Daisypath Anniversary tickers
CafeMom Tickers

Cuti sekolah mid 2015

Taska Alisya cuti seminggu untuk cuti sekolah pertengahan tahun ni (mujur seminggu je, tak 2 minggu macam sekolah betul).
Mulanya aku plan bawak je la Alisya ke office memandangkan students pun tengah cuti semester kan (nak buat cemana, nak amik cuti dah alang-alang tak lama lagi dah nak cuti bersalin)
Lepas tu bila sembang-sembang call mak aku, adik aku yang bongsu tu cuti semester jugak. Aku kata kalau bosan dok Ipoh meh la datang sini. Mak aku ok je sebab dia pun tak mengasuh anak adik aku (adik aku kan cikgu so depa cuti sekolah)
Isnin lepas sampailah mak & adik aku ke rumah. Alisya kemain seronok la, kalau tak kesian gak kat dia, ahad tu seharian letih ikut aku gi office (anak aku ni tgh hari mesti nak tido kejap, aku bawak gi tido kat surau dia tak mau, terpaksa la naik rumah tingkat 2 tu, aku pun dah sarat, sama2 mengah..hehe)
Mak & adik aku stay sampai Khamis (semalam), sebab ari ni nak berjalan ke KL umah adik aku pulak, esok depa nak balik Ipoh sama-sama.
Tak bawak pi mana pun duk sini, aku bawak gi makan ja..hehe tak macam ari tu siap bawak gi JPO, next time la, kali ni aku sendiri pun dah tak larat nak berjalan..hehe

Doakan aku sempat balik Ipoh, baru la bersalin ye..hehe jenuh weh kalau nak balik lepas bersalin, jauh tu 8-9 jam dalam kereta, huhu apa pun moga selamat semuanya..

posted from Bloggeroid

0 Response to "Cuti sekolah mid 2015"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme