biasa-biasa je macam aku ni 1 puak, yang anak orang kaya 1 puak, puak, budak hostel lagi, tu belum ikut bangsa lagi..haaa, so cikgu memang akan suruh kami duduk mesti sebelah bangsa yang berlainan. Lagi satu, duk sekolah satu jenis ni, lagi kuat perasaan nak bergaya, nak tunjuk pakai barang apa, kasut brand ape, purse brand ape, beg sekolah brand ape, ish3, insaf2(harap-harap zuriat aku tak ikut perangai aku yang ni, pokai la....;p)

Masa form 1, aku kena duduk sebelah chinese (aku x jumpe die dalam fb huhu too bad), cikgu kelas aku Pn Noriah, baik + bergaya orangnya, ajar kelas kami Geografi, hmm..biasa2 je kot hidup aku masa form 1 ni..

Masa form 2, aku stay kelas yang sama, dari form 1 - 3 aku stay kelas no 2, kelas Cempaka kui3, tak berganjak-ganjak, aku maintain je kekal kat kelas tu, sebab kalau masuk kelas first lagi stress kot (lagi ramai yang skema, speaking je manjang) haha..form 2 pun cikgu kelas yang sama, Pn Noriah, still ajar Geografi, masa ni best sket sebab aku dah ada geng 5 org, hehehe..Tabiat aku masa sekolah menengah ni berubah, aku jadi orang yang tak suka nak siapkan kerja sekolah, aku suka buat kerja sekolah kat umah, terutama Maths, Pn Norlaila kot nama cikgu Maths aku masa tu, bila aku wat kerja sekolah kat umah, mula la sampai lewat malam, huhu penah sekali tu arwah bapak aku tunggu sampai aku siap kerja sekolah baru dia tido, huhu (rindu pulak aku kat arwah bapak..huhu) 

Then form 3, geng aku 3 orang kena pindah kelas no 3, aku and lagi sorang tu kekal kat kelas no 2, kawan aku yg tinggal ni memang gile blaja (sekarang tengah buat phd, all the best babe) aku jadi tak leh masuk sangat lah ngan die, aku jenis relaks-relaks je, so form 3 aku jadi biasa-biasa je, aku ni dah tak de geng, jadi baik la kan, bila kawan belajar, aku pun belajar la jugak, walaupun tak la rajin sangat..hehehe Aku paling risau masa nak PMR tu adalah English, huhu sebab cikgu aku, dia Indian, aku lupa nama die, die grad oversea, and die sangat jaga adab sebagai perempuan, penah sorang classmate aku kena tegur sebab jalan seret kaki, die jalan pun tertib je, memang jaga la langkah dia satu-satu..penah essay aku kene "See Me" wahh nervous gile nak kene jumpa die personal, huhuhu tapi masa jumpa tu ok la die ajar satu-satu kat mane aku silap dalam essay tu..Aku jugak nak berterima kasih sangat-sangat kat cikgu Sejarah aku (ye la aku subjek yang kena tulis-tulis ayat panjang-panjang ni aku tak suke) sebab cara dia mengajar sejarah (kene cerita balik apa yang buku teks tu tulis kat depan kelas, kalau tak kena berdiri)aku adalah manusia yang sangat sensitif dengan denda, dan bila aku dipaksa dan aku nak elak dari di denda dan make sure aku tak kena denda, so aku ingat la cerita-cerita sejarah tu..hehehe

Cikgu kelas aku masa form 3 ni rock, gi sekolah naik skuter merah, laju menonong je kalau die bawak skuter tu, die pakai tudung labuh, garang pun boleh tahan, tapi aku lupe-lupe sket nama die, Pn Roziana kalau tak silap aku..masa trial PMR aku dapat teruk, combination A B C sume ade..Pn Roziana ni dah cikgu kelas kan, mesti la die tau result, die bagi ayat pedas kat aku, "Result macam ni, macam mana nak masuk MRSM?" sebab die tau aku isi borang..so aku diam je la..tu kot yang menjadi pembakar semangat aku..Alhamdulillah, result PMR pun flying colors..

tak abes-abes lagi aku syok sendiri menaip ni, tapi bak kata blogger lain pun, blog kite, suke hati kite la...
ok next time sambung pulak kisah aku di sekolah asrama...

0 Response to "kronologi cikgu & sekolah (bab 3)"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme