Kerja sambil cuti v5

Sepanjang kat Kedah, dapat la lepas teringin makan laksa kedah (sejak mengandung ni memang aku die hard laksa, padahal masa tak mengandung tengok laksa tak de la suka sangat).
Lagi satu yang aku dapat ialah char kuey teow, location kedai makan tu sebelah hotel yang aku menginap tu je, rasa char kuey teownya ok la, tapi yang buat dia special sebab ada ketam. Tu yang buat aku berselera meratah ketam 2 ekor. Harga reasonable sangat, sepinggan charkueyteow+ketam 2 ekor baru RM 12.
Sehari sebelum balik ke Ipoh, ajak encik suami ke Pekan Rabu @Ukir Mall, saja nak belikan jajan untuk family, masa balik singgah Ipoh nanti. Aku borong kat satu kedai ja, dapat la dodol, kepek-kepek, kuih-muih, ala benda biasa orang beli kalau pegi pekan rabu, hehe
Hari last, aku bgtau kat member, aku gi tempat pertandingan lambat sikit, sebab aku nak check out terus, so lepas breakfast pagi tu, naik bilik sambung rehat, Alisya pun tido. Member aku pun ok, dia kata nanti leh bergilir, dia gi tempat pertandingan dulu, nanti kemudian baru dia nak cek out kul 12.
Sampai tempat pertandingan, aku ngan member tak bajet menang pun, asalkan dapat medal, dapat bronze pun Alhamdulillah sebenarnye kekeke sbb tau banyak sangat pesaing. So kitorang memamg bajet nak balik cepat je, malas nak tunggu majlis penutup. Urusetia bagitau result keluar jam 2.30, huhu lama tu nak tunggu. Anak-anak dah berpeluh-peluh. Lepas lunch, gi tengok tempat result, Alhamdulillah group kitorang dalam senarai dapat Gold..yeayy, ok boleh balik, itu je yang aku pikir..haha Member aku gi amik sijil & medal, then masing-masing bawak haluan, pulang..
Kami singgah balik Ipoh dulu, bermalam semalam.


Aku lumpsum kan semua gambar dalam collage ni, gambar result, gambar last day Alisya breakfast kat hotel tu, gambar hasil borongan kat Pekan Rabu 😁

posted from Bloggeroid

0 Response to "Kerja sambil cuti v5"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme