Jogging jom

Setelah sekian lama tak jog, terasa betul letihnya. Seriously, aku bukan jenis orang yang jaga diet, bagi aku makan biar sedap. Contoh orang nak kahwin, siap diet takut baju tak muat, aku tak de nye, makan je la ape rasa nak makan, cuma aku gi jog and gi class senaman. Lagipun dari dulu duk umah bertingkek-tingkek, gi kelas turun naik tangga, jadinya lemak cair kat situ la kot.

Semalam Alisya request nak gi jogging, so pagi ni anak-anak pun bangun awal, ape lagi, tunaikan lah hajat si anak.

Mula-mula aku yang jog dengan Alisya. Encik husband tolak stroller Sofea je, die tak pe dah selalu cycling..hehe Lama-lama letih mak nak oi, Alisya ligat lagi berlari, husband pulak take over lari dengan Alisya, aku pulak jaga Sofea kat stroller..hehe lencun ketiak mak yang dah berzaman tak jogging..

Pas tu bekpes roti planta..hahahaha..
memang dah jenis makan biar sedap kan, mane reti diet2 ni.

posted from Bloggeroid

Selera makan: rumah vs sekolah

Tak tau nak malu ke nak rasa macam mana ntah. Semalam cikgu dia tanya, "kak, Alisya kat rumah makan banyak tak?" Sejujurnya aku pun jawab dengan senyuman dan soalan, "kenapa cikgu, dia makan banyak ye kat sekolah?" . Cikgu pun jawab, "aah dia makan banyak, selera tengok die makan".

Aku pun balas, "Cikgu, dia kat rumah kalau hari sekolah ni memang tak makan, saya siap bersuap kalau nak paksa dia makan, tapi tu la kadang sampai dia tu nak nangis, dia jawab kenyang dah makan kat sekolah"

Tu la perangai si kakak, Alisya. Malu jugak sebenarnye, nanti ingat aku tak bagi anak makan pulak kat rumah. Cikgu siap tanya mummy bagi makan apa, dia jawab "spaghetti.." dah itu yang dia suka, tu la yang aku buat. Hahaha lagi satu, kalau nasi, seleranya dengan kicap, tak pun dengan sup. Lauk buat la ayam golek ke, kambing bbq ke, ikan sweet sour ke, tak de nye dia makan. Tapi bagusnya sayur die makan, hehehe

Huhu, dah nak time tido teringat pulak kisah ni, tu yang bercerita tu. Anak korang ade perangai gini tak?bila dengan kawan-kawan agaknya seronok, makan ramai-ramai. Kat rumah, sampai kena paksa makan.

Ni time buat muffin, konon-konon nak bagi die suka makan. Sudahnya muffin tu dia makan seketul je, yang lain mummy and daddy makan, hahaha

posted from Bloggeroid

Sofea meniarap

Makin giat si kecik ni meniarap, pantang diletak, mula la die nak pusing meniarap. Dia mula meniarap sendiri 16/10/2015 ari tu, sehari before umur cukup 4 bulan.
So far Alhamdulillah, Sofea dikurniakan kesihatan yang baik dan dia pun ok je, rajin renyih, bak kata orang utara. Pantang orang ajak sembang, mula la die senyum, macam paham hehe


posted from Bloggeroid

Weekend Outing

Biasalah bila weekend masanya nak bawak anak-anak jalan-jalan. Anak-anak, asalkan kita bawak gi naik kereta pun dah seronok sangat, bawak gi main playground depan umah pun happy tak terkira.
Weekend lepas, kami bawak anak-anak gi jalan tengok laut, haha padahal dah memang duk tepi laut kan, kat situ je lah tempat beriadah.
Alisya sonok nak tengok kuda & main buaian. Si adik, sofea first time kami bawak ke situ, dia bukan tau apa lagi, duk busy main jari, explore tangan dia je, hehe
Almaklumlah, dah setahun jadi orang pantai, bosan jugak kadang-kadang tu, hehe apa nak buat. Tempat mencari rezeki, menabur bakti, bertabahlah.
Rasa nak gi holiday lah, kene giat menabung ni, nak lari jap dari suasana tempat tinggal ni.



posted from Bloggeroid

Setiap pagi & petang


Macam ni la rupa anak-anak aku setiap pagi dan petang hari bekerja..
Pagi aku siapkan mandi si kakak je, adik salin diapers & cuci muka je, tepek bedak bagi comel sikit.
Dah petang amik depa dari taska, muka dua2 dah lawa, siap mandi.
Alhamdulillah, bila duk jauh, family terdekat adalah masyaralat sekeliling. Terima kasih sebab jagakan anak-anak aku dengan baik, walaupun ada upahnya, tapi aku tetap berterima kasih ye lah, anak-anak seronok nak pegi taska, tak de rasa sedih & susah hati. Mummy nak kerja pun hati senang.

posted from Bloggeroid

Salam Maal Hijrah 1437H



Selamat menyambut tahun baru dalam kalendar Islam. Selangkah ke tahun baru, moga tahun baru ni memberi lebih kebaikan dan kita menjadi insan yang lebih baik.
Tahun ni sambut berempat, lepak-lepak di rumah, berehat. Esok kerja, so hari ni kita rehatkan diri ye anak-anak.

posted from Bloggeroid

Bekerja semula

Dah seminggu aku mula bekerja, hehe fuhh puas cuti kali ni, sebab masa bersalin Alisya dulu, tak de pengalaman lagi kan, so agak neves, aku amik cuti awal dua minggu before due, agak rugi la, Alisya tak sampai umur 3 bulan dah kena start keje.
So time Sofea ni, aku amik cuti ngam-ngam dekat dengan due date, sempat balik kampung, so hasilnya dapat la bercuti lama.
Agak kelam kabut lagi awal-awal ni nak menguruskan dua anak sekaligus setiap pagi nak di hantar ke taska & bersiap gi kerja.
Bayangkan aku setiap pagi dengan beg galas, beg bahu, beg silang, sebelah tangan dukung baby fea, sebelah tangan pegang tangan Alisya turun tangga, umah tingkat 2, haha..memang hilang keayuan la sekarang ni. Tudung pun dah penuh dengan air liur sofea, dia dah mula main air liur..kui3
Nasib lah encik suami memahami, rajin balik 2 3 hari sekali membantu aku uruskan anak-anak, walaupun aku tau jauh jugak kalau nak berulang selalu, huhu. Bertabahalahkan, Insyaallah ada la hikmah disebalik semua ni. Orang kata bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Hopefully dikemudian hari senanglah hidup kami, tak lagi perlu pjj.
Tapi walau macam mana pun, dah dua anak ni aku dah jadi macam alah bisa tegal biasa. May be sebab dah makin tabah, cewahh. Tak la rasa stress macam anak pertama dulu. Aku lebih relaks dan just follow the flow. Ye lah macam lagu awie rafael tu hadapi dengan senyuman 😁, nak stress buat kan, hadap je la, buat dengan ikhlas Insyaallah ada keberkatan.


posted from Bloggeroid

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme