shopping raya #2




Memandangkan minggu lepas dah settle hal baju raya, minggu ni mummy nak settlekan hal tudung raya la pulak..
Dah settle dah hal pakaian raya, ade rezeki lebih, bedmate mummy aka encik suami belanja tudung..hehe thanks encik suami..
Alisya pun dapat habuan die, baju raya merangkap baju tema,melengkapkan warna tema yang Alisya belum ada..konon-konon baru anak sorang ni, pegi mana2 pun bertema, macam semalam, anak beranak sedondon hijau..hehe hari ni sedondon maroon/pink..
Published with Blogger-droid v2.0.10

7 months Alisya



My lil girl dah betul-betul pandai merangkak walaupun tak laju lagi on 7 months 1 day old..:) 
Keep on growing sayang, luv u..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Alisya di serang measles (aka demam campak)


Assalam readers, huhu my dear baby get measles..memang dugaan di bulan Ramadan..
Day 1(Khamis 18/7/2013)
Petang lepas keje ambil Alisya dari taska, pengasuh bagitau yang badan Alisya panas. Mummy pun terus bawak Alisya balik umah. Sampai rumah terus amik termometer nak check suhu die..tapi mase nak selak baju die tu nampak bintik-bintik merah kat badan Alisya. Tak amik suhu dah, terus mummy siap salin baju, buat susu Alisya, nak bawak die pegi klinik. Risau, sebab hati terdetik "macam demam campak je anak aku ni..".
Jam masa tu pukul 5.30, turun balik dari umah tgkt 4 tu, bertembung pulak dengan jiran bawah, aiseh malas sebenarnye nak jumpe orang, sebab malas orang tanya kite, time kite tengah nak rush. Betul la tekaan mummy, die menegur tanya "nak pegi mana..", terpaksa la jawab, "nak bawak anak pegi klinik"
Mummy terus ke unit kecemasan hospital, sebab mummy kurang percaya pada klinik-klinik swasta area ni. Dah la first time pegi bhgn kecemasan, nasib pak guard tu ok. Park kete, terus daftar Alisya, and terus Alisya diperiksa. Doc siap bukakkan pintu, kesian kot tgk mummy dah macam orang ape dengan dukung anak kecik, dengan handbag, dengan buku kesihatan alisya lagi, full hand..
Doc kate cuma ruam je. Hospital bagi ubat demam, selsema, cream ruam & ubat titis kat hidung.
Sampai umah dalam pukul 6.30pm, Alisya still lagi aktif walaupun badan die panas. Sempat la berbuka macam biasa. Mummy lap-lap kepala & badan die untuk kawal suhu. Dah terfikir, esok terpaksa EL, pagi esok balik Ipoh.
Alisya tido awal around 8.30 then dalam pukul 9.30 die jaga, merengek. Sampai la ke pukul 2.00 pagi die macam tu, tido kejap, bangun merengek nak berdukung. Mummy stress jadinye.
Day 2(Jumaat 19/7/2013)
Tak tahan dah, Alisya merengek nak memerap je..mummy siap-siap packing barang and come to the solution, nak balik Ipoh!!!Yes pukul 2.30 pagi ok, mummy nak balik masa tu sebab fikir, "dah la bulan puasa, dengan aku tak tido, baik aku balik sekarang, at least kalau ngantuk aku boleh minum/makan"
Terus bawak anak balik Ipoh, Alisya merengek awalnye tapi tak lama tu die tido je..Alhamdulillah selamat sampai dalam pukul 4.30 pagi.
Sampai Ipoh terus ke umah embah Alisya. Embah tengok Alisya, die kata kene demam campak ni. Lepas sahur mummy cakap kat embah Alisya, mummy nak tido kejap, ting tong dah rasenye..Alisya, embah die yang jaga..
Embah Alisya pegi keje, mummy tinggal dengan Alisya je kat umah..Sepanjang masa tu lah die merengek nak memerap je..mummy bukak baju die, tinggal diaper je, sapu tepung ubi kat seluruh badan die(petua untuk demam campak)..Die senyap kejap tapi tetap nak berdukung je..
Tengah hari embah die balik keje barulah lega sikit rasenye, embah die pulak take over dukung die..
Lepas zohor, keluar pegi cari air kelapa nak bagi Alisya mandi & minum sikit (petua untuk demam campak). Singgah tesco, elok je Alisya tido dalam stroller, may be die selesa sejuk ade air cond dalam tesco tu.
Petang lepas dah mandikan Alisya dengan air kelapa tu, baru balik umah sendiri. Jumpa daddy die, die merap dengan daddy die pulak.
Malam semalam memang daddy die je la banyak dukung die. Mummy ni kalau nak suh dukung tine malam-malam macam tu, dah la kite mamun tengah tido tu, budak pulak dah makin naik berat badannye..silap langkah mendukung boleh terhuyung-hayang di buatnye..
Day 3(20/7/2013)
Pagi ni mandikan lagi sekali dengan air kelapa. Bagi pakai bedak sejuk seluruh badan. Ni die tengah tido lena. Rashes pun dah keluar banyak, cepat jugak keluarnya. Die pun dah tak demam.
Tapi die still kurang makan&minum. Kena suap pakai sudu nak bagi die minum susu..huhu risau badannye kurang air je..
Published with Blogger-droid v2.0.10

jaga diri

Kecoh dalam berita dari minggu lepas, pasal Isteri Dilarikan Warga Indonesia. Bolehlah baca 2 3 sources yang mummy jumpa :



Sekarang ni bukan budak je kene culik, isteri orang pun ada possibility kena culik tau..Jadi, hati-hati walau kemana sahaja kita pergi, jaga diri, jaga handbag, jaga anak-anak
, make sure sume yang disamping kita dalam keadaan selamat. Tapi benda ni pun kadang-kadang kalau dah pakai sihir tu payah jugak, kena amalkan doa-doa/ayat-ayat Al-Quran, mohon perlindungan dari Allah swt.

Orang sekarang kalau die nak minat bukan kira isteri orang ke, tua ke, muda ke..Kadang-kadang aku nak pegi mana-mana sorang pun aku takut, tapi zaman sekarang ni, kena jugak keluar sorang-sorang, tak kan nak harap orang temankan kita je.

Semalam ada mamat kat petrol station tu, 'baik' sangat cucikan cermin kereta aku, kereta orang lain die tak cuci plak, aihhh len macam je, dah isi minyak cepat2 aku pecut balik, takut weh...tak nampak ke dalam kete aku tu ade baby car seat..

By Road To Malaysia

I've read an interesting news from malaysiandigest.com this morning, One family of six, making a road journey to Malaysia!!!!Ya orang Melayu kite..bangga sikit wehhh!!!Give them full support, jangan la asyik nak condemn orang je, skeptikal la u ollzzz yang suke bagi komen negative ni..Meh baca kat sini dah tolong copypaste dah :




KUALA LUMPUR: A Malaysian family of six is making a record-breaking trip back to its homeland in a road journey that will take about 75 days.
 Jamal Ismail, 44, the founder of By Road to Malaysia project, is undertaking the challenge with his wife, Sofinee, 38, and four children: Sabeera, 17, Sumrah, 13, Syameem, 15, and Seif, 10. They kicked-off their trip on Saturday and arrived in Coventry, Birmingham in the United Kingdom, where they used to live for seven years.
The family is travelling in a 1998 Mercedes Sprinter motorhome and expects to log between 20,922km and 28,646km from Seaham, Sunderland, to its hometown in Kubang Pasu, Kedah. Along the journey, Jamal's family will travel across more than 39 countries, including Germany, France, Italy, Kazakhstan, China, Vietnam, Laos and Thailand.
According to the Sunderland Echo newspaper, the couple, who home-schooled their children, would expose them to different cultures and lifestyles.
"We will try to stop every 322km to visit museums and information centres. In the evening, we will try to meet local people," said Jamal, who resigned from his engineering job.
Sofinee, in an update on their website, said the biggest challenge for them was to get out from their comfort zone and face the challenges without knowing the outcome.
In the hope of inspiring others, the family will share the experience of their 21/2 month journey through Facebook, Twitter and their website.
"We hope to share our experience, our emotions and our ups and downs throughout the journey with the world," she said.
To prepare themselves for the trip, the family had undertaken long-distance driving in various terrain and weather in the UK.
Since they were fasting, the family will start driving only in the evening as Imsak time in the UK is early in the morning.
"Since Imsak time is very early, we will not go to sleep after terawih prayers. We will get a good sleep after dawn and start our journey after Zohor prayers."
In 2001, Jamal paid a deposit for a London taxi cab to drive the vehicle back to Malaysia. However, he could not realise the dream because his children were still young.

Blog diorang : By Road To Malaysia

p/s to hubby : nanti kite dah pindah, kite buat rekod journey balik kampung kite okies..haha jauhnye nak balik kampung bile dah pindah nanti..huhuhuhu

Alisya milestone ; Tumbuh Gigi


First gigi Alisya tumbuh at the age of 6 months (blog aku dah macam diary, rekod semua perkembangan anak) ;p
Abaikan rambut die tu, mummy yang tolak semua ke atas sebab die berpeluh kuat sangat dan tersangatlah aktif, nak ikat tocang x cukup panjang lagi..:)

shopping raya




Hasil tangkapan hari ini,
Blouse/t-shirt - 6 pieces
Seluar - 1 piece
Kasut anak - 2 pieces
AEON tengah sale ni, pada sesiapa yang nak beli utk persiapan raya atau pun saje2 nak beli baju, pegi la shopping sekarang hehehe total perbelanjaan barang-barang di atas tak mahal pun,sebab tengah ade sale gila-gila, ade yang harga turun sampai ke rm10 je. Berbelanja kena berhemah..konsepnya memang membeli, menang memakai..:)

Published with Blogger-droid v2.0.10

Alisya's 6 months check up

Hari Isnin lepas,bawa Alisya untuk check up 6 bulan..Perangcangan awalnya, nak pegi sekali dengan daddy, tapi daddy ade appointment servis kereta on the same date & time, so mummy & Alisya berdua je pegi ke klinik.

First time mummy pegi sorang-sorang tanpa orang lain teman, sebelum ni kebetulan ade je orang yang meneman, embah Alisya, pamannye, bibiknye..Tapi mummy ok je, since Alisya pun dah 6 bulan..Tak de hal la, alangkan travel Ipoh - Behrang 2 jam pun ok je..hehehe

Check up kali ni Alisya kene cucuk, wuwuwuwwu..
Die merengek sikit je masa kene cucuk tu, then senyap..memang good girl la anak mummy ni..:) 
Next month ade lagi kene cucuk, huhu lepas raya appointmentnya..
tertido lepas kene cucuk

Balik dari klinik, called daddy tanya lama lagi ke servisnya, nak gi amik daddy kalau lama lagi..Tapi dah daddy kate tak pe nak tunggu, so mummy pun bawak Alisya pegi tadika embah, embahnye tak sempat lagi nak main dengan cucu minggu tu..

kemain lagi budak kecik ni main dengan kakak & abang 
(kakak gebu dalam gambar tu memang suke baby, tak heran langsung dah nak belajar, bila Alisya datang..siap tanya lagi esoknya,"Cikgu ari ni baby tak datang ke?" hehehe)

Alisya's Trademark



Anak mummy ni ade 1 trademark bile tibe 'susu time'. Kaki die tu mesti die nak buat macam-macam aksi..
paling favorite adelah aksi angkat kaki..haha 
Orang sekeliling, macam housemate mummy, makcik mummy pun perasan hal tu..
Alisya..alisya..tak pe lah, asalkan die dah pandai pegang botol, minum elok-elok..:)

Published with Blogger-droid v2.0.10

wordless wednesday 10072013

vacuum cleaner baru


Ehem3..testing 1 2 3..sesejak tuan puteri ni dah mula pandai nak merangkak, mula la mummy memikirkan tentang kebersihan umah..
kalau dulu sapu umah seminggu sekali, 
sekarang kurang-kurang 3 hari sekali, especially rumah quarters tu, banyak masa alisya di rumah tu..
lagipun rumah tu banyak habuk, ntah la may be sebab rumah paling atas kot, sawang cepat je menjelma..
Tumpor juge teman weh walaupun mummy hanya fokus menyapu kat bilik je (ruang lain sume housemate yang kemas sebab die yang duduk umah sampai wiken, nak buat macam mana, tuan rumah banyak duk dalam bilik je sesejak ade anak ni)
nak sapu time ade Alisya memang tak sempat lah, terpaksa mummy balik umah time lunch hour gi sapu rumah, bersihkan rumah..
.
Dah hampir 5 bulan ni mummy dah give up, penat la sampai bile nak macam ni kan, come to the solution kena cari vacuum cleaner.
Mula2 igt nak bwk je vacuum kat rumah tu, tapi larat ke nak ngusung vacuum naik turun tgkt 4 tu, ye la nnt kat umah pun nak pakai vacuum jugak kan.
so mummy pun keluar la modal beli lagi 1 vacuum cleaner baru..beli online je, mula-mula tengok kat tes*o harganya lebih mahal 18ringgit, so mummy pun bli je la online, shipping cost pun free.

mummy Alisya tolong bukak ye..
(anak dara sorang ni memang pantang sekarang ni, sume benda dia nak sebuk pegang)

 mummy, Alisya nak cuba vacuum baru ni..

ex-QC Engineer tengah test power vacuum baru.. ;p

So far ok la vacuum ni, walaupun bukan jenama terkenal tapi perfomancenya tak mengecewakan..mummy saje beli handy vacuum cleaner ni, sebab yang conventional tu dah ade dah, 
tapi handy vacuum cleaner memang mahal, ni la yang paling murah sekali, sebab tu amik peluang beli..hehehe

p/s : ramai yang berminat nak beli, siap hari ni macam jadi promoter kat opis..hahaha


Published with Blogger-droid v2.0.10

democracy???

Isu Hangat :



PADA 11 Februari 2011, Hosni Mubarak meletakkan jawatannya sebagai Presiden Mesir selepas 18 hari rakyat menunjuk perasaan menentang 30 tahun pemerintahannya. Semasa kejatuhan beliau, rakyat dan tentera berpimpinan tangan melaungkan slogan ‘rakyat dan tentera seiring bersama’.

Pada 25 Jun 2012, Morsi dipilih sebagai Presiden Mesir untuk menjaga kehidupan 84 juta rakyatnya. Rakyat dan tentera juga bergembira kerana mengharapkan satu perubahan baru berlaku di negara itu. Morsi dibanggakan sebagai seorang Hafiz dan mempunyai daya intelektual yang tinggi. Wataknya dan ilmunya digambarkan cukup sesuai untuk menggantikan kezaliman rejim Hosni Mobarak. Maka, rakyat Mesir gembira dengan pemimpin barunya ini, namun kegembiraan itu tidak lama. 

Pada 3 Jun 2013, 7 petang waktu Mesir, pemimpin tentera, Andel Fattah al-Sisi telah mengisytiharkan penyingkiran Morsi, menggantungkan perlembangaan dan melantik Ketua Mahkamah Perlembagaan Agung, Adly Mansour, sebagai ketua kerajaan sementara. Saya sedih dengan kejatuhan kerajaan Morsi dan Ihwanul Muslimim ini. Kesedihan ini bertambah lagi apabila mengenangkan nasib pemimpin utamanya sebelum ini yang dihukum gantung seperti Hassan Albanna, Syed Khutub dan lainnya. 

Kembali kepada rampasan kuasa di Mesir, Abdel Fattah semasa mengarahkan tentera mengambil alih kerajaan Morsi berkata beliau terpaksa mengambil tindakan sedemikian kerana Morsi semasa pemerintahannya hanya menjaga kebajikan orang Islam dan Ikhwanul Muslimin sahaja, tanpa mempedulikan kebajikan rakyat sekular dan lainnya. Fatteh menafikan tindakan beliau adalah rampasan kuasa, sebaliknya menyatakan tindakan tentera adalah untuk menegakkan kembali demokrasi. Dakwaan Fatteh itu salah kerana dalam apa keadaan sekalipun, campur tangan tentera adalah rampasan kuasa.

Di pihak rakyat pula, mereka terlibat dalam demonstrasi itu kerana hidup dalam keadan yang cukup resah. Mereka mengharapkan ‘revolusi’ membawa kesejahteraan hidup, tetapi apa yang mereka perolehi dari kerajaan Morsi adalah impian revolusi yang kosong: kos hidup, kadar pengangguran dan kadar inflasi yang tinggi, bekalan letrik yang selalu terputus dan harga minyak yang meningkat. Itulah kegagalan Morsi yang diambil kesempatan oleh pihak sekular untuk menjatuhkannya dengan mendapatkan bantuan dari luar. Bantuan itu adalah dari Israel, AS dan juga kaum Yahudi yang merata di bumi ini. Mereka ini mahu melihat kejatuhan kerajaan Islam pimpinan Morsi yang cukup menakutkan mereka.

Mereka takut kepada Morsi kerana semasa berlaku kebangkitan Palestin dua tahun yang lalu, Morsilah yang membuka semula sempadan Gaza yang ditutup semasa pemerintahan Hosni Mubarak. Tujuan Morsi adalah untuk memberi laluan kepada rakyat Palestin berhubung dengan dunia luar supaya mereka tidak terkurung di bumi sendiri. Morsi juga bertindak menutup hubungan diplomatik dengan Syria dan merapatkan hubungan dengan Turki yang juga Islamis. Hubungan Morsi yang baik dengan Racip Tayep Erdogan, Perdana Menteri Turki yang juga Islamis ini cukup membimbangkan Barat dan Yahudi.

Oleh sebab itulah, apabila Morsi jatuh, Asad di Syria gembira, raja Arab Saudi gembira dan beberapa negara Islam lainnya yang autokratik juga turut gembira. Mereka gembira sepertimana Israel, AS dan Yahudi. Hanya negara Turki secara jelas mengutuk tindakan tentera ini. Negara-negara demokratik Eropah lainnya sekadar menyatakan tidak setuju dengan campur tangan tentera, tetapi tidak pun menggunakan istilah rampasan kuasa tentera. Begitulah!

Apa pengajaran dari kisah di atas? Satu yang pasti ialah jangan percaya demokrasi cara Amerika dan negara Barat lainnya. AS, Yahudi dan musuh-musuh Islam hanya bercakap tentang demokrasi, tetapi mereka sendiri tidak mahu menerima keputusan rakyat melalui demokrasi, malah mereka mengkhianatinya. Oleh sebab itulah, kita tidak boleh biarkan dalam apa keadaan sekalipun, unsur luar memasuki kancah politik negara kita kerana demokrasi dari luar selalu menghancurkan, bukan sahaja dalam kes di Mesir, tetapi juga di negara-negara yang dijanjikan oleh Barat seperti Afghanistan dan Iraq—demokrasi di dua negara itu mati sehingga sekarang dengan puluhan rakyat terbunuh setiap bulan. Sejarah juga menunjukkan negara Barat hanya menutup mata apabila demokrasi dicabul setelah FIS menang di Algeria, Hamas menang di Palestin dan terkini Ikhwan di Mesir.

Apa yang merisaukan saya dengan tragedi di Mesir ini? Banyak kerisauannya. Antaranya, saya bimbang rakyat Mesir juga akan menerima nasib yang sama seperti rakyat Palestin atas pilihan dan kerakusan mereka sendiri menggulingkan kerajaan Ikhwanul Muslimin. Saya risau tentang keselamatan rakyat Palestin setelah Gaza ditutup. Saya bimbang jika berlaku perang saudara di Mesir dan yang berperang ialah Islam vs Islam. Saya bimbang jika rampasan kuasa ini memberi semangat kepada tentera di negara lain untuk melakukan kudeta ke atas kerajaan sah yang dipilih rakyat secara demokratik.

Dengan kerisauan di atas, marilah kita belajar dari tragedi ini. Banyak iktibar yang boleh kita ambil. Pertama, kerajaan jangan mendiskriminasikan rakyat dari segi kehidupan kerana ini boleh menimbulkan kekecewaan dan kemarahan. Kedua, kerajaan perlu bijak mengurus perbezaan pandangan dan jangan terlalu beremosi dalam berpolitik. Ketiga, kerajaan perlu cekap dan adil dalam mengurus pengagihan ekonomi negara supaya tidak ada segmen masyarakat yang berasa terpinggir. Keempat, kerajaan tidak boleh membiarkan perut rakyat kosong kerana ini akan mengundang demonstrasi. Dan kelima, paling penting, apapun pendirian kita dalam politik, jangan mengundang campur tangan luar.

Semoga Malaysia sentiasa dalam keadaan aman dan damai. Belajar dari pengalaman negara ini dan jangan bergaduh hanya kerana bertuhankan parti. Fikir dulu sebelum bertindak, bukan untuk lima tahun tetapi untuk selamanya. 
-Mohammad Agus Yusoff

Bak kata Prof Agus, jadikan isu kat atas tu sebagai pengajaran. Sebagai rakyat biasa yang ada suami, keluarga, anak, dan pelajar-pelajar, aku hanya beharap kita jangan bersenang-lenang sangat, sentiasalah dalam keadaan berjaga-jaga. Langit tak selalu cerah.

belajar merangkak


Eksaited anak dara sorang ni pektis angkat badan. Tak sabar nak merangkak la tu. =)
Published with Blogger-droid v2.0.10

happy birthday embah Alisya


muka first time makan kek..;p

Selamat Hari Lahir yang ke 53 buat ibuku, pada hari Ahad lepas. Kebetulan adik aku, nak buat sedikit majlis kesyukuran sempena wife die dah 7 bulan pregnant & ade imbuhan sikit die dapat (dapat APC katekan,tahniah..bile aku nak dapat APC lagi pun tak tau, macam makin tak perform je sekarang ni..haha), so adik beradik sume balik la, alah adik beradik 4 orang pun payah nak kumpulkan..
Adik aku buat majlis tu lepas zohor kat umah mak aku, so aku pun mengendeng la malas nak masak lunch, nak makan ramai-ramai kat umah mak aku..hihi
Tapi datang bukan dengan tangan kosong, konon-konon nak buat surprise la, aku belikan mak aku kek 'resepi rahsia'. Sesaja nak bagi mak aku happy, lagipun selalu kalau beli just beli by slice je kan, ni aku belikan die whole cake..
Sesi potong kek, tangkap-tangkap gambo, then baru kami lunch..jadi la kan buat seronok anak beranak..lepas zohor siap-siap nak hidang makan untuk majlis adik aku tu..mak aku suh tinggalkan alisya, diorang nak main dengan die, aku n husband balik siap-siap tukar baju (mementang umah dekat kan..)
Published with Blogger-droid v2.0.10

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme