Senyum mata kecik



Gaya terlatest anak dara aku bila senyum, mata kecikkan, peace tak pernah lepa..hehehe sampaikan cikgu taska dia pun dah paham sangat gaya terbaru die tu..😁

posted from Bloggeroid

Kerja sambil cuti v5

Sepanjang kat Kedah, dapat la lepas teringin makan laksa kedah (sejak mengandung ni memang aku die hard laksa, padahal masa tak mengandung tengok laksa tak de la suka sangat).
Lagi satu yang aku dapat ialah char kuey teow, location kedai makan tu sebelah hotel yang aku menginap tu je, rasa char kuey teownya ok la, tapi yang buat dia special sebab ada ketam. Tu yang buat aku berselera meratah ketam 2 ekor. Harga reasonable sangat, sepinggan charkueyteow+ketam 2 ekor baru RM 12.
Sehari sebelum balik ke Ipoh, ajak encik suami ke Pekan Rabu @Ukir Mall, saja nak belikan jajan untuk family, masa balik singgah Ipoh nanti. Aku borong kat satu kedai ja, dapat la dodol, kepek-kepek, kuih-muih, ala benda biasa orang beli kalau pegi pekan rabu, hehe
Hari last, aku bgtau kat member, aku gi tempat pertandingan lambat sikit, sebab aku nak check out terus, so lepas breakfast pagi tu, naik bilik sambung rehat, Alisya pun tido. Member aku pun ok, dia kata nanti leh bergilir, dia gi tempat pertandingan dulu, nanti kemudian baru dia nak cek out kul 12.
Sampai tempat pertandingan, aku ngan member tak bajet menang pun, asalkan dapat medal, dapat bronze pun Alhamdulillah sebenarnye kekeke sbb tau banyak sangat pesaing. So kitorang memamg bajet nak balik cepat je, malas nak tunggu majlis penutup. Urusetia bagitau result keluar jam 2.30, huhu lama tu nak tunggu. Anak-anak dah berpeluh-peluh. Lepas lunch, gi tengok tempat result, Alhamdulillah group kitorang dalam senarai dapat Gold..yeayy, ok boleh balik, itu je yang aku pikir..haha Member aku gi amik sijil & medal, then masing-masing bawak haluan, pulang..
Kami singgah balik Ipoh dulu, bermalam semalam.


Aku lumpsum kan semua gambar dalam collage ni, gambar result, gambar last day Alisya breakfast kat hotel tu, gambar hasil borongan kat Pekan Rabu 😁

posted from Bloggeroid

Birthday present for hubster

Happy birthday to my mr hubster, tak buat entry special pun untuk dia tahun ni sempena birthday. Tengah belek-belek gambar ternampak pulak gambar hadiah yang aku berikan untuk encik suamiku tahun ni.
Semoga encik suamiku sentiasa dibawah lindungan Allah, dan kami berbahagia bersama berdua dan ditambah bahagia & sejahtera lagi dengan kehadiran anak-anak. ☺

Tak mampu nak bagi hadiah kete, bagi baju jenama yang sama, pun jadi la..kekeke


posted from Bloggeroid

Kerja sambil cuti v4

Hari pertama pertandingan kami stay kat booth je, tapi pun tak boleh nak stay lama sangat, aku bwk anak, ahli group aku pun bawak anak, so kami bergilir jaga booth, and memang tak selesa nak duk ramai-ramai kat booth tu.
Sbb tahun ni diorang nak cipta rekod Malaysia pulak, ada 1300 booth inovasi, bayangkan..betapa banyaknya, and of course ruang pameran menjadi kecik..huhu
Sampaikan en suami and Alisya dah landing bawah pokok kat kawasan lapang sebelah khemah pameran. Dah la semua maklum yang sekarang ni musim panas. Keadaan memang tak selesa untuk budak-budak.
Lepas juri dah ambil markah, dah lega la sikit, tak perlu nak prepare apa sangat, tunggu hari penutup je, iaitu hari ke 3.


posted from Bloggeroid

Pemangkin journey to fully breastfeed

Poyonya tajuk..tapi inilah yang diidamkan sejak sekian lama dari sebelum mengandung lagi..hehe

Perjalanan penyusuan susu ibu kepada Alisya tak begitu memberangsangkan, sebab sampai ke 8 bulan je, dan kadang-kadang celup2 bila supply susu tak cukup kat taska, pengasuh bagi fm je.

Breastpump yang pertama sangat tak sedap, so tak membantu memotivasikan diri untuk pam, lagi suka direct feed alisya je, tak rajin nak buat stok sbb breastpump tak sedap kan.

Sebab tu kali ni, buang duit sikit la, dah alang-alang nak membeli tu. Beli yang ni terus, semalam sampai..Harap hasilnya nanti turut memberangsangkan..hehe




posted from Bloggeroid

Kerja sambil cuti v3

Isnin

Sampai kedah dalam kul 1tgh kot, lupa dah aku..terus kami singgah umah abang ipar sefamili, dah alang-alang ada kat jitra kan, tak peenah sampai lagi umah depa. Lepas makan tgh hari, solat, rehat kejap, kami pun terus bertolak ke hotel

Boleh kata inilah first hotel yang aku cek in dengan harga yang tak mahal, tapi sangat berbaloi, selesa, cuma tang makanan depa kena improve lagi kot, tak berapa nak sedap. Facilites lain semua tip top.

Puas lah anak aku and encik suami dok berswimming pool tiap petang sepanjang 3 hari hehe



Facilities dalam bilik yang sangat puas hati.


Konon nak ajar anak dia swimming, tapi anak tu macam mewarisi mak dia ja, tak reti2 swimming plus penakut..haha

Malam pertama kat hotel tu, encik suami dah riki-riki tempat makan, tapi bila cari-cari, guna waze pun tak jumpa. Sudahnya kami makan fast food ja. Haha, lapar dah, dari petang tadi makan jajan ja alas perut.

Abes 1 hari di Kedah..jom tidoq, esok nak qheja plak, kita cerita pasal hari pertama pertandingan.

posted from Bloggeroid

Kerja sambil cuti v2

Sabtu
Pagi lepas dah puas berehat kami sefamili dah bangun, tapi aku tak keh nak tido sangat pun, besa la kalau dah letih sangat, bukan boleh lena sangat tido..
Alisya pun nampak x lena, pagi-pagi dia ajak embah dia jogging (jalan-jalan area taman rumah) teringat la tu aktiviti dia dulu-dulu.
En hubby pagi-pagi siap nak gi kayuh beskal. Aku macam malas-malas, tapi sambil tu teringat baju-baju Alisya masa baby, nak punggah nak basuh, nanti boleh adiknya pakai. Puas memunggah, ajak mak aku gi jalan la plak, lama tak bawak mama jalan-jalan, gi tesco je pun..kui3
Malamnya, merangkap aku teringin kek SR, lagipun tak celebrate birthday encik suami lagi, so kami pun gi AEON St 18, melepas la ngidam aku nak makan kek choc indulgence yang memang all time favorite aku tu..

Ahad
pagi, siap2 gerak, turn stay umah mak mertua pulak..hehe ingat nak cuci mata kat Billion, tapi hujan aku rasa kalau tak silap so tak jadi nak gi, duk umah je, Alisya melayan main fridge magnet & mengemas umah opah..hehe
Mak mertua masak nasi briyani, yumyum, so kenyang sampai malam la kami..

Isnin
Siap-siap nak gerak ke Kedah..ok sambung next entri, cite masa kat Kedah plak..😀👋

Geram tengok buku banyak


lama tak tolak cucu hat sulung ni, cucu pun tak bagi mummy yang tolak, nak embah yang tolak..hehe beli storage box nak isi baju-baju baby..


Melepas ngidam 😀

posted from Bloggeroid

Kerja sambil cuti v1

Baru nak update blog yang dah berabuk tebai ni..niat tu ada tapi masa tu tak da nak menulis..
Nak cite pasal outstation ke Kedah last week, bersama yang tersayang suami & anak. Pegi atas tiket menyertai pertandingan inovasi, so paham la bila dah ada anak, sapa pulak nak jaga anak kalau kita pi outstation lelamakan. Nasib la ada encik suami saya sanggup cuti tolong jagakan anak.
So kiranya, dah alang-alang ke utara boleh la kita balik kampom (kampung) bak kata alisya hehe. Dah 3 bulan tak tengok muka parents depan-depan, rindu rasanya..
Pertandingan start hari Selasa, alang-alang Johor cuti Isnin tu sempena pertabalan Sultan Johor, amik peluang la cuti je untuk hari Ahad. So kami bertolak awal dari selatan hari Jumaat lepas aku tolong member jagakan test class, kebetulan member kena outstation jugak..
Balik rumah dalam kul 2 ptg encik suami dah siap packingkan beg, baju-baju yang nak pakai aku dah siap-siap letak atas katil pagi tadi..yeayy, semangat kami nak balik kampung..😀
Bertolak dari rumah jam 3ptg dan sampai Ipoh jam 12 malam bak hang..patah pinggang...!!!tapi seronok dah sampai kampung halaman, lega..bawak berehat tidoq pa semua dulu next entri kita cite lain..


Ok ready..en hubby bawkk beskal dia, nak jumpa geng Ipoh dia..😀


Budak ni dah eksaited nak balik kampom

posted from Bloggeroid

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme