Selera makan: rumah vs sekolah

Tak tau nak malu ke nak rasa macam mana ntah. Semalam cikgu dia tanya, "kak, Alisya kat rumah makan banyak tak?" Sejujurnya aku pun jawab dengan senyuman dan soalan, "kenapa cikgu, dia makan banyak ye kat sekolah?" . Cikgu pun jawab, "aah dia makan banyak, selera tengok die makan".

Aku pun balas, "Cikgu, dia kat rumah kalau hari sekolah ni memang tak makan, saya siap bersuap kalau nak paksa dia makan, tapi tu la kadang sampai dia tu nak nangis, dia jawab kenyang dah makan kat sekolah"

Tu la perangai si kakak, Alisya. Malu jugak sebenarnye, nanti ingat aku tak bagi anak makan pulak kat rumah. Cikgu siap tanya mummy bagi makan apa, dia jawab "spaghetti.." dah itu yang dia suka, tu la yang aku buat. Hahaha lagi satu, kalau nasi, seleranya dengan kicap, tak pun dengan sup. Lauk buat la ayam golek ke, kambing bbq ke, ikan sweet sour ke, tak de nye dia makan. Tapi bagusnya sayur die makan, hehehe

Huhu, dah nak time tido teringat pulak kisah ni, tu yang bercerita tu. Anak korang ade perangai gini tak?bila dengan kawan-kawan agaknya seronok, makan ramai-ramai. Kat rumah, sampai kena paksa makan.

Ni time buat muffin, konon-konon nak bagi die suka makan. Sudahnya muffin tu dia makan seketul je, yang lain mummy and daddy makan, hahaha

posted from Bloggeroid

0 Response to "Selera makan: rumah vs sekolah"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme