Daisypath Anniversary tickers
CafeMom Tickers

Alisya di serang measles (aka demam campak)


Assalam readers, huhu my dear baby get measles..memang dugaan di bulan Ramadan..
Day 1(Khamis 18/7/2013)
Petang lepas keje ambil Alisya dari taska, pengasuh bagitau yang badan Alisya panas. Mummy pun terus bawak Alisya balik umah. Sampai rumah terus amik termometer nak check suhu die..tapi mase nak selak baju die tu nampak bintik-bintik merah kat badan Alisya. Tak amik suhu dah, terus mummy siap salin baju, buat susu Alisya, nak bawak die pegi klinik. Risau, sebab hati terdetik "macam demam campak je anak aku ni..".
Jam masa tu pukul 5.30, turun balik dari umah tgkt 4 tu, bertembung pulak dengan jiran bawah, aiseh malas sebenarnye nak jumpe orang, sebab malas orang tanya kite, time kite tengah nak rush. Betul la tekaan mummy, die menegur tanya "nak pegi mana..", terpaksa la jawab, "nak bawak anak pegi klinik"
Mummy terus ke unit kecemasan hospital, sebab mummy kurang percaya pada klinik-klinik swasta area ni. Dah la first time pegi bhgn kecemasan, nasib pak guard tu ok. Park kete, terus daftar Alisya, and terus Alisya diperiksa. Doc siap bukakkan pintu, kesian kot tgk mummy dah macam orang ape dengan dukung anak kecik, dengan handbag, dengan buku kesihatan alisya lagi, full hand..
Doc kate cuma ruam je. Hospital bagi ubat demam, selsema, cream ruam & ubat titis kat hidung.
Sampai umah dalam pukul 6.30pm, Alisya still lagi aktif walaupun badan die panas. Sempat la berbuka macam biasa. Mummy lap-lap kepala & badan die untuk kawal suhu. Dah terfikir, esok terpaksa EL, pagi esok balik Ipoh.
Alisya tido awal around 8.30 then dalam pukul 9.30 die jaga, merengek. Sampai la ke pukul 2.00 pagi die macam tu, tido kejap, bangun merengek nak berdukung. Mummy stress jadinye.
Day 2(Jumaat 19/7/2013)
Tak tahan dah, Alisya merengek nak memerap je..mummy siap-siap packing barang and come to the solution, nak balik Ipoh!!!Yes pukul 2.30 pagi ok, mummy nak balik masa tu sebab fikir, "dah la bulan puasa, dengan aku tak tido, baik aku balik sekarang, at least kalau ngantuk aku boleh minum/makan"
Terus bawak anak balik Ipoh, Alisya merengek awalnye tapi tak lama tu die tido je..Alhamdulillah selamat sampai dalam pukul 4.30 pagi.
Sampai Ipoh terus ke umah embah Alisya. Embah tengok Alisya, die kata kene demam campak ni. Lepas sahur mummy cakap kat embah Alisya, mummy nak tido kejap, ting tong dah rasenye..Alisya, embah die yang jaga..
Embah Alisya pegi keje, mummy tinggal dengan Alisya je kat umah..Sepanjang masa tu lah die merengek nak memerap je..mummy bukak baju die, tinggal diaper je, sapu tepung ubi kat seluruh badan die(petua untuk demam campak)..Die senyap kejap tapi tetap nak berdukung je..
Tengah hari embah die balik keje barulah lega sikit rasenye, embah die pulak take over dukung die..
Lepas zohor, keluar pegi cari air kelapa nak bagi Alisya mandi & minum sikit (petua untuk demam campak). Singgah tesco, elok je Alisya tido dalam stroller, may be die selesa sejuk ade air cond dalam tesco tu.
Petang lepas dah mandikan Alisya dengan air kelapa tu, baru balik umah sendiri. Jumpa daddy die, die merap dengan daddy die pulak.
Malam semalam memang daddy die je la banyak dukung die. Mummy ni kalau nak suh dukung tine malam-malam macam tu, dah la kite mamun tengah tido tu, budak pulak dah makin naik berat badannye..silap langkah mendukung boleh terhuyung-hayang di buatnye..
Day 3(20/7/2013)
Pagi ni mandikan lagi sekali dengan air kelapa. Bagi pakai bedak sejuk seluruh badan. Ni die tengah tido lena. Rashes pun dah keluar banyak, cepat jugak keluarnya. Die pun dah tak demam.
Tapi die still kurang makan&minum. Kena suap pakai sudu nak bagi die minum susu..huhu risau badannye kurang air je..
Published with Blogger-droid v2.0.10

0 Response to "Alisya di serang measles (aka demam campak)"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme