Jatuh cinta

Amboi jiwang beno tajuk..

Last week encik somi attend majlis konvokesyen tempat dia keje, so dia sent la gambar dia masa kat majlis tu..bila tengok gambar-gambar tu terasa melting and terkenang zaman-zaman baru kenal encik somi..

Betullah orang kata, cinta tak memerlukan sebab, kalau dah jodoh bukan sebab kenapa kenapa pun kita akan terima dia seadanya..Kenal sebab encik somi tanya macam mana nak jadi lecturer poli, tapi aku kan memang jenis boh layan, aku jawab acuh tak acuh je..dia kata aku belagak..Tapi lama-lama tu agaknya dah jodoh, jadi rapat..

Pada awal kitorang kenal pun, dia bukan siapa-siapa, masa tu dia baru berhenti kerja, balik Ipoh, nak cari kerja lain, kami sama-sama tolong dia cari kerja, dah kerja di Ipoh, baru dia dapat offer scholarship TPM tu..so boleh kata, masa tu aku tak harap apa-apa pun, cuma lalui je dengan gembira sebab dah cinta kata orang..haha

Susah senang sepanjang berkawan sama-sama gi cari kereta sebab masa tu dia tak de kereta..haha bila teringat sampai sekarang jadi bahan gelak..

Lepas tu time start sambung belajar, time pjj, time dugaan nak beli rumah, time ada masa tak cukup duit, time kena pindah jauh, anak sakit, time tuntutan kerja kena berkorban tak dapat balik jumpa, time salah sorang kena cuti ikut gi kursus or keje sebab nak tolong jaga anak, time salah sorang sakit, semua tu dilalui bersama dan Alhamdulillah kami dapat harungi dengan selamat..

Alhamdulillah sekarang 4 tahun melalui hidup rumahtangga bersama dengan 2 orang puteri kesayangan, semoga hubungan baik dan kemesraan ini berkekalan bahagia aman hingga ke syurga, amin..

posted from Bloggeroid

0 Response to "Jatuh cinta"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme