Daisypath Anniversary tickers
CafeMom Tickers

kronologi cikgu dan sekolah (bab 1)

Semalam Hari Guru, tapi tak de mood nak tulis pasal tu, hari ni baru ada mood, dikesempatan ni, nak ucapkan "Selamat Hari Guru" kepada mama, mak, adik ku, adik ipar ku, dan semua yang bergelar guru, ntah diorang baca ke tidak blog ni aku pun tak tau, tapi ucap pi la kan..

Dan ucapan secara tak langsung juga kepada semua yang bergelar pensyarah ke, instructor ke, dan yang seangkatan dengannya, walaupun profession mereka tidak dipanggil guru, dan kementerian kami pun tak sama, kami pun tak dapat kenaikan pangkat beramai-ramai, hehehehe tapi bidang tugas tu lebih kurang sama, so "Selamat Hari Guru" jugak lah ye..:) Terima kasih juga, untuk anak-anak murid yang wish semalam..

Bila Hari Guru ni mulalah teringat masa zaman-zaman sekolah dulu,

Tadika
Masa umur ni, memang aku mengaku, aku adalah kanak-kanak yang aktif, apa je permainan semua aku main, tak de nak main permainan pompuan je, selain dari main pondok-pondok, main masak-masak, panjat pokok, main longkang, pegi lombong, semua aku pernah mainlah, so masa di Tadika pun aku aktif, masa di Tadika aku rasa macam aku berada di dunia baru, sebab masa tu aku baru je pindah kat kawasan rumah aku yang sekarang ni, so Tadika aku pun jauh, ye lah sebab kawasan perumahan baru masa tu, Tadika pun tak de lagi, so aku berkawan dengan budak-budak baru, tapi may be sebab aku ni anak sulung, aktif pulak tu, tak kekok pun nak bergaul, sampaikan cikgu pun apa-apa aktiviti suka nak suruh aku, berlakon la,  macam-macam, ooopppsss lupe pulak, masa ni aku Tadika Islam, cikgu Tadika aku pun pakai purdah, tapi masa mengajar die tak pakai la kan, masa die keluar bawak kami pegi jalan-jalan tu die pakai, aku ingat nama cikgu aku tu, Ustazah Rozi, hehehe "Selamat Hari Guru" Ustazah

Sekolah Rendah
Darjah satu, Masa ni aku pun macam budak-budak biasa pegi sekolah petang, anak sulung kan, tak takut pun, tak nangis pun, masa first day sekolah, sekolah pun jauh dari kawasan perumahan aku, masa aku sekolah darjah 1 tu, kami cuma ada 2 orang je yang naik bas sekolah tu dari kawasan perumahan yang sama, lepas tu aku ingat, kawan aku tu, suke tido dalam bas, pas tu kalau die tido meleleh air liur..iiyyyeekkkk..tapi lama-lama dah makin ramai yang naik bas sekolah tu, cikgu aku masa tu Cikgu Rohani, huhu aku pernah kena marah sekali je dengan dia, tu pun sebab aku cubit sorang budak tu sebab dia buat kawan aku..hahaha adoii la, memang salah aku pun, suke hati nak cubit anak orang..

Darjah dua aku jadi ketua kelas, cikgu kelas aku Cikgu Zainon tu memang garang, dia ajar matematik & pendidikan seni, sebab cikgu tu la aku hafal sifir, sebab sapa tak hafal, nanti die jentik telinga dengan getah, aku tak pernah kena, hehehe selamat...lepas tu die suke aku, sebab aku pandai seni, aku memang berbakat jugak la kot melukis-lukis ni, kalau buat lukisan tu, mesti terpilih untuk ditampal kat kelas..hehehe lepas tu aku pernah dapat hadiah "Murid Paling Bersih Darjah 2" hahaha lawak je rasa, aku dapat hadiah ape tau, ni ha die hadiahnye...



Darjah tiga aku dilantik jadi pengawas, seronok nye perasaan bawak balik tie(tali leher) nak tunjuk kat orang umah, belum turun bas, aku dah tayang tie kat parents..Cikgu Mahayom, cikgu kelas aku, die ajar Bahasa Melayu, huhu aku dah kata kan, aku bab-bab bahasa ni memang tak berapa pandai, aku ingat kene cubit kat pipi sebab salah letak tanda " " kat ayat, lepas tu aku ni kalau buat ujian ke apa ke dulu, aku nak cepat hantar je, tapi bila aku hantar cepat, kene cubit pipi and kene betulkan balik, sampai sekarang aku ingat ayat die "Ya Allah Shadila, tengok betul-betul nak letak dekat mana tanda tu..jangan nak main siap je" (sambil cubit pipi aku kuat-kuat, sakit tau), tapi bab-bab ejaan aku suka, mesti dapat hadiah, pensil ke, pencil case ke, lagi satu cikgu matematik aku, cikgu Cina, aku lupa nama die, aku suka matematik, die akan bagi pensil warna yang orang guna untuk menjahit kalau kami buat jawapan matematik semua betul, hehehe aku pun seronok la mengumpul pensil tu. lepas tu cikgu tu bersara, datang sorang cikgu baru, nama dia Cikgu Hashim, garang gilerrr, walaupun aku tak de masalah dalam matematik, tapi aku takut kalau dia marah budak-budak yang lemah, die baling buku budak lemah tu dari hujung sampai lah ke hujung kelas sambil jegil-jegil bijik mata die, pernah sampai aku demam tak pegi sekolah sebab takut sangat..


Hmm...sambung lah ke bab 2 nnt..penat pulak nak taip..

0 Response to "kronologi cikgu dan sekolah (bab 1)"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme