Pengalaman bersalin 2nd baby (episod 1)

Pengalaman bersalin anak ke2 ni lebih kurang sama je kronologinya dengan anak first. Turun tanda (darah) then dalam masa 8 jam selamat bersalin.

Kalau ikut due, baby ke 2 ni dilahirkan awal 5 hari. Tapi kami husband and wife memang dah apply cuti seminggu awal dari due date, memandangkan nak balik jauhkan, so 12/6 kami dah balik ke Ipoh.

Hari Isnin15/6 tu kami balik ke rumah mertua sebab plan nak tido kat umah mertua sampai la hari pertama puasa, so nanti kiranya kalau dah bersalin dapat la jugak merasa bersahur & berbuka bersama. Tapi nampaknya sempat tido semalam je.

Pagi Selasa, husband ajak gi jalan-jalan kat Billion, aku pun suka sebenarnya, sebab boleh exercise la konon, bagi senang bersalin..hehe aku memang dah rasa perut kejap-kejap menegang (mild contraction). Cakap kat husband, rasa tak lama ni, sehari dua ni bersalin kot.

Masuk waktu maghrib, nak gi amik wudhu, sekali cek dah keluar tanda. Tapi aku siap cakap kat en husband, "dah keluar tanda, tapi kalau nak gi makan dulu pun tak pe (sebab aku dapat rasa macam lambat lagi nak bersalin ni) plus aku lapo" haha sebab plannye nak gi makan char kuey teow. Tapi encik husband lepas dia solat je terus kami siap gi hospital. Tak sempat la aku dinner malam tu, sob3.

Sampai hospital, memang ramai orang, check CTG baby, semua ok. Pas tu doc amik maklumat, then cek bukaan dah buka 3cm. Doc bagi masuk wad. Husband semua pun balik dulu, aku suh tido dulu, aku kata belum masa lagi ni. Mak aku datang jugak sebab aku mintak amik Alisya, sebab kat umah mak aku ade sepupu dia(anak adik aku) boleh dia main2 takut nanti dia sedih pulak, kene tinggal dengan daddy dia bila daddy nak kena gi hospital. husband stay umah mak dia je sbb dekat sikit dgn hospital.

So bermalamlah aku kat wad malam tu, masa maduk wad tu pun dah kul 10 lebih. Aku masih lagi tak rasa sakit, so aku tido je la.

Dalam kul 1 pagi aku dah rasa contraction setiap 15 min tapi macam boleh tahan lagi. Aku jalan g toilet, sembang- sembang dengan orang katil sebelah (dia pun menunggu masa nak bersalin). Dalam masa yang sama aku cuba baring rehat sebab tau nak kena kumpul tenaga nk teran nanti. Aku makan roti je as dinner tadi.

Dalam kul 3 sakit makin kerap. Aku jalan ke kaunter panggil nurse suh cek jalan. Bila nurse cek dah buka 5 cm, means dah boleh masuk labour room(LR). So nurse mintak aku pack barang nak tolak aku masuk LR. Whatsapp en husband bgtau dah nak masuk LR. Die pun reply ok, otw ke hospital.

posted from Bloggeroid

The 2nd princess

Alhamdulillah syukur, dah selamat melahirkan zuriat yang kedua pada 17hb Jun, sehari sebelum seluruh umat Islam berpuasa. Means that baby baru ni lahir 30 Syaaban 😃

Pengalaman bersalin yang berbeza dari pengalaman melahirkan anak pertama.
Antaranya:

1. Bersalin kali ni, labour room dipenuhi dengan nurses yang sama-sama memberi sokongan. Tapi to be frank aku rasa serabut bila dah ramai-ramai kat dalam tu, bila semua nak bagi nasihat, bila semua nak bercakap, sudahnya aku teran dah kelaut, koyak pun banyak..huhuhu jawabnya memang kena jahit banyak la kan. Tapi walau apapun terima kasih juga pada certain nurse yang betul-betul membantu aku, bagi air minum, urut badan aku time sakit contraction.

2. Al-kisah wad bersalin penuh, wad kelas 1, penuh, kelas 2 penuh, so aku dimasukkan ke wad kelas 3. Aku tak kisah lah, yang penting dah selamat melahirkan. Baby keluar jam 6.27 pagi, and since ni anak kedua, so pemantauan baby hanya 12 jam, that means jam 6.30 petang aku dah boleh keluar wad if baby and ibu ok semuanya. Alhamdulillah aku boleh check out jam 6.30 petang hari yang sama. So xde la aku kena bermalam kat wad lagi, sebab malam sebelumnya sementara tunggu jalan buka untuk melahirkan aku dah bermalam kat wad.

3. Masuk hari ke-2, bila nurse cek baby kat rumah, dia detect baby nampak kuning. So dia suh refer ke KK untuk amik bacaan darah (LSB). Dan bacaan kuningnya memang tinggi. Doc suh bawak ke hospital duk bawah lampu phototherapy..hukhuk sedih dah aku, dah la baru lepas melahirkan, badan tak sihat lagi. Bermalamlah aku di hospital semalaman dengan gigihnya meletakkan anak aku bawah lampu tu, dan aktif bf kan baby, supaya bacaan kuningnya cepat turun. Dengan harapan tak mau dok hospital lama-lama. Alhamdulillah doc bagi keluar and dia mintak esok amik bacaan LSB di KK je. Legaaa...

ok tu je la yang aku rasa nak berkongsi sekarang ni, nanti cerita lagi ye, sekarang nak pantang betul-betul sebab nak pasang badan, hahaha

posted from Bloggeroid

Food truck (thehut.my)

Aku dah tak melanggan asterok sejak berpindah ke tempat baru, ingat malas nak langgan apa-apa, nak tengok free channel je, sebaba aku yang dah makin tak minat nak tengok tv..
Tapi seriously signal tv kalau harapkan areal biasa memang tak dapek langsung la, kelabu asap je la tv aku, so aku & husband decide langgan hypptv, memandangkan kami nak langgan streamyx.
Channel hypptv ni yang jadi kegemaran aku ialah "nat geo people" sebab selalu ade cita pasal makanan, selain dari cita lain yang berkaitan manusia. Salah satu rancangan faveret aku ialah "Eat Street" yang ade tunjuk any bisness makanan yang based on food truck. Sekarangkan femes konsep bisnes makanan macam ni.
Awal tahun ari tu dikhabarkan adik sepupu aku pun nak mula bisnes makanan based on food truck ni. So kat sini aku nak promote la sikit bisnes dia, dah alang-alang ade kait mengait family kan. Kalau korang orang Ipoh boleh la mencuba makanan dari "thehut.my"
Aku pun tak pernah cuba sebab masa aku balik ari tu tak sempat.
Boleh jenguk instagram diorang @thehut.my, kalau rajin singgah la ye menjamu selera 😃


posted from Bloggeroid

Cuti sekolah mid 2015

Taska Alisya cuti seminggu untuk cuti sekolah pertengahan tahun ni (mujur seminggu je, tak 2 minggu macam sekolah betul).
Mulanya aku plan bawak je la Alisya ke office memandangkan students pun tengah cuti semester kan (nak buat cemana, nak amik cuti dah alang-alang tak lama lagi dah nak cuti bersalin)
Lepas tu bila sembang-sembang call mak aku, adik aku yang bongsu tu cuti semester jugak. Aku kata kalau bosan dok Ipoh meh la datang sini. Mak aku ok je sebab dia pun tak mengasuh anak adik aku (adik aku kan cikgu so depa cuti sekolah)
Isnin lepas sampailah mak & adik aku ke rumah. Alisya kemain seronok la, kalau tak kesian gak kat dia, ahad tu seharian letih ikut aku gi office (anak aku ni tgh hari mesti nak tido kejap, aku bawak gi tido kat surau dia tak mau, terpaksa la naik rumah tingkat 2 tu, aku pun dah sarat, sama2 mengah..hehe)
Mak & adik aku stay sampai Khamis (semalam), sebab ari ni nak berjalan ke KL umah adik aku pulak, esok depa nak balik Ipoh sama-sama.
Tak bawak pi mana pun duk sini, aku bawak gi makan ja..hehe tak macam ari tu siap bawak gi JPO, next time la, kali ni aku sendiri pun dah tak larat nak berjalan..hehe

Doakan aku sempat balik Ipoh, baru la bersalin ye..hehe jenuh weh kalau nak balik lepas bersalin, jauh tu 8-9 jam dalam kereta, huhu apa pun moga selamat semuanya..

posted from Bloggeroid

Sticker hijau pada buku merah 😭

Huhu..pregnant kali ni, rekod aku bersih, berat naik tak mendadak, so tak kena minum air gula, tak kena kencing kotor. tapi, satu benda yang aku paling tak boleh adalah makan iron tablet. Dan itu menyebabkan HB aku low. Especially masa bulan ke-7 ari tu, HB aku hanya 9.5, sob3, tak pasal sticker pun bertukar dari putih ke hijau..
Bukan aku tak mau makan iron tablet tu, tapi bila aku makan mesti aku muntah..huhu konon2 orang kata makan time nak tido..alahai, pas makan, bergelodak perut aku, tgh2 malam muntah2.
So ari tu aku terjumpa sorang ni kata dia makan iron tablet tu dengan air kordial (air manis) so aku pun cuba praktik kan. Alhamdulillah last week cek up, HB aku dah naik jd 11.0, lega..
Dah start cek up weekly ni, malas satu hal nak tunggu turn sebab cek up kat sini kat klinik kesihatan bukan kat klinik ibu & anak, jadinya patients bercampur, dari orang tua, orang pregnant sampai la ke baby kuning..huhu kalau tak 2 jam tak sah la.



posted from Bloggeroid

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme