Daisypath Anniversary tickers
CafeMom Tickers

Donut kentang

Dah hidup beranak dua ni baru tergerak hati nak cuba buat donut..haha sebabnya aku memang paling tak suka kalau kena buat doh, aku malas nak uli-uli, letih.
Tadaaa ni la hasil men'donut' minggu lepas..resepi korang cari je kat fb, tapi memang lembut je, walaupun tak berapa bak cantik bulatnya donut aku tu, tapi encik somi kata I loike, kira ok la tu..hehe


Ni resepi yang aku amik dari fb, thanks kepada pemberi, moga sentiasa diberi kesihatan dan kebahagiaan dalam hidup.
posted from Bloggeroid

Rindu cuti

Almost 2 months kembali bekerja, haihh, rasa rindu pulak masa bercuti bersalin ari tu..
Tengok gambar-gambar dalam henfon ni, terasa rindu pulak spent time dengan mak aku..huhu cengeng eh, dah tua-tua rindu mak..haha suke hati la kan..

Gambar masa makan kat Orchid Bistro AEON St 18, pagi-pagi sampai tengah hari duk umah, jaga anak-anak buah. Petang
mak ayah die dah balik, so kami pun gi cuci-cuci mata, bawak anak-anak berjalan..hehe
posted from Bloggeroid

Stroller Pinjam

Kereta tak cukup space nak bawak balik barang masa habis cuti bersalin ari tu, makanya tinggal la stroller kat Ipoh.
Nasib la ade kawan yang sudi pinjamkan stroller, sebab anak-anak dia pun
dah besar, tak pakai dah stroller.

Ade la rezeki si Sofea nak jalan-jalan dengan stroller. Insyaallah balik cuti lagi sekali nanti baru bawak stroller, anak-anak memang jenia aku letak je dalam stroller & car seat, senang nak jalan-jalan.

posted from Bloggeroid

Jatuh cinta

Amboi jiwang beno tajuk..

Last week encik somi attend majlis konvokesyen tempat dia keje, so dia sent la gambar dia masa kat majlis tu..bila tengok gambar-gambar tu terasa melting and terkenang zaman-zaman baru kenal encik somi..

Betullah orang kata, cinta tak memerlukan sebab, kalau dah jodoh bukan sebab kenapa kenapa pun kita akan terima dia seadanya..Kenal sebab encik somi tanya macam mana nak jadi lecturer poli, tapi aku kan memang jenis boh layan, aku jawab acuh tak acuh je..dia kata aku belagak..Tapi lama-lama tu agaknya dah jodoh, jadi rapat..

Pada awal kitorang kenal pun, dia bukan siapa-siapa, masa tu dia baru berhenti kerja, balik Ipoh, nak cari kerja lain, kami sama-sama tolong dia cari kerja, dah kerja di Ipoh, baru dia dapat offer scholarship TPM tu..so boleh kata, masa tu aku tak harap apa-apa pun, cuma lalui je dengan gembira sebab dah cinta kata orang..haha

Susah senang sepanjang berkawan sama-sama gi cari kereta sebab masa tu dia tak de kereta..haha bila teringat sampai sekarang jadi bahan gelak..

Lepas tu time start sambung belajar, time pjj, time dugaan nak beli rumah, time ada masa tak cukup duit, time kena pindah jauh, anak sakit, time tuntutan kerja kena berkorban tak dapat balik jumpa, time salah sorang kena cuti ikut gi kursus or keje sebab nak tolong jaga anak, time salah sorang sakit, semua tu dilalui bersama dan Alhamdulillah kami dapat harungi dengan selamat..

Alhamdulillah sekarang 4 tahun melalui hidup rumahtangga bersama dengan 2 orang puteri kesayangan, semoga hubungan baik dan kemesraan ini berkekalan bahagia aman hingga ke syurga, amin..

posted from Bloggeroid

"Ni adik saya.."

Hari ni attend majlis konvokesyen & majlis kecemerlangan taska Sofea. Event ni combine dengan tadika sekali.

Macam tahun lepas, anak aku duk kat taska je kan, xde apa sangat la aktivitinya, setakat meramaikan dan memeriahkan majlis..hehe dapat la 2 hadiah, 1 cenderahati untuk anak-anak taska, lagi 1, tempat no 2 family catwalk kat red carpet..haha saje cikgu dia buat seronok-seronok nak bagi hadiah kat semua agaknya..

Alisya dah boring, mula la dia menjaga adiknya dalam stroller..

Sofea tido je, bila ada budak2 nak ngusik adiknya, keluar la ayat dia "ni adik saya.." dengan muka garang die tu..haha berdiri je sebelah stroller adik dia, menjaga. Boleh harap dah nak jaga adik, kehkehkeh..

posted from Bloggeroid

5 bulan si Sofea

Semalam anak mummy yang no 2 dah 5 bulan umurnya..semoga Nur Sofea mummy menjadi anak yang solehah, membesar dengan sihat, selamat & sempurna..amiinn..
Progess sekarang, tuan puteri kecik ni, dah pandai angkat dada, mengesot tapi ke belakang..hehe pegang botol sendiri pandai jugak, cuma masih belum betul-betul kuat pegangnya..

posted from Bloggeroid

Bila anak tak sihat


Mana la tak berjangkit..keje menggomoi adik die je..

Gilir-gilir bercutilah jawabnya..last week en suami EL, jagakan kakak Alisya demam. Minggu ni, mummy pulak cuti, kuarantin Sofea kat rumah, sebab dia dah mula selsema, berjangkit dari kakaknya. Moga anak-anak sihat sentiasa. Mummy pun dah mula berjangkit selsema batuk dari Alisya.

posted from Bloggeroid

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme